Tuesday 20 May 2014

BAB 20 : DIA ISTERIKU

Zarif memandu seorang diri ke Lumut. Dia akan menaiki feri di sana dan akan ke Pulau Pangkor. Inspektor Zamri ada menelefonnya lagi dan dikhabarkan bahawa dalang di sebalik penculikan Lea ialah seorang perempuan. Zarif berteka-teki seorang diri. Perempuan? Siapa agaknya? Lea ada musuh ke? Atau ada yang cemburu dengan Lea? Tetapi, siapa? Ahh, susah untuk merungkaikan semua persoalan tersebut.

“Hai. Sorang je.” Tiba-tiba ada satu suara menegur Zarif dari belakang. Aku kenal suara itu. Aku kenal. Lambat-lambat dia berpaling ke arah suara tersebut.

You… apa you buat kat sini?” Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Zarif.

“Saja I nak tenangkan diri dari kesibukan kerja. Lama I tak jumpa you. You sihat? Lea sihat? Anyway, congratulations. Dah kahwin rupanya you sekarang.” Alia Najihah melabuhkan duduknya di sebelah Zarif. Ketika itu  mereka masih berada di dalam feri.

Soalan-soalan Alia, Zarif biarkan sahaja. Dia merenung Alia dari sebalik cermin mata hitamnya. Masih seperti dulu. Cantik. Menawan. Malah makin cantik. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Cepat-cepat Zarif tersedar.

“Zarif. I’m sorry.”

For what?”

Everything. Untuk masa lalu antara I dan you. Everything. I knew. Semuanya berpunca daripada I. Kalau tak, mesti sekarang ni kita dah kahwin kan? And maybe kita dah ada anak.” Alia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

“Tak ada apa yang nak dimaafkan lagi. Benda dah lama berlalu. I dah maafkan you, setahun lepas.” Zarif menjawab laju. Pandangannya masih terhala ke hadapan.

“Kalau macam tu, tak ada salahnya kita mulakan balik hubungan kita. We build our new love story. Sama macam dulu. You and I, ibarat merpati dua sejoli.”

Zarif ketawa kuat tapi masih terkawal. Dia bimbang menggangu penumpang yang lain.

“Alia stop bermimpi di siang hari. Kalau you nak buat semua tu, you dah buat a years ago. Not now. For your information, I bahagia dengan isteri I. At least she’s know how to appreciate me, bukan macam you.” Begitu sinis kata-kata Zarif. Dia bukan mahu menjadi pendendam, tapi dia terpaksa. Dia ingin menolak sekeras-kerasnya perasaan sayang yang ada dalam dirinya terhadap Alia.

“Okay. Takpe. I telan kata-kata you tu Zarif. Tapi, ingat. I takkan berhenti setakat ni ja.” Alia berdiri dan berlalu ke tempat duduknya di bahagian belakang. Zarif dibiarkan termangu-mangu. Ah! Awak dah banyak berubah Alia. totally change!

------

“Inspektor, macam mana dengan perkembangan kes isteri saya?” Zarif bertanya kepada Inspektor Zamri. Usai saja kakinya berpijak di bumi Pangkor, segera dia meminta pemandu teksi membawanya ke balai polis.

“Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan ke atas Tommy, dan beberapa hari lepas dia ada terlepas cakap yang “bos” itu ialah seorang perempuan.”

“Maksud Inspektor?” Zarif bertanya laju.

“Besar kemungkinan, orang yang mengupah dia itu ialah seorang perempuan. Tapi, malangnya dia tak nak bukak mulut bagitahu siapa nama bosnya tu. Lagi satu, Tommy jugak bagitahu yang dia tak pernah bersua muka dengan “bos”. Hanya berhubung melalui telefon sahaja. Pihak kami ada menghubungi nombor telefon “bos”, namun dah tak aktif. Jangkaan kami, itu nombor sementara dia untuk berhubung dengan Tommy sahaja.” Terang Inspektor Zamri panjang lebar.

“Berapa lama lagi Tommy akan berada dalam tahanan pihak polis?” Zarif bertanya lagi.

“Untuk masa beberapa bulan lagi. Lagipun, dia pernah ada rekod jenayah. Encik Zarif jangan risau, pihak kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjejaki “bos” itu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya nanti akan jatuh ke tanah jua.”

“Terima kasih Inspektor.”

“Hmm.. isteri encik tak datang ke?”

“Tak datang tuan. Dia masih lagi trauma.”

“Bukan apa, kami ingat nak jalankan soal siasat ke atas isteri encik. Mungkin “bos” itu bermusuh dengan isteri encik. Itu hanyalah andaian kami.” Terang Inspektor Zamri lagi.

“Saya ada juga bertanya pada Lea, dia beritahu yang dia tak bermusuh dengan sesiapa. Ataupun menyakitkan hati sesiapa. Saya pun bingung tuan bila memikirkan hal ni. Bukan apa, dengan bebasnya “bos” tu saya rasa keselamatan Lea masih terancam. Saya risau, satu hari nanti akan ada komplot lain pula dari “bos” tu..”

“Encik Zarif jangan risau. Nanti apa-apa hal, saya akan berhubung terus dengan encik. Dan kalau encik berkelapangan, mungkin boleh bawa isteri bersama ke sini. Kerjasama dari isteri encik amat kami harapkan. In shaa Allah, kes ini akan selesai tak lama lagi. Nasihat saya, jangan biarkan Puan Lea tinggal seorang diri. Selalu berteman. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku.”

“Baiklah Tuan. Terima kasih banyak-banyak.” Zarif bersalaman dengan Inspektor Zamri sebelum melangkah keluar dari bilik Inspektor Zamri.

Zarif berfikir sendirian. Siapakah “bos” itu? Apa motif dia upah orang untuk culik Lea. Tak mungkin dia tersilap orang. Hmmm. Siapa Lea yang sebenarnya pula? Takkan sampai ada yang bermusuh? Ahh.. bingung… bingung.

-------
“Assalamualaikum, sayang.” Zarif memberikan salam apabila panggilannya dijawab oleh Lea.

“Waalaikummussalam. Ya bang. Apa dah sampai ke Pangkor ke?”

“Dah. Abang baru balik dari balai polis ni. Lea, abang nak tanya satu perkara boleh?”

“Nak tanya apa bang? Tanyalah…”

“Betul Lea tak ada bergaduh atau menyakitkan hati sesiapa?”

“Kenapa bang?” Lea Fatehah bertanya pelik.

“Tak. Abang musykil. Apa tujuan orang tu nak culik Lea.”

“Mana ada bang. Lea tak da bermusuh dengan sesiapa pun. Hmmm, apa kata tuan inspektor tu?” Lea bertanya lebih lanjut.

Zarif menceritakan semuanya kepada Lea. Masing-masing bingung dengan kejadian tersebut.
“Lea kat sana okay tak?”

“Okay je. Lea ada kat rumah mama sekarang ni. Abang balik malam ni terus ke?”

“Hmmm, tak kot. Abang penat sangat ni. Awal pagi esok abang balik. Lea okay kan duduk rumah mama untuk malam ni.”

“Okay bang. Jangan risau. Abang kat sana jaga diri elok-elok.”

“Yelah. Kita jumpa esok ya sayang. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Lea mematikan panggilan telefon.

“Bahagia you sekarang ni. Are you sure you sayangkan dia?”

Zarif dikejutkan dengan satu suara dari hadapannya. Alia Najihah.

“Hmmm..” Zarif malas mahu meneruskan berbicara dengan Alia. Dia segera bingkas dari kerusi dan meneruskan langkahnya ke arah resort. Alia mengekorinya dari belakang.

“Zarif…!” Alia memegang lengan Zarif. Langkahan Zarif terhenti. Dia menarik lengannya dari pengangan Alia.

“Wow. You dah banyak berubah. Mengelak dari skinship. Such a great hubby. Beruntung Lea dapat you.”

“Apa yang you nak sebenarnya Alia. Stop disturbing me!” Zarif mencerlung ke arah Alia di hadapannya.

I nak you.” Alia tersenyum sinis. Dia cuba meraih tangan Zarif sekali lagi. Zarif mengelak.

You jangan jadi gila. Antara kita dah tak ada apa-apa. Tolonglah Alia. Berhenti kacau I, berhenti kacau Lea. I tahu perangai you macam mana, Alia.”


No. I takkan berhenti ganggu hidup you dan Lea. I akan buat lebih lagi dari ni. Bini you tu bodoh. Percayakan I bulat-bulat. Lurus bendul budak tu. You better watch out.” Alia berlalu pergi meninggalkan Zarif. Zarif mengeluh. Berubahlah Alia. Buanglah sifat dendam kesumat you tu.

3 comments:

MeyyaLee said...

teruskan follow citer ni, tau. huhuhu. thanks you dear.

Unknown said...

suka baca cite ni. mohon buat bab-bab yg lain . hiks ^^

MeyyaLee said...

tq chayayaa. teruskan follow eh. :)