Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Permohonan BR1M 3.0 2014 SECARA ONLINE


Kepada sesiapa yang layak untuk memohon BR1M, silakan memohon dalam kadar secepat mungkin. Aku? tak layak ! sebab dapat BB1M. Walau apa pun, says : alhamdulillah

Permohonan BR1M serta kemaskini boleh dibuat sekarang melalui ;

Tarikh permohonan bermula sekarang sehingga 31 Januari 2014.

Cepat2 !

Alhamdulillah, abah aku layak. Kakak aku pun layak. Adik aku pun layak ni. hihihi.. untunglah depa. Aku ? merasa BB1M lagi lah. ;)

Monday, 23 December 2013

MOVIE : THE WALKING DEAD

Cik kiah nak review one of my favourite movie ! The Walking Dead. Drama berantai. Setakat ini ada 4 season. And season 4 ada sehingga 8 episod sahaja. Episod seterusnya akan bersambung Februari depan.
Season 1-3 dah ada full episod. Silalah tengok. weeee ! Sangat menarik. Cikkiah bagi 7 bintang setengah daripada 10 bintang.

Season 1
Para pelakon untuk setiap season berubah. yang kekal hanyalah watak utama. ramai yg mati kena cekau dek walker/ zombie. First time dalam hidup cik kiah tengok cerita2 cenggini. sebelum ni tak berani mencuba, namun tahun ini dikurniakan kekuatan. hihihi. Cik kiah jadi addict nak habiskan all of season dalam satu hari. gilaaa. manalah sempat oit.

sambil makan nasi pun cik kiah layan. rilekss je tengok walker tengah makan perot manusia, cekau leher manusia lepastu gigit keluar darah macam air paip. rilekks. hehehehe. tak rasa pape. heran binti ajaib. cik kiah dah berubah ye. sebelum ni tengok darah pun dah takot.

Season 2

Ketenangan kumpulan Rick dalam mengatasi dan berlindung dari walker terganggu dengan kehadiran Gabenor pada season ke 3 dan 4. Cik kiah pun tak tahu apa motip Gabenor dan berbunuhan dengan kumpulan Rick. Season 4 pada episod ke-8, Gabenor pergi bom kawasan perlindungan Rick and the gang. Jahat sungguh . Dah tahu keadaan darurat macam tu, apa salahnya bergabung tenaga sama-sama berlawan untuk hapuskan walker tu.
Season 3
Season 4

APA YANG MENARIK MATA CIK KIAH :

1- Watak Daryl


First season, watak Daryl ini tak menonjol sangat. Lebih kepada watak Rick dan Shane. Namun begitu, setelah kematian Shane dilihat watak Daryl lebih menonjol and cik kiah ada membaca komen-komen peminat THE WALKING DEAD katakan mereka tidak rela jika Daryl mati. Cik kiah pun berpendapat yang sama. Janganlah matikan watak Daryl, dia banyak membantu Rick dan kumpulannya untuk meneruskan hidup mereka dari season 2-4 (setakat 8 episod).

2- Watak Carl

Cik kiah bangga dengan Carl. dari satu season ke satu season dia menjadi matang. wataknya yang paling menonjol dalam season 4. dia berani mengangkat senjata dan membantu ayahnya, Rick. Handsome pun handsome budak ni. Season 1 jelas ketara yang dia masih budak-budak. Namun pada season 4, memang jelas yang Carl semakin matang dan bertambah kacak. mihmihmih

3- Watak Glenn

 He's a korean guy ! hehehehe. His name is Steven Yuen. First tengok cerita ini dah tertangkap cintan dengan watak Glenn. heheehehe. First season dia takut-takut sikit. Then mula berubah. sukooo ! ;)

p/s rindu dengan cerita ni. cepatlah Feb 2014.

Monday, 21 October 2013

Doa Ketika Hujan

takut aku tengok pokok yg terhuyung hayang, angin yg begitu kuat. nampaknya penang dilanda hujan sekarang ni. Hujan beserta angin, dengar pulak atap parking yg kok keh kok keh kok keh.. lagilah takoot. mula terasa seram apabila berada di tingkat yg tinggi ini. segala2 nya aku nampak. Ya Allah, mohon diselamatkan semuanya ;)


jom, kita amalkan doa ini ketika hujan ;

 semoga hujan yg turun ini hujan yang bermanfaat. Aaminn :)



Sunday, 20 October 2013

Ulser dalam Mulut : Cara untuk Hilangkannya

ASSALAMUALAIKUM dears ;)


Merasa terpanggil untuk berkongsi info dengan kamu semua di sini mengenai ulser mulut. Bukan apa, aku ni acap kali diserang ulser mulut. Diserang? tudiaa aih, xkena langsung penggunaan kosa kata di situ. Maafkan saya cikgu BM. ;)


Bila dah terkena ulser ni, segala macam perilaku yg melibatkan mulut terbatas. Nak gosok gigi pun sakit, nak berkumur pun sakit, even nak makan makanan yg sedap2 pun terbatas juga. Itulah, nikmat makan sudah ditarik. hihihihi. dugaan. ;)


Macam mana ulser ini boleh terjadi ;

  • kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlampau panas dsbnya
  • daya menahan sakit yg lemah
  • kekurangan zat dalam makanan yg diambil
  • tekanan perasaan (stress)
  • alahan kepada makanan
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan sistem penghadaman 
p/s : dicetak dalam google ;)


Cara untuk merawat ulser mulut ;

  • elakkan daripada makan makanan yg terlalu banyak rempah
  • kurangkan air berasid
  • gunakan antiseptik untuk berkumur
  • letak gel untuk ulser di tempat yg kena / boleh dapatkan informasi di farmasi
  • letakkan sedikit ais di tempat yg kena untuk melegakan sakit
  • banyakkan minum air masak
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut 
  • lebihkan pengambilan vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah buahan
 p/s : dicetak dalam google juga ;)


*aku sering amalkan letak garam pada tempat yg kena ulser tu. aku amalkan sehingga kini. tapi, kena tahan sikit lah, rasanya amat 'enak' sekali. hihihihi. takpe, sakit dahulu, sihat kemudian. mihmihmih

Selamat mencuba. In shaa Allah, aku pun akan gunakan petua-petua ini juga.

Saturday, 6 July 2013

Watch movie online .. Caranya ?

Assalamualaikum 

 Nak share sesikit dengan korang semua. Apa yg aku kongsi ini hanyalah apa yg aku tahu sahaja ya.


Link2 yg akan aku paparkan di bawah ini hanyalah rekemen aku semata2, tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia, ya ? hahaha. poyos ! ini semua poyos.


Mau nonton wayang omputeh, tapi xtau link yg laju n beshhh ? meh aku kongsi dgn korang. selama aku duk melayan n menggunakan link ini, dengan jayanya aku dapat menonton movies kegemaran aku. Kebanyakkannya ialah movies omputeh, movies korea ada secoet sahaja. ;)


:: sila klik link di bawah ye?:: ---> watch32.



Beratus2 movie ada kat situ. Layanlah semahu korang. Aku minat action and crime movie. muehehe . Beshhhh ! ;)


Then,

Sesape yg minat RunningMan, FamilyOuting, BarefootFriend, StrongHeart etc, bolehlah layan link di bawah ni ya.. lajuuuu saja .


Segala macam game show ada kat situ. Makan beratus hari jugaklah baru habis korang nonton. muehehe. 

Seterusnya, 

Link utk drama dan filem kesukaan anda. Drama/Filem Jepun, China-Hong kong, Korea, dan Taiwan ada di sini .. 



Lani, cite apa yg tengah femes ya ? Aku pun kureng pasti. Korang jenguk2 lah sendiri ya. Movie korea, hongkong, etc ni aku kureng sikit. Aku hanya layan muvie melayu and omputeh sajaa.. hehehe. *poyos*
Hah, peminat anime pun boleh melayan link di atas. banyak gak cite2 anime kat situ. One Piece, Naruto, etc.. ;)

Link untuk cerita2 Melayu aku tak tahu sangat. Sory ya my comels. Kebanyakannya dari blogs2, dan malangnya aku tak tahu link2 yg beshhh dan laju. In case satu hari nanti aku tahu, aku akan berkongsi dengan korang, okies .. ;)






Monday, 24 June 2013

[INFO] JEREBU

ASSALAMUALAIKUM


Hye ! Lari topik sikit entry kali ini. Bukan nak bercerita perihal mini novel, tapi nak bercerita mengenai jerebu yang semakin hebat melanda Malaysia kini. Risau ! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Bangun saja pagi2 confirm kepala dan mata ini akan menjengah ke luar tingkap. Berkabus saja. Sekarang aku ada di Penang, di Kelantan sekarang pun jerebu jugak. Risau dekat mak abah dan keluarga di kampung.

Apa yang aku tahu, Johor telah diisytiharkan darurat. Sangat bahaya. Tolonglah ambil langkah berjaga2 ya.


# Tengok ! Teruk sangat jerebu di KL. Sampaikan Menara Berkembar pun dah tak nampak. 


#Link di atas aku petik daripada UTUSAN ONLINE. Korang bolehlah belek2 dan baca ya. 

Kebanyakkan sekolah2 di area KL dan SELANGOR mulai ditutup kerana kualiti udara yang sangat buruk. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya. (info UTUSAN Online)

klik di sini    Itu adalah satu lagi link mengenai jerebu. Korang semua tahu kan, punca jerebu yang sedang melanda Malaysia sekarang ini adalah berpunca daripada kebakaran di Sumatera, Indonesia.


Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan macam-macam lagi.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.



Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



#Please jaga diri. Keselamatan itu lebih penting. 

Tengs for reading luvie !

Monday, 27 May 2013

Jangan Mengharapkan Simpati Orang dengan Masalah Kita

Setiap orang mempunyai masalah, dan setiap orang memang tidak boleh melarikan diri daripada masalah.

Bezanya, masalah itu besar atau kecil sahaja. Dan orang yang dihinggapi masalah akan merasakan bahawa  masalah merekalah masalah yang paling besar dan lebih besar daripada orang lain.

Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari daripada berkongsi masalah yang dhadapi dengan seseorang, tidak kira kawan baik, kawan, ibu ayah, keluarga, orang tersayang, dll. Kita selalu mengharapkan mereka memahami masalah kita dan mengharapakan simpati daripada mereka.

Namun, kita lupa tidak semua rela dan mahu mendengar masalah kita. Mungkin akan ada yang mencemuh "ahhh, tiap kali bermasalah dan mempunyai masalah, aku sajalah tempat untuk dia mengadu. Sudah bosan aku mendengarnya!"

Jangan terlalu mengharapkan simpati orang lain dengan masalah kita. Berusahalah sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Jangan raih simpati orang lain untuk turut bersimpati dengan nasib yang menimpa diri.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa tidak semua menunjukkan rasa simpati yang betul-betul simpati dan mereka hanyalah menunjukkan simpati itu. Untuk apa? Adalah untuk menyedapkan hati dan perasaan kita.

ALLAH SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun, akan tetapi kita sendirilah yang menzalimi diri kita sendiri dengan membebankan diri dan fikiran dengan persoalan-persoalan yang sukar untuk dijawab. Ada baiknya jika kita berusaha untuk menyelesaikan segala persoalan yang menjadi bebanan itu.

Jangan cuba lari dari masalah! Semakin jauh kita lari, semakin dekat masalah itu mengejar kita. Walau seberat mana masalah yang kita terpaksa hadapi, ia akan tetap mempunyai jalan keluar dan jalan penyelesaiaanya.

Elakkan diri dari terus membincangkan hal-hal yang menyakitkan hati dan menyebabkan hati sedih. Ceriakan diri, ukirkan senyuman. Walau sebesar manapun masalah ia akan menjadi ringan dengan senyuman. Senyum itu satu terapi.

Mengadulah pada Allah yang maha Berkuasa. Mohon dipermudahkan segala kekusutan jiwa dan hati. Beristighfarlah !

Hanya kita yang mempu mengubah diri kita ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki.

Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik sedang menanti. ;)