Wednesday 9 July 2014

BAB 21 : DIA ISTERIKU

Zarif membatalkan hasrat untuk bermalam di Pulau Pangkor. Dia sempat menaiki feri terakhir dari Pulau Pangkor ke Lumut. Dia risaukan Lea di rumah. Malam itu juga dia memandu pulang ke rumah.
Pukul 3 pagi Zarif tiba di depan rumah mentuanya. Dia segera mencapai telefon bimbitnya dalam kocek jeans dan terus mendail nombor Lea Fatehah.

“Hmmmm…” terdengar suara mamai Lea di hujung talian. Zarif tergelak kecil.

“Sayang, buka pintu. Abang ada depan rumah sayang ni.”

What?” Lea yang masih mamai segera bangun dan menyelak langsir biliknya. Betul. Zarif berada di depan rumahnya. Ya Allah, apa kenalah dengan laki aku ni? Bukan tadi dia kata nak bermalam kat Pulau Pangkor ke?

“Haa… kejap. Lea.. Lea turun sekarang.” Lea segera mencampakkan telefon atas katil dan terkocoh-kocoh lari keluar dari bilik. Rambutnya yang kusut masai itu diikat tinggi dengan getah rambut.

“Apa abang buat kat sini?” Lea menyalami Zarif. Dia menguap tahan ngantuk. Zarif cepat-cepat menutup mulut Lea. Menyedari tangan Zarif di mulutnya, Lea menolak lembut.

“Abang tak jadi bermalam kat sana. Sorry, kacau Lea tidur.”

“Hmmm, jomlah masuk. Kalau mama dengan abah tahu ni, mesti dia ingat ada orang nak pecah masuk rumah dorang. Pagi-pagi macam ni datang rumah.”

“Alah, kalau orang nak mencuri, tak ada maknanya dia telefon dulu. Redah macam tu ja.” Zarif menjawab balik.

Loyar buruk pula dia.” Lea sempat lagi membalas balik. Kaki mereka dihayun ke bilik Lea.

“Abang nak mandi dulu ke? Lea ambilkan tuala dan baju.” Zarif mengangguk mendengar pertanyaan Lea. Pantas Lea menghalakan kakinya ke arah almari dan mengeluarkan sehelai tuala beserta sehelai t-shirt pagoda dan sarung pelikat. Itu sahaja yang ada. Pakai jelah Encik Zarif oi. Siapa suruh buat lawatan mengejut?

Sementara menunggu Zarif mandi, Lea baring semula di atas katil. Jam kecil di meja sebelah katil ditenung, "ahhh pukul 4 pagi. Nekad betul dia ni nak balik ke sini. Memang tak boleh dijangka perangai si Zarif".

Selesai mandi, Zarif mendapati Lea sudah kembali nyenyak. Pantang jumpa bantal betul si Lea ni. Zarif memanjat perlahan ke atas katil dan membaringkan tubuhnya di sebelah Lea. Kedudukan mereka hanya dipisahkan oleh bantal peluk ditengah-tengah sahaja. Dia meneliti wajah isterinya di sebelah. Ubun-ubun Lea dicium lembut. Abang sayang Lea. Tolong abang untuk hapuskan perasaan sayang pada Alia Najihah. Tolong ya sayang. Zarif berkata-kata dalam hati. Wajah polos Lea dipandang lagi. Mata Zarif lama kelamaan layu dan akhirnya tertutup.

----
“Lea!” Terdengar suara Puan Mazni dari luar. Pintu bilik diketuk.

“Lea! Bangun sayang. Waktu subuh dah nak habis ni.” Puan Mazni mengetuk pintu bilik lagi. Dia tahu benar dengan perangai puteri bongsunya yang liat untuk bangun tidur.

“Ye maa..” Lea melaung dari dalam bilik. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia melihat Zarif masih nyenyak di sebelah. Letih benar suaminya. Lea bingkas bangun perlahan. Jam kecil di sebelah dikerling. 6.30 pagi.

Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai berpakaian lengkap, Lea keluar ke bilik. Dia melihat Zarif masih lagi nyenyak. Biar betul mamat ni? Lea bergerak ke sisi Zarif dan melabuhkan punggungnya di sisi. Dia melihat Zarif menghela nafas lambat-lambat.

Kenapa awak terlampau baik melayan saya? Apa alasan yang boleh saya berikan nanti untuk melepaskan awak? Zarif, you make me crazy.

“Bang..” Lea menggongcang lembut lengan suaminya. Panas. Demam ke? Tangannya cepat meraba dahi dan leher suaminya. Ya Allah. Panas sangat ni. Zarif demam.

“Bang….” Sekali lagi Lea menggoncang lembut lengan suaminya. Lambat-lambat Zarif membuka mata.

“Hmmmm…”

“Bangun bang. Solat dulu.”

“Kepala abang sakit sangat ni.” Zarif memicit-micit kepalanya kuat. Lea menolak tangan Zarif di kepala dan digantikan dengan tangannya memicit kepala Zarif. Zarif menutup matanya lagi.

“Awak tak sihat ni. Demam.” Lea memberitahu. “Awak bangun mandi, solat subuh dulu. Lepastu sambung tidur balik. Okay?” Lea berkata lagi. Tangannya masih memicit kepala Zarif. Zarif yang merasa enak diperlakukan sebegitu membiarkan sahaja.

“Abang…” Lea memanggil lagi apabila dilihat Zarif kembali menutup matanya. Mendengar panggilan Lea, Zarif membuka matanya kembali.

“Jom.. Lea pimpin ke bilik air.” Lea menarik lengan Zarif supaya mengikutnya berdiri. Selimut tebal yang menyelimuti tubuh Zarif dirungkai. Lambat-lambat kaki Zarif berdiri dan mengikut Lea ke bilik air.

“Abang mandi dulu. Nanti ada apa-apa bagitahu Lea. Okay?” Zarif mengangguk sahaja mendengar arahan Lea.

Sementara menunggu Zarif mandi. Lea keluar dari bilik dan menuju ke bilik abangnya, Najmi.

“Abang. Abang kat dalam ke? Boleh Lea masuk?” Lea mengetuk pintu bilik abangnya.

“Kenapa Lea?” Puan Mazni yang kebetulan sedang memanjat tangga untuk ke tingkat atas menegur Lea.

“Abang ada dalam bilik tak ma? Lea nak pinjam baju dia. Zarif ada kat sini. Awal pagi tadi dia sampai.”

“Zarif ada kat sini? Patutlah mama tengok ada kereta dia kat luar tu. Hmmm, abang keluar jogging. Lea masuk jelah.” Puan Mazni memberitahu lalu meninggalkan Lea. Lea melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Kaki dihalakan ke arah almari. Sehelai t-shirt tanpa kolar dan seluar Bermuda di capai. Kemudian, dia melangkah keluar semula ke biliknya.

“Abang dah siap mandi?” Lea bertanya setelah melihat Zarif duduk di birai katil. “Dah solat?” Lea bertanya lagi tanpa menunggu jawapan dari Zarif. Dilihat Zarif masih memakai baju semalam bersama kain pelikat.

“Dah. Lea dah solat?” Zarif tanya berbasi. Matanya yang seakan mahu tertutup itu ditahan.

“Lea cuti. Nah, ambil baju ni. Lea pinjam baju abang Naj.” Lea menghulurkan baju dan seluar kepada Zarif. Zarif menyambut malas. Dia segera menyarungkan seluar dan menanggalkan baju pagoda yang dipakai serta menyarungkan t-shirt tanpa kolar ke tubuhnya. Sepantas kilat.

“Abang okay tak ni?” Lea bertanya lagi.

Zarif menggelengkan kepala. Lea tahu, Zarif tak okay. Melihatkan keadaannya yang lesu dan matanya yang sedikit merah itu.

“Abang baringlah. Kejap lagi Lea bawa naik bubur.” Lea menepuk-nepuk bantal dan menyuruh Zarif berbaring di situ. Setelah menyelimutkan Zarif hingga ke paras dada, Lea berkira-kira menghalakan kakinya keluar dari bilik.

“Lea…” Zarif menarik tangan Lea perlahan dan membuatkan langkah Lea terhenti.

“Hmmm.. kenapa?” Tanya Lea setelah mengadap Zarif.

“Picit kepala abang, boleh tak?” Pinta Zarif. Lea tersenyum kecil. Gampang saja permintaan itu. Tanpa menunggu lama, dia melabuhkan duduknya di sisi Zarif. Dan jari jemarinya memicit kepala Zarif lembut.

Thanks, sayang.” Zarif berkata lagi dengan mata yang sudah tertutup. Lea hanya mengangguk.
Setelah Zarif terlena dan kedengaran dengkuran halus, Lea bangun dan turun ke bawah.

“Kereta Zarif kan kat luar tu?” Najmi bertanyakan kepada Lea.

“Ha’a bang. Dia datang sini awal pagi tadi.  Balik dari Pangkor, terus ke sini.” Lea menjawab sambil membantu mamanya menyusun pinggan di meja makan.

“Mana dia?” Najmi bertanya lagi.

“Ada kat atas. Demam. Panas sangat tubuh dia. Nak buat apa ya ma?” Lea menjawab soalan Najmi dan sempat juga bertanya kepada mamanya.

“Bawa jelah dia pergi klinik.” Puan Mazni memberikan cadangan. Dia yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam pinggang memandang Lea yang sedang menuang teh panas dalam cawan.
“Risau sangat suami dia tu ma..” Najmi menyampuk. Dia tersengih memandang Lea dan Puan Mazni.

“Apa abang ni. Zarif kan suami Lea. Masa Lea sakit hari tu dia jagakan, sekarang ni Lea lah pulak yang kena jaga dia.” Lea membalas. Dia tidak mahu kalah dengan Najmi Imran.

“Hmmm yelah tuan puteri.” Najmi menjawab dan mengusap lembut kepala adiknya.
“Yang abang tu, bila nak kahwin?” Tanya Lea pada abangnya. Dia tahu, Najmi masih mengharapkan kak Sofea.

“Lea tolonglah kenalkan kawan Lea dengan abang. Boleh?” Najmi tergelak dengan kata-katanya sendiri.

“Entahlah Lea. Puas dah mama kenalkan dengan anak kawan mama, tapi abang kamu ni buat derk je. Sakit hati mama. Biarlah dia cari sendiri. Taste meninggi.” Puan Mazni menyampuk.

“Sampai masanya nanti Naj kahwin jugak ma. Biarlah Naj stabil dulu.” Najwi menjawab slumber. Bukan Puan Mazni tidak kenal dengan anak terunanya itu.

“Nak stabil apa lagi. Duit tu tak tahu nak salurkan ke mana dah. Kahwinlah cepat-cepat Naj. Mama dengan abah teringin nak timang cucu.” Puan Mazni menjawab lagi.

“Ish, ma ni minta dengan orang yang salah. Mintalah dengan Lea. Naj kan tak kahwin lagi. Bukan tak nak, tapi In shaa Allah, lepas ni.” Najmi menyambung.

“Apa pulak Lea. Lea takde kena mengena dalam hal ni okay?” Lea mencebik. Dia menelan liur lambat. Anak? Anak kepada Zarif? Oh tidakk! Aku tak boleh nak bayangkan.

“Anak Lea pun mama nak timang, anak Naj pun mama nak timang. Okay. Fullstop. Asyik nak gaduh je dua orang ni. Pantang jumpa.” Puan Mazni cepat-cepat menyampuk. Dia arif dengan perangai putera dan puterinya. Pantang berjumpa. Ada sahaja hal yang tak kena.

“Abang nilah. Cakap orang. Dia yang tak nak kahwin. Lea muda lagilah bang.”

“Alah, muda pun dah jadi isteri orang. Lea tak teringin ke nak ada anak? Meriah sikit rumah ni nanti. Kan mama?” Najmi menambah lagi.

“Dah. Malaslah Lea nak cakap dengan abang. Lea nak naik atas.” Lea menghalakan kakinya ke tingkat atas. Tidak sanggup lagi untuk berbicara perihal anak. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Luarannya nampak bahagia, namun aku tahu Zarif terseksa. Sudah 5 bulan aku biarkannya tanpa menjalankan tanggungjawab isteri yang sebenar-benarnya.

“Ma… Lea dengan Zarif ada masalah ke?” Najmi bertanya kepada Puan Mazni setelah Lea hilang dari pandangan mereka.
“Ish, kenapa pulak tanya macam tu? Mama tengok okay ja.”
“Takdelah. Lea macam nak mengelak je bila kita cakap soal anak.”

“Entahlah. Mama tengok dorang okay ja. Tiap-tiap hujung bulan balik ke sini. Zarif layan Lea pun okay. Lea layan Zarif pun okay. Mama tengok okay ja.”

“Maa, itu luarannya. Dalaman? Ma faham kan apa yang Naj maksudkan?” Najmi menyambung lagi.
“Mereka merancanglah tu. Lagipun Lea masih belajar lagi kan?” Puan Mazni cepat-cepat membuang syak wasangkanya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Najmi. Dan mungkin juga tidak benar.
Maybe...” Najmi menjungkitkan bahunya. Lea, apapun yang berlaku antara Lea dengan Zarif, abang doakan Lea bahagia di samping Zarif. Abang tahu Zarif mampu jaga Lea.


10 comments:

Unknown said...

Kak..sambunglah lh lg :) bestttttt

MeyyaLee said...

In shaa Allah. teruskan follow cter ni eh? tq2.

Zul The writter said...

kak bestlah cerita ni cepatlah sambung..............

dan saya nak mintak jasa baik akak untuk tolong jengkuk blog saya

inspirasi-imaginasi.blogspot.com

zak said...

askum..kak sy tk sbr2 mbca smbungan dya ka2 bb..stiap kly sy on9 msti tjuk dlu ni sy cri kt intrnt..mw bca smbungnanya..cpt2 lr ka2 smbung ya ka2..sy ska jln crita dya..bstttt....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lambatnya sambung๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

Unknown said...

Tak ada sambungan ke cita ni... best la... ke ada buku nya...

Unknown said...

Tak ada sambungan ke cita ni... best la... ke ada buku nya...

Keenakina said...

Please continue cerita ni. Jalan cerita bagus. Please...