Wednesday 30 October 2013

Pengalaman satu hari di sekolah

Assalamualaikum 

Okay hari ini entry yang penuh dengan perkataan sahaja. xde gambar langsong! Gambar akan diupload dalam sesi yang laen. kikikiki. 


First of all, tiba masanya kot, panggilan "aku" itu ditukar kepada Cikra. hihhihi. Kenapa Cikra? Actually, panggilan ini yg aku biasa gunakan dalam kalangan kawan2.. and mereka pun sudah terbiasa memanggil aku dengan panggilan Cikra. muhehehehe. 


Okay, then kita sambung bercerita. Hari ini, kami seramai 15 orang pergi ke satu sekolah untuk menjalankan satu aktiviti yg berkaitan dengan masalah disiplin dan untuk memenuhi unit paper kami untuk semestar ini. Sekolah ini terletak sekitar USM saja. Firstly, harapan tu memang menggunung tinggilah kan, of course! Ini kerana buat pertama kalinya cikra melangkah masuk ke sekolah dengan membawa label sebagai "bakal" guru. Seronok and nebes. 


Bila nampak budak2 sekolah yg lalu lalang, ma shaa Allah! Tinggi2 nya depa, besaq2 pulak tu. mak aihh ! Okay takpe. jangan duk ketaq agi.. control sikit kan? hihihi. walhal dalam hati Tuhan saja yg tahu. Seram sejuk jadinya. Back to the tujuan pergi sekolah adalah untuk menjalankan satu aktiviti yg boleh memberi kesedaran kepada dorang dalam masalah yang sering berlaku di sekolah iaitu buli dan gangsterisme. Modul yang dirancang memang daebak ah semuanya.. tup tup masa nak jalankan agak kelam kabut sedikit. Walaupun kami seramai 15 orang bakal-bakal guru, namun masih tidak dapat mengawal budak2 yang seramai lebih 80 orang itu. Tuhan sajalah yg tahu. dah macam jaga budak2 tadika. Berteriak sana berteriak sini. Kami kuatkan suara sikit, dorang kuatkan suara banyak. hihihi. aduyaiii.. sabau sajalah.


Tak semuanya tak elok.. malah ramai saja yang baik and menurut arahan. Tapi bila terfikirkan budak2 yang agak hardcore tu macam gulp! Macam manalah nanti cikra nak handle budak2 sengsorang dalam kelas yg seramai 30 orang dan ke atas itu? Terfikir juga. mampukah cikra ? Iktibar yg cikra dapat perolehi hari ini, bukan mudah nak melayan mereka. Secara kerasan memang tak jalan lah, ke lauuttt ! Satu yg cikra nampak, kita kena guna psikologi. means dekatkan diri kita dengan dorang. xboleh nak marah2, tinggikan suara. buat baek2 saja. alahaii.. tetiba hakak mu ini jadi lemah lembut gemalai. hahahaha. 

Dari petang tadi hinggalah ke malam ini, kerja cikra mengeluh saja. Cikratahu mengeluh ini xbaek! tapi dah termengeluh nak buat macam mana? hihihi. Banyak sangat yang cikra tengah fikir . Apalah nak jadi dengan dunia pendidikan sekarang ni? Mungkin cikra lebih banyak terdedah dengan sekolah luar bandar yg masalah disiplin dorang yg agak terkawal. Bila dah pergi sekolah bandar and budak2 bandar ni lain jadinya. Macam kezutan sikit and tak sangka seteruk ini jadinya. Macam2 kepala ada dalam satu kelas. ;) Pening kepala cikgu nak fikirkannya.

Agak terkilan jugaklah, kenapa kami hanya didedahkan dengan teori semata-mata, praktikalnya seakan tidak mencukupi. Namun apakan daya.. nak menyesal masa sudah terlambat. Bersedia mental yg secukupnya harus Cikra sediakan. Teringat akan kata-kata seorang peguam yg pernah berbual2 dengan Cikra suatu ketika dahulu ; 

"tahniah. kerja cikgu ni bagus. tapi kamu kena persiapkan diri dengan masalah2 disiplin yg mereka selalu timbulkan. banyakkan baca al-Quran supaya kamu punya kekuatan rohani. Bukan apa, kes yg saya kaji, ada saja guru yg mempunyai masalah mental akibat terlalu banyak tekanan. saya  tak naklah kamu jadi macam tu. ingat ye pesan saya. selalu dekatkan diri dengan Tuhan."

Terngiang-ngiang dalam benak cikra akan kata2 peguam itu suatu masa dahulu. And I believe apa yang beliau katakan itu ada benarnya.


Secara mental memang tak bersedia lagi nak ke sekolah. masih tak tahu cara yg sebenar2nya untuk kawal kelas. Jadi betollah apa yg Dr Jalil selalu katakan, andai dalam masa dua minggu kamu tidak mampu untuk mengawal kelas, maka Latihan Mengajar kamu akan susah. Ya Rabbi.. mengucap panjang. Apalah daya aku ? takottt.. nebes.. semua ada. Barulah aku tahu, cabaran dunia pendidikan ini memang tinggi. 

Tapi, Cikra percaya.. naluri seorang pendidik dalam diri Cikra sudah dapat disemai sedikit demi sedikit. Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri dengan cabaran di skeolah pulak. In shaa Allah, doakan yang terbaek untuk Cikra.

p/s peace yaww !

Monday 28 October 2013

Tahniah FIZO OMAR tsk tsk tsk

Tahniah untuk my HERO. ecewahhh ! sesuka hati je kan gelarkan dia sebagai hero aku. nak mampus agaknya aku ni .. hikhikhikhik. takdelah. aku eksited lebih hari ini. Tak sangka yg FIZO akan umumkan tarikh tunang and kahwin beliau dalam masa yang terdekat.


Detiknya hari ini, FIZO mengumumkan bahawa beliau dan MAWAR akan mengikat tali pertunangan pada 9 november 2013 dan akan berkahwin pada keesokan hari iaitu 10 november 2013. Tahniah . tahniah. tahniah bro. Sama cantek sama padan. Lepas ni dah tak boleh nak stalk dia selalu. al maklum sajalah sudah menjadi milik orang. Apa2pun.. congrates to both of you.


Walaupun aku tidak layak untuk digelarkan sebagai die hard fan FIZO OMAR, namun aku follow setiap aktiviti kerjaya beliau. kikikiki.

Satulah yang aku nampak sifat dalam diri FIZO ini yang boleh membuatkan naluri perempuan aku ini tertarik padanya, iaitu penyayang. Walaupun aku belum pernah lihat dengan dua bijik mata aku ini secara live, namun momokan momokan orang dalam twitter, facebook, instagram etc boleh melayakkan diri Fizo digelar sebagai seorang penyayang. He's so lovely. Dia sayangkan keluarga dia, mak dia dan adik-adik dia. He's so protective. Wauu ! beruntungkan. :D


Lepas ni dah takde dah "who's my Fizo?" dalam hidup aku. hehehehe. Kena tukar kepada orang laen pulak. wakakakakakaka. Tahniah both of you.

Saturday 26 October 2013

Tahniah Diana Amir


Tahniah Diana Amir. Beliau kini sah menjadi isteri kepada incik suaminya Habib A Rahman.
Barakallah sys ;)

At the same time, aku kagum dengan penghijrahan beliau. Congratesss.. selamat melayari bahtera perkahwinan


p/s : me? married ? coming soon. kikikiki . Bye.

Thursday 24 October 2013

Tidur Berdengkur. Mengapa dan Bagaimana ?

Berdengkur adalah satu bunyi bising yg dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat

Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain

Kebiasaannya gejala dengkur terjadi sejak kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yg bermula dari usia kanak-kanak berpotensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hyperactive sejak kecil

Pada tahun 2002, para penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka kerap berdengkur dua kali ganda dan berpotensi menjadi hyperactive

Jadi, amatlah penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan mengganggu persekitara sewaktu tidur

Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya,
1. lemah otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak
2. tisu tekak yang besar dan tebal
3. lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yg panjang
4. saluran pernafasan tersekat

Rawatan bagi berdengkur adalah bergantung kepada dianogsis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab2 yang dikenalpasti

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah ;
1. kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan yang berlebihan
2. kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
3. amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
4. utamakan posisi tidur secara mengiring daripada posisi terlentang
5. tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang


Perkongsian #2



Hidup ini punyai kitarannya. Ada suka dan ada duka. Hati lebih prefer untuk menerima kegembiraan, namun jangan lupa, hati juga perlu menerima kedukaan. ;)

selamat malam dears ! jom buat esemen.

Penyelesaian itu tetap ada



Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung?
Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?

Persoalan-persoalan sedemikian akan hadir dalam minda kita apabila dihinggapi dengan masalah kecil mahupun yang besar.


Lumrah manusia, lebih menyukai perkara-perkara yang senang, yang tidak terlalu complicated, janji semua beres. Namun kita lupa, walau serumit mana pun masalah yang kita hadapi, tetap akan ada penyelesaiannya. Kita kena ingat, apa yang kita rancang, takkan selalunya mengikut landasan yang dirancang. Kadang2 menyimpang sedikit ke kiri, dan kadang2 menyimpang sedikit ke kanan. Maka, persediaan dalaman dan luaran itu sangat penting.
Contohnya, sekarang ini aku mengalami sedikit kekeliruan dan kesulitan. Petang tadi baru saja mendapat khabar daripada pensyarah yang menyelaras soal penempatan Latihan Mengajar. and then, diberitahu kami diberi pilihan untuk memilih partner tetapi berlainan major. Haaa. sudah! Panik. Eh, takla. Sememangnya sudah dijangka. Memang kami puok muncoi kena berpisah la. Memang sebelum ini sudah dijangka.


Maka, merangkak2 lah aku mencari partner. Alhamdulillah. settle walaupun terpaksa tebalkan kulit muka ini bertanya sana dan sini. Alhamdulillah, setiap kesulitan itu akan diberikan kemudahan jua akhirnya. yang penting USAHA.


 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIa tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran [ Al-Baqarah 2: 185 ]


Hopefully apa yang dirancang akan menjadi, namun perlu juga mempersiapkan diri untuk menerima sebarang kemungkinan. ;) 

Tuesday 22 October 2013

Lagu Best #1


Jangan menangis untukku by Luvia ;)

p/s : lagu untuk orang frust menonggeng ! hekhekhek.

Sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku t'lah memilih
Cinta hanyalah satu
'tuk dirimu

Namun apa yang t'lah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Reff:
Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Back to Reff:

Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Courtesy of Spotlirik.com
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku


Monday 21 October 2013

Perkongsian #1


susah untuk praktikkannya, namun aku cuba untuk rendahkan "ego" yg ada dalam diri ini.

Doa Ketika Hujan

takut aku tengok pokok yg terhuyung hayang, angin yg begitu kuat. nampaknya penang dilanda hujan sekarang ni. Hujan beserta angin, dengar pulak atap parking yg kok keh kok keh kok keh.. lagilah takoot. mula terasa seram apabila berada di tingkat yg tinggi ini. segala2 nya aku nampak. Ya Allah, mohon diselamatkan semuanya ;)


jom, kita amalkan doa ini ketika hujan ;

 semoga hujan yg turun ini hujan yang bermanfaat. Aaminn :)



Sunday 20 October 2013

Ulser dalam Mulut : Cara untuk Hilangkannya

ASSALAMUALAIKUM dears ;)


Merasa terpanggil untuk berkongsi info dengan kamu semua di sini mengenai ulser mulut. Bukan apa, aku ni acap kali diserang ulser mulut. Diserang? tudiaa aih, xkena langsung penggunaan kosa kata di situ. Maafkan saya cikgu BM. ;)


Bila dah terkena ulser ni, segala macam perilaku yg melibatkan mulut terbatas. Nak gosok gigi pun sakit, nak berkumur pun sakit, even nak makan makanan yg sedap2 pun terbatas juga. Itulah, nikmat makan sudah ditarik. hihihihi. dugaan. ;)


Macam mana ulser ini boleh terjadi ;

  • kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlampau panas dsbnya
  • daya menahan sakit yg lemah
  • kekurangan zat dalam makanan yg diambil
  • tekanan perasaan (stress)
  • alahan kepada makanan
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan sistem penghadaman 
p/s : dicetak dalam google ;)


Cara untuk merawat ulser mulut ;

  • elakkan daripada makan makanan yg terlalu banyak rempah
  • kurangkan air berasid
  • gunakan antiseptik untuk berkumur
  • letak gel untuk ulser di tempat yg kena / boleh dapatkan informasi di farmasi
  • letakkan sedikit ais di tempat yg kena untuk melegakan sakit
  • banyakkan minum air masak
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut 
  • lebihkan pengambilan vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah buahan
 p/s : dicetak dalam google juga ;)


*aku sering amalkan letak garam pada tempat yg kena ulser tu. aku amalkan sehingga kini. tapi, kena tahan sikit lah, rasanya amat 'enak' sekali. hihihihi. takpe, sakit dahulu, sihat kemudian. mihmihmih

Selamat mencuba. In shaa Allah, aku pun akan gunakan petua-petua ini juga.

Tuhan beri aku CINTA

ASSALAMUALAIKUM 

Gila tajuk ! Macam desperate sangat. Uih, bukannn.. jangan salah paham okies. Aku bukan cenggitu (walhal dalam hati, cepatlah putera katak datang menyelamatkanku ).. blurpp blurpp. 


Tadi punyalah syok keluar pergi beli barang dgn a few of members. Bukannya syok pergi beli barang, xsyok langsungg ! Habis duet pitih wang tuan hamba ada laa.. grrrr ! mencik tol ! Yang syoknya dorang bukak topik kawen. Oh maii. Macam trend dah skang ni, asal borak-borak confirm akan ada topiks KAWEN. buhsaan teramat sangat. Buhsan memang buhsan tapi aku layankan juaa. mihmihmihmih. =)


Nak tanya, siapa yg mulakan trend kawen awal nih? Bebudak sekolah umur 18/19 tahun dah pandai fikir pasal kawen. Nak cari calon suami la, where is my mr. right la, apa hal dik? Belajar dulu. Bagilah ruang untuk akaks mu ini bernafas. Asal sekarang ni ramai yg kawen awal?? Rileks brader, rileks sis. Kawen awal tapi perangai still macam budaks. Buat apa? Bukannya nak mengata tetapi dari segi pemerhatiannya begitulah. Kawen awal, umur awal 20-an, cakap dengan suami pun macam cakap dengan kawan? Apaa?? Aish, gerun aku dengan situasi yg menyelubungi itu.


Bukannya aku sengaja sibukkan mata, namun mata ini terlalu suka memerhati. Fenomena kawen awal. Bukan nak salahkan dorang, itulah suratan JODOH mereka. Namun, macam ada kekurangan. Atau mungkin aku saja yg berperasaan seperti itu? Takutt doe. Aku perhati sana sini, pasangan kawen muda. Umur masih hijau bak kata mak aku. Muda lah tu maksudnya. Perwatakan mereka itu sukar untuk mata aku mentafsirnya. Pembawakan diri, nak melayan orang sekeliling, lakukan rutin dan tanggungjawab. Berat semua itu. Bukan perkara senang. Jika diperhatikan ada lompang di sana sini. Sedih juga melihatnya. Kadang2 ianya menjadi canggung di mata masyarakat.


Bila dah ramai yg kawen awal, mulalah ada suara2 yang menerjah gegendang telinga ini dengan soalan2 cepumas. Bila turn aku la, bila nak makan nasi minyak la, bila nak merasa pelamin sendiri la and etc. Siyesly aku mengaku yg aku stress kalau aku ada kat kampong. grrrrr. Soalan2 macam ini lah yg melintasi ruang gegendang telinga aku ini. Jawapan aku panjang untuk dihuraikan, pengakhirannya aku diam seribu bahasa. Biarkan angin sepoi-sepoi bahasa yg menjawabnya. Fullstop!


Sekarang ini memang masa untuk aku menjadi kuat. Aku ni jenis yg susah nak share satu satu hal dengan orang lain. Andai aku mampu menyelesaikannya sendiri, akan aku cuba. Andai tidak tertahan, barulah aku membuka mulut. Namun, siapa yg akan faham kan ? Hidup aku ada misi, ada visi and visi serta misi aku bukannya untuk berKAHWIN satu2nya. Nope! Itu mungkin misi and visi aku yang berada pada tangga ke-3 atau ke-4 dalam hidup. Aku ada misi dan visi pertama dan ke-2 yg masih belum terlaksana. Namun, tak ada siapa pun yg peduli akan misi serta visi pertama dan kedua aku itu. Yang orang sekeliling tahu hanyalah menghukum ! Dan akulah yang dihukum itu. Bukannya aku tak nak, nak. Bohonglah kalau aku tak jealous dengan sepupu dengan teman-teman aku yg sudah berkahwin malah sudah ada anak sendiri. Aku nak, tetapi belum tiba masanya. Tafsiran aku pada diri ini, andai hati ini sudah bersedia 101%, barulah aku sanggup. Bukan aku nak menolak jodoh dari ALLAH, subhana Allah. takk ! Namun, lain orang lain cara jodohnya tiba, kan ? Aku tekadkan hati aku untuk percaya semua itu.


Sedih ? Memanglah sedih dengan mentaliti masyarakat sekarang. Macam yg aku katakan tadi, bila dah jadi trend, maka ianya akan berterusan begitu. Tidak mustahil suatu hari nanti ramai yg akan kahwin dalam umur belasan tahun. Jika fenomena ini berlaku pada 30 tahun / 40 tahun lepas, ye aku terpaksa akui yg ianya boleh diterima akal. Mak dan ayah kita dulu ramai yg kahwin awal, right? Mereka lain, bak kata, ilmu rumah tangga itu sudah hampir penuh di dada. Bagi aku, none ! Nak kata langsung takde, macam bohonglah pulak, kalau ada pun about 20% or maybe 30%. Aku pun not sure. Bayangkanlah, dengan ilmu rumah tangga yg seciput itu, bagaimana untuk memikul tanggungjawab dalam berumah tangga? Aku bukan bermaksud hendak menyukarkannya, bukan . Persoalannya di sini, bersediakah aku ?  Andai dikira dari metodologi matematiknya, untuk mencapai 101% itu, aku masih memerlukan 81% kan ? Banyak lagi lompang yang perlu aku penuhi. Mengertilah, janganlah menghukum sesuka hati.
Kadang-kadang apa yang tidak terluah itu bukannya ingin dirahsiakan, namun terpaksa melakukan sedemikian. Aku takkan uar2 pada dunia tentang misi dan visi utama aku. Pinta aku satu sahaja, fahamilah aku.

walau aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari
ada yang tak ada di hati ini, dijiwa ini hampa
ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cubaan hidup, seakan aku hina

tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta ...;)

p/s : lirik lagu. Tuhan Beri Aku Cinta ost Ketika 
Cinta Bertasbih 

Jangan menghukum aku kerana aku yang kini. Aku bukannya kuat walaupun senyuman tidak pernah lekang di bibir, namun hati aku juga harus pandai di baca. ;)




Saturday 19 October 2013

Kenapa perlu ada PILIH KASIH ?

Assalamualaikum 
and selamat malam.


Dalam menempuh hari-hari yg mendatang dalam hidup, kita takkan terlepas daripada didatangi dengan masalah. PILIH KASIH alias PILIH BULU pun merupakan salah satu daripada masalah dalam hidupan harian jugak kan ?! 


Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari daripada memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik. Tetapi kenapa harus memilih kasih? Tidak bolehkah kasih itu dibahagi bahagikan sama rata. Adil, fair. Kalau yang A dapat 5sen and yang B pun akan dapat 5sen. And so on. Tetapi yang sebaliknya berlaku.


Okay, aku bukannya nak menyentuh perihal harta atau wang ringgit yang dibahagi bahagikan dalam kalangan adik beradik. nope ! Menyentuh soal yang selain daripada wang ringgit. Contoh pertama : memilih dalam membahagikan kasih sayang. Kenapa perlu memilih? Kenapa perlu wujud perbezaan antara A dan B? Bukankah A dan B itu masing-masing darah dagingmu? Adakah kerana A ini seorang yg tak pandai, miskin, pakai baju bundle and B pulak dah ada kerjaya, dapat bina keluarga yang bahagia, cerdik, naik kereta besar, pakai baju branded? Adakah sebab itu ? Ma shaa Allah. Kadang2 manusia ini lupa, segala yang baik dan buruk itu adalah ujian dari-Nya. Kenapa perlu di beza dan bandingkan?


Lupakah kita, A dan B itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Andai A tak pandai, kerja di ceruk kampung, pakai kain batek saja, namun si A itulah yang selalu menolongmu di waktu sakit. Bawamu ke klinik, tanya khabarmu, makan minummu... kenapa perlu butakan matamu oleh kerana kesenangan yang sementara ? Sedangkan B itu hanya memberikan kesenangan yg sementara buatmu? Tika dia pulang menjengahmu, yang mana kadang kala menyusahkan mu jua. Makan minumnya kamu yang terpaksa sediakan. Adakah kerana A selalu di depan matamu, lalu kamu merasa aura A itu hanyalah biasa2 saja ? dan oleh kerana B itu tersangat berlebihan auranya di matamu, lalu kamu memilih. Berikan segala kelebihan pada B dan lupakan A? oh, tidakkkkkk ! Itu tidak adil. 


Mungkin bagi yang berhati keras dan degil, perkara itu normal. Namun, bagi yang agak sensitif bagaimana pula ? Tidakkah di penghujungnya "makan hati" si A itu? 


Kenapa dalam dunia yg serba canggih ini perlu wujud fenomena Bawang Putih Bawang Merah lagi? Tidak adil bagi yg menanggung. Aku kesian akan si A yang terpaksa menahan hati. Bagi yang menjalankan dasar serta hukuman itu memang senang, namun lupakan akan segala kebaikan A disebabkan kekaburan "kebaikan" yang kononnya dilakukan oleh B? Kesian A. Dia juga manusia. 


Sebagai manusia, yang terlebih dahulu "makan garam" seharusnya tahu untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Kadang2 manusia ini terlalu leka dengan kesenangan situasi yang diciptakan olehnya sendiri, namun mereka selalu lupa bahawa janji Allah itu pasti. Yang sihat pasti akan sakit, yang hidup pasti akan mati. Ya, mungkin dia lupa. mungkin ?? Andai susah untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata, nilailah kedua-duanya supaya menjadi permata. 


Kita yang hidup ini takkan pernah boleh lari daripada "pilih kasih" ini. Bukannya diri ini tidak pernah merasa, pernah. Namun, persepsi manusia itu kita takkan dapat kawal. Selagi boleh bersabar, sabarlah. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman. 

Wallahu a'alam :)



Friday 18 October 2013

KISAH MEREKA !

Assalamualaikum

hye dear! 

teringin aku nak berkongsi satu cerita cinta dengan korang semua. ini cerita benar bukan rekaan aku, okay ? :) tapi, entry ini panjang sesangat lah! hihihihi. selamat membaca.


okay, jom kita mulakan. sebelum tu, let's aku perkenalkan dorang dengan gelaran "W" untuk si lelaki dan "S" untuk si perempuan. 


Cerita mereka bermula sekitar 2006 until now? entah, mungkin ya dan mungkin juga tidak. Perkenalan antara mereka terjadi melalui handphone. Si S yang mulakan dahulu. 2006, means 7 years ago, ada handphone dalam genggaman itu dah macam hebat lah kan ? lalu terjalinlah hubungan persahabatan antara mereka. Katanya si S, dia tersilap nombor, walhal si S sengaja tekan-tekan nombor and menghantar mesej secara rambang sahaja. And then, terkenalah pada nombor si W. Nasib pulak menyebelahi si S apabila W mereply mesej tersebut. Lalu bermulalah perkenalan mereka apabila W terlebih dahulu memulakan salam perkenalan antara mereka. 


Tika itu, W sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Semenanjung Malaysia and S pula masih lagi di sekolah menengah. Beza umur antara mereka mungkin 5/6 tahun. S lebih selesa untuk menganggap W sebagai abang angkatnya sahaja. Memandangkan si S masih lagi bersekolah, dia tidak terlalu untuk memikirkan soal cinta segala bagai itu. Atau mungkin juga disebabkan dia terlalu inginkan kasih sayang seorang abang yang baik, mengambil berat akan segala hal tentang dia. Mungkin disebabkan faktor itulah S lebih selesa dengan hubungan mereka sebagai "abang-adik" sahaja. 


Namun, W tidak pernah memberikan peluang kepada S untuk menganggapnya seperti abang. Mereka hanya berhubung melalui sms. Tidak sekalipun W membahasakan dirinya sebagai abang dan W lebih selesa dengan "berawak saya" dengan S. Lalu si S turutkan sahaja. Si S tidak terlalu cerewet untuk bertanya itu dan ini, dia hanya menurut sahaja.


Satu hari, W bertanyakan kepada S.. "dah ada pakwe ke?" Soalan standard lah kan? Lalu S menjawab, takde and buat masa sekarang ni tak berminat lagi nak berpakwe. Nak pokus pada exam dulu. Katanya S. Reaksi W pula seakan2 menyokong keputusan S and W sangat mengambil berat akan S. Selalu memberi nasihat dan kata-kata semangat di kala S dibelenggu masalah. 


Begitulah hubungan mereka selama hampir setahun. Selalu berbalas sms. Sms sahaja. Tak pernah dengar suara, tak pernah bertentang mata. Sememangnya berkawan melalui alam maya. Namun ianya istimewa kerana kedua-dua mereka seolah2 mempercayai antara satu sama lain. Berkongsi kisah suka dan duka, soal family, soal kawan-kawan, soal kerja sekolah, soal rakan-rakan sekolah dan universiti dan macam2 lagi.Malah, jadual kuliah W pun S tahu. Semacam peliks kan ? hihihihi


Bila dah lama kenal, even berkawan mereka ini teringin nak kenal antara satu sama lain. Maksud aku, kenal muka masing-masing. Bayangkanlah, hampir setahun berkawan namun tak pernah bersua muka. Hanya melalui sms and bercakap melalui phone sekali SAHAJA. W meminta S mms kan gambar kepadanya. Namun S memberitahu bahawa handphone dia bukan canggih sampaikan boleh mms gambar. Lalu, redhalah si W. Dah tak ada jalan lain dah yang boleh di buat. Laman sosial pun S tak ada. Memang susahlah kan nak kenal muka masing-masing. Tapi, W tetap memberikan alamat emelnya untuk laman sosial friendster. Tika itu, friendster femes sangat2. hihihi.


Lalu, usahalah si S ke CC untuk  kenal dengan W, walaupun melalui gambar sahaja. Nak face to face, memang tak ah, sorang di utara, sorang di timur.  S dapat tengok muka W melalui gambar namun bukan untuk W. Dia masih belum mengenali raut wajah si S. Tetapi, mereka tetap berkawan seperti biasa.


Ditakdirkan dalam pertengahan tahun 2007, si S "ter couple" dengan seorang lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Aku gelarkan pakwe S itu sebagai "Q" ya? 


S couple dengan Q tanpa pengetahuan W. S tetap melayan W sama seperti dahulu. Kawan! Memang S selesa berkawan dengan W. Setiap hari mereka ber sms walaupun untuk bertanya khabar sahaja. S paham yang W sangat busy dengan aktiviti hariannya. Namun S tidak kesah kerana ketika itu dia umpama dilamun cinta yang maha indah! Seolah-olah S punyai pengganti teman sms untuk setiap malam.


Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Penghujung tahun 2007, hubungan S dengan Q terputus di tengah jalan tanpa S ketahui apa sebabnya. Mereka "putus" begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh. Meranalah hati si S. Pada malam S menerima kata "putus" daripada Q itu emosinya berada dalam keadaan yg tidak stabil. SMS daripada W dilayan acuh tidak acuh sahaja. W terperasan akan kejanggalan itu. Akhirnya, S mengaku bahawa dia baru sahaja "clash". Terkejut W! Ya, memang W terkejut sangat-sangat. Dan pada malam itu jugalah S mengetahui bahawa W sudah lama menyimpan hati padanya. Namun ia dipendam kerana suatu masa dahulu S ada menyatakan bahawa dia tidak mahu memikirkan soal cinta sebelum SPM nya selesai. Si W memegang kata-kata S itu. Rupa2nya perkenalan di atas dasar kawan yang dianggap oleh S selama setahun perkenalan mereka mempunyai makna yang berlainan bagi W.


Pada malam S "clash" dengan Q, pada malam itu jugalah W menyatakan "I LOVE YOU" pada S. S berada di persimpangan. Bingung ! Tidak tahu mahu membuat pertimbangan sebagaimana untuk memuaskan hati W dan yang paling penting hatinya sendiri. Namun setelah ditimbang tara, akhirnya S bersetuju. 


#Kesilapan S ! She's so greedy. Dia takut W pun akan meninggalkannya seperti Q. Dia melakukan keputusan yg begitu mendadak. 


Keesokan hari, S dengan bingung sent message to W untuk minta clash. what ? Memang terkejut lah kan si W tu. Tak sangka. Tak ada angin tak ada ribut, tiba2 taufan melanda. Sebenarnya S bingung ! Dia dalam dilema. Hatinya kadang2 memberitahu bahawa esok atau lusa Q mungkin akan datang balik kepadanya. Disebabkan itulah dia ingin memutuskan hubungan dengan W. 


#Pendapat aku, mungkin S patut meminta masa daripada W terlebih dahulu. Berinya masa untuk memikirkan keputusan yg sewajarnya. Bukannya membuat keputusan yg mendadak seperti itu. 


S takut untuk berhadapan dengan realiti. Dia memberikan kata putus kepada W lalu dia offkan phone. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dgn W. Berkali-kali W call, sms even pinjam phone kawan untuk bercakap dengan S, namun gagal. S hanya menyepikan diri. Akhirnya W terpaksa mengikut kemahuan S. 



Sebulan berlalu. Hubungan mereka tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebulan selepas itu, S menghubungi W untuk memohon maaf. Walaupun dalam masa sebulan itu W ada menghubungi S untuk bertanya khabar, namun S melayannya dengan acuh tidak acuh sahaja. S takut W akan mempersoalkan " hal" itu lagi. Akhirnya S menemui dirinya dalam keadaan waras lalu mereka menyambung semula hubungan cinta yang terputus itu. 


S bahagia. W pun bahagia. W melayan S dengan sangat baik. Walaupun busy with his study, namun setiap pergerakan, setiap aktiviti yang dilakukan akan di update pada S. S terasa dirinya seperti di sayangi. tiba tiba terngiang2 lagu bila diri disayangi-ukays


Satu hari, W mengatakan semula hasratnya untuk mengenali S dengan lebih dekat. Time untuk mereka face to face. Tiba cuti semestar, W pulang ke kampung and mereka berjanji untuk berjumpa for the first time. Bayangkan setahun lebih mereka kenal namun tak pernah kenal wajah antara satu sama lain. S bersetuju dan ditemani temannya ke tempat yang dijanjikan untuk ketemu.


They were contact with non stop that day. S tiba di tempat seperti yang dijanjikan and W mengatakan bahawa dia sedang mencari parking kereta and dalam masa beberapa minit selepas itu, S got a SMS from W yg mengatakan bahawa dia TERPAKSA berpatah balik kerana tok saudara/ ayah saudara dia dalam keadaan nazak. 


#Korang bayangkan. Takdir Allah yang maha hebat. Dalam masa beberapa minit sahaja sepatutnya mereka boleh berjumpa namun Allah itu maha Besar yang mengaturkan segala-galanya. Mereka tak berpeluang untuk berjumpa. 


And S sangat2 frust. S call W with non stop, namun kosong! tuut! tuuuuuuuuuuuutttttttttttt! tuuuuuuuuuuuuuuuut! Jawapan itu sajalah yg S terima. Petang itu jugak W terpaksa balik ke kampus. Mereka tidak berpeluang untuk berjumpa. S dapat mengenali raut wajah W, namun tidak bagi W. 


Then, hubungan mereka selepas itu  totally different. W kurang menghubungi S, and S pula selalu tertunggu-tunggu akan mesej2 W, namun hampa. Jiwa remajanya memberontak. Namun, apa yg mampu dia lakukan. 


S sedih apabila W mengatakan bahawa terdapat bermacam2 kekangan dalam perhubungan mereka. Nak jumpa, tapi tak dapat, and macam2 lagi masalah mereka. Ayat yang diluahkan oleh W itu seolah2 seperti mahu mengalah. Cadangan terakhir daripada W meminta S menghantar gambar melalui pos kepadanya. Iktiar terakhir mereka untuk mengenali wajah masing-masing. S menurut. Akhirnya gambar di pos. Namun hampa, dari seminggu ke seminggu, gambar yg di pos itu tidak sampai ke tangan W. Lagilah W mengeluh.. dan mengatakan bahawa halangan itu sentiasa ada dalam hubungan mereka. 


Lama kelamaan, W semakin tidak menghiraukan S. Segala aktiviti harian di kampus langsung tidak diberitahu kepada S seperti sebelum ini. Mereka juga jarang2 berhubung. Mungkin W sudah mula mencari yang lain. Mungkin ? Akhirnya jiwa remaja S memberontak and S dengan keadaan tertekan and keliru mengeluarkan kata2 amarah kepada W ditambah lagi dengan alasan2 yg lain. 


W menjadi tidak sesabar seperti dahulu. Lentingan daripada S dibalas dengan lentingan juga. S tergamam. Pada jangkaannya, W sudah banyak berubah and akhirnya hubungan mereka terputus di tengah jalan dengan begitu sahaja. Bagi S, antara mereka sudah tidak seperti dahulu. Dia sudah tidak dapat memahami W. W juga sudah banyak berahsia dengan S.


Namun kehidupan perlu diteruskan. S cuba untuk mencari yg lain, ya memang dia boleh mendapatkan cinta lain namun tidak sama seperti W. Kadang2 dia dibayangi dengan kasih dan sayangnya pada W.


Satu hari, S menghubungi W dengan alasan untuk memaklumkan kepada W bahawa dia sudah change her phone number. Actually, she really miss him. And on that day, W menceritakan kepada S bahawa gambar yang diposkan oleh S suatu ketika dahulu ada di tangannya. Bayangkan ! Jarak antara timur dengan utara Semenanjung M'sia tidaklah memerlukan masa berbulan-bulan untuk sesuatu barang yg dipos. Namun, takdir ALLAH itu mempunyai segala hikmatnya.
Hari terakhir sebelum W berpindah daripada rumah sewanya, dia menerima kiriman pos daripada S. Subhana Allah maha suci ALLAH.


Namun segala2 nya sudah berubah, mereka tidak seperti daulu lagi. Dengan kehadiran gambar itu tidak mampu merubah apa-apa.


## Okay? apa motip aku bercerita tentang kisah cinta MEREKA ini?
Banyak sangat pengajaran yg dapat aku pungut, banyakkkk sangat.
1- Andai dia bukan untuk kita, sampai bila2 pun dia takkan menjadi milik kita.
Berdasarkan cerita tadi, walau sehebat mana pun mereka berusaha untuk mengenali antara satu sama lain, namun takdir Allah itu maha indah. Andai W bukan diciptakan untuk S, jodoh mereka takkan dapat bersatu. Berbulan2 masa yg diambil untuk sekeping gambar sampai ke tangan W. Walhal, jarak mereka bukanlah merentasi lautan pasifik.
Akal logik kita boleh berfikir dengan tenang kan ?
Ya, memang jodoh mereka bukan bergantung pada sekeping gambar, tetapi dengan bermacam dugaan dan rintangan yg mereka terpaksa hadapi untuk mengenali raut wajah itu sangat menunjukkan bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk satu sama lain.

2- Sabar itu indah. Untuk kes W yg sanggup "menunggu" cinta daripada S selama setahun. Kerana janji S yg kononnya tidak mahu bercinta sewaktu alam persekolahan diterima baik oleh W and W sanggup memendam rasa sorang2 tanpa meluahkan kepada S dalam jangka masa setahun. Memang W seorang yg penyabar. Aku kagum dengan W! ;)

3- Jangan terlalu mengharap.
Contohnya untuk kes cinta S pada Q. Ternyata S seakan2 mengharapkan Q hadir sekali lagi dalam hidupnya. Namun, sampai ke sudah Q menghilangkan diri dengan begitu sahaja, tanpa khabar berita.


Banyak sangat pengajaran yg aku peroleh daripada kisah cinta ini. ;) Niat aku sekadar untuk berkongsi. Kadang2 apa yg kita harapkan itu, belum tentu akan menjadi milik kita sepenuhnya. Berpada2lah dalam mengharapkan sesuatu. =)


Wasalam .



Friday 4 October 2013

Throwback #1

Assalamualaikum ..
selamat petang, good evening love. 

Hujung minggu sudah tiba! yahuuuuuu !! eh-eh-eh, tak berapa nak yahuu sangatlah kerana hujung minggu semestar ini dirasakan amat panjang dan menggila panjangnya. Kau bayangkanlah, dalam 7hari, 3 hari saja jadual aku itu dipenuhi dengan kelas, and 4days more without class, without any works. Oh, damn! buhsan gilos gilos gilos. Lalu terbitlah rancangan ingin mencari keja part time. huhuhu. macam seronok and best! Actually, dah lama teringin nak keja part time, tapi takde kesempatan and rezeki, and tomorrow, i'll use my useful leg ini untuk merayap ke midddddinn and try nasib kat sana. Hopefully nasib menyebelahi aku and cikwin. fightingg !


Back to the topic; 
Belek2 album muzik yg lama2 and try bukak and listen to the song. perghhh, tangkap muat juga bila bukak lagu kegemaran pada zaman dulu kala jengking. Dulu2 aku minat lagu nasyid. mihmihmih. Hijjaz, Mestica, UNIC, InTeam, Dehearthy, Deevotes etc. Seriously dulu waktu malam sambil study, telinga mesti akan melekat di radio IKIM.fm. hehehehe. Listen to the nasyid' song there. Every night I think, and kalau time carta IKIM memang takkan lepas radio tu, bak kata, radio itu akulah yang punya. mihmihmihmih.


Bukan setakat itu saja, VCD, kaset semua aku beli. hihihihi. Sampai sekarang VCD and kaset itu ada dalam simpanan aku. Bila kemas-kemas bilik, terjumpa VCD and kaset itu, teringat balik zaman dulu-dulu. Lirik semua lagu yang ada dalam VCD and kaset tu xyah cakap ah, memang expert. Setiap patah aku ingat and hafal. hehehehe. Bak kata pepatah, lagu2 mereka menjadi siulan aku pada zaman dulu kala. Seronok tak terkata bila dengar Deejay radio nak putarkan lagu-lagu kegemaran, sampaikan melompat-lompat. 



Lagu-lagu kegemaran dulu kebanyakkan daripada UNIC and Inteam serta Mestica. Semua lagu mereka aku layan. Yang paling aku suka, Layar Keinsafan by Mestica. 
Ini antara bait-bait lagu Layar Keinsafan ;

sepi benar senja ini
bayunya semilir menganak ombak kecil
jalur ufuk pula mengemas terang kapal dan layar terkapar

mengapa nantikan senja barukan terdetik pulang 
ke pengkalan
gusar malam menghantui
ku tewas di lautan...



Sedikit tafsiran pada bait-bait lagu ini, contohnya seperti : mengapa nantikan senja barukan terdetik pulang ke pengkalan memberikan makna yg amat mendalam.Maksudnya di sini, kenapa perlu menunggu waktu tua untuk kita menyesali dan bertaubat dengan segala maksiat dan dosa-dosa kita. Kenapa tidak kita lakukannya sementara masih diberikan waktu. =) Haaaa, lebih kurang begitulah tafsiran aku mengenai bait-bait tersebut. 


Nasyid ini sebenarnya bagus sangat-sangat. Pengisian rohani itu ada. Tak sangka kan, aku ni peminat nasyid. Kenapa aku tak boleh jadi macam dulu-dulu ya? makin laghaa sekarang ni. Astagfirullah-hal azim . T_T


Siapa yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Nak, aku nak sangat-sangat. Aku sedang usahakan kini. Moga-moga niat dan keputusan aku ini terus istiqamah. =) Aaamin ;)



Thursday 3 October 2013

ThePopLook

Assalamualaikum 

hye dear! Now, everyday I update blog kan? dah terjatuh minat untuk menaip di sini, untuk berkongsi suka, dan duka, minat dan kegemaran. Tak ada langsung paksaan untuk anda membacanya ataupun tidak. =) It's up to you .


Tadi sempat blogwalking and intai sana sini sinun. Mata macam nak terbeliak saja bila singgah satu page ni http://www.thepoplook.com/ . Sebelum ini pernah juga dengar orang bercerita dan menyebut tentang thepoplook ni tapi masih belum berkesempatan. And now, baru berkesempatan dan dan dannn mata pun mulalah terbeliak luas, mulut menganga tahapnya luas kawah gunung berapi. chantek! chantek! chantek! chantek gilos gilos gilos all the stuff yang ada di thepoplook. =) 


Sebelum ini jugak ada tengok Fatin Liyana pakai dress and skirt dari thepoplook. chantek kot! But, aku tahu and sedar, aku tak mampunya nak beli semua itu. Maka, untuk memuaskan hati dan nafsu aku itu, aku layan and ziarah gambar2 sahaja. mihmihmihmih. 
Jomlah kita ziarah sama-sama. ;)


Maxi dress ;) Fall in love with this

Back

Front





And sekarang ni ada koleksi khas di thepoplook ini, koleksi from Jovian Mandagie. Semua pesyen peplum and of course lah chantek-chantek bagai nak gila aku yang tukang tengok ni. hihihihihi

Pamela pink
And koleksi untuk hari raya Aidiladha pun ada. Layanzz jugaklah. Sama seperti ayat di atas, seperti kopidanpes... mata ni bagai nak gilaaaa.. =) 


Hati berkenan gila koot dengan baju ni. sangat comel, simple but nice ;)

# semua gambar di atas di cedok daripada thepoplook. =)

p/s : mudah2an kurung peplum hasil idea sendiri dapat disiapkan dengan jayanya oleh KakYah untuk hari raya Haji nanti. muehehehehe. tak sabar nak balik rumah and tengok hasilnya.

Ok selesai sudah sesi menjamu mata. Now, time for tutup mata pulak. zzzz.zzz.zzz . Bubye my babybooo =)


2nd p/s : jom layan lagu I'll be back-2PM, cover by Amalia Alias. thumbs up!

Wednesday 2 October 2013

ALHAMDULILLAH =)

Assalamualaikum :)
selamat malam sayangs. 


Alhamdulillah, syukur nikmat pada ALLAH Tuhan yang menciptakan sekalian alam ini. Alhamdulillah ya Allah. Tak tahu kenapa, tetiba hari ini aku 're-add' dia kembali, once again and I saw something that make me feel so exciting to share here. Alhamdulillah. Sebelum ini, aku menganggap ianya sesuatu yang main-main, mulut aku sahaja yang mengiakan tetapi hati aku sukar untuk mengiakan. Namun, he's really2 prove it. Alhamdulillah. Congrates to you, and have all blessing for the rest of yourlife. =) You are really make it come true. Sebelum ini serius I ingat you main-main dengan permintaan itu. tak sangka langsunggggg


Maybe, he's totally change. Dia yang sekarang bukan dia yang dulu. Wow. Daebaking! Terkejut, ya memang aku terkejut sesangat sangat sangat terkejut, but who know kan doa dia dan keinginan dia yang satu itu tercapai. Perkara baik perkara elok, pasti Allah makbulkan. Aku sebagai 'kawan' dia mampu mendoakan yg terbaik sahaja untuk dia. Tahniah beb! Tahniah. :) 



Sesungguhnya sudah lama aku redha. Apa itu redha ? Redha itu ialah aku dapat menerima sesuatu dengan dada yang lapang tanpa merasa kecewa atau tertekan. Yess, lama sudah. Alhamdulillah juga :) And he deserved got what he want.. Ya Allah, memang aku tak sangka dan jangka langsung. Before this, I just ingat something like this never come true in his life, but now... wwoooow.. :)


Dengan hati yang ikhlas, I'm really really proud of you. Long time ago, you come to me and make a request. be someone 'like that' and I just say, in shaa Allah but I'm not prove it. Look, you're really got yang macam you impikan sebelum ini. Serius akal fikiran I tak pernah berfikir yg you betul-betul nakkan seperti itu. Ya, susah betol nak tutup mulut ni bila tahu semua benda ini. hihihihihihii. Speechless, tak tahu nak cakap apa, hanya mampu luahkan segala-galanya di sini sahaja.


Misunderstanding! Yeah, misunderstanding between you and I. I never ask you why and you never explain to me why you make a request like that. But now, I understand. You want the best for your life in here and Jannah. I'm so soo sooo proud of you, bro. ;) 


Everything that you told me long time ago, comeback in my mind, one by one. And now, I realised everything were true and you're really2 meant it. Yes, you are. :)


My doa to you, please take care of pemberian dari Allah itu sebaik-baiknya. Please. Make it come true and I know you're deserved to get 'it'. ")





Kenapa cepat sangat nak terasa 'PEDAS' nya

Assalamualaikum .. salam satuduapuluhtujuh pagiii.. 

Apa hal kau mek hupdate blog pepagi macam ni? dah tak ada keja nak buat? dah tak ada buku nak baca? dah tak ada esaimen nak type? bukannn.. bukannn.. semua itu ada, malah berpusu-pusu datang, tapi rileks sajaa.. rileks. benda boleh bawa berunding kahn?! mihmihmih. sengal. bagi penampo baru tau. dah! Back to normal cikra. awat dengan ang ni? dah biul ke cikra oiii?? sabaqqqq. Allah selalu ada untuk ang. Sabaq noo.. :))


Kenapa sekarang ni aku cepat sangat nak terasa 'PEDAS' nya? Dia bukan tuju dekat aku lah weii, jangan perasan sangat nak taching bagai. Kau tu siapa untuk ditujukan hal sedemikian rupa. Berangan saja lebih cikra ni.. dush dush dush~bagi penampo lagi dekat pipi ni. Biar sedar diri sikittt..


Entahlah, sekarang ni kerap sangat terasa 'PEDAS'nya. Kenapa tak tahu? Syaitan apa yg merasuk dalam diri ini sebenarnya? dah dah lah cikra, tahu setakat yang diberitahu sajalah. Kalau dah kail tu sejengkal, jangan berani beranian nak duga lautan luas. eh, macam tak kena sahaja peribahasa ini. ahhh, lantaklah.


Diri ini kadang2 mengada saja lebih. Kenapa dia boleh tahu, dan kenapa aku tak tahu? eh3, dah orang tak nak cerita, ang nak kalut pasaipa? Jangan duk taching sangatlah cikra oiii. tolonglah!Kau bukannya jenis yang busy body kan? tak payahlah nak kalut sangat. Ingat itu privacy orang. Kau sekarang ni bukan kau yang dulu. Kenapalah mudah sangat nak berfikiran negatif..lepastu mulalah nak nangis teresak-esak. Apa kes? Tak ada orang peduli pun. dahhh! bangkit! Jadi diri kau yang lama. Inilah bahananya, kalau dimanjakan sangat. Seriously, I don't like myself yg sekarang ni. Jauh sungguh perbezaannya dari dahulu. Manja sangat.. bila ada masalah, orang lain tolong selesaikan sama, dulu tak pun. Semua kau buat dan harungi sendiri kan? Hanya Epa sorang saja yang boleh terima baik dan buruk kau. Kau dah lupa ya? Ingat balik.. please ingat balik. Pedulikan apa yang tidak patut diambil tahu. Berkongsi pada yg sudi. Tak payahlah nak terhegeh-hegeh tagih simpati dan kasih sayang daripada orang lain. Ingattt tuuuu!!



Cukup2lah tu nak sentap sengsorang. Tak ada gunanya. Life must go on.. Looking forward. Tak ada gunanya. Bawa2 lah belek and baca Quran al Karim itu. Di situlah penyelesaiannya. Ingat tak pesanan mak dan abah dulu sebelum kau datang sini? Dah kenapa jadi pelupa sekarang ni?? Rotan baru tauu.. grrrrrrr..


Apa yang kita nak, takkan selalunya terjadi. Ingat tak tagline baru kau, expect the unexpected! haaaa.. ingat tu. Kadang2 sesuatu yang kita tidak jangkakan itu akan berlalu. please prepare yourself. Sampai bila nak jadi macam ni? Orang cakap, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum! Eh, ke situu pulak.. :P



Sudah-sudahlah tu, ayat pujuk diri sendiri memang macam ni.. Kita tak minta pun kan semua ini akan terjadi? siapa yang nak minta benda yang buruk2 berlaku dalam hidup sendiri. nopee.. tak ada siapa pun minta. Kita kena faham, ada sebab dan akibat kenapa seseorang memperlakukan kita sebegitu. Everyone have their one privacy. Remember that cikra. Pedulikanlah ayat2 orang yg kengkadang secara sengaja atau tak sengaja memerli itu. Susah, tangan kita ini ada sepuluh jari saja nak menutup mulut2 orang yang bertuah itu. Mana larat oii.. Jangan nak pentingkan diri sendiri cikra. Bawa bertenang. All is well :) Mungkin ini ujian Allah. 3tahun dahulu kau boleh saja kuat kan, cikra.. tapi kenapa sekarang ni kau nak lemah? kau dah lupa ya dulu macam mana kau jatuh dan bangun kembali? kau dah lupa ya 'rentapan' tangan itu 3tahun lepas yang mana akan di'rentap' lagi pada bila2 masa? Ingat cikra, bersedia untuk sesuatu yang diluar jangkaan. Anak kaklah dan abeli kena kuat! yessss kuuuuuuat! macam harimau.. :)

Ada sebab tertentu disebalik apa yang berlaku. ingattt.. please lah cikra, ingat! Jangan nak memesongkan fikiran positif ini kepada negatif lagi. Kenapalah kolot sangat fikiran aku sekarang ni? ish, tak paham sungguh. Ingat, jangan nak terhegeh-hegeh. 


Senyum :)) .

~✿ Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. Sesekali menangis..hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya..✿Subhanallah