assalamualaikum
setahun, genap usia dugaan yang paling mencabar dalam hidup aku.
sungguh hebat ujian dariMu Allah. ujian untuk mengajar erti redha dan ikhlas.
walau sehebat dan sekuat mana aku bergantung harap pada manusia, namun kuasaMu akan tetap mengatasi segala-galanya. aku terima. dan aku redha.
satu demi satu ujian yang aku terpaksa hadapi.
namun, ujian hati yg Kau hadirkan untuk aku, sungguh hebat. maha hebat. aku tewas dalam ujianMu.
bertalu-talu air mataku mengalir. namun, padaMu jua aku menunduk. menunduk malu dengan segala kekhilafan dan kedegilan aku. ya Allah. aku terima setiap ujian dariMu ini. sehingga aku merasa seakan mahu berputus asa. dan aku mahu menjadi diri orang lain, bukan diriku. tapi kuasaMu maha hebat, kau hadirkan manusia yang penyayang di sisiku.
kau tak lupakan aku Allah. hanya aku yang lupa, dan hanya aku yg khilaf. hanya aku yg alpa.
saat aku merasakan dia yang kau hadirkan sebagai penamat kepada pencarian cintaku, namun dalam sekelip mata Kau menarik semua nikmat bahagia itu dariku. lama aku menangis. sehingga kering air mata. sehingga hilang segala kekuatan yang aku pupuk selama ini.
hikmahnya, dia bukan jodoh yang Kau telah tetapkan untukku. walau perit, walau hancur dan sakit untuk aku bangkit dari kesan seretan yang dia tinggalkan. namun, demi orang tua aku yang banyak ambil peduli demiku, aku kuatkan tekad. untuk tidak mudah rebah lagi sekali.
Ya Allah, sungguh hebat percaturan hidup dariMu.
aku tidak berhak untuk mengubahnya.
hampir 50% persiapan pertunangan yang aku lakukan, namun semuanya berantakan. walau perit untuk aku bangkit dan mencari diri aku yang lalu, aku cuba. dan aku tahu engkau takkan sesekali menguji hambamu yang tidak mampu.
walau diri sukar untuk fokus pada kerjaya, dan aku mengaku, aku culas. culas demi untuk mencari kekuatan luar biasa yang kau berikan untuk aku. aku cari. kerana ramai insan hebat dibelakang yang masih menanti aku. aku ada mak dan ayah yang sama-sama pamerkan kerisauan demi anaknya. dan aku ada adik-adik yang faham dengan nasib kakaknya. mereka beri kekuatan. mereka beri senyuman untuk aku yang hampir padam. mereka memeluk erat, salurkan segala kekuatan yang mereka ada untuk aku. kerana tika itu aku menjadi selemah-lemah manusia. dan yang aku tahu, tika itu aku menjadi bukan aku. aku sakit. sakit sangat. tidak sesakit yang Sya**** tinggalkan untuk aku. mereka peduli dan mereka menjaga hati aku. ya Allah, ini hikmahnya yang kau mahu pamerkan untuk aku.
untuk abang, terima kasih kerana mengajar Sya untuk jadi lebih kuat.
Abang tinggalkan Sya terkapai-kapai, seorang diri mencari kekuatan. dan yang paling penting abang biarkan Sya seorang diri untuk terangkan setiap apa yang berlaku ke atas kita.
untuk kesekian kalinya, saya doakan abang temui apa yang abang harapkan.
kifarah Allah wujud. saya percaya itu nan satunya.
terima kasih buat abang kerana bawakan saya sebesar-besar harapan dan abang tinggalkan sesakit sakit keperitan untuk saya tanggung seorang diri.
saya maafkan abang :(