Thursday 30 April 2015

SAYA vs AWAK

Assalamualaikum :)


terasa seperti mahu berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.. even pembaca itu wujud atau tidak, tetapi rasa itu tetap mahu diluahkan.


recently, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan blog walking blogger2 favourite. terutama sekali blogger2 yang sering up kan entry yang berupa kata-kata semangat dan "makanan rohani" untuk aku. 


tertarik dengan satu blog ini.. iaitu http://www.akupenghibur.com/. seriously terasa selesa untuk menerjah blog beliau. coretan kata-kata di situ amat menarik jiwa aku untuk terus membaca, lagi lagi dan lagiii. :)


entries beliau yang lebih ke arah pengisian rohani itu menarik minat aku. sangat! 
bila dah baca entry beliau, aku termenung sorang diri... muhasabah. jauh rupanya aku dari Dia. Patutlah segala yang dihajati susah untuk digapai. subhana Allah. 


Hal yang membuatkan aku terkilan hingga kni ialah "darjat". ye, istilah itu masih wujud di dunia yang serba canggih manggih dan moden ini. entahlah. tiada kesudahan bila memikirkannya. Dia sanggup meletakkan soal "darjat" itu sebagai "penyebab" untuk menghilangkan diri. kenapa ? sebab aku anak kampung ? sebab aku hanya menggenggam segulung ijazah sahaja? atau sebab aku ni jenis kolot, tak reti nak berfesyen.. kolot dari segala aspek ? Allahu akbar. Besar ujian ini. Namun, hati senyum. Allah tunjukkan jalan untuk aku. Alhamdulillah. 




Kun fayakun. Bila Allah mahukan ia terjadi, maka terjadi lah ia. Saya terima. dan yang penting saya redha. Terima kasih. :)



Sunday 26 April 2015

My Convocation Days

Assalamualaikum.

hye. hye. hye.

Ma shaa Allah, kisah kali ini memang terlampau throwback sebenarnya. hihihihi. sampaikan dah lupa, apalah yang nak diceritakan di sini. 

Tanggal 8Nov yang lalu, maka Noor Amrasyahida Binti Ramli sudah officially bergraduasi. hihihihi. Alhamdulillah. :) Akhirnya usaha 4 tahun di bumi USM berbaloi baloi. alhamdulillah.

Tahniah untuk semua students USM, sidang 2010/2014. Congratesss juga untuk geng2 ilmu pendidikan USM, sama ada geng SASPEND, SAINSPEND mahupun SPEED. Tahniah tahniah tahniah. We make it comes true. :)







kehadiran mak abah dan family lagilah membahagiakan. takde orang tersayang pon takpe, janji nyawa abadi aku ada kat sana. terima kasih ma dan abah, untuk segala pengorbanan dan sanggup berhabis lah untuk anakmu menyambung pengajian di USM. In shaa Allah, jasa ma dan abah, orang akan kenang sepanjang masa. 


Inilah nyawa abadi aku. Maa dan Abah. ;)
Bila dah 'terbang' ke Penang, maka ambillah sedikit kesempatan dengan masa yang ada untuk bersama-sama dengan geng kacip di sana. Alhamdulillah.. sempat hang out dengan geng muncoi. hihihihi. Seharian suntuk ber snap picture di sana sini dan sinun. Maka, ber pre-konvo lah kami. 





Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Now, kena menunggu lagilah.. tunggu KPM meminang pulak. Hopefully nasib menyebelahi kami. Aaamin. 

#PrayForPosting. ;)