Saturday 28 December 2013

SIMPTOM MALAS STUDY


Memandangkan study week versi cikya agak panjang, maka boring lah jadinya.

Malas gila-gila nak baca buku. First, second and third day okay lagi, masuk hari keempat dah mula buat hal. bual perangai, tak nak mengaji budak nih. cikya ! cikya !
p/s cikya ! gelaran untuk anak sedara nanti. hihihi. comei tak ? grrrrrr


Dah nampak dah simptom2 malas study dalam diri cikya ni ;
1- kuat nonton movie. Running Man etc
2-makan banyak ! hari ini dah 3x.  kau mampu ? :P
3-malas nak tulis short note. highlight dekat paper saja
4- pergi bilik kawan, lepastu borak panjang-panjang. saja nak tarik kawan borak sama. mwahahaha ! jahak dok ?
5- benci bukak facebook. tengok kawan-kawan naikkan status dengan soalan spot bagai. mencikkk !

k bai !

p/s nak tido ! esok pepagi nakg cari rumah sewa.


p/s good night D.O sayang ! ;) muehehehe

MBLAQ


Salah satu idol k-pop yang aku respect. Bukan "jual" muka saja tapi jugak "jual" suara . Saluteee !

Members : G. O, Lee Joon, Chendong, Mir, Seung-ho

Buktinya ; G.O dah banyak kali menang dalam Immortal Song.

Layan video ini, jom !



Friday 27 December 2013

SAVE THE DATE versi 2014


Nak mention kan awal-awal kat sini, tanda pengabdian.

Save the date untuk awal tahun 2014 versi Januari.

2 Jan 2014 - HSC 324 - first paper cik kiah untuk semestar ini
3 Jan 2014 - HST 223 - second paper
10 Jan 2014 - PGT 434 - paper disiplin ilmu pendidikan
13 Jan 2014 - HSB 334 -last paper untuk degree cik kiah .

p/s wish me luck dearies ;)

And the most importance date. must save, more and more !
27 Jan 2014 - first day practical at SMK BERTAM PERDANA, Kepala Batas. In shaa Allah .

p/s cikgu- to- be

HAPPY B-DAY TAECYEON


Name : ์˜ฅํƒ์—ฐ /  Ok Taec Yeon twitter Taec yeon
Birthdate : 27 Dis 1988
Group : 2PM 

ISTIQOMAH

Assalamualaikum 


Semua mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Daripada kurang baik, menjadi baik dan lebih baik hinggalah lebih lebih baik. Aku pun sama. Bukan senang nak berubah ke arah yang lebih lebih lebih baik. 

Aku akui aku susah untuk mendapatkan istiqomah. Banyak benda banyak kerja yang aku lakukan separuh jalan. Contohnya membaca al-Quran. Kalau setiap kali selepas solat fardhu aku baca al-Quran untuk satu / dua muka kan bagus? Namun, hanya hari-hari tertentu sahaja aku lakukan. Jika aku rajin, aku baca dan bila malas aku abaikan. Ma shaa Allah.Teruknya hamba Allah yang satu ini.

Tercari-cari, mana satu arah tujuan aku ni ? Kenapa tidak pernah serius dalam satu-satu kerja. Umpama melepaskan batuk di tangga. Sepatutnya aku jadikan amalan itu satu kewajipan dalam hidup aku, tapi . . . . 

Lama aku impikan perubahan dalam diri. Teringat akan kawan lama, satu sekolah dan satu kelas. Dengar cerita dia ada memasang nazar, andai dia di terima masuk matrikulasi dia akan pakai tudung labuh. Dan alhamdulillah rezeki daripada Allah. Keinginannya tercapai.. dan akhir2 ini aku ada berjumpa dengannya. Alhamdulillah, dia pakai tudung bidang 60. Tudung Akel, bukan bawal yg macam aku pakai. ;(

p/s moga diri aku terus istiqomah =)


Thursday 26 December 2013

AKAL TIDAK WARAS BERKATA


Pernah merasa give up dengan dunia pelajaran. Akal yang tidak waras kadang-kadang datang mengganggu, membuatkan aku hanyut seketika.

Siapa suka exam. Bagi aku cukuplah, pergi kelas setiap hari dari Isnin- Jumaat, siapakan assignment, submit, then done. Tapi satu lagi cabarannya, exam. Boleh tak buat as simple as that ? Itu akal yang kurang waras berfikir.

Kemudian, fikir nak give up belajar. 4 tahun, lamanya ! 8 semestar nak kena mengadap exam. tambahan paper sejarah, 4 soalan esei nak kena jawab. Cramp lah jari jemari aku. Akal tidak waras datang lagi, apa kata aku quit saja. Lambatlah belajar ni. Aku cari jelah apa-apa kerja yg sesuai, kerja kilang ke, jadi cashier ke? paling tidak pun meniaga online. jual tudng bawal 6 hengget selai, jual baju, jual keronsang. Paling tidak pun meniaga nasik lemak. tapak nak meniaga aku dah ada, strategik punya. simpang masuk jalan ke rumah aku. kat situ ada sekolah. bukak jelah warung kat situ. pukul 7 bukak warung, pukul 12 tutup. then rehattt sampai esok pagi pulak. Itu akal yang tidak waras berfikir


Tenung punya tenung, apalah kolot sangat fikiran aku ini. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Insap balik. fokus. cari buku. buat nota. baca. hafal. Itu lumrah diri aku.

p/s peace !

5 PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK


1) Pilih yang baik dan beragama
Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.


2) Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

3) Jangan nilai pada rupa
‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

4) Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

5) Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

p/s : thumbs up ! In shaa Allah. mudah2an. ;)

Mr & Mrs Always Right ;)

Monday 23 December 2013

MOVIE : THE WALKING DEAD

Cik kiah nak review one of my favourite movie ! The Walking Dead. Drama berantai. Setakat ini ada 4 season. And season 4 ada sehingga 8 episod sahaja. Episod seterusnya akan bersambung Februari depan.
Season 1-3 dah ada full episod. Silalah tengok. weeee ! Sangat menarik. Cikkiah bagi 7 bintang setengah daripada 10 bintang.

Season 1
Para pelakon untuk setiap season berubah. yang kekal hanyalah watak utama. ramai yg mati kena cekau dek walker/ zombie. First time dalam hidup cik kiah tengok cerita2 cenggini. sebelum ni tak berani mencuba, namun tahun ini dikurniakan kekuatan. hihihi. Cik kiah jadi addict nak habiskan all of season dalam satu hari. gilaaa. manalah sempat oit.

sambil makan nasi pun cik kiah layan. rilekss je tengok walker tengah makan perot manusia, cekau leher manusia lepastu gigit keluar darah macam air paip. rilekks. hehehehe. tak rasa pape. heran binti ajaib. cik kiah dah berubah ye. sebelum ni tengok darah pun dah takot.

Season 2

Ketenangan kumpulan Rick dalam mengatasi dan berlindung dari walker terganggu dengan kehadiran Gabenor pada season ke 3 dan 4. Cik kiah pun tak tahu apa motip Gabenor dan berbunuhan dengan kumpulan Rick. Season 4 pada episod ke-8, Gabenor pergi bom kawasan perlindungan Rick and the gang. Jahat sungguh . Dah tahu keadaan darurat macam tu, apa salahnya bergabung tenaga sama-sama berlawan untuk hapuskan walker tu.
Season 3
Season 4

APA YANG MENARIK MATA CIK KIAH :

1- Watak Daryl


First season, watak Daryl ini tak menonjol sangat. Lebih kepada watak Rick dan Shane. Namun begitu, setelah kematian Shane dilihat watak Daryl lebih menonjol and cik kiah ada membaca komen-komen peminat THE WALKING DEAD katakan mereka tidak rela jika Daryl mati. Cik kiah pun berpendapat yang sama. Janganlah matikan watak Daryl, dia banyak membantu Rick dan kumpulannya untuk meneruskan hidup mereka dari season 2-4 (setakat 8 episod).

2- Watak Carl

Cik kiah bangga dengan Carl. dari satu season ke satu season dia menjadi matang. wataknya yang paling menonjol dalam season 4. dia berani mengangkat senjata dan membantu ayahnya, Rick. Handsome pun handsome budak ni. Season 1 jelas ketara yang dia masih budak-budak. Namun pada season 4, memang jelas yang Carl semakin matang dan bertambah kacak. mihmihmih

3- Watak Glenn

 He's a korean guy ! hehehehe. His name is Steven Yuen. First tengok cerita ini dah tertangkap cintan dengan watak Glenn. heheehehe. First season dia takut-takut sikit. Then mula berubah. sukooo ! ;)

p/s rindu dengan cerita ni. cepatlah Feb 2014.

MERAPU MERABAN

ASSALAMUALAIKUM

slot hari ini : merapu bin meraban. dah lama tinggalkan dunia belog ini. winduu winduu winduu nak mencoret kat sini. windu memang windu tapi tak tahu nak mencoret benda apakah di sini. lalu tercetuslah idea merapu meraban ini. wihihihi !


FIRST . cik kiah nak exam tak lama saja lagi. lebih kurang 10 days lagi. waaaa ! gedeba. sesi belek-belek esemen dan mencari nota baru saja bermula. macam biasa, on your mark, geset goooooo dan berlari dalam kadar 0.1 km/h. sakit hati betol ! cik kiah memang suka study last minute. lepas tu mulalah menyesal tak sudah. 6 sem dah macam ni, so untuk sem ke-7 ini memang tak pelik lah. tradisi yang sama. harap maklongggg ! tolonglah sesiapa yg boleh datangkan kesedaran pada cik kiah. tuluuun tuluuuun . 
walaupun sem last berdepan dengan exam, namun paper masih lagi sama. cik kiah perlu menanggung bebanan unit yg teramat berat. 4 paper sem ni ! urghhhh ! 3 paper MAJOR, kau mampu ?? cik kiah major sejarah. Jadi tak jadi, memang cik kiah kena pulun baca, baca dan baca serta hafal jugoks ! huk aloh . . .

SECOND : cik kiah baru balik dari kampong ! sonok ado kat kampong. bab makanan tak usah di katalah, macam raja aku dilayan. nak makan ubi kayu, nenek aku tolong carikan. nak makan ikan sungai, abah, adik aku tolong carikan. itu biasa.. ! heaven aku ada kat kampong selama seminggu ! mak aku pulok masak macam-macam. anak dia bangun lewat pun dia tak marah ! waahahahahaha. gilo. Bila aku nak sedar diri ni oit ? Awal Feb nanti kakak aku dah nak kahwin. wuut wuut, tinggallah aku sengsorang PUTERI dalam keluarga. macam aku je kena ambik alih tugas kakak aku di rumah. dia pandai masak, aku ? hmmm. keLAUUUTTT !

THIRD : cik kiah bengang dengan iklan di youtube ! mengalahkan iklan tv3 ! Iklan yang berdurasi 5 saat cik kiah boleh terima lagi.. tapi, hingga berminit-minit, sorry, cik kiah tak layan ! Cik kiah bukak youtube nak cari hiburan, bukannya nak mengadap iklan ituuss. harap maklongggg . Bukan apa, cik kiah ni bukannya suka sangat mengadap iklan tu.. laammmaaaa. kalau setakat 5-10 saat, akal cik kiah masih boleh terima. 

FORTH :  cik kiah bengang kuasa empat belas dengan real player downloader! asik buat hal je. dah install yg baru, tapi masih tak boleh nak mendownload. convert pun sama. certain video saja yg boleh convert ! gerem gerem gerem lah macam ni. 

FIFTH : cik kiah heran dengan diri cik kiah. eh, macam mana boleh terjatuh cinto dengan EXO nih. ini ke arah k-pop sikit yow ! heran heran. bukan apa, cik kiah ni mungkin 3/4 saja kot minat k-pop. layan certain axtiviti k-pop je. wahahaha! eh, suka hati kita lah, dah memang minat kita macam ni. sebelum ini, cik kiah memang sangat tak minat dengan group artis k-pop yg mempunyai bilangan ahli yg ramai. contohnya, SUPER JUNIOR (SJ), SNSD. susah nak ingat nama dorang. muka dan raut wajah dorang lagilah susah cik kiah nak ingat. haaa, ini satu lagi group baru yg muncul, EXO berada di bawah naungan syarikat rakaman yg sama seperti SJ dan SNSD. ramai jugak ahlinya.cik kiah pun tak tahu berapa orang. wahahaha. yg paling penting, cik kiah boleh terjatuh minat dengan kumpulan ini. lagu-lagu dorang best !


EXO 

cik kiah suka TAO ! aummmm. hukhukhuk.

TAO

Muka dorang sejibik suma nya. cik kiah tak kenal. jangan tanya lebih lanjut. :P Jom layan lagu mereka yg best. 1- GROWL 2- WOLF. cik kiah suka dua2 lagu ni.

LAST but not LEAST : doakan kejayaan dan kecemerlangan cik kiah ye. semoga cik kiah berjaya menjawab soalan exam nanti dengan jayanya dan memperoleh result yang THORbaek ! Aminnn. ;)

Friday 13 December 2013

11.12.13


Semua duk sibuk dengan tarikh 11.12.13 tuh. Aku pun tidak terkecuali, nak jugak menjoinkan diri, walhal entah pape. Motifnya langsung aku tak nampak untuk apa? wakakakaka ! senang sangat terpengaruh.

Satu saja yang aku boleh katakan di sini, sesiapa yang nak save the date tarikh ini adalah untuk senang ingat pada masa hadapan. satu tu je alasan yg aku nampak. Sama jugak dengan tarikh 10.11.12 tahun lepas, semua berebut2 nak mengabdikan segala momen terbaek untuk tarikh itu. Aku pun dah lupa pada tarikh 10.11.12 itu apa yang best momen aku dapat ? entahlahh . . . . . krik krik krik

Berbicara tentang tarikh 11.12.13 ini, online facebook as usual, tudiaaaaa berlambak friend (facebook) update status dengan memberitahu segala momen mereka pada tarikh tersebut, ada yang bagitahu tarikh ini cantek untuk dijadikan tarikh kahwin lah. Eh, bukan tahun lepas 10.11.12 tu dah cakap benda yg sama ke ? aiguyaaaa, apa ni bang ? pandai sungguh mengayat ye.. jangan jangan , banyak hati yang merana nanti.. (lari topik, kejap!)

Okelah, tahun ini aku tak nak terlepas momen yg boleh diabdikan untuk tarikh 11.12.13. Save the date ! Tanggal 11.12.13, aku dapat satu berita baik, TAHNIAH dan TAKZIAH untuk diri sendiri. muehehehehe. Keputusan penempatan LATIHAN MENGAJAR keluar pada tarikh tersebut. syukur ALHAMDULILLAH. Terima kasih Dr. J. ;)

Eh eh kenapa TAHNIAH dan kenapa TAKZIAH ?
TAHNIAH sebab segala penantian anda telah berakhir dan segala pertanyaan sama ada dapat atau tak sekolah yang di apply itu sudah terjawab. ALHAMDULILLAH, TAHNIAH cikra ! usap-usap kepala sendiri.
Then, kenapa pulak dengan TAKZIAH ? TAKZIAH untuk anda cikra. Besar oit tanggungjawab nanti. Kena mula berfikir teknik dan kaedah yg sesuai untuk mengajar nanti. Kena mempersiapkan diri untuk segala tekanan dan desakan "15 minggu" keramat itu. wahh ! acano ? nak TAHNIAH lebih atau TAKZIAH lebih ?
dan bersediakah kamu cikra untuk mengajar? untuk berada di dalam kelas, dengan "jengahan" daripada pensyarah selama tiga kali itu? Apa idea baru yang kamu nak bawa cikra ? Jawab cikra, jawab !

Allahumma yassir, wa laa tua'ssir ;)

Tuesday 3 December 2013

SABAR WAHAI TEMAN ~,~

Wahai teman, aku tak mampu untuk menjadi "malaikat" melindungi mu, hanya doa2ku saja yang mengiringi setiap langkah jalanmu. Ingatlah wahai teman, ALLAH, pencipta kita selalu ada denganmu.


Wahai teman, kuatlah kau di kala hampir rebah, aku tahu engkau mampu wahai teman. Kata-katamu masih tersemat rapi dalam jiwaku " perempuan menangis bukan kerana lemah, tetapi kerana sudah banyak bersabar". Kuat sayang.. kami ada untuk kamu. Tepislah segala dugaan dan cubaan serta parasit yang mendatang dalam hidupmu dengan senyuman. Kau mampu sayang . ;)


La Tahzan. Sesekali kita diuji, ALLAH mahukan kita supaya lebih dekat dengan-Nya. Mungkin sebelum ini kita terlalu leka dan lagha dengan mainan "dunia". It's okay sayang. Kita masih diberi masa. Take a chance for the big change. Aku percaya kau mampu sayang. ;)