Monday 30 September 2013

Love YOU Mr. Arrogant

Assalamualaikum 


Dari satu satu satu dan satu novel didramakan. Aku tumpang gumbira sebenarnya. Malah aku suka! Suka sesangat. Now, turn LOVE YOU MR. ARROGANT pulak. Actually, aku tak pernah baca pun novel ni. Bila didramakan, mulalah aku sawan nak memiliki novel ni. hihihihihiihi =)


Sebelum ini, aku pernah memasang nekad, at least sebulan sebiji novel akan berada dalam genggaman aku. But, tak boleh! Aku perlukan duit itu untuk hal-hal yang lain. Takpelah, bila kewangan dah kukuh sikit, aku akan kotakan nekad aku itu. Sekurang-kurangnya adalah sedikit hiburan untuk aku apabila aku memiliki novel even, sebuah novel untuk sebulan. Sekarang ini, I've no choice. Duit tersebut lebih penting untuk hal-hal yg lain . :)


Love You Mr. Arrogant sekarang disiarkan di TV3 pada slot Akasia, bermula Isnin hingga Khamis, jam 7 ptg. Cerita ini menggantikan cerita Cinta Jannah. Baru dua episod bersiaran and hari ini episod ketiga akan bersiaran. 


Tak boleh nak komen panjang2, coz aku sendiri pun tak pernah baca novel LYMA sebelum ini. Jadi, ada baiknya aku layan cerita ini dahulu. But, untuk dua episod yang terdahulu, sangat menarik walaupun akal logik aku ni tak berapa nak boleh terima apabila Zaara 'terpaksa' berkahwin dengan Zafriel. hihihihihihi.

Sinopsis di kulit belakang novel. Sumber : Google Images 



Cover depan . Sumber : Google Images 


PELAKON: Zara Zya sebagai Zaara Amirah dan Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham, Haney Suraya sebagai Sherry, Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam, Mustapar Kamal sebagai Tan Sri Zahir, dan Keith Foo sebagai Hadry Hakimi. dan ramai lagi.

Sunday 29 September 2013

Jadikan masalah itu sebagai PENGUAT untuk lebih KUAT

Assalamualaikum 
salam sejahtera

Bila dihimpit dengan masalah, satu sahaja yang terlintas di pikiran, "aku mahu melarikan diri daripada masalah itu".. melarikan diri ke mana sahaja tanpa dikejar dan dihambat oleh masalah itu. Tetapi kita lupa bahawa ketika kita ditimpa masalah, sebenarnya ALLAH sedang menguji kita untuk lebih tabah dalam kehidupan dan lebih dewasa dalam menghadapi kehidupan ini. 


Kerana di sebalik permasalahan itu ada proses pendewasaan dan disebalik musibah itu akan ada hikmatnya. ;) 

Takkan ada hidup tanpa masalah. Walaupun kecil, ia tetap akan digelar sebagai masalah. Masalah itu adalah sunnah-Nya. Pilihlah untuk tabah kerana nikmatnya akan kita rasai. Jika diri ingin memilih keluhan, kesengsaraan akan senantiasa menghimpit. Pilihan di tangan kita, and we have our own right to choose.


Aku belajar daripada kesilapan lalu yang aku biasa lakukan. Mungkin aku ini terlalu sensitif dan terlampau memikirkan sesuatu masalah. Yes, I've to admit, itu memang aku. Aku yang jenis sukar untuk melupakan satu-satu perilaku orang terhadap aku, lebih2 lagi sesuatu yang menyakitkan hati. Lama kelamaan aku akan lebih suka bersendirian dan menangis semahu-mahunya. Bagi aku, itu salah satu jalan penyelesaian untuk aku. Namun aku lupa bahawa kehidupan ini tidak selalunya indah. Kadang-kadang aku perlu mempersiapkan diri untuk bersedia dengan keadaan yang expect the unexpected. Aku lupa semua itu. Jadi, mulai hari ini aku akan bangkit dan sensitif pada diri aku ini akan dihapuskan. HAPUS!


Aku perlu belajar, tanpa masalah dan kesusahan, kita takkan menjadi seseorang yang dewasa. 

Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”


Di saat kita mencari solusi pada permasalahan itu, di saat itulah kita akan menjalani proses kedewasaan. Masalah bukan untuk dikeluh tetapi ia perlukan penyelesaian. Hadapinya dengan senyuman. Senyuman di bibir dan senyuman di hati. :) 



p/s: lagu untuk korang. From Beast, On rainy days.. Best sesangat!

Friday 27 September 2013

Days without laptop

ASSALAMUALAIKUM 

Hari tanpa laptop boleh diibaratkan umpama malam tanpa bintang. Eh, boleh ke macam tu? Tak samalah. Laptop ini boleh diibaratkan nyawa kedua, itupun jika berada di kampus, kalau di rumah.. boleh je aku lupakan laptop yang kuat meragam nih.  Bayangkan empat hari tanpa laptop? hidup aku tak bermakna! Awal semestar macam ni, nak lah melayan segala muvie yg best2. Semua tak boleh gara-gara laptop masuk bengkel. Problema sungguh di kala aku kesempitan dan tersepit ini. My 'meyyo' ni buat hallah pulak. Rosak GPU. Apa kebenda GPU pun aku tak tau, katanya Arif yang tolong baikikan laptop aku ni, GPU tu bahagian graphic kat laptop ni lah.. ohhhhh angguk2 paham!


Kalau dah rosak and officially masuk bengkel, al maknanya melayanglah duet PTPTN kan adooo aku ni. Aduyaiiii mak hoi! sesak nafas aku. Baru nak mula merasa lega gara-gara sudah habis membayar WPP, ini hal lain pulak yg berlaku. Nak menabung tu memang tak dapatlah! Sedihh T_T. Ah, macam mana nak kawen ni? asal nak menabung, ada saja kekangannya. mood gatai mai dahh. k baii.. :)


Hal ini membuatkan aku semakin stress dengan masalah2 lain lagi. stress sesangat. Macam nak balek kampung saja, and tak payah datang USM lagi. senang! Tapi, sampai bila aku nak melarikan diri daripada masalah kan? Masalah tersebut tetap akan datang mengejar aku, bezanya cepat atau lambat sahaja. Aku sabarkan hati, tabahkan jiwa, pejamkan mata, pekakkan telinga, pedulikan apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang sedang berlaku kini. Kesimpulan kecil yg boleh dibuat, "jauhhhh"


Tajuk post kali ini memang takkan ada kaitan dengan huraiannya. mihmihmih. Dalam minggu ini bermacam2 perkara yang berlaku. Suka dan duka, tapi banyak yg duka. Sabar wahai hati. Tak lama saja lagi, semua masalah ini akan hilang. Percayalah, Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. Yes, percaya! Mestii. 


Kenangan untuk semestar akhir di USM and next semestar belum tentu lagi akan berada di sini, amatlah dihargai. Last week, kami mengikuti sesi fotografi untuk kursus masing-masing. Kami geng SASPEN (Sastera dgn Pendidikan) ramai tetapi seciput dan secoet sahaja yg menghadirkan diri. Buktinya, tengoklah gambar di bawah, hanya ada 3 orang kumbang sahajo.. yang laen entah ke mana. Aigooyaa. 

K A M I bakal P E N D I D I K
Back to the tajuk post.. hamboih, kemain jauh melencong! hahaha. harap bersabar. Bila jiwa dah tak tentu arah, inilah jadinya. Ke lautt..


Live without laptop is kosong. Itu jawapan yg aku boleh bagi. But sometimes, aku fikir bagus juga kalau tak ada laptop ni, sebab aku akan tidur awal.. aku akan baca nota-nota yg aku fotostat dan aku akan rajin mencuci baju. muehehehehe. Semuanya rajinlah. Tapi, bila nak buat kerja or nak check satu2 maklumat, it's soo difficult.. terpaksalah aku menagih simpati dengan roomate. Pinjam laptop dia. T_T Sedih betol.


Dear meyyo ;
please jangan buat hal lagi. aku dah takdak duit ni. kosong! tak sampai sebulan lagi aku kat sini. dah suku duit PTPTN aku kau kebas. Ahh cano aku nak makan lepas ni. please please.. T_T jangan buat hal lagi..

Monday 23 September 2013

Senangnya untuk berkawan

Assalamualaikum and good morning (1:26 am)


Hari ini berkawan, selamanya akan berkawan. (: Simple, itulah erti K A W A N kepada aku. Erti itu bukan dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tetapi ia adalah lahir secara spontan dalam pikiran aku ini apabila berbicara tentang kawan. 


For me, berkawan sangat senang. Pertama, kena betulkan niat. Yes, niat adalah satu perkara yang sangat penting bagi aku. Bukan nak cakap besar ataupun mendabik dada, tidak! tetapi aku seakan-akan dikurniakan instinct dan aku senang untuk mengagak seseorang yang menghulurkan salam perkenalan kepada aku itu secara ikhlas ataupun tidak. Aku mudah untuk detect.


Okay, simple example aku bagi kat korang. Lately, zaman media sosial semakin berleluasa kan? mula dari facebook, then twitter, kemudian menyusul pula instagram, line, wechat, whatsup etc. Tetapi aku hanya aktif di facebook and twitter sahaja. Contohnya, ada sorang mamat ni add lah kan? kalau aku, orang yang tak kenal then add aku, aku terus ignore. Al-maklum sajalah zaman dunia yg serba canggih ni bukan sembarangan yg boleh kita lakukan. Be careful and berwaspada itu tersangatlah penting. 


Kalau aku untuk berkawan. biarlah secara face to face, tidak kiralah sama jantina or berlainan jantina. I don't mind malah aku akan lebih appreciate manusia yang melakukan sedemikian. Apa hal, nak kawan dengan kita tapi main past past pulak. Guna pengantara. Tak rock lah derr.. Oke, ini pendapat aku. Khususnya aku tuju pada kaum lelaki di luar sana lah. Nak berkawan dengan aku senang saja, pasang niat dengan betul nak berKAWAN sahaja, not more than that. Dengan itu aku akan lebih comfortable and senang untuk aku berkomunikasi dengan dorang. That is my opinion. 


The second example I gave to you, this evening, I just walk in the tapak pesta konvokesyen and singgah di satu kedai tudung ni. Kalau dah singgah di kedai tudung ni maknanya aku nak grab beberapa helai tudunglah! hihihihi. Aku minat shopping!! Harap makloongg!. mihmihmih :)
Okay, back to the topic, salah seorang abang or mungkin adik or mungkin sebaya dengan aku yang jadi tukang jual tudung tu jenis peramah. Jenis peramah dia aku tak mudah salah erti. Maknanya kat sini, aku boleh agak yang dia bukan jenis gatal or nak menggatal. He's just nice and layan customernya sama rata sahaja. Orang macam ni aku senang nak masuk. Dalam masa sedang choose the tudungs with my friend, and my friend just call my name 'cikra' to ask the opinion, which tudung are suit for her. Dia ada kat situ, and maybe he's heard my friend call me 'cikra' and spontaneously he's also call me with that name. hihihihi.


He's so talkative but aku selesa dengan dia dan aku tak nampak dia gatal. Alah, faham jelah dengan keadaan and situasi dunia sekarang ni. Korang sendiri pun boleh faham kan? Actually, that not the first time aku jumpa dengan dia. Sebelum ini, kalau ada pesta apa2pun di USM ni, dia and the gang selalu saja datang bukak gerai dorang kat sini. So, tak peliklah jika dia tanya aku, "berapa lama lagi kat sini? selalu ja nampak awak kat sini. amek course apa?" Lebih kurang macam gitulah pertanyaannya. Then aku jawab, " ada staon lagi. saya amek pendidikan. tahun depan In shaa Allah, grad lah." 


Then, dia cakap .. "oh, tahun depan jangan lupa datang gerai dia lagi walaupun dah grad." Hah, nampak tak kat situ? Mengikut tafsiran aku, aku boleh berkawan dengan orang macam tu. See, nak berkawan bukannya susah kan? Bukannya memerlukan segunung emas intan berlian bagai, noooo ! yang penting niat. 


Bila dah mula rasa comfortable, aku pun senang nak bergaul dengan orang yang macam tu. Tak kekok. Sempatlah jugak aku bergurau dengan dia, kebetulan kami datang daripada negeri yang sama.. Aku cakap kat dia, "jangan risau, tahun depan kalau panjang umur, gradlah saya. dan bila saya pakai jubah tu, saya datang tunjuk kat awak!" hahahahahhahaha. aku gelak kejam begitu juga dengan dia. 


And my friend pun pelik bila dia panggil aku "cikgu ra". My friend tanya, "kawan sekolah cikra ke?" Aku cakap, taklah.. kenal kat sini saja. See, that the prove. Bila aku selesa, mulut aku ini pun akan senang sahaja mengaku yang dia tu kawan aku walaupun aku tak tahu pun nama dia.  :)


Dan aku boleh katakan dia juga adalah seorang kawan yang baik walaupun belum tentu kami akan berjumpa lagi pada masa hadapan. Last kata-kata dia aku masih ingat. "Selamat berjaya dalam hidup." 
Waaaa, terharu gila kot, walaupun first time dapat berbual dengan dia seperti keadaan seperti tadi. :) Thanks friend :)


Then, bila dah berKAWAN ni, janganlah bermuka-muka. Aku paling pantang manusia yang mempunyai muka banyak ni (bermuka-muka). Aku paling tak suka and menyampah. Apa pekdahnya korang bermuka-muka.. kalau tunjukkan diri yang sebenar itukan lebih elok. Aigoooo.. tolonglah jangan nak rumitkan keadaan. Simple simple sudahlah. hihihihi


p/s : sedih kot lagu YOU by Nur Jannah Alia ni. liriknya ada sedikit sebanyak kaitannya dengan kisah hidup aku yang dulu. T_T.

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you

how can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how I wish you were still mine 

never will forget the day
how we've met and came this far
we both know we got this feeling
but somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all things I've done and said
for all the hurt that I've caused you
I hope you will forgive me baby
cause that wasn't what I meant to do ..




Sunday 22 September 2013

UNFORGETTABLE DAY :)

ASSALAMUALAIKUM sahabat Islam sekalian 
dan selamat malam buat yang bukan Islam . :) 

Today is a great day! Today will be one of my precious day in my life. Whole day, starting from morning until midnight, I got a really precious moments. Today is a GREAT GREAT GREAT day. Thanks for all of you yang memberikan hari yang terbaik untuk saya pada hari ini, Sabtu, tanggal 21 September 2013. 


Start from a precious morning, I wake up early morning, after perform Subhuh, I'm just sit in my chair and facebooking. Oh mai Gucci, got a message from 'H'. My heart like to explodes umpama ledakan bom atom. Seriously. Seram sejuk but still cool, cover depan cik rumate. muehehehehe. Tenang tenang tenang, kata hati pada diri sendiri. Akhirnya, senyum sengsorang! Pooodahhh. :P


Then, around 11.30 am, I'm just continue my journey with USM komuter bus and go to the Convex festival to congrates my dearest cousin, Baizura. Finally, after 3 years, she got her Degree. Congrates dear! I'm really really proud of you and happy graduation days :) Next year, will be my turn. kikikikiki. Now, she's continue her study in Master. wow ! daebak ah my cousin. Have a good successful sis. :)





Then, perjalanan aku for today bersambung ke slot malam pula. Aroud 8.20 pm, Fiqa drive the car to the Tapak Pesta Convex untuk ke konsert amal kesukarelawan USM. (maybe, I'm just forgot the name). And the most important is, FORTEEN adoooo kau !!!! First time in my life watching their performances live! TITIK. Terkesima. Hensem2 kot mamat FORTEEN tu. Satu sahaja yang boleh cakap, MELTING ! Ameeeer, I'm just fall in love with your eyes. Mata kuyu . <3 <3


Wabak yang tak berapa disenangi ini sudah mula menular. Tau dek ma and abah aku ni nahas + mampushh !. hihihiihi. Ampun mak, ampun abah. Orang keluar dengan geng pompuan aje, xde kawan laki pun, even the tough bodyguard. hihihihi

Amerais


Take from I z z u e I s l a m page. Thanks (:

Then, waktu dorang nyanyi Izzue Islam datang ke tempat yang kami bersila dengan enaknya. Dia hulurkan microfone pada adik kat sebelah... but, that not the precious moments.. yang paling berharganya ialah, aku dapat tengok dia secara live.. Ahh, dah macam orang meroyan dah. Umpama aku berada di bawah dagunya. Yup, dekat. Depan mata aku, betol betol depan mata. ( ahhh, susahnya nak describe dengan ayat!!!!!) Hensem sioooot ! Sebelum ni tengok dalam tivi je, dah malam ni tengok live memang hensem betol! Yang paling tak boleh blah, Izzue Islam ada depan mata, tapi tangan aku ni boleh terkaku and sejuk membeku. Tak boleh nak capai henset and snap his picture! Nooo. grrrr ! bebai dengan diri sendiri. Tetiba jadi bengap !!!  Sakit hati tersangat2. grrrrrrr
Takpelah, just save that memory in my mind. mihmihmihmih (: Buat ayat nak sedakkan anak tekak. ceih.


For the last slot berlaku around 12 am. Celebrating birthday Cikda yang ke 23tahun. Happy Bornday Cikda. May ALLAH bless you. Kami menyambutnya di pondok cantek yang teramat santai di blok MO4 Saujana. Just a little surprising for her yang mana cikbib and cikhuda be the mastermind. And aku tak nampak pun peranan aku kat situ. Jasad aku je kot yang ada kat situ. hehehe. Aku ke situ hanya untuk memeriahkan and celebrate her birthday. Actually, I don't know their plan and just follow the flow. Btw, tahniah kerana sudah melangkah ke alam 23 tahun. Welcome to the club, geng! (:



After upacara tiup lilin and potong kek. Then kami-kami snap a million of pictures dengan berbagai aksi berbagai ragam. Habisss pesyenn bak kata orang kampung macam aku! Muehehehehe. Candid tak candid. ambik bayang saja pun ada. Macam2 pose lah yang ada, mimik muka orang terencat, mimik muka orang sedih, mimik muka orang terlampau excited, mimik muka orang frust and macam-macam lagi. Coooll ! Kami memang macam tu, meronggengnya melebihi sesiapa pun. Walau apa pun, korang sangat the best ! Thanks all. I lab you belly bellly much !


Gaya ronggeng kami seperti di bawah ;







 
*gaya ronggeng yg terlebih aksi tidak akan dipublishkan di sini. mihmihmih. harap maklonggg !

Okeylah.. sehingga ketemu lagi. Bubye love (: Doakan aku bahagia ya ? Eh? ! ^_^

Wednesday 18 September 2013

Manfaatkan Hujung Minggu dgn Aktiviti Berpekdah

ASSALAMUALAIKUM umat ISLAM sekalian (: 
salam Zulkaedah .

Entry kedua untuk hari ini. Dikala idea datang mencurah elok diluahkan nanti takut terlupa and sengaja dilupakan. eh? hihihihi. Tidak salah bukan untuk berkongsi aktiviti harian dengan teman semua. Bukanlah menarik sangat tetapi tetap nak berkongsi. Dalam menghitung detik bersama geng muncoi, selama itulah aku akan appreciate apa yg aku lakukan bersama dorang. Setiap detik akan aku hargai.


Sejak semestar baru bermula, sudah 2x kami open table di Ivory, makan sesama. Heaven! Memang itulah ikatan kekeluargaan kami. Akan ada upacara open table itu. Kalau berkesempatan, kami akan outing sesama, tidak kiralah kemana sahaja, asalkan dapat bersama. 


Berbicara mengenai outing, tanggal 13September 2013, kami ke Changlun! Pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Plannya hanya sehari sebelum ke sana iaitu 12September, dan keesokan hari kami bertolak ke sana. CikWin saja yang tidak turut serta, katanya ada hal lain yang perlu disettlekan. Kami ke sana untuk shopping tudung bawal bagi perniagaan online kami, D'Nour Hijab. Dan Fiqa lah yang menjadi driver bertauliah kami. Perjalanan dari USM ke sana hanyalah mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. 


Sebelum ke Changlun, kami ke Perda terlebih dahulu untuk membeli kerepek untuk dijual. Dung dang dung, siap beli kerepek, kami terus bertolak ke Changlun.


Seawal tiba di Changlun, kami singgah di C'Mart dulu, shopping tudung bawal kat sana. Memang sangat murah and aku pun apa lagi, gunakanlah peluang yg ada dengan merembat sehelai blouse! Murah sesangat dan semuanya cantek2! Memang berbaloi2 lah pergi sana. 


After done shopping, kami ke rumah Cikbib di Taman Universiti. Makan-makan di rumah Cikbib. Sedapppp, mabelous mak Cikbib masak! Memang kena dengan selera kampung kami. Terbaik ! Tengs Cikbib and keluarga. Before going  back to USM, mak Cikbib bekalkan kami dengan laksa pulak! Adoiiii.. memang murah rezeki kami and laksa yg mak cikbib buat tersangatlah sedapp and kuahnya sangat pekat! (: Mabelouss untuk kali ke-II. (:


On the way pulang ke USM, Cikda nyatakan hajat nak kenal kawasan UUM. Alang-alang dah dekat dengan UUM, maka Fiqa menghalakan kereta ke UUM. Luas kawasannya kalau nak dibandingkan dengan USM. Sebelum ini, aku pikiran USM ini sudah luas, jauh saujana mata memandang, ghupanya UUM lagilah luass dan mencabar dengan jalan yang berbukit bukau. 


Sempat lah kami snap beberapa gambar kenangan, menandakan kami sudah berjaya menjejakkan kaki ke situ. (:

 




Then, untuk aktiviti yang kedua berlangsung pada 14September and malam 15September iaitu majlis sambutan bufday Cikbib. Surprise birthday untuk Cikbib memang takkan berjaya. Dia dah dapat mengagak! Tapi, jalankan jua.. hihihi. Caed yang bersungguh-sungguh mahu adakan sambutan bufday Cikbib, kami hanya membantu sahaja. 


Happy Bornday ke-23 Bib! Semoga ang sentiasa dirahmati dan dilimpahkan kemurahan rezeki. All the best for the rest of yourlife. I lab you, saeng!

Ada sekeping gambar pada malam hari kejadian (:
Kami and the crew. Isae jadi cameraman. 


Itulah antara aktivit berpekdah yg aku lakukan sepanjang hujung minggu lepas.

Jangan Bersedih Jika Anda Belum Berpunya

ASSALAMUALAIKUM wahai umat Nabi Muhammad, Rasul ALLAH (:

Ketika ramai rakan dan taulan yg lain sudah berpunya malah sudah ada yang berkeluarga, tidak terdetikkah perasaan cemburu di hati anda? sudah tentu. Perasaan cemburu itu tetap hadir bukan? walaupun sedikit cuma. Tipulah jika anda tidak merasa cemburu . 




Kerana fitrah manusia itu ingin dicintai dan mencintai. Namun begitu, jangan sesekali bersedih dan berduka jiwa. Kadang2 terlintas di fikiran kita ;

" apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia?"

"tidak layakkah aku untuk dia?"

"kenapalah orang lain sudah berteman, namun aku masih lagi single mingle?"

"aku ni memilih sangat ke sampaikan seorang pun tidak sudi untuk mendekati hati aku?" 

dan macam2 lagi dialog yang timbul.


Bila kita bersendirian, dan masih belum berpunya, bukan bermakna ALLAH tak sayangkan kita. Sebab ALLAH sayangkan kitalah, dia beri masa untuk kita bersendirian. ALLAH itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian (:


Mungkin kita diuji dengan cara bersendirian dan tiada teman.



Kadang2, kawan kita yang sudah berteman itu pun diuji dengan bermacam-macam ujian seperti bergaduh, salah faham, bertikam lidah siang dan malam dan sebagainya. Itupun merupakan salah satu ujian daripada ALLAH. Bukannya yang bercinta itu tidak mempunyai masalah kan? (: Jadi, sabar kawan, lambat laun jodoh ALLAH itu akan sampai juga pada kita. Berbeza cara dan jalannya. 


Mungkin kita belum berteman kerana kita belum bersedia. Bercinta bermakna anda perlu bersedia untuk dicintai dan dilukai. Mungkin kerana anda belum bersedia untuk dilukai, maka timing belum lagi tiba, right? Think positive. Kadang2 pengalaman lalu banyak mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dalam melakukan sesuatu keputusan (:


Mungkin juga kita belum berteman sekarang kerana kita dibelenggu masalah emosi. ALLAH mahu kita merehatkan emosi kita buat sementara waktu daripada hal2 yang sedemikian. 


Kita hanya mampu merancang kehidupan ini dan jangan lupa bahawa sebaik-baik perancang itu adalah ALLAH azza Wajalla. (:

Wallahua'lam .

p/s :idea dicedok sedikit sebanyak daripada akuislam.com (:

Wednesday 11 September 2013

Pengisian sebelum busy dengan esaimen

Assalamualaikum

Hari ini hari ke-2 aku memulakan pengajian di semestar 7. Alhamdulillah walaupun demam tetapi tetap juga boleh meneruskan perjalanan ilmu ke kelas pada petang tadi. kelas pagi, aku ponteng! tak larat sangat-sangat. Maaf Dr.Naza  ): saya demam, bukannya tak nak pergi kelas tetapi saya tak larat sesangat. M a a f k a n  s a y a .


Minggu pertama P & P masih tidak terlalu busy and I've a time to watching Running Man show. mihmihmih and reading a good book. Sangat bagus buku ini, walaupun masih dalam perjalanan menerokainya. Sebenarnya, akhir semestar lepas aku sudah mula membaca buku ini, tetapi tidak sampai suku daripada buku itu aku habis, aku tutup and focus pada buku pengajian. Then, sebelum cuti semestar aku ter'masuk'kan buku ini ke dalam stor lalu tidaklah dapat aku habiskannya di rumah. Datang semestar baru ini terpaksa aku mulakan daripada page 1 back. Aiseh! Gerem betol dengan diri sendiri. Lupa sudah apa yang aku baca 2 months ago.


Apa buku yang aku sedang bisingkan di atas tu? Ni hah bukunya ;


Rahsia agar anda mudah mendapat jodoh !



Ceh, tajuk buku kemain lagi kan? hahahaha. Bukan gatal nak kahwin okay, cuma berminat untuk mendalami ilmu yang satu ini. Korang janganlah nak salah paham pula. 


Meh kita selongkar sikit apa yang terkandung di dalam ini buku... menarik ke idak ?

Menurut penulis pada pages 11, bab1: pendahuluan; 

Dewasa ini, angka lelaki dan wanita yang belum menikah hingga usianya mencapai "30-an" semakin meningkat. Terdapatnya banyak alasan yang menyebabkan hal ini terjadi. Di antaranya ialah, semakin jauh keakraban hubungan antara keluarga besar ( sanak saudara) yang mengakibatkan kerja "risik merisik" mula hilang, semakin tingginya pendidikan wanita sehingga para lelaki enggan melamar, semakin enggannya wanita dan lelaki untuk segera menikah dengan alasan ingin melanjutkan pengajian atau masih ingin mengejar karier ( amboi, perli nampak ! hehehehe ), semakin enggannya anak muda menerima jodoh keluarga dan beberapa alasan lain. 


Hah, tengok.. bab 1 pun dah menarik, itu baru saja page pertama. Belum lagi masuk pages yang seterusnya. 


Jadi, aku rasakan bahawa dengan membaca buku ini adalah salah satu daripada pengisian yang amat berguna sebelum aku busy dengan asaimen and presentation after this.


Selamat membaca and selamat mengubah persepsi anda tentang perkahwinan. Bubye (::

Sunday 8 September 2013

Bermula episod baru

Assalamualaikum 

Episod baru pada drama yang sama akan bermula esok, tepat jam 5 pagi ! Semoga akan ada perubahan yg lebih ketara untuk pengembaraan kali ini. Aku mulakan episod baru ini dengan lafaz yang paling mulia ;

" bismillahhirrahmanirrahim"

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani, aku mulakan perjalanan kali ini. Berkatilah perjalanan aku, selamatkan aku daripada segala pancaroba dan dugaan dunia. Bulatkan tekad aku pada kejayaan-Mu. Aminn (:


Tinggalkan segala pengalaman pahit, masin, kelat dan busuk di belakang. Jangan palingkan aku ke arah itu lagi. Let's bygone be bygone ! Aku akan teruskan perjalanan ini yang masih lagi berbaki. Kuatkan aku ya Allah (:


Semoga apa yang dihajati dan diimpikan akan dapat dperoleh dengan jayanya. Mohon ditenangkan hati aku setenang-tenangnya ((: Jangan biarkan 'perkara itu' hadir lagi dalam fikiran ini. I want to forget all about that. Taknak dikenang dan difikirkan lagi (:


Doakan yang terbaik untuk kejayaan aku di semestar 7. Semoga semuanya berjalan dengan lancar .
Doaku sepanjang masa, dekatkan jodohku dengan lelaki baik, yang mampu membimbing diri ini ke arah yang diredhai oleh-Mu. 



Friday 6 September 2013

Entah apa lah nasib kami pelajar2 ISMP T_T

Assalamualaikum 

Luahan rasa di petang hari. Kemain lagi heboh tentang satu berita yg bagi aku sudah dijangkakan. Bagi orang lain, mungkin tidak tetapi bagi aku sudah lama aku expect perkara seperti ini akan berlaku. Petang tadi, sedang asyik bertweet2 and mata ini terpandangkan satu link yang dikongsikan oleh Gabungan ISMP Malaysia.

Link tersebut disertakan bersama dengan kata-kata seperti berikut ;

Pengambilan guru hanya dari 30% graduan terbaik : KPM *Hanya 30% shj. Lg 70% anak pergi cari kerja lain..  

Ini pula ada link daripada Sinar Harian ;


 
Reaksi aku, Ma shaa Allah, kejutan apa lagi ni? Sebelum ini bermacam-macam kejutan yang diterima oleh kami pelajar2 ISMP, namun kami telan jua. Tidak mahu berfikiran negatif sebenarnya. Harapan kami suatu hari nanti akan ada sinar yang cerah untuk kami. Namun kini, adakah harapan menggunung tinggi itu terpaksa kami lupakan? T_T


 KUALA LUMPUR - Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.
Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

 * petikan daripada Sinar Harian

Aku sudah cukup faham dengan kenyataan itu, namun hati ini segera menidakkan dengan harapan suatu hari nanti semuanya akan pulih seperti sedia kala. Kemana arah hala tuju aku selepas graduasi nanti? Di bendang menanam padi, di ladang menanam sayur, atau di shopping mall sebagai cashier? Oh tidak !! Musnah harapan sanak saudara keluarga tersayang yang mana begitu mengharapkan aku untuk menjadi pendidik. 

Ma, abah .. maafkan diri ini. T_T 

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan peluang untuk ke sekolah suatu hari nanti. Ke sekolah bukan untuk belajar, tetapi untuk mengajar anak bangsa kita. 

Aku percaya, rezeki di tangan ALLAH ! Semoga dipermudahkan segala-galanya (:

Nothing is IMPOSSIBLE, the words itself says : "I'm POSSIBLE !"

Wednesday 4 September 2013

Saya dah dapat jawapan untuk soalan makcik !

Assalamualaikum 

jawab jangan tak jawab! kalau tak jawab dosa (:


Asal sekarang ni 'kebanyakkan' orang sibuk tanya aku soalan yang satu itu. Pening tau nak menjawabnya. Pening okay lagi, masalahnya hati ini yang tidak sanggup untuk menghadam pertanyaan tersebut. Saaakit sesangat. 

Bila orang tanya, umur dah berapa sekarang ni? 

Jawapan : 23, makcik. 

Uish dah boleh kahwin ni ... grrrr !

Stress tak ? Stresss sangat2. Wa tak tipu sama lu. Memang stress. Rasa macam nak tanya je dengan makcik yang tanya soalan tu ..

"makcik ada anak laki bujang tak? kenengkanlah dengan saya!"   

Tapi, takdelah aku pergi tanya macam tu... kuang ajo pulak jadinya. Memang tak cukup tanah ah kena baham dengan mak aku.

Okelah, yang itu situasi pertama. Kita beralih pula untuk situasi ke-2 .

Memandangkan kita ni seorang rakan yg amat sayangkan rakan yang lain, maka rajinlah pergi menolong rakan alias teman yang berkahwin. Even malam akad nikah pun dah tunjukkan muka. Esoknya kenduri, awal-awal lagi kita dah pergi. manalah tahu boleh tolong apa yang patut. dah namanya kawan kan?? Lagipun aku seronok nengok teman2 aku naik pelamin. Tumpang seronok.

Bila sebut pasal kawan, maknanya sebaya lah kan? 23tahun. Muda lagi okies.

Niat kita baik je nak pergi menolong, maka adalah salah seorang daripada tetamu yg dijemput itu akan bertanya pada kita 

"kamu bila pulak nak kahwin? tengok ni hah deknon nih dah kahwin dah"

Eh3 makcik nih ... soalan yang sama lagi. Buhsan lah makcik. Grrr ! Sentap untuk kali kedua. Senyum sajalah. jawapan yang paling selamat untuk semua persoalan itu. Biarlah hati kita ni bengkak sebengkaknya pun. Sakit tau? Janganlah ditanya soalan cepumas sedemikian. Lupakan anda semua "jodoh pertemuan itukan semuanya aturan Allah."

Untuk makcik-makcik sekalian yang selalu bertanyakan soalan yang sedemikian rupa pada saya, terimalah jawapan yang seikhlas mungkin ini ya? lain kali jangan tanya lagi... saya tak suka ! I don like, makcik. 


Saya dah hightlight kan jawapannya ya makcik. Yang kaler puteh tuuu (: Makcik janganlah tanya soalan2 yang boleh menyentapkan minda serta jiwa saya lagi ya makcik. 

Nikah kahwin ni bukannya senang makcik. Kena banyak persediaannya. Saya ni belum bersedia sepenuhnya pun lagi. mental dan fizikal ! Makcik tolonglah faham.

Kekadang, saya stress makcik. Stress yang amat bila dengar soalan2 sedemikian. Makcik janganlah stresskan saya lagi ya? Biarlah saya habis blaja dulu .. saya muda lagi makcik. Orang sekarang ni suka kawen muda, tapi bukan saya. Saya ada misi dan visi saya yang tersendiri tau makcik ! Saya ada cita-cita saya ... dan kalau jodoh itu sudah sampai dan tepat dengan masanya, saya pasti akan kahwinnn ! Siapa taknak kahwin, makcik oii ! Seronok ape kahwin ni. Ada suami, lepas ada suami pastilah akan ada anak-anak yang comel. Jalan kedek-kedek. olololo.. comei sungguh ! Lepastu, mak ayah pun akan bertambah, dari dua akan menjadi empat. Seronok kan ? Siapa kata tak seronok. (:
Then, main masak-masak dengan suami kat dapur, main suap-suap. Hahhh, seronok tu makcik. Tapi, janganlah serabutkan kepala saya dengan soalan " bila nak kahwin?" saya tak ada jawapan untuk soalan makcik itu . Hope you understand, makcik ! I need to prepare myself to all of those. That duties is so berat for me! (hamek kau, baham kut Omputeh! Cacat cela gila. Oh, my English! )

Kawan-kawan pun ada jugak yg kadang2 terlepas mulut. Mentang2lah I ni single mingle. Aiii, xpatut betul.. Janganlah memperendahkan kawan mu ini, walaupun kawanmu ini tingginya xberapa nak tinggi. just cute gituuuu .. 
Takkan tumpang duduk di tangga pun salah. Katanya nanti tak ada orang masuk minang. 

Apa kehal?? Senak hati ini mendengarnya. Ngilu sangat.. That a bad attitude, friend. Sepatutnya give me more support! bukannya kondem aku !! grrrrrr .

Tak baik tau ? Sepatutnya, doakan yang terbaik untuk I. Bukannya kutuk2 I macam tu ... :)

Okelah, bai ! 
Ingat ya makcik . Jangan tanya soalan itu lagi.. saya Elergik !

Nah. amek bunga Kuning setepek ! (:


Tuesday 3 September 2013

Maafkan aku di atas keterlanjuran kata dan perbuatan itu?

Assalamualaikum 

Hai ! (eh tetiba pulak hari ini berhai)

Amboi, kemain post title panjang berjela mengalahkan teks ucapan perasmian pecah tanah bangunan namblas tingkat je kan? mihmihmih

Back to the topic .. kenapa pulak dengan malam ini? kemain saja tajuknya.
Entahlah, aku dapat rasakan seolah-olah ada satu perasaan yg maha hebat sedang mencengkam sanubari ini. Perasaan yg bagaimana, aku saja yg tahu.. 

Lately, aku tersangat tidak tenang. Resah, gelisah, susah, tak senang duduk, berdiri pun tak senang, tidur saja yg tenang, makan pun dah kurang.. tapi, tak jugak kurus. takpelah, hal tu letak tepi dulu. 
Back to the penerangan tadi, kenapa eh? aku merasa sangat tidak tenang? Umpama sedang menantikan sesuatu yg aku sendiri tidak pasti. Nak kata aku tunggu durian runtuh, tidak! Semalam baru je makan pulut durian. okies lah tu kan?
Nak kata aku nantikan bulan jatuh ke riba pun tidak. Kerana, aku lebih prefer likes the star berbanding the moon. Sorry moon . >_<

Sebenarnya, apa yg sedang aku fikirkan? Nak kata sebab tak daftar kursus, dah! semua dah settle. Aku dah daftar semuanya. Lagipun, perihal pendaftaran kursus sebelum ini tidak pernah menjadi satu bebanan untuk aku. 

Bila difikirkan lagi,.. risau tentang result semestar lepas kah? Tidak juga! Alhamdulillah.. dapat yg terbaik dengan usaha aku. Syukur sangat-sangat. 

Dah tu kenapa? sedih saja rasa hati ini. membuatkan aku kurang berkomunikasi, kurang bercakap dan hanya terperuk di rumah saja. Eh, ada kaitan ke? entah. mungkin ya dan mungkin jga tidak.

Jadi, kepada sesiapa yg pernah tersakit hati, termakan dengan kata-kata aku, maafkan segala salah silap aku, sama ada secara lisan, bertulis atau objektif. takuut juga andai aku ada menyakitkan hati orang. Lagipun, lately aku ni semacam terlebih emosi. hal yg kecik pun aku nak marah-marah. dah kenapa dengan aku?

Maafkan aku.. maafkan aku T_T



Monday 2 September 2013

Cinta Kau dan Aku-Siti Rosmizah

Assalamualaikum 

Terus terang cakaplah, novel ini sebenarnya telah lama berada dalam pangkuan aku.. tetapi, masih lagi belum habis dibaca.. Kenapa eh? Mungkin atas sebab aku pernah tengok drama yg diadaptasi daripada novel ini kot.. 
Ia pernah disiarkan melalui TV1 and TVi kalau tak silap aku. Bila dah tengok dengan mata kepala ini dah lain sikit kan ? hehehe. Mungkin sebab itulah novel ini belum berkhatam lagi sehingga sekarang. 

Karya Siti Rosmizah memang takkan mengecewakan. Itu aku percaya. Jika diundurkan sedikit masa ke belakang, "Andai itu Takdirnya" adalah novel femes novelis.

Sedikit sinopsis dari kulit belakang novel ; )


"Apa nak jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aja. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya? 



*selamat membaca (ditujukan pada diri sendiri) :)

Sunday 1 September 2013

Mood up and down .. (not allow to disturb)

Assalamualaikum 

Kehidupan kita sebagai manusia, ada pasang surutnya kan ? 
begitu juga aku, tidak terkecuali .. 




Mood up and down bila berkeadaan seperti berikut ;

1. Janji dicapati - janji nak keluar, tiba2 je mesej bagitahu alasan yg tak munasabah. sakit hati kita.!! grrrrr . (^^^). kita dah siap cantik2.. tapi xjadik. 

2. 'Moon coming' - dua tiga hari before and after period. please don't disturb. Memang emosi tengah tunggang langgang.

3. Sok seh sok seh bila berada bertiga atau berempat. Kita dikecualikan daripada sok seh sok seh itu. Ooo, nak berahsia ya. boleh, tapi bukan depan aku. buat belakang aku takpa ! :P

4. Bandingkan aku dengan dia. Stop it. Aku paling tak suka. Tak kesahlah bandingkan yg baik atau yg buruk, memang aku tak suka. Aku BUKAN untuk dibeza banding dengan sesiapa. 

5. Paling pantang bila orang berlagak pandai. What the ??? 

6. Call tak nak angkat. What the ??? 

7. Tunggu benda yang tak pasti dan takkan kunjung tiba. What the ?? Lain kali gtahu awal2 ye. 

8. Orang cakap aku anti-sosial. What ? Kang aku bersosial susah pulak nak kawal.

9. Time aku present, orang duk acah-acah, angkat tanda peace and etc .

10. Janji pukul 9, tapi pukul 10 baru nampak batang hidung .. 

11. Pakai cantik2 , tapi ada mata orang tu tengok dengan cara tidak puas hati. 

12. Cakap lain, buat lain .. 

13. Depan aku cakap lain, belakang aku lain pula yg dicerita

14. Orang yg tidak amanah. Janji kemain tak nak cerita rahsia yg kita bagitahu, tak sampai dua saat sudah heboh sini sana. Bedebah punya orang.

15. Mix and match kan somebody dengan aku . What the ?? Ingat aku ni apa nak match sesuka hati.. Hello, I'm 23years old now! itu cerita budak sekolah rendah lah woi. basiii 

*to be continued if ada yang tidak tersenarai ..