Friday 29 March 2013

[LIFE] Everyday is the FRIENDSHIP DAY

Assalamualaikum 

Happy Friendship Day!
Eh, betul ke?
semua pakat duk chek kelandar masing-masing 
kan? kan? kan?

korang janganlah amek serius sangat. 
bagi aku friendship day is everyday. dan memang aku akan meraikannya bersama-sama
kawan aku, tidak kira siang atau malam.
oke. officially Friendship Day is on first week of August. 
But, that not he point, takkan kena tunggu bulan Ogos dulu
barulah boleh meraikanya! That not fair ok. 
Bagi aku, hari untuk menghargai persahabatan adalah setiap hari, walhal bagi aku setiap jam.
kalau setiap minit macam melampau sangat kan? hehe! 

 Aku ada bff.. aku ada kawan. aku ada sahabat.. aku ada saeng.. dan aku ada mereka yang sangat rapat dengan aku. semua itu adalah mempunyai definisi dan maksud yang sama. KAWAN!

Aku sayangkan kawan-kawan aku. 
Aku sangat2 perlukan kawan aku, tidak kira waktu susah atau waktu senang..
dan dalam kamus hidup aku, tidak akan ada satu istilah 
'putus kawan'. no!
Sekali berkawan.. akan selama-lamanya berkawan.
Tapi, yang nakkan persahabatan antara aku dengan dia putus, aku memang tak boleh menolak.
walaupun korang fikir perkara tersebut adalah mustahil, tetapi ia pernah berlaku
dalam hidup aku. dan aku tidak menyimpan dendam walau sedikit.
biarlah ia berlalu. masa sudah lama berganjak. dan dunia sudah semakin lama berputar meninggalkan
kenangan tersebut. aku redha kawan! :) 

Kawan sekolah dan selama-lamanya:
# di sekolah, aku sangat suka berkawan.. sama ada kawan lelaki dan kawan perempuan. tak salah kan?  semuanya aku anggap kawan. dan aku sangat menghargai mereka.
walaupun sekarang kami masing-masing busy dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing, tetapi itu tidak membataskan kami untuk terus mengeratkan silaturrahim yang sedai terjalin.
Alhamdulillah, sehingga kini persahabatan kami masih terjalin. 
#aku sayang mereka .. #Epa #Che Ros # Raja# Umiey# Tikah. 
mereka kawan susah dan senang aku. 
tetapi, korang jangan pulak salah faham. itu kawan sekolah.. dan mereka masih lagi menjadi kawan aku sehingga ke hari ini walaupun sekarang berada di haluan yang berbeza.

Kawan universiti dan selama-lamanya :

#Aku pun ada sahabat baik di USM juga. bukan sahaja di sekolah.. di sini juga aku ada sahabat terbaek aku sendiri yang mana banyak mengharungi liku-liku kehidupan mahasiswi di sini.
mereka ialah #Cikhuda#Cikda#Cikbib#Cikwin#Cikpija. kami gelarkan diri kami  Muncoi Pon-pon
Aku sayang mereka sangat2. adanya mereka di sini, kehidupan aku menjadi lebih bermakna. :)
tengs guys! you are the best! lub u so much!! 

Saje! aku nak tampilkan pose aku yang peliks ! :)
Orite guys! tengs for reading this entry! :)

Wednesday 27 March 2013

[ LIFE ] tHe Hectic Week in the WORLD

Assalamualaikum

hye.. rindu gila aku nak geledah blog Fatin Liyana, al-maklumlah
sudah lama beliau tidak menghupdate. tiap2 hari kot aku bukak blog dia.. tapi tak ada
entry yang terbaru pung!
taraaaa! zup! chek blog dia hari ini, 2 entry terbaru daripada beliau. hehehehe 
#senyum kepuasan# ..
terubat jua rinduku pada entry2 beliau..
rindu sama tulisan Fatin Liyana :)





Ok.. entry kali ini aku tak bermaksud nak bercerita perihal Pating pung!
Saje je.. nak gtau betapa aku rindukan hasil tulisan beliau.. maka tertype lah intro pasal
dak Pating itu.. :P


Well.. minggu ini minggu ke-6 pembelajaran aku di USM.
Ma shaa Allah! Tuhan sajalah yang tahu betapa banyak 
gilos kerja2 yang perlu aku bereskan sebelum mengangkat kaki dengan bergayanya pulang 
ke kampung pada 5 April nanti..
memang ah syok mikirkan pasal balik kampung..
tapi, azab yang aku kena hadapi adalah selama dua minggu sebelum 
ku jejakkan kaki ke kampung! 
p.e.r.i.t! s.a.k.i.t! s.e.k.s.a!
kerja berlambak. sungguh! aku tak muhung!
menggunung tinggi. walaupun sudah ditarah, tetapi masih lagi berbaki.
masih tertinggal, dan memang perlu disiapkan dalam kadar yang segera.

Oleh itu, aku umumkan minggu ini adalah minggu yang sangat 
HECTIC.
memang minggu yang sangat hectic. sampaikan naik gilos aku dibuatnya..
everyday aku mengadap kerja. kejap menaip esemen... kejap aku ke bilik kawan untuk lakukan 
discussion.. takpun siapkan laporan.  
memang tak menang tangan nak hadapai..

Oke, memang tak dahsyat mana pun kehidupan aku.
ada je orang cakap hidup aku ni tak adalah rumit sangat..
orang lain pegang jawatan yang tinggi melangit tu, 
banyak lagi tanggungjawab dan kerja yang mereka perlu selesaikan..

Yelah, aku bercakap ni bagi pihak aku. diri aku.
tak adalah aku merujuk pada sesiapa
ataupun membandingkan diri ini dengan sesiapa...
so, dis is my story.. :)

Apabila dalam keadaan macam ni.. rasa macam nak give up je.
packing barang, balik rumah! setel!!
tapi, betul ke setel? kang kena repeat paper.. kena extand.. mau??
tak nak kan? 
jadi, aku usahakan jua sehabis mungkin.. sedaya mungkin.. 

Kekadang macam nak tersungkur jaa .. T_T
Tapi.. terngiang-ngiang kata-kata ibuku di gegendang telingaku ini..
"Da.. ngaji bia sungguh.. kito ni ore susoh.. kalu kito tak tolong diri kito sendiri,
sape lagi nok tolong... "
tersentap dengan kata-kata ibuku.. aku bangkit dengan semangat baru..
satu2 aku tempuhi. bermula pada ISNIN.. aku berjaya habiskan satu presentation, iaitu
HST327. Alhamdulillah setel.. hari ini SELASA, aku berjaya habiskan presentation yang kedua, iaitu PPG317. Alhamdulillah setel juga.. syukur Alhamdulillah. Tuhan berikan kekuatan kepada aku untuk tempuhi hari2 yang penuh berliku.. hari ini juga aku kena mengadap test HGF227.
Walaupun 5% sahaja test tersebut, tetapi sangat penting. aku lakukan sekadar yang termampu sahaja.
Then, tugasan lain masih menanti..
1- Laporan HGG 250. baru 50% progress gerak kerja.. dan aku akan berusaha siapkannya sebelum due date tiba..
2- Esei HGF227. progress 10%. masih jauh untuk dikejar dan due date semakin mengejar aku.. aku akan kuatkan lagi kayuhan aku..
3-Esei HST327. langsung tak ada progress. esok baru nak mulakan perbincangan.. namun begitu, aku akan berikan usaha yang terbaek.
4- Next week ada satu lagi presentation iaitu HSM318. masih belum lakukan gerak kerja.. :( T_T
5-Laporan pembentang PPG317 siang tadi juga perlu diserahkan pada minggu depan. akan aku usahakan jua.. T_T
# menitik ayaq mata weiii.. banyak gilos kerja.. 

#Ya Allah.. kau kuatkanlah daya usaha aku. T_T

fighting!
Thanks for reading this entry dear .. :)


Saturday 23 March 2013

Suka-suki Hiking di Taman Negara Penang

Assalamualaikum.. 

hye! lama gilas aku tak menghupdate blog! rindu bertamu di kalbu rasanya..
maka dengan sepantas kilat aku  menggunakan ruang yang masih ada ini untuk menghupdate
blog supaya dapat memuaskan nafsu aku yang sedang membuak-buak.

apehal? macam free sangat kan? macam banyak masa sangat kan?
ahhh! memey! banyak masa ni oiii.. sampaikan tak larat nak kejor.
#pengakuan berani mati : aku skip kelas pagi ni.. semalam overtime buat kerja. kah3.
dan sekarang tengah mengira detik untuk menghantar lappy aku ini ke workshop.
dah teruk sangat dah ni tahap kesihatannya.. so, kasi dia berehat lah kejap..

k-k-k.. dah! intro yang panjang2 itu abaikan. 
di pagi yang penuh barakah ini, aku nak bercerita tentang pengalaman aku hiking di 
Taman Negara Penang. Ma shaa Allah. penat sangat-sangat. memang terbaek lah kan?
sendi-sendi terasa makin longgar.. minyak mestica peneman setia. 
lenguh kaki baq hang! xmuhung! sangat lenguh..
terketar2 lutut den.. ya ampun.. kalau di suruh sekali lagi, ingin aku katakan 
TAK NAK! TAK NAK!

aku pergi hiking tu bukan saje2 tau.. bukan saje2..
ada pekdahnya. pergi ke sana untuk memenuhi keperluan kursus HGF227.
maka dengan rasminya aku ke sana untuk kali kedua.. bukan kali pertama. kali kedua.. tetapi penatnya tetap sama.
sangat memenatkan.

tapi, pengalaman yang paling penting. untuk kali pertama aku ke sana, adalah untuk berjimba semata-mata.
alah.. macamlah boleh berjimba sangat dalam hutan tu.. huhuhu.. macam salah je kan istilah 'berjimba' tu..
untuk kali kedua aku ke sana adalah untuk menimba ilmu perihal biosfrea. sangat seronok sebenarnya. rombongan ke sana seramai 80 orang termasuk staf, pensyarah dan pelajar..

Tak nampak kelibat aku pung! :(

 Kami bertolak ke sana lebih kurang 8 pagi dan tiba di taman negara penang lebih kurang jam 9 pagi..
selesai mendaftar diri.. Prof briefing sesikit.. kemudian bermulalah perjalanan kami mengharungi laluan di dalam hutan yang permai itu. berpeluh baq ang!
tapi sangat seronok, coz dapat melakukan aktiviti tersebut bersama-sama rakan-rakan lain..
seronok sikit kan? tak adelah terasa penat sangat.

#aku sangat kagum dengan aunties cina yang aku jumpa semasa hiking di situ. walaupun mereka agak berumur dan boleh dikategorikan sebagai warga emas.. tapi, mereka rileks je hiking pergi dan balik.. macam tak mengah pun. tahap kesihatan mereka tersangatlah bagus.
kami ni tak sempat setengah jam hiking dah hap-hap-hap semput. nampak sangat memang kurang exercise.. #salute aunties#

#gambar dusta ~ senyum walaupun sangat penat !
Macam-macam aktiviti yang kami lakukan di sana. salah satunya mencari hidupan akuatik yang tidak bertulang belakang. semangat woo.. teringat zaman kanak-kanak dulu, tangkap ikan dengan jaring kala musim banjir.. konsep sama saja.. cuma bila dah bergelar mahasiswi ini setiap kerjalaku itu ada sebabnya yang tersendiri..

kemudian rombongan kami ke pusat konservasi penyu.. tapi aku tak pergi pung! haha! kejam gila.
sempat lagi monteng.. duk buat kepala sembang boleh.. memang senior yang sangat tak baik perangai. tolong jangan jadikan contoh. adik2 junior bagus ja.. semua pergi. :))

#peace#
sebenarnya.. nak hiking ke sana ada dua pilihan.. pertama.. hiking secara patah balik.. naik pun hiking.. turun pun dengan meredah hutan jugak.. boleh saja dengan cara macam tu..
tapi, cara aku hiking ari tu dengan memilih naik secara hiking sehingga tiba di pantai kerachut dan pulang ke jeti dengan menaiki bot. huhu! sempoi tak? best woo naek bot..
#bajet tak penah naek bot. hampeh!#

Korang nampak tak rupa batu ini seperti apa?
rabbit kan? memang batu tersebut dipanggil batu rabbit pun.. :)



batu ini boleh didapati ketika menaiki bot pulang ke jeti. kalau korang balik ke jeti dengan menaiki bot, confirm abang bot akan tunjukkan batu2 yang menyerupai haiwan ini. ini adalah salah satu tarikannya.
bukan sahaja batu yang menyerupai rabbit, ada juga batu yang menyerupai buaya penyu. :)
tak dak gambar aku pung :(

last scene untuk entry kali ini..
Terima kasih kerana membaca :)
 
haha! suwit gile. prof aku yang kat depan tu.. :)

Wednesday 6 March 2013

[LIFE] Happy Birthday My Little One ^_^

Assalamualaikum..
salam sayang buat semua!

Happy birthday my little one~ ceewah! macam wish birthday kat boypren kang?
#perasan#
actually, happy belated birthday to my preng cik huda. belated itu haruss ada karna birthday beliau semalam. tapi, aku dah wish dah pung, melalui pacebook dan kami semua, geng muncoi siap prank dia lagii.. bersepah tepung! kah3!
jahat tak kami?? biase lah tu.. mengeratkan hubungan silaturrahim..
abis sepahkan tepung ke muka dan badan cikhuda yang wangi (karna baru sahaja usai mandi)
kami masing-masing berpelukan pulaks. hehe! biase lettew. pompuan..
prank prank jugak.. kaseh dan sayang itu totap wujud.
macam2 ah plan yang kuar untuk prank beliau.. tapi consider lagi,.. tak mau yang teruk2..
akhirnya, prank kami yang agak simple dan melibatkan bakat2 semula jadi kami untuk bertindak sebagai pelakon terhebat tanah air.. kwang3!
terima kasih kepada team muncoi pon-pon , lakonan anda amat berkesan.
tenkiu buat Mawar, Cikwin, Fiqah, Cikpija,Cikbib dan Cikda serta tidak ketinggalan
diri aku sendiri.. (perlu ke ucap tima kasih untuk diri sendiri?) kerana berjaya mengenakan cikhuda.. :)
akhirnya, pada malam 5 Mac cikhuda bermandikan tepung. kui3!
surprise!! nasib baek tuan punya badan tak nanges.. hehehe! nanges terharu.. T_T

my beauty preng, cikhuda :)



Seronok juga apabila berjaya mengenakan orang ni kan? alahh, biasa ah tu
time bufday, ada saja kawan2 or orang yang tersayang lakukan surprise canggitu.. 
normal rite? 
bak kata cikhuda : itu perst time ada orang lakukan kezutan semacam itu. huhu..
tahniah cikhuda! akhirnya, kamu berjaya  menyertai kelab 23 taung bersama2 saya dan fiqah. yang lain2 coming soon.. 
 hui3.. 
23 taung sudahh.. wo-wo-wo.. belum tua lagiss oke! 
#motip?# 

   
 
Bila duk sembang pasai bufday ni.. aiiihh, seronok sakan kan? walaupun kena prank, tapi tang dapat hadiah tulah yang sonok kang? kuikuikui.
bagi aku, menerima hadiah daripada teman mahupun yang tersayang adalah satu bonus dan bukan permintaan. cukuplah sekadar mereka mengingati tarikh keramat kita dilahirkan di dunia ini.. 

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada temang2 pasebook mahupung temang2 rapat yang mengewish bufday saya pada tanggal 7feb lalu. 
terima kasih banyak-banyak. semoga doa-doa kalian akan termakbul.. 
 
terima kasih teman. walaupun bufday saya sudah lama berlalu, berganjak dari hari ke hari, tapi kalian masih lagi tidak melupakannya, malah saya tetap menerima hadiah dari kalian, especially form muncoi pon-pon.. tenkiu sohabat! terharu sesangat. pemberian kalian amat bermakna bagiku.. 
Juga tidak dilupakan kepada Ma yang sanggup menerima kehadiran saya sejak di dalam kanduangan lagi, dan Ma memilih tarikh 7 Feb untuk melahirkan saya ke dunia ini. terima kasih Ma dan Abah kerana membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. tanpa kalian berdua, hidup saya di dunia ini tidak akan bermakna. 
terima kasih juga kerana ma dan abah menyekolahkan saya sehingga ke puncak menara gading.
in shaa Allah, anakmu ini tidak akan pernah melupakan segala jasa kalian berdua.
doakan kejayaan anakmu ini ya ? T_T
 dan.. terima kasih jua kerana menamakan anakmu ini dengan nama yang cukup indah, walaupun kengkadang ada sahaja manusia yang 'menganjingkan' nama saya.. T_T.. sedis tauh?!
apa ke pelik sangat dengan nama aku ni? tak ade peliks pun kan?
orang lain rileks ja nama ..
sebagai contoh : La haulawala kuwwata illabilla  (contoh nama yang pengetua aku selalu bagi pada tika alam persekolahan dahulu kala).. tak peliks pun? 
jadi, apa motip korang 'menganjingkan' nama aku? aisssh!
nak marah ni.. nama aku nama Melayu okies!
    
Ma.. abah.. I lub U forever!
 
Thanks for reading this entry my luvie! 

 

    


Monday 4 March 2013

Hafiz Hamidun :: Zikir Terapi Diri ::

Assalamualaikum.. 

Sementara youtube masih boleh di access lagi, maka aku dengan cepat2 
mendounload zikir terapi diri dari HAFIZ HAMIDUN.
::mendayu-dayu: 
:meresap ke qalbu::
Alhamdulillah..

~Astaghfirullah hal 'azim~

Meh laa, aku nak bercerita sikit macam mana aku boleh minat dengan
Hafiz Hamidun ni..
seingat memori aku lah kan, aku mula2 minat dia masa aku form 3! wahh! kira dalam satu kelas tu pakat duk nyanyi lagu nasyeed saja..
itu gara-gara pengaruh yang aku bawa bersama-sama beberapa orang kawan aku yang lain.
tambahan pula, masa sekolah dulu, aku masuk kumpulan nasyeed sekolah.! hwa3!!
#tapii, suara macam hape hentah!kalau katak dengar pun takut!

dulu-dulu, Hafiz ni bergerak secara berkumpulan. beliau merupakan salah satu daripada ahli kumpulan UNIC. Masa tu femes dengan lagu Hanya Tuhan yang Tahu.. then Demi Cinta Suci..
Antara ahli kumpulan UNIC yang lain , Fitri Haris, Wan Syah, Bazli, dan Hafiz sendiri.
Tapii, lani, UNIC dah berpecah.. tinggal Bazli sahaja dan dua orang ahli group yang baru... kalau tak silap aku lahkan!..
dulu-dulu, memang kumpulan UNIC ini menjadi kegilaan para remaja lah. termasuk aku!
deme semua comel2.. muka budak2.. sejuk saja tengok muka deme.. hehehe
al-maklumlah masih menuntut di IPTA lagi.. adeh!
yang aku paling minat dengan si Hafiz nilah.. hew3!

disebabkan terlalu minat, aku pinjam CD karaoke kumpulan UNIC ini dengan kawan aku..
apa lagi kan? balik sekolah terus bukak CD, karaoke! tak sedap pun takpe, telinga aku yang mendengarnya.. hehehe..
yang paling lawaknya, dengan Ma aku sekali join.
eh3~ dengan Ma aku sekali tangkap cintan dengan kumpulan nasyeed UNIC ini dulu..
muehehehehe!
 

Selepas itu, bila dah meningkat dewasa.. kurang dah minat nasyeed. tapi, tak adalah tinggal terus.
masih lagi melayan lagu2 nasyeed ni, especially dari UNIC, IN-TEAM dan sebagainya..
lagu-lagu Hafiz Hamidun pun aku duk layan jugak.. Cerita Hati! Best wo0o.. :)

dan sekarang ni, muncoi pulak album terbaru dia.. zikir terapi ni..
aku mengikuti jugak lah perkembangan kerjaya seni dia..
tak adalah ketinggalan jauh sangat..
nasyeed ni dah memang sebati dalam diri aku..
dari sekolah rendah lagi mewakili sekolah dalam pertandingan nasyeed.
hehehe.. masa itu, lagu kumpulan Hijjaz yang paling femes!
"Rindu itu adalah.. anugerah dari Allah..
insan yang berhati nurani..
punyai rasa rindu..... "
bait-bait lagu RINDU-HIJJAZ! :D
 

:: Astaghfirullah hal 'azim ::
~Aku mohon ampun pada Allah yang maha Agung~

Korang boleh lah mendengar zikir-zikir ini.. 
sangat best.. mendayu-dayu..
bagus untuk jiwa dan kerohanian.. 

wasalam.. 
thanks my comels for reading this entry! :)

Saturday 2 March 2013

[LIFE] Terbang ke SEOUL

Assalamualaikum...

S.E.O.U.L ~terngiang-ngiang lagu nyanyian SNSD & SUPER JUNIOR ditelinga aku
semasa menaip entry ini

 
Eleh! mentang-mentang minat tahap gaban dengan Korea, perlu ke nak
mention SNSD & SUPER JUNIOR dengan lagu kolaborasi mereka S.E.O.U.L?
perlu! 
siapa kata tak perlu? 
perlulah..  #peace#

Ingat senang ke nak pergi SEOUL? pengsan 5 hari 5 malam tanpa sedar pun belum tentu boleh 
jejakkan kaki ke sana.. #kes macam aku lah.. orang yg kurang fulus. bukan tak ada, ada... cuma 
kurang.. muehehehe!

1st of March .. kami-kami-kami ke SEOUL. pergh! terbaek! ingat senang ke nak ke sana reramai macam tu..
gathering sesama.. best wo0.. 
dalam setahun itu, mungkin sekali atau dua kali sahaja. 
Alang-alang ada peluang ini, ada baiknya kami outing together.. 
to the SEOUL... i means, SEOUL GARDEN! 
hehehehe. SEOUL jugak kan? 

sebelum ini memang susah sangat nak gather bersama-sama especially dengan 
geng muncoi. akhirnya, pada tarikh yang bersejarah 1 mac 2013, kami selamat menjejakkan kaki ke sana
dan kumpul reramai, duduk satu meja.. i means dua meja, sebab jumlah yang ramai antara kami (8 orang) makan-makan-makan, sampai nak termuntah. belum termuntah lagii..
muehehehe! nak je..

actually, kami dah lama sangat merancang nak pergi sesama ke SEOUL GARDEN, tetapi
ada sahaja halangan yang perlu kami tempuhi. faktor tambahan pula kerana SEOUL GARDEN yang sebelum ini terdapat di PLAZA GURNEY. oleh itu, ia menjadikan perancangan kami
bertambah rumit.
namun begitu, satu berita yang sangat gumbira kami terima apabila SEOUL GARDEN mula meluaskan empayar dan jajahan takluk mereka ke Queensbay.. haaa.. sangat dekat dengan kami. Maka, dengan izin Allah dan perancangan kami, maka tiba jualah kami ke sana. masing-masing seronok nak menghabiskan duit menjamu perut di sana.. 
dengan adanya matrix card/ kad pelajar, maka kami mendapat harga yang istimewa. 
murah sedikit kalau hendak dibandingkan harga yang biasa.

MUKA KENYANG! blurppp! :P


tersangat banyak dan mewah makanan di sana. 
apa kegemaran korang? seafood?ayam?daging?sayuran?ais krim? ais kacang? kimchi?
semua ada! layan je diri korang dengan makanan-makanan yang tersusun cantik di sana.
mewahkanlah diri dan perut anda dengan makanan di sana. 
alahai,. seronoknya. #heaven
sekali rembat makanan penuh kedua-dua meja.. sampaikan tak tahu nak makan yang
mana satu. semuanya nak cekau. :)

taraaa! bil untuk kami ber-8 ;)

#Kukus..grill..panggang.. grill! ;)
 
Ana dan makanan pilihan :)

Cikwin dan Fiqah serta makanan pilihan mereka.. :)

Aku dan makanan pilihan :)

Cikwin dan ais kacang buatannya :)

Cikda dan pilihan makanannya :)

Lagi pilihan makanan kami :)

Semua pakat pokus dengan makanan..
slurrrpp~ mee
grill daging.. ayam.. udang.. sotong.. ikan! sedap sungguh, tak terkata. #heaven. :D 

Aku dan cikda cuba merasa kimchi.. yelah. alang-alang dan ada kat SEOUL, tak ada salahnya mencuba kan?
rasanya, boleh tahan lerr ~ tapi perut melayu macam aku ni tak adalah mengiakan bahawa 
ia sesuatu yang deabak!  setakat nak merasa dan memungut pengalaman mencuba 
kimchi, bolehlah.. :P

Di seoul garden juga ada bermacam-macam pilihan perisa ais-teyim.
6/7 jenis juga lerr.. dan yg paling penting, my feveret ada kat sana..
mint flavour! omaigod! nyaman sungguh.. 



usai bermaharajalela di dalam seoul garden lebih kurang 2 jam lebih, maka kami dengan
berat kaki (yeke) keluar dari situ. perut dah full, semua tangki yang di space kan dari malam 
udah penuh, maka menapaklah kami keluar dari situ.. 

di luar kawasan seoul garden itu ada satu space yang sangat unik. 
bukan lukisan.. tapi figura yang agak menarik dan cantek sehinggakan kami beria-ia mahu 
click-click di sana.. semua pakat duk posing .. pompuan.. memang macam tu pun..

Cikwin dan gaya beliau .. I like dis one.. looks like real . :)

Cik huda the beauty. . . :)

Drama sebabak antara mereka :)
Fiqah :)
Memori untuk semestar 2 tahun ke-3 kami di USM.
Sesuatu yang sangat bermakna untuk disemat dalam minda masing-masing.
moga ikatan ukhwah antara kita semua akan terus ukuh.

Thanks for the reading this entry :)