Tuesday 29 December 2015

Hati Kau Sungguh Keras

aku sudah kehilangan daya
untuk mencuba lagi
mencuba merebut hati kau yang keras itu

mungkin aku juga yang keras
keras kepala.
tetap mahu mencuba walau tahu hasilnya macam mana

 aku mohon padaMu Tuhan,
lembutkan hatinya
bukan untuk aku tapi untuk orang lain jua

itu saja daya aku.
aku mohon maaf andai itu saja yang mampu aku lakukan

sungguh. sungguh susah aku mahu menggapai sekeping hatimu.
terkadang aku malu sendiri
dengan usaha dan cubaan aku. 
hakikatnya aku tahu kau makin menjauh
kau makin mengecil dari hidup aku.
semoga kau tabah dan kuat di sana
dan aku di sini tetap menyayangi kau seperti dulu.



Friday 25 December 2015

Menjauh

aku pun confius
suka atau obses?
tapi yang pasti 'masa' akan bagi jawapan

aku suka bukan obses
aku suka cara kau layan aku
aku suka kau ada waktu aku sakit
aku suka kau ada waktu aku jatuh
aku suka kau ada waktu aku sempit
aku suka kau ada waktu aku rebah
aku suka kau ada waktu aku tak ketahuan

aku suka semuanya
kau pandai layan
tapi entah,
mungkin kau layan semua orang macam aku

berkali aku ingatkan,
jangan kacau hati aku 
kalau kau tak nak bertanggungjawab
bukan apa,
aku dah merasa sakit,
setiap masa.
jadi, aku tak nak kau sakitkan aku jugak
aku tak nak sayang dan suka ini bertukar
menjadi benci

tapi yang pasti,
sekarang kau berbeda
kau sudah tidak seperti dulu
people can change
dan kau salah seorangnya.

aku sedih
aku nakkan kau yang dulu
yang pandai bahagiakan aku
yang pandai ukirkan senyuman di bibir aku
yang pandai cabar aku di kala aku mahu rebah
yang bijak berikan aku kata-kata kuat
walau kau sendiri pernah rebah

kenapa aku rasakan kita semakin menjauh?
takdir Tuhan?
atau kau sememangnya sudah berubah.
aku rindukan kau yang dulu
kau yang pandai ceriakan emosi aku
kau yang pandai naikkan mood bekerja aku

sungguh aku rindu kau sayang

Saturday 5 December 2015

Perisau dari Jauh

kadangnya ia kelakar
kelakar sangat
yelah, aku menyukai kau
tapi kau masih dengan kenangan lama

aku suka kau
tapi sayang kau tak tahu semua itu
peduli aku risau aku ambil tahu aku
semuanya bersebab
sebabnya satu
aku sayang kau

kadang aku tertanya
buat apa kau hari ini?
kau sihat? kau sakit?
kau ada masalah?
tapi, yelah.. 
aku cuma perisau dari jauh
aku takut untuk merapat

dan aku juga jenis cemburu
walau kau dan aku tiada apa-apa yang istimewa
aku cemburu
cemburu dengan manusia yang cuba merapat dengan kau

boleh tak
kau jangan layan dia seperti kau layan aku
nanti dia jatuh cinta
sama seperti aku.