Thursday 30 April 2015

SAYA vs AWAK

Assalamualaikum :)


terasa seperti mahu berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.. even pembaca itu wujud atau tidak, tetapi rasa itu tetap mahu diluahkan.


recently, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan blog walking blogger2 favourite. terutama sekali blogger2 yang sering up kan entry yang berupa kata-kata semangat dan "makanan rohani" untuk aku. 


tertarik dengan satu blog ini.. iaitu http://www.akupenghibur.com/. seriously terasa selesa untuk menerjah blog beliau. coretan kata-kata di situ amat menarik jiwa aku untuk terus membaca, lagi lagi dan lagiii. :)


entries beliau yang lebih ke arah pengisian rohani itu menarik minat aku. sangat! 
bila dah baca entry beliau, aku termenung sorang diri... muhasabah. jauh rupanya aku dari Dia. Patutlah segala yang dihajati susah untuk digapai. subhana Allah. 


Hal yang membuatkan aku terkilan hingga kni ialah "darjat". ye, istilah itu masih wujud di dunia yang serba canggih manggih dan moden ini. entahlah. tiada kesudahan bila memikirkannya. Dia sanggup meletakkan soal "darjat" itu sebagai "penyebab" untuk menghilangkan diri. kenapa ? sebab aku anak kampung ? sebab aku hanya menggenggam segulung ijazah sahaja? atau sebab aku ni jenis kolot, tak reti nak berfesyen.. kolot dari segala aspek ? Allahu akbar. Besar ujian ini. Namun, hati senyum. Allah tunjukkan jalan untuk aku. Alhamdulillah. 




Kun fayakun. Bila Allah mahukan ia terjadi, maka terjadi lah ia. Saya terima. dan yang penting saya redha. Terima kasih. :)



No comments: