Monday 24 June 2013

[INFO] JEREBU

ASSALAMUALAIKUM


Hye ! Lari topik sikit entry kali ini. Bukan nak bercerita perihal mini novel, tapi nak bercerita mengenai jerebu yang semakin hebat melanda Malaysia kini. Risau ! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Bangun saja pagi2 confirm kepala dan mata ini akan menjengah ke luar tingkap. Berkabus saja. Sekarang aku ada di Penang, di Kelantan sekarang pun jerebu jugak. Risau dekat mak abah dan keluarga di kampung.

Apa yang aku tahu, Johor telah diisytiharkan darurat. Sangat bahaya. Tolonglah ambil langkah berjaga2 ya.


# Tengok ! Teruk sangat jerebu di KL. Sampaikan Menara Berkembar pun dah tak nampak. 


#Link di atas aku petik daripada UTUSAN ONLINE. Korang bolehlah belek2 dan baca ya. 

Kebanyakkan sekolah2 di area KL dan SELANGOR mulai ditutup kerana kualiti udara yang sangat buruk. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya. (info UTUSAN Online)

klik di sini    Itu adalah satu lagi link mengenai jerebu. Korang semua tahu kan, punca jerebu yang sedang melanda Malaysia sekarang ini adalah berpunca daripada kebakaran di Sumatera, Indonesia.


Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan macam-macam lagi.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.



Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



#Please jaga diri. Keselamatan itu lebih penting. 

Tengs for reading luvie !

No comments: