Thursday 29 May 2014

Langkawi : Day-III

Assalamualaikum 

Menyambung entry mengenai trip ke Langkawi. 

Third days.

seawal pagi kami bangun and menunaikan solat Subhuh. then, pack all the stuff. Kami akan bergerak ke cable car. Nasihat saya untuk anyone yang nak travel, first kena planning baik punya. kalau plan A xjadi, please back-up dengan plan B or C. Senang ! nanti takdelah korang terkontang - kanting xtahu nak pergi mana. and the second one is, keluar awal. dah tau nak pergi travel, so kurang masa tidur tu benda biasa. kalau dah nak lebihkan tidur, baik duk rumah je. mihmihmihmih.


around 8.45 AM kami bertolak dari roomstay. semua barang dah clear. plan kami, kami angkut semua barang, masukkan dalam kereta and settlekan bil2 roomstay dengan resit semua.. habis je round island kami terus ke jeti. itu adalah plan kami. senang ! save masa. hohohoho >_< ❤ actually untuk last day kami at Langkawi hanyalah untuk half day saja. kami akan menaiki feri di jeti around 1PM and akan naiki bas di jeti Kuala Perlis around 3PM untuk ke Butterworth. So, kena rushing ar sikit. hihihihi. 


So, take about 1 hour untuk ke cable car dari roomstay kami. itu plus dengan sesat and pusing area sama. hohohoho. so, take our trip as one of your guide okay. dah tahu nak sesat, so masa tu kena adjust betol-betol. in our case, takdelah boleh dikategorikan sebagai lewat.. sebab untuk last day tu kami hanya mahu ke cable car sahaja. huhuhuhu.


so, around 10 AM, kami tiba di cable car melalui gate A. Actually kat sana ada dua gate iaitu Gate A and Gate B. Apa beza antara dua2 Gate ni pun aku tak tahu. main redah ja. muehehehe. so, tiba kat sana terus kami beli tiket.. around RM12-15 macam tu. tak ingat dah. hehehehe. 


Langkawi Sky Cab 

That picture di ambil sebelum kami menaiki cable car. Nasib sangat menyebelahi kami. Alhamdulillah. Setibanya kami di sana, tak ramai orang pun. So, tak payah nak kena beratur lama-lama waktu nak beli tiket.. or kena beratur lama-lama waktu tunggu turn nak naik cable car. bila dah dapat tiket, about 5-8 minutes macam tu, kami dah boleh naik cable car. See, the benefitnya bila kami keluar awal. hohohoho . Alhamdulillah. 


Actually, itu adalah first pengalaman aku naik cable car. Sebelum ni dengar cerita orang je mengenai pengalaman mereka. And abah aku pun pernah naik sekali waktu mengikuti lawatan kerja pejabat dia sewaktu masa dahulu. Menurut abah : memang naik cable car tuh test jantung tahap terok ah. Abah rela nak turun bawah dengan jalan kaki. muehehehe. Sewaktu aku dengar abah bercerita, aku gelakkan abah aku. wuhuuu. kejam molek. Actually, pengalaman yang abah aku lalui tu pun sama macam aku. test jantung woih. serius. bayangkanlah, naik cable car dengan hanya bergantung harap pada tali yang sebesar lengan tu ja. Ma shaa Allah. rasa macam mempertaruhkan nyawa tau dok?!


Senyum but see tangan aku dengan tangan cikhuda ! like a couple. wahaha. kerabak kemain.. 

Nice scene 

See. relex ja wife-to-be ni. hehehe 




Sewaktu naik dalam perjalanan untuk ke puncak tu, macam-macam ayat ah yang dibaca. takut. serious takut. rasa macam yang tu first and last kot saya naik cable car. muehehehe. 


At cable car ni, dia ada 2 hentian. Hentian pertama tu kami dah turun pun.. kami nak ke puncak. lagipun waktu tu, hentian pertama tu ngah wat renovation.. 




and ingat nak pergi jambatan yang famous tuh. kalau tak silap aku dalam salah satu movie Bollywood, lakonan SRK kot, shoot kat situ. ghupa-ghupanya tengah renovate jugak. so, masa untuk bergambar jelah. muehehehe. abadikan kenangan. senang nak cerita at anak cucu nanti. wahahahaha. 



lebih kurang 1 jam kami kat atas tu. snap sana.. snap sini. then kami pun decided nak turun. perot pun dah lapar. tak sempat nak breakfast tadi. kemain aku teringin nak makan nasik lemak.  huhuhuhu. 


so, turun dari cable car perasaan dia lain sikit. tak takut macam nak naik tu. huhuhu. about 15 minutes macam tu, kami ke warung. warung ja yang mampu. nak breakfast. lapiaqqq gila.. hehehehe. after breakfast segala bagai.. tengok jam masa ada waktu lagi. so, kami ke pantai kejap. kebetulan cuaca pun redup. so xdelah sakitkan mata sangat. huhuhuhu. 


Hidup ini umpama pantai. Kekadang dilanda ombak.. samalah macam kehidupan kita. onak dan duri senantiasa bertandang. so, keep smile and face it. 

After that, kami ke kilang gamat sekali lagi sebab Cikda ada pesanan baru dari kampung. actually kilang gamat tu tengah jalan untuk kami ke jeti saja. tak  payah u-turn or whatever. so, memang tak memakan banyak masa lah untuk berhenti at kilang tu sekali lagi. 

Hah nin dia. mercu tanda kilang gamat tuh. botol minyak gamat yang tersangat besar dan gedabak. muehehehe

After selesai semua dekat kilang gamat tuh, waktu pun ngam-ngam 12.30 tengah hari... so, tibalah masa untuk kami berangkat pulang. Selama 3 hari 2 malam at Langkawi, macam-macam pengalaman yang dapat kami kutip and saya percaya, pengalaman tu akan kekal dalam ingatan kami sampai bila-bila. Thanks sayang untuk memori terindah ini. walaupun dicemari dengan 'insiden' itu namun, saya yakin ia takkan melumpuhkan kasih sayang antara kita semua. Thank you, thank you, thank you so much ! 

Taraaa . After solat Zohor.. kami at bus station Kuala Perlis. get ready nak balik Butterworth. 
p/s Hopefully, lepas ni MUNCOI akan ada masa untuk gathering sama-sama lagi.. even, dua daripada MUNCOI akan tamatkan zaman bujang tak lama lagi.. but Cikra masih lagi berharap agar kita semua boleh macam dulu. And I know, jarak yang memisahkan kita sekarang ni.. tapi cikra percaya, if kita plan elok-elok, kita boleh gather sama-sama lagi kan?

p/s (i) Dear Cikwin : Tahniah Cikwin untuk pertunangan cikwin pertengahan Jun nanti. I'm happy for you. sangat-sangat happy. And I'm so sorry sebab tak boleh ke sana waktu hari bahagia cikwin.. cikra kat sini terikat dengan komitmen lain. And in shaa Allah, kenduri Cikwin bulan 12 nanti cikra p ya. Congratess Cikwin. 


p/s (ii) Dear Fiqah : Congrates untuk ko jugak. Bulan 9 nanti ko akan jadi isteri orang dah.  13 Sept 2014 rite ? Tahniah. Tahniah. Tahniah. Aku tumpang gumbira.. and actually aku berkenan gila dengan cincin tunang ko. huhuhu. Btw sahabat. Tahniah. In shaa Allah, bulan 9 nanti aku ke KL okay. 


p/ (iii) Dear Cikda, Cikbib and Cikhuda : turn kita bila pulak ye? hehehe. kalau tunggu cikra memang lambat ah.. sebab calon pun xdak lagi. lagipun cikra banyak impian lagi untuk dicapai. muehehe. jangan tunggu cikra okeyh. and untuk anda bertiga.. cepat2lah kawen okay.. doakan cikra cepat-cepat bertemu dengan lelaki yang baik, yang boleh terima cikra seadanya. 

Thanks sayang untuk memori terindah kita selama empat tahun. And nak tau kenapa Cikra tak nanges waktu kita nak berpisah malam 13 Mei tu? sebab cikra tak rasa pun kita nak berpisah dalam jangka waktu yang lama. anggapan cikra, kita akan bercuti semestar macam biasa. and, cikra tau cikra ni susah nak luahkan rasa sayang, rasa penghargaan cikra.. but walau apa pun, MUNCOI dah sebati dalam diri cikra. thanks untuk segala-galanya. thanks untuk semua yang korang buat untuk cikra selama ni. surprise belated b-day cikra.. call cikra waktu cikra praktikum dekat kepala batas and tanya if cikra okay ke tak. thanks sangat-sangat. cikra ingat semua tu. bukan tak ingat.. and thanks untuk hadiah b-day cikra yang korang belikan. thanks sangat-sangat. cikra ingat semua tu and cikra hargai. thanks thanks.. mungkin cara cikra je yang tak kena ngan jiwa korang. maaf cikra mohon dari hati kecil.. T_T

Tuesday 20 May 2014

BAB 20 : DIA ISTERIKU

Zarif memandu seorang diri ke Lumut. Dia akan menaiki feri di sana dan akan ke Pulau Pangkor. Inspektor Zamri ada menelefonnya lagi dan dikhabarkan bahawa dalang di sebalik penculikan Lea ialah seorang perempuan. Zarif berteka-teki seorang diri. Perempuan? Siapa agaknya? Lea ada musuh ke? Atau ada yang cemburu dengan Lea? Tetapi, siapa? Ahh, susah untuk merungkaikan semua persoalan tersebut.

“Hai. Sorang je.” Tiba-tiba ada satu suara menegur Zarif dari belakang. Aku kenal suara itu. Aku kenal. Lambat-lambat dia berpaling ke arah suara tersebut.

You… apa you buat kat sini?” Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Zarif.

“Saja I nak tenangkan diri dari kesibukan kerja. Lama I tak jumpa you. You sihat? Lea sihat? Anyway, congratulations. Dah kahwin rupanya you sekarang.” Alia Najihah melabuhkan duduknya di sebelah Zarif. Ketika itu  mereka masih berada di dalam feri.

Soalan-soalan Alia, Zarif biarkan sahaja. Dia merenung Alia dari sebalik cermin mata hitamnya. Masih seperti dulu. Cantik. Menawan. Malah makin cantik. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Cepat-cepat Zarif tersedar.

“Zarif. I’m sorry.”

For what?”

Everything. Untuk masa lalu antara I dan you. Everything. I knew. Semuanya berpunca daripada I. Kalau tak, mesti sekarang ni kita dah kahwin kan? And maybe kita dah ada anak.” Alia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

“Tak ada apa yang nak dimaafkan lagi. Benda dah lama berlalu. I dah maafkan you, setahun lepas.” Zarif menjawab laju. Pandangannya masih terhala ke hadapan.

“Kalau macam tu, tak ada salahnya kita mulakan balik hubungan kita. We build our new love story. Sama macam dulu. You and I, ibarat merpati dua sejoli.”

Zarif ketawa kuat tapi masih terkawal. Dia bimbang menggangu penumpang yang lain.

“Alia stop bermimpi di siang hari. Kalau you nak buat semua tu, you dah buat a years ago. Not now. For your information, I bahagia dengan isteri I. At least she’s know how to appreciate me, bukan macam you.” Begitu sinis kata-kata Zarif. Dia bukan mahu menjadi pendendam, tapi dia terpaksa. Dia ingin menolak sekeras-kerasnya perasaan sayang yang ada dalam dirinya terhadap Alia.

“Okay. Takpe. I telan kata-kata you tu Zarif. Tapi, ingat. I takkan berhenti setakat ni ja.” Alia berdiri dan berlalu ke tempat duduknya di bahagian belakang. Zarif dibiarkan termangu-mangu. Ah! Awak dah banyak berubah Alia. totally change!

------

“Inspektor, macam mana dengan perkembangan kes isteri saya?” Zarif bertanya kepada Inspektor Zamri. Usai saja kakinya berpijak di bumi Pangkor, segera dia meminta pemandu teksi membawanya ke balai polis.

“Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan ke atas Tommy, dan beberapa hari lepas dia ada terlepas cakap yang “bos” itu ialah seorang perempuan.”

“Maksud Inspektor?” Zarif bertanya laju.

“Besar kemungkinan, orang yang mengupah dia itu ialah seorang perempuan. Tapi, malangnya dia tak nak bukak mulut bagitahu siapa nama bosnya tu. Lagi satu, Tommy jugak bagitahu yang dia tak pernah bersua muka dengan “bos”. Hanya berhubung melalui telefon sahaja. Pihak kami ada menghubungi nombor telefon “bos”, namun dah tak aktif. Jangkaan kami, itu nombor sementara dia untuk berhubung dengan Tommy sahaja.” Terang Inspektor Zamri panjang lebar.

“Berapa lama lagi Tommy akan berada dalam tahanan pihak polis?” Zarif bertanya lagi.

“Untuk masa beberapa bulan lagi. Lagipun, dia pernah ada rekod jenayah. Encik Zarif jangan risau, pihak kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjejaki “bos” itu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya nanti akan jatuh ke tanah jua.”

“Terima kasih Inspektor.”

“Hmm.. isteri encik tak datang ke?”

“Tak datang tuan. Dia masih lagi trauma.”

“Bukan apa, kami ingat nak jalankan soal siasat ke atas isteri encik. Mungkin “bos” itu bermusuh dengan isteri encik. Itu hanyalah andaian kami.” Terang Inspektor Zamri lagi.

“Saya ada juga bertanya pada Lea, dia beritahu yang dia tak bermusuh dengan sesiapa. Ataupun menyakitkan hati sesiapa. Saya pun bingung tuan bila memikirkan hal ni. Bukan apa, dengan bebasnya “bos” tu saya rasa keselamatan Lea masih terancam. Saya risau, satu hari nanti akan ada komplot lain pula dari “bos” tu..”

“Encik Zarif jangan risau. Nanti apa-apa hal, saya akan berhubung terus dengan encik. Dan kalau encik berkelapangan, mungkin boleh bawa isteri bersama ke sini. Kerjasama dari isteri encik amat kami harapkan. In shaa Allah, kes ini akan selesai tak lama lagi. Nasihat saya, jangan biarkan Puan Lea tinggal seorang diri. Selalu berteman. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku.”

“Baiklah Tuan. Terima kasih banyak-banyak.” Zarif bersalaman dengan Inspektor Zamri sebelum melangkah keluar dari bilik Inspektor Zamri.

Zarif berfikir sendirian. Siapakah “bos” itu? Apa motif dia upah orang untuk culik Lea. Tak mungkin dia tersilap orang. Hmmm. Siapa Lea yang sebenarnya pula? Takkan sampai ada yang bermusuh? Ahh.. bingung… bingung.

-------
“Assalamualaikum, sayang.” Zarif memberikan salam apabila panggilannya dijawab oleh Lea.

“Waalaikummussalam. Ya bang. Apa dah sampai ke Pangkor ke?”

“Dah. Abang baru balik dari balai polis ni. Lea, abang nak tanya satu perkara boleh?”

“Nak tanya apa bang? Tanyalah…”

“Betul Lea tak ada bergaduh atau menyakitkan hati sesiapa?”

“Kenapa bang?” Lea Fatehah bertanya pelik.

“Tak. Abang musykil. Apa tujuan orang tu nak culik Lea.”

“Mana ada bang. Lea tak da bermusuh dengan sesiapa pun. Hmmm, apa kata tuan inspektor tu?” Lea bertanya lebih lanjut.

Zarif menceritakan semuanya kepada Lea. Masing-masing bingung dengan kejadian tersebut.
“Lea kat sana okay tak?”

“Okay je. Lea ada kat rumah mama sekarang ni. Abang balik malam ni terus ke?”

“Hmmm, tak kot. Abang penat sangat ni. Awal pagi esok abang balik. Lea okay kan duduk rumah mama untuk malam ni.”

“Okay bang. Jangan risau. Abang kat sana jaga diri elok-elok.”

“Yelah. Kita jumpa esok ya sayang. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Lea mematikan panggilan telefon.

“Bahagia you sekarang ni. Are you sure you sayangkan dia?”

Zarif dikejutkan dengan satu suara dari hadapannya. Alia Najihah.

“Hmmm..” Zarif malas mahu meneruskan berbicara dengan Alia. Dia segera bingkas dari kerusi dan meneruskan langkahnya ke arah resort. Alia mengekorinya dari belakang.

“Zarif…!” Alia memegang lengan Zarif. Langkahan Zarif terhenti. Dia menarik lengannya dari pengangan Alia.

“Wow. You dah banyak berubah. Mengelak dari skinship. Such a great hubby. Beruntung Lea dapat you.”

“Apa yang you nak sebenarnya Alia. Stop disturbing me!” Zarif mencerlung ke arah Alia di hadapannya.

I nak you.” Alia tersenyum sinis. Dia cuba meraih tangan Zarif sekali lagi. Zarif mengelak.

You jangan jadi gila. Antara kita dah tak ada apa-apa. Tolonglah Alia. Berhenti kacau I, berhenti kacau Lea. I tahu perangai you macam mana, Alia.”


No. I takkan berhenti ganggu hidup you dan Lea. I akan buat lebih lagi dari ni. Bini you tu bodoh. Percayakan I bulat-bulat. Lurus bendul budak tu. You better watch out.” Alia berlalu pergi meninggalkan Zarif. Zarif mengeluh. Berubahlah Alia. Buanglah sifat dendam kesumat you tu.

Monday 19 May 2014

#throwback. SMK BERTAM PERDANA

hye olls. tadi publish trip di Langkawi yang telah berhabuk dalam draft.. and this one is fresh dari ladang.

Assalamualaikum  


aku belum pernah show-off kan gambaq anak-II didik 15 minggu aku yang comel dan kacak kan? hihihi. so, the show time begin ! 


ahh.. rindu depa sangat-II. mencengkam jiwa T__T


every single minutes, aku belek gambaq-II bersama-sama depa. maksudnya aku rindukan depa lah tu. actually, sangat rindukan depa. sangatt sangatt sangatt ! ❤ 




sedih. T__T dan dalam masa yang sama, aku bersyukur. ouh. ini rupa2nya perasaan indah terasa dihargai. terima kasih sayang2 cikgu. terima kasih banyak-II. walau apa pun yang berlaku.. kamu semua tetap anak murid pertama cikgu.. 


sewaktu explorace kem KOKO. rindu T__T. cikgu rindu ❤ angpa semua

anak-2 1Bestari yang dirindui ;(
Jamuan perpisahan. Jumaat. 9 MEI 2014. 


* gambaq dengan anak-II 4E xdak pom.. but you are always in my heart, in my mind ! 


anak-II aku yang handsome dan sangat naughty.. penat ibu ❤. hihihihi
Cikgu terpaksa pergi FIRAS. Kalau diberi pilihan, cikgu xmauu

hero-ii  aku nih. nakal ya rabbi !!!!
*sigh*
depa form3.. do the best untuk PMR this year, okeyh ! ❤


p/s : cikgu rindu nak masuk kelas, rindu nak mengajar, rindu nak membebel, rindu nak marah-marah, rindu nak kena usik dengan ampa, rindu nak tidur kat sekolah teman angpa ber-camping. cikgu rindu !! cikgu rindu nak buat semua tuh ! 

Langkawi : Day-II

assalamualaikum 

hye u olls. 

sambung bercerita tentang aktiviti dan trip aku di Langkawi bersama-sama Muncoi. 

Days II.

bangun seawal pagi untuk mengikuti Island Hopping. yuhuuu ! boleh main air. boleh berenang and yang penting boleh cuci mata woih ! layan stok mat salleh ja kami ni. kikikikiki.


jam 9 pagi, kami berkumpul di depan underwater world and tunggu abang yang uruskan aktiviti island hopping kami. 




abaikan tudung yang 'serebeh wekkk' tuh. Janji chill. :P

antara aktiviti yang dijalankan ialah, 
i. melawat tasik dayang bunting. kat sana kami diberikan masa lebih kurang 1jam untuk mandi-manda or whatever we want to do. 





segan lah pulak nak mandi. ramai orang. kikiki. lastly, kami decide nak naik menatang ni je.. kikiki. 


ii. kami dibawa ke tempat eagle feeding. wow ! serious scene kat sana tersangatlah cantekk ! kebesaran Allah. tenang saja.. 
tapi.. kami tak bagi eagle tu makan pun, kang japg takdak jari. kikiki.


serious tenang tengok gambaq nih. rasa macam nak duk kat situ ja. tak nak balikk.. T_T. tenangg sangat.. ❤

iii. pantai beras basah. then, kami ke pantai beras basah. Ya Allah !! fall in love ❤ dengan pantai nih. cantekk ! cantekk sangat. nanti sape2 nak hanimun, bolehlah ke Langkawi. huhuhu. explore sehabis mungkin, okeyh?!

at pantai beras basah ni, macam2 aktiviti yang boleh buat. antaranya ialah mandi-mandi, naik banana boat, snorkelling and cuba parachute pon boleh. huhuhu. 

and the muncoi naik banana boat. aku? memang takk ah. aku ni jenis panic sikit bila dalam air. hihihi. hanya mampu tengok sajaa.. :P



cantek ! ❤

super cantek ! ❤ .. eeee ! entiti apakah di belakang itu? kikiki
about 1 jam di situ, akhirnya habislah sudah island hopping kami. hmmm. macam tak nak balik. nak duk kat pulau tuh. pantainya sangat cantek !❤

badan sudah penat. so, kitaorang baliklah ke room stay. balik mandi dan bersihkan diri serta tunaikan kewajipan yang wajib (solat zohor).

selesai tunaikan yang wajib dan bersihkan diri.. kami keluar semula untuk ronda-ronda lagi. niat nak pergi cable car, namun terpaksa di cancel kan sebab orang ramai (sumber daripada informer) :)

so, kitaorang decide nak pergi makam mahsuri. eh-eh cancel pulak.. sebab ape entah. lastly, berkelana di tepi pantai tika matahari lit-lit panas. aiguuu ! huhuhuhu.


nok celik mato pong xleh. panah sangat. kahkahkah 


lepas lepak-2 at pantai yang panas lit-2 nih.. kami ke tempat pemprosesan gamat. bila stok minyak gamat. al-maklum sajalah, banyak sangat request dari kampong.. huhuhu



then, kami ke jeti. hantaq cikbib balik. dia terpaksa balik awal coz esoknya dia ada interbiu at UUM. Jadi pengawas periksa. cikbib yang pakai baju warna pink tuh.. 


* eh sat. aku lupa flow. rasa kami pergi tempat proses gamat dulu baru pergi ke pantai. alorh ! memory lost pulak time nak hupdate blog. ^___^
Dataran Lang

Here we come ! Dataran Lang. Cantek tempat ni.  After hantaq cikbib ke Jeti, kami pergi Dataran Lang. Ramai gak orang kat sana. Kami pergi snap picture kat sana. sebagai tanda kenangan. panas oiii ~



Wife to-be. In shaa Allah, bulan 9 nanti Fiqa akan kawen..  ❤

Ouh ! gambaq bebajet candid ah tu. choii. baju kembang2 di tiup angin. nampak gemokss di situ, okeyh.

Then, after snap picture kat Dataran Lang, kami ke Pekan Kuah semula. nak shop cekelat banyak2. Almaklum sajalah, esoknya last day dah. Rambang mata den nak beli cekelat. semuanya feveret. and the most i like is kisses.. hmm. yummy3 !


Lepas shop cekelat kami balik ke room stay. badan penat sangat-sangat ! need a rest. nak sambung journey untuk esoknya pulak.. 


so, sampai takat tu jelah untuk coretan Langkawi Day-II.. 


to be continue .... ❤❤    


Sunday 18 May 2014

Job Hunter

aiseh.

mengeluh ! mengeluh ! mengeluh !

stress bila officially ended the study ni lain. stress tika study lain. lain.. sangat lain. arghhhh ! waktu study, stress-nya berkisar pelajaran saja. stress lain tu memang tak nak ambik kira. and now, bila dah habis study, rasa macam.. arrrgh, aku dah menginjak ke alam lain pulak. alam pekerjaan. 

teringin nak meniaga.. online business..one of my favourite.. suatu ketika dahulu aku pernah libatkan diri, but terpaksa stop disebabkan beberapa kekangan. and now, teringin nak mulakan balik, tapiiii, ada kekangan lain pulak. 

and bila officially tamat belajar nih, mulalah fikiran berfikir ke arah yang lebih terbuka ! job hunter ! status yang paling sesuai untuk diri aku sekarang ni. hmmmpph ! nak kerja secepat mungkin. seminggu kat rumah rasa macam tak tentu hala dah ni.

badan inginkan rehat, tapi minda dan jiwa menolak semua tuh. nak kerja jugak! terbiasa.. setiap hari, bukak mata ada sesuatu yang boleh dilakukan. hmm, paham2 jelah bila xde kerja.. kerja lain yang datang. contoh. double chin menyerang ! aiguuu. jenuh nak kerja balek untuk jadikan single chin. ceihhh.. 

so, the conclusion is, siapkan jiwa, siapkan mental dan siapkan fizikal. 
keep fighting untuk diri sendiri !!! 


Saturday 17 May 2014

Happy Teachers Day

assalamualaikum

Tanggal 16Mei setiap tahun, Malaysia akan meraikan hari guru. so, dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan pendidik di Malaysia, terutamanya guru-guru di tadika kemas kajang sebidang, guru-guru di SKBPY, guru-guru di SMKCE dan di USM, yang telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu pada aku.
tanpa mereka, aku takkan menjadi aku pada hari ini. 

selamat hari guru juga buat diri sendiri. hiiiihiihi. boleh gitu ?? 


dan, tak lupa juga buat mak dan abah yang mana telah menjadi guru pertama aku. mereka tak pernah kenal erti penat jemu dalam mengajar aku bertatih.. belajar menyebut ABC, mengira 123.. terima kasih mak.. terima kasih abah. 

dan, selamat hari guru jugak buat tok guru mengaji Quran aku. kerana ajaran mereka aku dah khatam Quran. Alhamdulillah. 


terima kasih. terima kasih. terima kasih. ;)

kenangan bersama2 mereka. SMK BERTAM PERDANA di hati.
tengok ah tu, anak2 murid yg tersangat nakal di belakang haku. grrr !