Sunday 9 October 2016

Puisi Buatmu

Jika dulu hadirmu aku hilangkan
Hadirmu aku anggap satu persinggahan
Hadirmu aku main mainkan
Hadirmu aku persendakan


Maafkan aku.


Aku cetek dalam menilai
Aku lemah dalam menerima
Aku kaget dengan hadirmu
Aku lupa jiwa aku bukan milikku


Maafkan aku.


Kini, aku hilang akan mu
Aku mencari akan bayangmu
Kau makin jauh tinggalkan aku
Kau makin jauh pergi dari aku


Maafkan aku.


Aku lewat menyedari
Dan aku sesali
Aku kini bukan aku
Mencari dan meraba
Sedang engkau sudah tahan rajuk lama


Maafkan aku.


Aku korbankan hati tulusmu
Demi aku, kau banyak menjaga
Demi aku dan masa silam aku
Kau mendiam dan membiar

Maafkan aku.


Andai masa boleh diputar
Aku janji aku akan cuba memberi
Aku akan cuba membuka dan menerima
Ya Tuhan maha Memiliki
Aku tunggu jawapanMu


Demi aku, 
Jagakan dia untuk aku
Sementara dia mencari dia
Dan aku mencari aku semula


Ya Tuhan
Aku khilaf sekali lagi
MAAFKAN AKU

Sunday 17 April 2016

Descendants of The Sun (Song Jongki)

hye.

*dah lama nak review pasal song jongki ni. tapi baru berkesempatan. asyik simpan dalam draft je. kali ni baru sempat publish.


Cerita yang sangat2 mendapat sambutan. even, abah aku pun terduduk di depan tivi tanpa sengaja dan tanpa sengaja jugak melayan cite ni.

song jongki.
kalau tengok dia dan tak fall in love. kau tak normal sebenarnya. 
hahahaha. first time aku kenal dia ni, sewaktu dia terlibat dengan reality show yang sangat famous, iaitu Running Man. 




 meltinggggggg ! tu ja perkataan yang sesuai. muka baby face sangat. kalau jumpa depan2 ni mau nya tersembur sweet corn dalam mulut. yedok??

actually, aku tak layan sampai habis agi cite ni. susah... rumah sewa takde astro. hanya mampu harapkan belas ihsan kengkawan yang rajin mendownload cite ni jelah.

walau tengok tak habis, and tak semua episod aku tengok. tapi reaksi ringkas tu totap ada. cite ni terbaik !
world wide kot. patriotisme.
tetiba aku terfikir nak tayangkan cite ni dalam kelas Sejarah 1H dan 1E. 
 

Allah tempat bergantung harap

assalamualaikum

setahun, genap usia dugaan yang paling mencabar dalam hidup aku. 
sungguh hebat ujian dariMu Allah. ujian untuk mengajar erti redha dan ikhlas.
walau sehebat dan sekuat mana aku bergantung harap pada manusia, namun kuasaMu akan tetap mengatasi segala-galanya. aku terima. dan aku redha.

satu demi satu ujian yang aku terpaksa hadapi.
namun, ujian hati yg Kau hadirkan untuk aku, sungguh hebat. maha hebat. aku tewas dalam ujianMu.
bertalu-talu air mataku mengalir. namun, padaMu jua aku menunduk. menunduk malu dengan segala kekhilafan dan kedegilan aku. ya Allah. aku terima setiap ujian dariMu ini. sehingga aku merasa seakan mahu berputus asa. dan aku mahu menjadi diri orang lain, bukan diriku. tapi kuasaMu maha hebat, kau hadirkan manusia yang penyayang di sisiku.
kau tak lupakan aku Allah. hanya aku yang lupa, dan hanya aku yg khilaf. hanya aku yg alpa.

saat aku merasakan dia yang kau hadirkan sebagai penamat kepada pencarian cintaku, namun dalam sekelip mata Kau menarik semua nikmat bahagia itu dariku. lama aku menangis. sehingga kering air mata. sehingga hilang segala kekuatan yang aku pupuk selama ini. 
hikmahnya, dia bukan jodoh yang Kau telah tetapkan untukku. walau perit, walau hancur dan sakit untuk aku bangkit dari kesan seretan yang dia tinggalkan. namun, demi orang tua aku yang banyak ambil peduli demiku, aku kuatkan tekad. untuk tidak mudah rebah lagi sekali. 

Ya Allah, sungguh hebat percaturan hidup dariMu. 
aku tidak berhak untuk mengubahnya.
hampir 50% persiapan pertunangan yang aku lakukan, namun semuanya berantakan. walau perit untuk aku bangkit dan mencari diri aku yang lalu, aku cuba. dan aku tahu engkau takkan sesekali menguji hambamu yang tidak mampu.

walau diri sukar untuk fokus pada kerjaya, dan aku mengaku, aku culas. culas demi untuk mencari kekuatan luar biasa yang kau berikan untuk aku. aku cari. kerana ramai insan hebat dibelakang yang masih menanti aku. aku ada mak dan ayah yang sama-sama pamerkan kerisauan demi anaknya. dan aku ada adik-adik yang faham dengan nasib kakaknya. mereka beri kekuatan. mereka beri senyuman untuk aku yang hampir padam. mereka memeluk erat, salurkan segala kekuatan yang mereka ada untuk aku. kerana tika itu aku menjadi selemah-lemah manusia. dan yang aku tahu, tika itu aku menjadi bukan aku. aku sakit. sakit sangat. tidak sesakit yang Sya**** tinggalkan untuk aku.  mereka peduli dan mereka menjaga hati aku. ya Allah, ini hikmahnya yang kau mahu pamerkan untuk aku.

untuk abang, terima kasih kerana mengajar Sya untuk jadi lebih kuat.
Abang tinggalkan Sya terkapai-kapai, seorang diri mencari kekuatan. dan yang paling penting abang biarkan Sya seorang diri untuk terangkan setiap apa yang berlaku ke atas kita.

untuk kesekian kalinya, saya doakan abang temui apa yang abang harapkan.
kifarah Allah wujud. saya percaya itu nan satunya. 
terima kasih buat abang kerana bawakan saya sebesar-besar harapan dan abang tinggalkan sesakit sakit keperitan untuk saya tanggung seorang diri. 
saya maafkan abang :(

Tuesday 23 February 2016

Terima Kasih Untukmu

waktu masih berputar lengkap seperti biasa. pagi masih setia datang tepat pada waktunya dan senja juga selalu datang dengan setiap keindahannya.
dan hariku semakin sibuk. sibuk dengan kerjalaku yang diadakan-adakan.
kalau tidak, mana mungkin hati akan termampu untuk menanggungnya kesan yang kau tinggalkan, hingga separuh jiwa aku mati.

Rutinku masih seperti dulu saat kau di sisi. semua masih sama. hanya saja tidak ada sapaan "good morning dear" darimu saat aku bukakan mata di pagi hari. Tidak ada lagi usik mengusik, bahan membahan darimu seperti selalu yang menghiasi hari-hariku. tidak ada lagi kata-kata berbisa darimu yang mampu membangkitkan jiwa aku disaat aku mahu rebah. tidak ada lagi ucapan bahagia "are u okay,dear?" darimu sewaktu aku dalam kesusahan. there's no more. :(

aku menulis ini bukan kerana merinduimu atau mengharap kau untuk kembali. rinduku seakan sudah tidak bernilai. kerana setiap saat aku merinduimu. sangat.

Friday 22 January 2016

Lepaskan


kalau sayang, lepaskanlah

ya. kata-kata itu memang benar.

aku relakan ia pergi. 
pergilah sejauh yang kau mahukan dari aku
aku redha.
cukuplah aku bawa kenangan dan harapan yang kau sandarkan untukku
cukuplah aku seret hati dan jiwa aku sekali lagi
terima kasih untukmu. terima kasih.


Tuesday 29 December 2015

Hati Kau Sungguh Keras

aku sudah kehilangan daya
untuk mencuba lagi
mencuba merebut hati kau yang keras itu

mungkin aku juga yang keras
keras kepala.
tetap mahu mencuba walau tahu hasilnya macam mana

 aku mohon padaMu Tuhan,
lembutkan hatinya
bukan untuk aku tapi untuk orang lain jua

itu saja daya aku.
aku mohon maaf andai itu saja yang mampu aku lakukan

sungguh. sungguh susah aku mahu menggapai sekeping hatimu.
terkadang aku malu sendiri
dengan usaha dan cubaan aku. 
hakikatnya aku tahu kau makin menjauh
kau makin mengecil dari hidup aku.
semoga kau tabah dan kuat di sana
dan aku di sini tetap menyayangi kau seperti dulu.



Friday 25 December 2015

Menjauh

aku pun confius
suka atau obses?
tapi yang pasti 'masa' akan bagi jawapan

aku suka bukan obses
aku suka cara kau layan aku
aku suka kau ada waktu aku sakit
aku suka kau ada waktu aku jatuh
aku suka kau ada waktu aku sempit
aku suka kau ada waktu aku rebah
aku suka kau ada waktu aku tak ketahuan

aku suka semuanya
kau pandai layan
tapi entah,
mungkin kau layan semua orang macam aku

berkali aku ingatkan,
jangan kacau hati aku 
kalau kau tak nak bertanggungjawab
bukan apa,
aku dah merasa sakit,
setiap masa.
jadi, aku tak nak kau sakitkan aku jugak
aku tak nak sayang dan suka ini bertukar
menjadi benci

tapi yang pasti,
sekarang kau berbeda
kau sudah tidak seperti dulu
people can change
dan kau salah seorangnya.

aku sedih
aku nakkan kau yang dulu
yang pandai bahagiakan aku
yang pandai ukirkan senyuman di bibir aku
yang pandai cabar aku di kala aku mahu rebah
yang bijak berikan aku kata-kata kuat
walau kau sendiri pernah rebah

kenapa aku rasakan kita semakin menjauh?
takdir Tuhan?
atau kau sememangnya sudah berubah.
aku rindukan kau yang dulu
kau yang pandai ceriakan emosi aku
kau yang pandai naikkan mood bekerja aku

sungguh aku rindu kau sayang