Tuesday 30 July 2013

[BAB 5] DIA ISTERIKU



“Mama!” Lea Fatehah memeluk mesra mamanya di dapur. Puan Mazni yang sedang menyenduk kuah kari terkejut.

“Ya Allah budak bertuah ni. Nasib baik kuah kari mama ni tak tumpah tau?” Puan Mazni memalingkan badannya ke arah Lea. Dia memeluk anaknya erat. Rindu dengan puteri bongsunya. Lea ketawa gembira apabila dia berjaya mengusik mamanya.

“Mama sihat? Mama masak apa ni?” Terjengah-jengah kepala Lea melihat ke dalam periuk.
“Sihat. Suami kamu mana?” Puan Mazni bertanya setelah matanya liar memandang ke luar. 

“Ada dengan abah dekat laman.” Lea Fatehah menjawab laju selaju  tangannya mencedok sambal tumis udang di dalam kuali. Puan Mazni menggeleng-gelengkan kepalanya, perangai anak bongsunya tidak pernah berubah. Tetap suka mencedok dan makan makanan dari dalam kuali dan periuk. 

“Kamu ni Lea, bila nak berubah? Ingat sikit kamu dah ada suami. Tak eloklah cedok makanan dari kuali tu. Kalau nak makan, cedok jelah ke dalam pinggan.” Puan Mazni menasihati anaknya. Lea hanya tersenyum manis di depan mamanya. Dia tahu yang dia akan dimarahi Puan Mazni kerana tindakannya, tetapi dia biarkan sahaja. Dia bahagia mendengar bebelan mamanya yang kini jarang-jarang sudah dia boleh dengar. Dia rindukan semua itu.

“Yelah mama. Orang tahulah. Saja je orang buat macam tu, sebab rindu nak dengar mama membebel.” Lea menjawab spontan. 

“Kamu bermalam dekat sini ke?” Puan Mazni bertanya lagi. Tangannya laju mencedok kari ke dalam mangkuk. 

“Yelah kot ma. Zarif cakap nak bermalam kat sini malam ni.” Lea menjawab sambil tangannya ligat membantu mamanya menyusun makanan tengah hari mereka di meja makan.

“Kamu ni bila nak ubah panggilan ‘Zarif’ tu? Kurang enak sangat untuk di dengar.” Puan Mazni memerli Lea Fatehah dan dalam masa yang sama memberikan nasihat buat anaknya. 

“Mama ni… ada jelah yang tak kena. Dia rileks saja tak ada cakap apa.” Lea Fatehah mencebik.
“Dah, pergi ajak abah dengan suami kamu. Makanan tengah hari dah terhidang ni.” Puan Mazni menyuruh Lea Fatehah mengajak Encik Mahfuz dan Zarif makan tengah hari. Dia malas untuk bertekak dengan Lea. Lea menurut sahaja suruhan mama. Dia melangkah mendekati suami dan abahnya di taman. 

“Abah, awak… mama panggil makan. Jom!” Lea melaung ke arah mereka. Encik Mahfuz dan Zarif yang sedang rancak berborak di laman berpaling ke arah Lea di muka pintu. Mereka yang faham dengan ajakan Lea segera mengorak langkah ke dalam rumah. Perut mereka masing-masing sudah berkeroncong.

“Tahniah Lea! I’m proud of you!” Encik Mahfuz menepuk-nepuk bahu Lea Fatehah lembut. Dia sudah mengetahui tentang tawaran kemasukan ke universiti yang diterima oleh Lea Fatehah. Lea memandang Zarif dengan pandangan penuh persoalan. Encik Mahfuz sudah mendahului mereka ke dapur. Zarif dan Lea jalan beriringan ke dapur.

“Awak bagitahu abah ke?” Lea bertanya.

“Ye… abah berhak tahu kan? Lagipun itu berita gembira. Lea tengok tak tadi muka abah gembira semacam. Dia bangga sangat dengan Lea.” Zarif menjawab soalan Lea. Lea menganggukkan kepalanya. 

Setelah selesai makan tengah hari dan solat berjemaah bersama-sama, Encik Mahfuz dan Puan Mazni meninggalkan Zarif suami isteri di rumah. Mereka perlu menghadiri kenduri kahwin anak kenalan Encik Mahfuz.

Zarif sedang menyiapkan kerjanya di meja kerja. Lea pula sudah lama nyenyak di katil. Tiba-tiba Lea bangkit dari tidur apabila merasakan sesuatu yang tidak selesa dan bergegas ke bilik air. Zarif di meja kerja terkejut dengan reaksi Lea yang tiba-tiba bangun dan ke bilik air. Ingin buang air kecil barang kali.

Kemudian Lea keluar dari bilik air dengan muka yang berkerut seribu. Sekali lagi Zarif pelik. Kenapa pula dengan isteri aku ni?

Lea bergegas menyelongkar almari bajunya, seperti mencari-cari sesuatu. Zarif melangkah menghampiri Lea di almari. 

“Kenapa ni Lea?” Tangan Lea Fatehah masih lagi ligat menyelongkar barang-barang di dalam almari. Dia mencari pad. Dia period. Lea tidak menghiraukan pertanyaan Zarif. Dia kalut. Dia tidak selesa dengan keadaan dirinya ketika itu. 

“Lea… are you okay?” Zarif yang tidak berpuas hati dengan Lea bertanya sekali. Matanya ralit melihat Lea menyelongkar laci-laci di dalam almari.

“Ha... saya okay. Saya okay!” Lea menjawab laju. Dia malu untuk bercerita dengan Zarif. Dia merasa amat malu. Selama hayatnya sembilan belas tahun, dengan abah dan abangnya sendiri dia tidak pernah bercerita apabila dia datang bulan. Hanya pada Puan Mazni sajalah dia bercerita.

“Tapi, saya tengok awak macam tak okay. Tell me, why?” Zarif terus mendesak. Dia penat untuk berteka-teki.

“Tak ada apa-apalah awak.” Lea menjawab lembut. Dia malu untuk berterus terang. Mendengar jawapan Lea Fatehah yang mengatakan dirinya okay, Zarif melangkah ke meja kerjanya semula. Dia tidak mahu terus mendesak Lea Fatehah.

Kemudian, Lea Fatehah melangkah keluar dari bilik. Zarif yang melihatnya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kenapa dengan Lea petang ni? Pelik saja. 

Lea Fatehah menuju ke bilik mamanya. Dia mahu mencari pad. Stoknya sudah habis. Dia terlupa untuk membeli. Entah kenapa dia terlupa, sedangkan itu menjadi salah satu daripada barang wajib dibeli ketika dia ke pasar raya. Belum sempat tiba ke bilik Puan Mazni, Lea Fatehah menepuk dahinya. Alamak! Kenapalah aku ni bengap sangat? Mama dah tak pakai semua benda ni. Kenapa aku boleh lupa? Lea menyumpah dirinya sendiri. Dia lupa. 

Lea menghalakan semula langkahnya ke bilik. Macam mana ni? Aku dah tak selesa sangat ni? Takkan nak pergi kedai dengan keadaan macam ni. Oh tidak! Kalau ada mama kan senang, mama boleh tolong belikan untuk aku. 

Lea masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil. Mukanya berkerut, dan menekan perut yang dirasakan semakin sakit. Dia mengalami period pain. Setiap kali datang bulan, memang itulah masalah yang sering dialami. Bezanya, ringan dan berat sahaja. Abah dan mamanya sudah sebati. 

Zarif melihat Lea semakin pelik. Tadi ke hulu ke hilir. Sekarang ini termenung di birai katil pula. Kenapa dengan Lea? Akhirnya, Zarif mengambil keputusan untuk mendekati Lea di birai katil. Lalu, matanya terpandangkan sesuatu di cadar tilam. Tompokan darah, lalu Zarif dapat mengagak apa yang sedang dialami oleh Lea Fatehah ketika itu. 

“Lea period ke?” Zarif bertanya kepada Lea apabila dia pasti dengan apa yang dilihat. Lea masih lagi menekan-nekan perutnya yang terasa semakin mencucuk-cucuk. Perbuatan Lea yang sedang menekan-nekan perutnya terhenti apabila mendengar pertanyaan Zarif. Aik, macam mana dia boleh tahu? Alamak, malunya!

“Lea?” Zarif semakin merapati Lea Fatehah. Lea hanya menunduk. Dia berasa sangat malu, tidak terkata. Dia malu untuk mengaku.

“Hmmm… ya... Lea… Lea period.” Lambat-lambat Lea mengaku. Wajahnya masih lagi menunduk ke lantai. 

“Habis tu apa masalahnya?” Zarif bertanya lagi seraya melabuhkan duduknya di sisi Lea. Zarif memerhatikan perbuatan Lea yang sedang menekan-nekan perutnya, sambil dahinya berkerut-kerut.

“Hmm… saya, saya nak minta tolong dengan awak.” Lea berkata lambat-lambat. Dia malu, tetapi apabila memikirkan hanya itu sajalah jalan keluar yang dia ada, dia terpaksa meminta pertolongan daripada Zarif. 

“Nak minta tolong apa?” Zarif bertanya pelik.

“Minta tolong belikan pad untuk saya. Saya lupa stok kat rumah ini dah habis.” Lea memberitahu malu-malu.

Zarif ketawa kecil mendengar permintaan Lea. Dia tidak menyangka bahawa Lea akan meminta bantuan daripadanya. Sangkaan Zarif, Lea akan meminta dia basuhkan cadar yang terkena darah itu. Muka Lea membahang apabila mendengar tawa yang keluar dari mulut Zarif. 

“Ingatkan apa. Okay, saya pergi beli sekarang. Tapi, sebelum tu, saya nak minta tolong awak, tolong bawakan cadar ini ke dalam bilik air. Balik nanti saya cuci.” Zarif berkata sambil menghalakan langkah ke meja solek untuk mengambil kunci kereta.

Lea terpinga-pinga dengan arahan Zarif. Bawakan cadar ke bilik air? Untuk apa?
Lea melihat pada cadar. Ya Allah, malunya! Kenapa pula boleh bocor ni? Sebelum ni tak pernah terjadi pun. Lea malu sendiri. Zarif sudah lama berlalu turun untuk ke kedai.
Lea cepat-cepat membawa cadar ke bilik air. Dia malu dengan dirinya sendiri. Dia menyumpah-nyumpah dirinya yang tidak perasan akan beberapa tompokan darah pada cadar. Patutlah Zarif boleh teka dia datang bulan.

Sejam kemudian, barulah Zarif pulang dari kedai. Dia berlari-lari anak ke tingkat atas. Apabila dia membuka pintu bilik, di lihat Lea sedang meringkuk di atas katil dengan lututnya di paut ke dada. Di lihat cadarnya juga sudah bertukar. 

Zarif melangkah kaki menghampiri Lea. Kasihan dia melihat keadaan Lea. Mungkin tidak selesa dengan keadaan dirinya. Bagi Zarif, dia sudah lali dengan perkara sedemikian. Hal ini demikian kerana, adiknya di rumah juga selalu sahaja mengalami masalah yang sama, dan Zariflah yang menjadi tempat bagi Imani menyuruh ke kedai untuk membeli pad.

“Lea… bangun wak! Ni hah, saya dah belikan.” Zarif menggoncangkan bahu Lea Fatehah perlahan. Satu plastik hitam yang berisi pad dihulurkan kepada isterinya. Lea lambat-lambat bangun, dia mengambil bungkusan tersebut dan berlalu ke bilik air. 

“Terima kasih.” Sempat lagi mengucapkan terima kasih kepada Zarif sebelum kaki melangkah masuk ke bilik air. 

Zarif kembali menyambung kerjanya yang tertangguh. Dia terpaksa membawa balik kerja pejabatnya ke rumah kerana terlalu banyak fail penting yang harus di semak dan diperbetulkan.
Zarif memandang jam di dinding. Sepuluh minit berlalu, tetapi Lea Fatehah masih lagi berada dalam bilik air. Kenapa lambat sangat? Zarif tertanya-tanya sendirian. Dia memerhati ke arah pintu bilik air, kalau-kalau ada petanda bahawa Lea akan keluar dari bilik air. Namun, tiada.

Sepuluh minit lagi berlalu, Lea masih lagi tidak keluar dari bilik air. Bunyi air juga sudah tidak kedengaran. Hati Zarif dipagut bimbang. Dia melangkahkan kakinya ke bilik air. Pintu bilik air di ketuk berkali-kali.

“Lea… awak okay tak? Kenapa lama sangat dalam bilik air ni?” Zarif memanggil nama Lea pula setelah ketukan di pintu tidak mendapat apa-apa reaksi. Namun hampa. Masih lagi sama. Tidak mendapat apa-apa reaksi. Hati Zarif dipagut bimbang lagi. Akhirnya, pintu bilik air ditolak kuat. Nasib baik tidak berkunci.

Zarif melihat Lea terbaring lesu di tepi singki. 

“Ya Allah, kenapa ni?” Zarif cepat-cepat menghampiri Lea yang kelihatan sangat pucat. Zarif menggoncangkan tubuh Lea, dirasakan tangan dan kaki Lea sangat sejuk. Kenapa dengan isteri aku?

“Lea… jangan buat saya risau.” Akhirnya, Zarif mencempung Lea dan membawa Lea keluar dari bilik air, lalu dibaringkan di atas katil. 

Lea membuka matanya apabila merasakan dirinya di awang-awangan. Dia tahu Zarif yang mendukungnya. Dia tidak berdaya. Period pain yang sudah lama tidak di alami, akhirnya kembali mengganggu perjalanan haidnya. Pinggangnya dirasakan seolah-olah mahu patah. Puas dia mahukan dirinya bertenang dan tidak terlalu memikirkan sakit yang dialami, namun dia tidak mampu kerana terlalu sakit. 

Zarif risau melihat keadaan diri Lea yang pucat. Wajah Lea sangat pucat, tangan dan kakinya sejuk membeku. Dia menyelimutkan tubuh Lea. Jari jemari Lea dipegang erat. Ini kali pertama jari jemari mereka bertaut. Lea seakan tidak menolak. Mungkin kerana sakit yang dialami. 

“Lea, kenapa ni?” Zarif bertanya setelah melihat Lea membuka matanya perlahan-lahan. Tangan Lea diramas-ramas lembut, mahu mengalirkan sedikit haba.

“Sa.. sakit.” Lea menjawab sepatah. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya merembas keluar. Dia tidak tahan, kerana terlalu sakit. Seingat Lea, zaman sekolah dahulu dia pernah mengalami period pain sehingga menyebabkan dirinya dimasukkan ke wad. Mama dan abahnya terlalu risau akan keadaannya. Sakit senggugut yang kadang-kadang menyerang itu menyebabkan ia tidak dapat dijangka. 

Zarif kalut apabila melihat Lea menangis. Dia resah, gelisah. Tidak tahu untuk berbuat apa. 

“Syyyy… jangan nangis. Saya ada kat sini.” Zarif berusaha memujuk Lea. Lea yang tidak tahan dengan sakit yang dialami bangun bersila. Dia serba salah. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Zarif semakin kalut melihat keadaan isterinya. Lea memaut lututnya ke dada, dia menahan tangis. Tangannya sudah menggeletar kerana menahan sakit. Nafasnya di susun satu persatu.  

“Lea period pain? Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni, kita pergi klinik ya. Jom.” Zarif berkira-kira untuk mencempung Lea sekali lagi, tetapi dihalang oleh Lea. Lea menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak bersetuju. Zarif tidak jadi bertindak. Dia duduk mengadap Lea sekali lagi.

“Kalau tak nak, apa yang patut saya buat? Please tell me, saya tak tahu.” Zarif bertanya dengan suara yang resah. Sesungguhnya dia tidak tahu. Imani tidak pernah mengalami keadaan seperti isterinya. Dia bingung.

“Ambilkan saya minyak angin.”Lea menjawab perlahan. Mendengar permintaan Lea, Zarif cepat-cepat bangkit dari katil dan menuju ke tempat simpanan ubat-ubatan. Di capai satu botol minyak angin dan menyusun langkahnya menghampiri Lea di katil. Dia suakan botol minyak tersebut kepada Lea. Dengan tangan yang terketar-ketar, Lea menyambut huluran Zarif.

Dia membuka penutup minyak angin tersebut dan dituang ke tapak tangan sebelum diletak ke pinggang dan perutnya. Dia urutkan perlahan-lahan. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Zarif hanya memerhati sahaja gerak geri Lea Fatehah. 

Setelah beberapa kali menyapu minyak angin di perut dan pinggangnya, Lea kembali merebahkan badannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, inginkan dirinya bertahan dengan kesakitan yang dialami. Zarif memerhati risau.

Akhirnya Zarif mengambil botol minyak angin dari tangan Lea dan menuangkan minyak tersebut ke telapak tangannya lalu ditarik baju Lea melepasi paras pinggang. Zarif sendiri yang mengurut-urut lembut sekitar pinggang dan perut Lea. Lea membiarkan sahaja perbuatan suaminya, walaupun itulah kali pertama suaminya menyentuh perut dan pinggangnya. Dia malu, tetapi memandangkan kesakitan yang dialami tidak mampu ditahan, dia biarkan sahaja.

Kemudian, seluar panjang Lea disingsing hingga ke paras lutut, Zarif mengurut-urut pula betis Lea sambil menyapunya dengan minyak angin. Dia teringat petua dan pesanan daripada mamanya. Akhirnya, pada hari tersebut, dia aplikasikan kepada isterinya. 

Lea yang berasa selesa dengan tindakan Zarif membenarkan sahaja. Akhirnya dia tertidur dalam kesakitan. Zarif melihat kerutan di dahi Lea semakin lama semakin menghilang. Itu tandanya, kesakitan yang dialami oleh Lea semakin berkurangan. Tetapi, dia masih lagi meneruskan mengurut-urut betis Lea dengan perlahan-lahan. 

Pertama kali dalam hidup Zarif melihat kesakitan yang dialami oleh seorang perempuan akibat period pain. Orang itu adalah isterinya sendiri. Dia risau, dia kalut kerana dia tidak didedahkan dengan cara-cara untuk membantu. Mujurlah mamanya pernah bercerita suatu ketika dahulu, walaupun dia sudah ingat-ingat lupa. 

Setelah memastikan Lea selesa dengan urutan tersebut, Zarif memberhentikan perbuatannya. Dia menarik selimut untuk menyelimutkan tubuh Lea. Kaki dan tangan Lea masih lagi sejuk walaupun sudah berkurang. Dia memerhati susun nafas Lea yang semakin teratur. Lea sudah lena di alam mimpinya, mungkin disebabkan terlalu sakit sehingga Lea lena dalam kesakitan. 

Zarif merapatkan mukanya ke muka Lea. Dahi Lea dicium lembut. Sungguh, dia mendapat kekuatan untuk melakukan sedemikian. Kali kedua dia mencium dahi isterinya selepas hari akad nikah mereka sebulan lalu. Dia kasihan dengan Lea dan dia sama sekali tidak menyangka yang Lea mempunyai senggugut sedemikian teruk. Dia sudah melupakan kerja-kerjanya yang bertimbun. Keselamatan dan keselesaan isterinya lebih diutamakan.

2 comments:

rahsia hatiku said...

sweetnya zarif.. hehe

MeyyaLee said...

Hahaha. Sweet ke?? Watak rekaan ;)