Thursday 27 February 2014

PENGALAMAN & PENGAJARAN

Assalamualaikum

Eh2, ada sawang lah kat sini. Lama bebenor tinggalkan diari maya ini. Rindu rasanya. Ah cewah ! Ayat, tak matured langsong ! t.i.t.i.k.

Orang kata, pengalaman itu akan mendewasakan manusia. Hari demi hari aku belajar apa itu erti KEHIDUPAN yang sebenar. KEHIDUPAN di alam realiti. Rupa2nya selama ini aku hidup dalam alam fantasi. Semuanya okay, semuanya smooth, semuanya perfect 100%. Tetapi, kini baru aku ketahui bahawa bumi itu berputar. daripada alam fantasi yang maha hebat semuanya, aku di"letakkan" dalam alam realiti yang mahu "rakus". Semuanya uncontrolled !

Pengalaman banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dalam membuat keputusan. Dunia alaf 21 kini, tidak seperti dunia 90-an. Aku akui dengan setegas-tegasnya, walaupun bezanya cuma 10 tahun, namun perbedaanya maha hebat. Jurang luas tercipta antara 10 tahun itu.

Dulu, generasi 90-an amat hormatkan tok gurunya, namun gen-Y sekarang lebih hebat. Mereka "mungkin" tidak kenal apa itu erti "hormat". Aku terkilan yang amat. Oh generasi bakal pemimpin negara, beginikah perwatakanmu wahai anak nusa bangsaku? T_T

Tergamam, terkeliru, speechless semuanya bersatu menjadi rojak yang amat sukar untuk dinilai dengan mata kasar. Aku mulakan bicara dengan "satu" perkataan, mereka sudah mendahului aku dengan "sepuluh" perkataan. Apa yang boleh aku buat ? Jentik mereka? tidakkk ! Denda mereka? tidakkkk. Persoalan2 yang berada dalam minda saudara saudari sekalian jawapannya cuma 1 iaitu TIDAKKKK !

Jadi, penyelesaiannya apa? mendiamkan diri? pendamkan rasa?
Dalam situasi sebegini aku teringatkan akan kata2 seorang hamba Allah yang amat baik dan ikhlas dalam memberi nasihat. Katanya " cabaran dunia pendidikan sekarang lebih hebat. Persiapkan mental dan fizikal. Banyakkan baca ayat2 suci al-quran agar emosi anda takkan terkabur dengan mainan syaitan." Kini, aku hadam dan aku mamah nasihat2 itu. Ia tepat. Ia benar seribu kali benar. Andai tiada pedoman dalam diri, sudah lama mereka menjadi "habuan".


Wednesday 19 February 2014

KEM REKREASI GUNUNG JERAI

Assalamualaikum

Minggu ke3 berLM di SMK BERTAM PERDANA membawa definisi baru dalam hidup aku. mihmihmih.  Boleh dikatakan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Hari demi hari aku dapat sesuaikan diri dengan sekolah, cikgu2 senior dan pentadbir sekolah. Alhamdulillah. Tak kenal maka tak cinta. Dorang ni memang superb terbaik ! Aku suka dorang.

Hujung minggu lepas iaitu hari Sabtu dan Ahad, aku, Ayu dan Irah dijanjikan dengan keseronokan yang melampau. wahaahaha ! seronok ke? Aku dan mereka bersama2 dengan 4 orang lagi cikgu senior iaitu Cikgu Razhi, Cikgu Yahaya, Ustazah Raja dan Kak Miza (cikgu) kena jadi guru pengiring untuk iring budak2 seramai 34 orang (kalau tak salah aku la) panjat Gunung Jerai.

Bertolak dari sekolah sekitar jam 7.15 pagi dan tiba di Titi Hayun jam 9 (lebih kurang la).
Then pelatih briefing kejap untuk budak2, tapi depa ni bukannya nak dengar sangat pun. pot pet pot pet hal laen ada la. cemuih aku nak tegur.

Lalu bermulalah pengembaraan hiking di Gunung Jerai. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam itu tersangatlah memenatkan. Penat fizikal, mental dan memerlukan kekuatan pada tahap maksima. 1000 anak tangga mampu aku daki dengan kaki ini, tetapi berbelas kali jugaklah parking di tepi. tak larat. ketaq lutut. hehehe. Budak2 asyik gelakkan cikgu je, kata mereka cikgu ni lambat la, cepat penat la. hehehe. aii budak2 ni bikin aku malu saja. wahahahaha.

Walau apa pun, memang terbaik. menguji mental dan minda. Ada budak cramp. kesian aku tengok dia. Apa yang mampu aku lakukan, follow dia dari belakang and bagi kekuatan. urut2 sikit.

Kesimpulannya, banyak cabaran yang perlu dihadapi bila hiking dengan budak2 ni. macam2 ragam, macam2 perangai.

dan alhamdulillah, mereka selamat semuanya pergi dan balik. Penat itu perkara biasa. Jalan terhencut-hencut pun perkara biasa. ;)

Okay, then sampai ketemu lagi untuk aktiviti yang seterusnya. baibai.
# gambar non edit. malas. hihihihihi

Tuesday 11 February 2014

SEPAHTU JUARA MLM 2013

#Throwback

Aku suka ulang benda yang dah lama tercatat dalam catatan sejarah. Hahaha. Contohnya ialah, "Sepahtu Juara MLM 2013". yeay ! bersorak riang ;)

Jangkaan aku Shiro, namun, tak kisahlah Shiro or Sepahtu, dua2 kumpulan itu merupakan favourite aku. Paling aku suka tengok persembahan muzikal dorang. daebak !! Siapa boleh lawan suara Shuib! hehehe. Minat gila aku dengan Sepahtu and Shiro ni.

Tahniah Sepahtu ! Tahniah jugak untuk Shiro yang menggondol tempat kedua. Cayalah ! RM 500 ribu beb. memang berbaloi-baloi. Sekalung tahniah diucapkan kepada Sepahtu. ;)



"Babu babu, kia ho wa hei ... " ;)

OBSERVE KALI PERTAMA

Assalamualaikum

Menyambung lagi kisah Latihan Mengajar. Malam semalam, Dr mesej dekat Izzati dan beritahu akan observe aku dalam kelas, pukul 9 pagi waktu Geografi dan untuk Izzati pulak dia akan di observe pada jam 10.40 pagi, kelas Bahasa Melayu.

Maka dengan gigihnya semalam aku tidur lewat. Buat Rancangan Pengajaran (RP), buat ABM (Alat Bantu Mengajar). RP bukan satu, tetapi 3! wah, mampu ? wahahaha. sabau sajalah. Jadual hari selasa aku memang padat sikit. 

Jam 9 aku di observe! Nervous bak ang. Lutut ketaq semacam je. tapi, alhamdulillah boleh jugak selesaikannya. Tetapi, komen itu tetap ada. banyak yang kena perbetulkan. hukhukhuk. sabau sajalah. Dr kata aku mengajar secara autokrasi. wahahahaha ! tak sempat budak2 nak menaakul. wuuuu. hahaha. yang tak tahan, autokrasi teruih. kikiki. gelak besar aku... sampai ke sudah istilah autokrasi terngiang2 dalam kepala aku ni. Bhahahahahaha !

Yang lain2 pun banyak juga kena perbetulkan. Terutama sekali set induksi. Tak menarik, katanya Dr. Okeih, aku akan usaha untuk observe kali ke-2 nanti. ;)

Argh ! stress bila memikirkan teknik dan cara yang betul untuk mengajar. Tak tahu nak aplikasi kaedah macam mana lagi? wuuuu. cepat2lah minggu ke-15. Baru tahu susah. Sebelum ni, practice dengan microteaching sahaja. hmm, membantu sedikit sahaja. Yang selebihnya, baru nak belajar dalam 3 minggu ni. hmm T_T

Aktiviti sekolah pun, boleh tahan banyak. Hari Khamis ada kursus kepimpinan Unit Ko-k, Hari Jumaat rest kejap, then hari Sabtu and Ahad kena pergi hiking Gunung Jerai, biasalah guru pengiring. wahahahaha! Isnin depan kena jadi MC pulak. waduh ! Gawat. Jadual pack. Nak buat ABM lagi, RP lagi. Jam, tolonglah berdetik perlahan sikit. hmm T_T

Monday 10 February 2014

SOROTAN LATIHAN MENGAJAR MINGGU1-3

Assalamualaikum 


Lama aku tinggalkan blog, kerana beberapa masalah. Saban hari kata2 rindu akan blog senantiasa menanti di bibir ini. Namun apakan daya, baru semalam abang TM tu pasangkan wifi di rumah sewa yang ter'chenta' ini. wahahahaha ! Maka, bolehlah aku mencuri sedikit masa untuk berbelog! yuhuuu ! 

Now, sudah masuk minggu ketiga Latihan Mengajar (LM) di SMK Bertam Perdana, Kepala Batas. Alhamdulillah. Everything going smoothly! Eh, yeke? hahahaha. Dunia mana yang tidak ditimpa hujan cik kiah oi. Biasa lettew. Masalah dan cabaran itu adalah perkara normal dalam dunia pendidikan. 

Bercerita mengenai suasana sekolah di SMKBP, Alhamdulillah, sudah boleh beradaptasi dan menyesuaikan diri. Barisan pentadbir sekolah baik, dan layanan yang diberikan kepada kami memuaskan hati. Barisan pengajar/ cikgu2 lain pun okay, alhamdulillah. Kalau sekalipun ada masalah, itu datang diri aku sendiri lah. hehehehe.

Student pulak, hmmm... Aku golongkan mereka kepada 2 kumpulan. 1- budak2 nerd, baik, rajin, hormatkan orang. 2- pula ialah NAKAL. Aku taknak kata dorang ni jahat, sebab dorang tak jahat, cuma nakalnya lebih. Bak kata Dr yang observe aku, beruntung awak dapat sekolah ni. Budak2 okay. Kalau sekolah P***** xtahulah. Lagi teruk. kata beliau. hihihihihi

Walau apa-pun, syukur. Kena sabar dan tegaslah sikit. Tetiba aku jadi garang dan tegas. wahahahaha! Budak2 ada mengadu dengan kawan2 LM aku yang lain, katanya aku tegas, garang! hahahaha. Bukan apa, aku terpaksa. Ingat tak letih ke nak marah2, serius setiap kali masuk kelas. Penat tau nak berlakon jadi macam tu.But, I've to do it, untuk kamu semua jugak wahai studentku. Sekurang2nya kamu hormatkan cikgu. hehehe.

Pada minggu kedua, aku MC iaitu hari isnin. Memang diluar jangkaan. Tiba2 diserang gastrik ketika perjalanan pulang dari kampung ke bertam. Memang unexpected! Pitam, pucat segala bagai. So, terpaksalah aku MC dengan tidak rela hati. hmmm. Nasib baik Dr Jalil bagi 2 hari cuti free. Kiranya dah burn ar 1 hari. Hopelah lepas ni jangan nak sakit2 lagi. Mudah2an sentiasa sihat. Bukan apa, kalau cuti 3 hari atau lebih, kena ganti. Hmmm.. 


Hari ini, Isnin 10 Feb permulaan minggu ketiga. Dan-dan Dr Zamri yang observe mesej Ati awal2 pagi, katanya nak datang observe kami. Allahu akbar. Terkezutt ya amat! Tetapi, nasib baik itu selalu ada. Rancangan Pengajaran semua siap, ABM pun siap. hehehe. Lega satu hal. Bab nervous da dup dap dup dap tak payah cerita ah. Memang tak boleh nak elak. Lastly, Ati ke kelas aku pada jam 11.30, katanya Dr xjadi nak observe aku. Pulakkk ! Baru ingat nak habiskan cepat2 observe kali pertama. Dr. ada hal lain. Hmm, maybe esok kot. waaaa. cuak lagi sekali. 

Pengajarannya, everyday kena bersedia dengan RP dan ABM. Pendek katalah, kena bersedia secukupnya. waaaaaa.

Then, Jumaat lepas is my birthday (7Feb). Maka, genaplah umur aku yang ke-24tahun. Tua sudah. hehehe. Patotlah budak2 duk tanya aku, cikgu dah kahwin ke? ishh! segan pulak aku nak jawab soalan2 macam tu.

"Happy birthday to me!" Pada sesiapa yang wish, thanks a lot dear friends! May Allah bless us. Aminnn. ;)