Tuesday 29 December 2015

Hati Kau Sungguh Keras

aku sudah kehilangan daya
untuk mencuba lagi
mencuba merebut hati kau yang keras itu

mungkin aku juga yang keras
keras kepala.
tetap mahu mencuba walau tahu hasilnya macam mana

 aku mohon padaMu Tuhan,
lembutkan hatinya
bukan untuk aku tapi untuk orang lain jua

itu saja daya aku.
aku mohon maaf andai itu saja yang mampu aku lakukan

sungguh. sungguh susah aku mahu menggapai sekeping hatimu.
terkadang aku malu sendiri
dengan usaha dan cubaan aku. 
hakikatnya aku tahu kau makin menjauh
kau makin mengecil dari hidup aku.
semoga kau tabah dan kuat di sana
dan aku di sini tetap menyayangi kau seperti dulu.



No comments: