Monday 2 September 2013

Cinta Kau dan Aku-Siti Rosmizah

Assalamualaikum 

Terus terang cakaplah, novel ini sebenarnya telah lama berada dalam pangkuan aku.. tetapi, masih lagi belum habis dibaca.. Kenapa eh? Mungkin atas sebab aku pernah tengok drama yg diadaptasi daripada novel ini kot.. 
Ia pernah disiarkan melalui TV1 and TVi kalau tak silap aku. Bila dah tengok dengan mata kepala ini dah lain sikit kan ? hehehe. Mungkin sebab itulah novel ini belum berkhatam lagi sehingga sekarang. 

Karya Siti Rosmizah memang takkan mengecewakan. Itu aku percaya. Jika diundurkan sedikit masa ke belakang, "Andai itu Takdirnya" adalah novel femes novelis.

Sedikit sinopsis dari kulit belakang novel ; )


"Apa nak jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aja. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya? 



*selamat membaca (ditujukan pada diri sendiri) :)

No comments: