Sunday 14 July 2013

Sorry Seems to be The Hardest Word

assalamualaikum

"sorry seems to be the hardest word"

Frasa itu sememangnya betul dan tepat sekali !

"sorry seems to be the hardest word" . Korang jenis yang senang maafkan orang tak?
tepuk dada tanya hati. Jawapannya, hanya korang yang tahu. teheeehehe.



Kununnya hupdate memalam macam ni nak merenung dan memuhasabah diri sendiri lerr.. =)

Bagi aku, depends on situation. Camno eh nak citer.. Jujur lah aku mengaku yang aku ni bukannya murni sangat sesenang nak maafkan orang, tak jugak.Bergantung pada keadaan dan jenis kesalahan yg dilakukan.

Tetapi, haaa.. ada tapinya, untuk memaafkan itu perlu ambil sedikit masa untuk hati ini bertenang. Dalam erti kata yang lain, aku malas nak melayan dan akhirnya aku maafkan begitu sahaja. Keadaan yg tenang dan menyenangkan amat perlu untuk menangani sesuatu masalah.

Kebiasaannya, situasi sukar memaafkan sesama sendiri ini akan membawa kepada pergaduhan/perbalahan/persengketaan dalam jangka masa yang panjang ataupun pendek. Oleh kerana itulah, dalam sesetengah salam faham atau masalah yang masing2 akan menyakitkan hati dua belah pihak, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Senang cerita kan? Kalau kita yg sakit, xpe... sebab kita tahu setakat mana sakit kita itu.. tetapi sakit hati orang lain, kita tak tahuuu...

Bukan bermakna kalah ataupun mengalah, tetapi memikirkan tiada gunanya untuk bertegang urat yang akhirnya akan membawa kepada pergaduhan dan persengketaan yang berpanjangan dan mungkin akan membawa kepada persengketaan seumur hidup. Uishh.. xmau begitu. 

Jika kita melihat dari konteks yang lain, perkataan "sorry" itu boleh hadir dalam pelbagai situasi.
Contoh 1 : Korang sedang bercanda bersama teman2, dan tetiba tersalah bual tetapi tersalah bual itu dalam keadaan yang happy, maka tanda untuk mengembalikan keadaan yang happy itu, mulut korang akan secara automatiknya meminta maaf, kan?? Cu renung dan tenung kembali . "sorry"! sesenang sahaja perkataan tersebut terkeluar dari mulut korang.


Contoh 2 : Wujud keadaan tegang dalam kalangan korang dan teman2. Mungkin kerana perdebatan, perbincangan dalam kumpulan, wujud salah faham sesikit. Masing2 berkata itu dan ini, dan tiada sesiapa pun yg mahu mengalah dan akhirnya akan ada salah seorang daripada kengkawan korang yang akan terasa hati. Hati kecilnya terusik. Parahhh, dan perkataan "sorry" itu sukar sekali untuk diluahkan. Betul tak ??

Memang banyak yg terjadi sebegitu. Apabila kata "sorry" itu benar2 diharapkan, tapi hampeh. xdak punn.. memang sentap ahh.. 

:Renung2kan:

Salam Ramadhan.. peringatan untuk diri sendiri jugak.

p/s : Alhamdulillah, syukur nikmat. Semua lulus untuk exam semestar lepas. mueheheheh. Tahniah untuk diri sendiri. ;)
 

No comments: