Friday 19 July 2013

Cerita Bulan Puasa I

Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari ke-10 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah ! Kita masih lagi diberikan kesempatan olehnya untuk merasai nikmat dan kebesaran bulan Ramadhan.

Bercerita tentang bulan Ramadhan, pasti kita tidak akan lari berbicara tentang variasi makanan/ juadah berbuka puasa.

Bazar Ramadhan ! Itulah tempat yg paling kerap dan senantiasa di kunjungi oleh umat Islam untuk mencari pelbagai jenis makanan yg mereka ingini.

Di kawasan tempat tinggal aku ini pun tidak pernah sunyi dengan bazar Ramadhan. Walaupun bukan bazar itu di buka betul2 di kampung aku, tetapi di sekitarnya tetap ada. Semuanya tempat yg mampu sampai. muehehe.

Dalam erti kata yg lain, apabila bulan Ramadhan menjelma, makcik2 (kebanyakkannya) akan mengambil peluang untuk berniaga di bazar. Betul kan? Semacam pesta pun ada di bazar dengan pelbagai jenis makanan, malahan kuih-muih atau lauk pauk yg tak pernah kita makan pada bulan2 yg lain tetapi boleh ditemui pada bulan ramadhan sahaja.

Pengalaman aku, sepanjang berpuasa selama 10 hari ini, belum pernah aku jejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Bukan apa, perasaan teringin itu totap wujud, tetapi aku malas nak melayan. Kerana, aku kenal dan tahu perangai aku yg pantang tengok makanan, semuanya aku nak rembat. oh tidak ! Itu semua adalah nafsu bukannya keinginan. So, aku ambil keputusan xmau ke bazar. muehehe. tepat kan keputusan aku?

Jom lah kita berkongsi sesikit tentang kegemaran di bulan puasa.

Dari lauk-pauk, kuih-muih hinggalah ke minuman dan supple sebelum tidur. muehehe.

Kalau aku, untuk berbuka puasa aku makan tak banyak sangat. Nasi putih itu wajib dan dari segi lauk pauknya aku tak kesah sangat. Semua aku rembat.

Tetapi, lauk kegemaran aku adalah paprik ayam, dan tomyam !

Untuk kuih muih pula, aku sangat sukakan onde-onde dan akok. Hmmm, akok ini serasanya wujud di negeri2 belah pantai timur sahaja. =)

Onde-onde
Akok
Untuk minuman pula, aku sukakan SOYA dan air keladi. Kengkadang teh o ais pun aku layan jugeks. ;)

Supple memalam sebelum tidur ini depends pada tekak aku ahh.. biasanya aku makan benda2 macam colek. hah! Colek ini femes kat Kelantan tau. Coleks ni kalau belah utara lebih kureng macam rojak ahh.. ada buah2. Then, aku juga paling sukakan SOMTAM. Somtam ini makanan yg berasal dari negara jiran, Thailand.

Somtam 


Somtam ini dibuat daripada betik dan di campur dengan kacang panjang, kacang tanah, kangkung, cili padi, udang kering dan carrot. Kalau nak pedas, boleh mintak lebihkan cili padi. Rasanya masam2 and pedas. sangat best !

Colek 

Colek ini terdiri daripada pelbagai jenis buah2an. Mangga, betik, jambu batu, nenas dan macam2 lagilah. :)

Tengs for reading dears ;)

2 comments:

rahsia hatiku said...

sedap jah napok colek 2.. nak ckit

Unknown said...

sedap tu amra....