Friday 12 July 2013

[BAB 4] Dia Isteriku

Sudah genap sebulan usia perkahwinan antara Lea Fatehah dan Zarif Haikal. Sepanjang tempoh sebulan itu tidak banyak yang berubah. Lea masih lagi dengan perangainya yang suam-suam kuku. Zarif pening kepala apabila memikirkannya. 

“Lea, saya pergi dulu. Saya dah lewat ni.” Zarif terkocoh-kocoh keluar dari biliknya. Lea di dapur cepat-cepat melangkah ke arah Zarif.
 

“Makanlah dulu, saya dah siapkan sarapan.” 
 
Zarif sudah siap untuk ke pejabat. Kerjanya sebagai junior engineer memang tidak menentu jadual kerja. Kadang-kadang pulang awal ke rumah, kadang-kadang menginjak ke pagi barulah wajahnya muncul di rumah.

“Saya dah lewat ni. Mesyuarat mula awal. Maaf ya.” Zarif melangkah ke pintu lalu menyarungkan kasut kerjanya. Lea hanya memandang. Zarif sudah mula menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi. Tinggallah Lea Fatehah keseorangan di rumah. 

Zarif Haikal, seorang lelaki yang cukup sempurna. Dia mempunyai segala-galanya. Dia berkerjaya, dia mempunyai raut wajah yang sedap mata memandang. Wajah yang pasti menjadi rebutan setiap wanita di luar sana. Luarannya, dia boleh dikategorikan sebagai Mr.Perfect 10


Selama sebulan usia perkahwinan mereka, masing-masing tidak berani berbincang mengenai peristiwa hitam yang berlaku sebelum ini. Masing-masing cuba mengelak untuk tidak menyakitkan hati antara satu sama lain. 

Mereka juga sudah tinggal di rumah sendiri. Zarif lebih suka jika mereka tinggal di rumah sendiri walaupun rumah sewa. Biarlah Lea Fatehah menjadi tanggungjawab dia sepenuhnya.


“Assalamualaikum.” Terdengar satu suara di pintu depan rumah Lea Fatehah. Lea yang sedang mengemas rumahnya tercengang. Hatinya tertanya-tanya siapa gerangan yang memberi salam itu. Dia meletakkan mop lantai ke tepi dan berlalu ke pintu. Tudung serkup yang tergantung di tepi ruang dapur di ambil dan disarungkan ke kepala. 


“Waalaikummussalam.” Lea menjawab seraya membuka pintu. Tersembul wajah manis Zara Imani, adik Zarif.


“Kamu Imani. Jom masuk. Akak sedang mengemas rumah ni.” Lea mempelawa adik iparnya masuk ke dalam rumah. Imani hanya menurut. Matanya meliar memandang persekitaran rumah abang dan kakak iparnya.


“Along kerja ke kak?” Imani melabuhkan duduknya di sofa pada ruang tamu rumah Lea Fatehah. 

“Ha’a… along kerja. Petang nanti kot baru balik, itu pun kalau dia tak banyak kerja. Kalau banyak kerja, malam nanti baru sampai rumah. Kamu ke sini dengan apa? Akak tak nampak kereta kamu pun.” Lea menghabiskan kerja mengemop lantai. 
 
“Kereta masuk bengkel lah kak. Servis. Mama bising suruh serviskan kereta. Katanya kereta Imani tu dah macam kereta lama. Bunyi sana-sini.”


“Macam-macam lah kamu ni Imani. Kamu nak minum tak, kalau nak akak buatkan. Haa, kalau nak makan, ada makanan kat bawah saji tu. Pergilah tengok.” Lea mempelawa adik iparnya.


“Tak naklah kak. Orang dah kenyang.” Imani mengusap-usap perutnya. Zara Imani baru sahaja tamat persekolahan di peringkat SPM. Dia sedang menunggu keputusan peperiksaannya diumumkan. Beza umur mereka hanyalah setahun. 


“Akak, jom kita keluar nak? Orang bosanlah asyik terperap kat rumah saja. Mama tu asyik membebel. Mama cakap orang malas nak cari kerja. Dia suruh orang kerja sementara dekat syarikat papa, tapi tak naklah. Orang tak suka kerja pejabat.” Imani menyambung lagi setelah melihat Lea menghampirinya. Lea membawa dua mug milo panas. Untuk dia dan Imani. 


“Nak keluar pergi mana pagi-pagi macam ni?” Lea bertanya lebih lanjut. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Imani. Imani sudah menjadi seperti kawannya. Imani lah yang selalu datang menemaninya sewaktu Zarif ke pejabat ataupun outstation.

“Keluar pergi tengok wayang ke, shopping ke? Jomlah kak. Orang dah bosan tahap dewa dah ni.” Imani mengajak lagi. 


“Yelah, lepas akak settle kan semua kerja akak kat rumah ni, kita keluar. Akak pun dah lama tak keluar.” Masing-masing ketawa. Seronok apabila berpeluang untuk keluar bergembira. Beza umur yang setahun itu membuatkan masing-masing memahami kehendak diri. 

Lewat jam sembilan malam barulah Lea pulang ke rumah. 

“Lea pergi mana? Kenapa tak jawab call saya?” Belum sempat Lea membuka pintu rumahnya, Zarif terlebih dahulu membukakan pintu tersebut setelah mendengar enjin kereta Lea masuk ke perkarangan rumah.


“Maaf wak! Telefon Lea habis bateri. Lupa nak caj. Lea keluar dengan Imani tadi. Pergi tengok wayang, makan-makan lepas tu hantar Imani balik rumah mama.” Lea melangkah ke kerusi di ruang tamu. Dia menghenyakkan punggungnya di kerusi. Dia meluruskan kakinya yang berasa sengal-sengal dan lenguh. Ini gara-gara Imani yang mengheret dia hampir ke semua kedai yang terdapat di shopping complex itu.


“Yelah, kalau ye pun nak keluar, beritahulah saya dulu. Saya risau tahu tak?” Zarif bermuka serius. Dia mengambil duduk di sebelah Lea. Lea menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu dia yang bersalah kerana tidak memberitahu Zarif untuk keluar tengah hari tadi. Dia bersedia menerima amarah Zarif. 

“Lea minta maaf sangat-sangat. Lea ingatkan sekejap saja. Tak sangka pula sampai rumah malam macam ni.” Lea mencari alasan. Sebenarnya dia gerun melihat muka suaminya yang serius. Dia takut. Sebulan hidup dengan Zarif, inilah kali pertama dia melihat muka Zarif yang sangat serius. 


“Yelah, kali ini saya maafkan. Lain kali, jangan sesekali keluar rumah tanpa bagitahu saya. Kalau nak keluar, wajib bagitahu! Faham?” Zarif bersuara keras dan tegas sekali lagi. Lea di sebelahnya hanya mengangguk. 

“Awak, saya laparlah. Tak makan apa pun lagi dari petang tadi.” Nada suara Zarif sudah berubah. Tidak lagi tegas. Lea di sebelahnya dipandang dengan penuh kasih sayang. Mata Lea yang tertutup tadi terus terbuka dengan luasnya.


“Ya Allah, awak tak makan lagi? Dah pukul berapa ni wak?” Lea segera bingkas bangun untuk ke dapur. Dia ingin memanaskan lauk yang dimasaknya tengah hari tadi. Nasib baik ada lagi nasi yang masih berbaki. Hanya perlu dipanaskan sahaja. 
 
Zarif di ruang tamu tersenyum lebar. Itulah isteri aku, Lea Fatehah! Kalutnya mengalahkan mama. 

“Awak, jom makan. Saya dah siap panaskan lauk ni.” Lea memanggil Zarif dari dapur. Kerja Lea semakin pantas dan cekap. Dia sudah mula membiasakan dirinya dengan dapur. Namun, jauh di lubuk hatinya, dia masih mahu meneruskan cita-citanya untuk memegang segulung ijazah perundangan. Tapi, hasrat itu hanya dipendamkan sendiri.


------



Petang itu, Lea Fatehah sedang menanam bunga di halaman banglo mereka. Itulah rutin sehariannya. Melakukan kerja-kerja di dapur, mengemas rumah, memasak untuk suami, dan berkebun. Dia umpama sudah terbiasa. Berbeza dengan Lea Fatehah sebelum ini. Lea Fatehah kini sudah matang. 

“Lea, saya nak tanya awak satu perkara ni.” Zarif yang sedari tadi sedang membaca surat khabar meletakkan surat khabarnya di atas meja bulat di halaman rumah. 

“Nak tanya apa?”

“Saya jumpa benda ni dalam bilik.” Zarif mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar bermudanya. Satu sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat. Lea Fatehah sudah tidak ketahuan. Dia berasa serba salah. Macam mana Zarif boleh jumpa surat tu? Aku dah sembunyikan dalam laci kan? Lea menggaru kepalanya yang tidak gatal. 


Mata Zarif tepat merenung mata Lea Fatehah. Dia inginkan satu jawapan. Tetapi, masing-masing mendiamkan diri. Lea sedang menyusun ayat yang lebih tersusun untuk menerangkan kepada Zarif. Dia sedar yang dia bersalah kerana memohon kemasukan universiti tanpa pengetahuan Zarif. Tetapi, permohonan itu di buat sebelum dia menikah dengan Zarif lagi. Keputusannya sudah diumumkan dan Lea berjaya untuk mengikuti kursus perundangan.
  
“Hmmm, Lea tak nak pergi pun semasa hari pendaftaran tu.” Lea Fatehah menjawab perlahan-lahan. Dia tahu yang Zarif tidak akan membenarkan dia menyambung pelajaran. Lagipun dia sedar, dia bukan Lea Fatehah yang dulu, bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Dia kini sudah berumah tangga. 


“Saya tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi, yang membuatkan saya terkilan, kenapa Lea tak bincang dulu dengan saya. Ini nasib baik saya jumpa surat ini dalam laci, kalau tak memang sampai bila-bila pun saya takkan tahu kan?” Zarif mula berkata serius. Lea menelan air liurnya lambat-lambat. Dia gerun dengan nada suara Zarif.

“Saya minta maaf. Saya mohon kemasukan ke uni ni sebelum saya kahwin dengan awak lagi. Saya tak jangka pun yang saya boleh dapat. Takpelah wak, saya tak nak masuk uni pun. Saya dah ada kehidupan saya sekarang.” Lea Fatehah menjawab berhati-hati. Dia berusaha sedaya upaya untuk tidak menyakitkan hati Zarif dengan jawapannya.

“Lea minat perundangan?” Zarif bertanya dengan muka serius lagi.

Lea Fatehah hanya menunduk, dia tidak berani untuk bertatapan mata dengan Zarif. Hanya anggukan kepala sahaja yang diberikan oleh Lea tanda menjawab soalan Zarif.

“Baiklah, kalau macam tu, saya benarkan Lea masuk uni. Tapi, dengan syarat, Lea kena jaga batas pergaulan dan status Lea sekarang.”

Lea Fatehah terkejut mendengarkan jawapan Zarif. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Zarif akan membenarkan dia menyambung pelajaran. Akhirnya, impian dia untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus perundangan tercapai jua. Walaupun dia tidak dapat menyambung di luar negara, namun dia tetap bersyukur. Dia memandang tepat ke arah Zarif untuk memastikan kebenarannya sekali lagi. Zarif yang faham akan dengan reaksi Lea, menganggukkan kepalanya. Bibirnya terukir senyuman.
 
“Alhamdulillah.” Hanya itu sahaja yang terluah dari mulut Lea. Hatinya melonjak kegembiraan.
“Terima kasih wak!” Sambungnya lagi. Dia tersenyum puas. Akhirnya, dia akan bergelar seorang mahasiswi perundangan. 

“Lea dah bagitahu mama dengan abah?”

“Belum lagi. Lea ingat Lea nak lupakan saja tentang kemasukan ke uni ni. Lea takut awak tak bagi Lea nak sambung belajar lagi.”

“Takkanlah saya nak menghalang cita-cita Lea. Lagipun abah ada bercerita dengan saya yang Lea minat perundangan. Saya ni bukannya suami yang jahat sangat sampai nak menghalang Lea capai cita-cita Lea sendiri.” 
 
“Terima kasih wak. Terima kasih sangat-sangat.” Lea tersenyum puas. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami  yang amat memahami. Suami? Aku dapat menerima dia sebagai suami?
“Dah, pergi siap-siap, kejap lagi kita pergi rumah mama dan abah.” Zarif memberikan arahan. 


“Dah, pergi siap-siap, kejap lagi kita pergi rumah mama dan abah.” Zarif memberikan arahan. 

“Habistu, awak dah siap lah macam tu? Awak nak pergi rumah abah dengan pakai seluar pendek tu ke?” Lea memerli Zarif, tetapi dia tidak tinggal lama di depan Zarif. Kakinya melangkah laju ke dalam rumah. Dia takut Zarif akan membalas balik kata-katanya. Terbuntang mata Zarif mendengar teguran isterinya. Dia tidak menyangka yang Lea Fatehah sudah pandai melawak. Syukur Ya Allah kerana Kau telah lembutkan hati isteri aku.

 Tengs for reading luvie ;)

No comments: