Friday 16 May 2014

BAB17 : DIA ISTERIKU

Lea memisat-misat matanya. Berkali-kali dia pejam celikkan matanya. “Zarif tidur sekatil dengan aku?” Soalnya di dalam hati.

Dia mencapai handphone di meja sebelahnya, dilihat jam menunjukkan 6.30 pagi. Dia cepat-cepat ingin bangkit daripada pembaringan, namun pergerakannya terhalang dek pelukan kemas Zarif.

Akhirnya Lea menjatuhkan semula kepalanya ke bantal. Dia memandang Zarif di sebelah. “Nyenyak pula dia tidur.”

Lama Lea berkira-kira, akhirnya dia nekad. “Bang! Oo bang.” Lea menepuk lembut lengan Zarif yang melingkari pinggangnya. Zarif tersedar apabila mendengar satu suara dekat dengan telinganya. Automatik lengan yang melingkari pinggang Lea dilepaskan. “Mampus aku!” Reaksi spontan Zarif. Dia bangun membetulkan duduk dan bersandar di kepala katil.

Are you okay Lea?” Zarif bertanya setelah melihat Lea masih kaku di sebelahnya. Hanya matanya sahaja yang berkelip memandang siling.

“Haaa, Lea okay. Tapi, kepala ni pening sikit. Lea nak solat, boleh abang hantarkan Lea ke bilik air. Lea nak wuduk.”

“Ma shaa Allah! Macam mana abang boleh lupa ni?” Zarif menepuk kuat dahinya. Cepat-cepat dia turun dari katil dan menghampiri Lea.

“Lea nak suruh abang kendong ke macam mana ni?” Zarif siap sedia mahu mengendong Lea.

“Ish, apalah abang ni. Lea boleh jalan, cuma pening sikit ja. Abang pimpin Lea ke bilik air, lepastu Lea ambil wuduk, then Lea jalan balik sendiri ke sini.” Zarif mengangguk faham.

“Ish, apesal aku kalut sangat pagi ni?” Zarif menyumpah geram dalam hati.

Kemudiannya, Zarif pimpin Lea ke bilik air. Selesai Lea menggosok gigi dan mengambil wuduk, dia memanggil Zarif. “Bang, telekung Lea kat mana ye?”

“Haa, kejap! Abang ambilkan. Tunggu kat bilik air tu. Kejap. Abang cari telekung dulu ni.” Kalut Zarif mencari telekung Lea yang disimpin di dalam almari. Selesai menghamparkan sejadah dan menyediakan telekung untuk Lea, Zarif menghalakan kakinya ke bilik air.

“Ha, jom!” Zarif menghulurkan tangannya kepada Lea.

“Apa abang ni? Kan batal air sembahyang Lea ni.” Cepat-cepat Lea mengelak huluran tangan Zarif.

“Ya Allah, sorry Lea! Abang lupa.” Cepat-cepat Zarif menepuk dahinya kuat apabila menyedari kesalahannya. Lea menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Selepas itu, dia berjalan perlahan ke tempat solat yang telah disediakan oleh Zarif.

“Abang tak solat sekali ke?” Lea bertanya apabila melihat Zarif berdiri tegak di depan bilik air. Dia menyarungkan telekung dan membetulkan kedudukan sejadah.

“Haaa, nak solat sekali lah ni. Kejap. Tunggu abang. Nak ambil wuduk.” Pesan Zarif sebelum masuk ke dalam bilik air. Sekali lagi Lea menggelengkan kepalanya. “Kenapa dengan Zarif hari ni? Semacam saja. Clumsy sangat-sangat.”

Usai menunaikan solat subuh dua rakaat, Zarif mengangkat tangan berdoa ke hadrat Allah Taala kerana masih memberikan peluang kepada mereka untuk melayari bahtera alam rumah tangga. Selesai berdoa, Zarif berpaling  ke arah Lea di saf belakang. Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Lea. Zarif mendekatkan badannya ke arah Lea lalu mengucup lembut dahi Lea.

“Terima kasih abang, for everything! Terima kasih sangat-sangat. Lea terhutang budi, terhutang nyawa dengan abang.”

“Kenapa cakap macam tu?” Zarif membetulkan duduknya berhadapan dengan Lea. Dia menatap raut wajah Lea di depannya. Luka-luka kecil di wajah Lea masih kelihatan. Hatinya hiba. Wajah Lea yang cantik sudah dicemari dengan cela akibat perbuatan durjana manusia yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kalau bukan kerana abang, Lea mungkin dah mat…”

“Tak baik Lea cakap macam tu.” Cepat-cepat Zarif memotong kata-kata Lea. “Semua yang berlaku ini ada hikmatnya dan dengan izin Allah, abang diberi kekuatan untuk mencari Lea di situ. Sepatutnya, abang yang kena minta maaf dengan Lea sebab abang tak mampu nak lindungi Lea.” Zarif menyambung kata-katanya. Lea tersenyum memandang Zarif.

“Bukan salah abang. Abang dah cukup protective, cuma nasib tak menyebelahi Lea.” Lea menjawab perlahan, cuba untuk mengurangkan perasaan bersalah dalam diri Zarif. Dia membuka telekung solat dan melipat rapi.

And one more, abang minta maaf sangat-sangat, sebab abang terpaksa tukarkan pakaian Lea semalam. Abang tak sanggup nak tengok Lea tidur dengan pakaian yang koyak rabak dan kotor tu.” Zarif berterus terang dengan kerut di wajah. Dia risau Lea marahkannya. Itu kali pertama dia melihat tubuh Lea semenjak mereka bergelar suami isteri.

What?!” Lea terkejut. Dia ingatkan mamanya yang tukarkan pakaian. Rupa-rupanya, Zarif yang lakukan semua itu. Oh, tidak ! Ini bermakna Zarif dah tengok semuanya. Oh, tidakkk !!

I’m sorry, so sorry Lea. Abang bersumpah yang abang tukar baju je. Tak lebih dari tu.” Zarif cepat-cepat mempertahankan dirinya, dia risau dengan telahan Lea.

Lea membuang pandang ke arah Zarif dengan pandangan kurang percaya. “Betul ni?”

“Ye, sumpah! Abang tak buat apa-apa pun. And kalau abang buat pun, it’s halal right?”

“Eee ! Apa abang ni?” Lea menarik muka masam. Telekung yang dilipatnya tadi di baling ke arah Zarif.

Zarif ketawa mendengar suara manja Lea Fatehah.

“Abang gurau sajalah.” Hidung kecil Lea dicuit lembut oleh Zarif.

“Abang… lelaki yang culik Lea tu kena tahan polis kan?” Lea bertanya kepada Zarif sambil membetulkan duduknya. Zarif di depannya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Lea.

“Lea rasa macam ada orang nak buat khianat dengan Lea. You know what bang, masa Lea kena kurung dalam pondok tu, Lea ada dengar yang lelaki tu cakap Lea ni bernilai bagi seseorang.”

“Maksud Lea?” Cepat-cepat Zarif bertanya inginkan kepastian. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Lea. Semalam, selepas membawa pulang Lea ke resort, mereka sama-sama tertidur keletihan. Tidak sempat untuk bercerita.

“Dan dia juga cakap yang pada hari abang dengan abang Naj datang selamatkan Lea, bos dia akan datang ke pulau tu. Tapi, abang sempat datang dulu. Jadi, sampai sekaranglah Lea tak tahu siapa bos yang dimaksudkan oleh lelaki tu. Pihak polis tak ada beritahu apa-apa ke bang?”

“Tak ada, tetapi Inspektor Zamri ada berpesan pada abang untuk bawa Lea ke balai polis hari ini. Nak buat report and mereka nak jalankan soal siasat pasal kes culik tu. Lea okay tak? Boleh pergi ke balai polis?” Zarif bertanya sambil telapak tangan kirinya melekap di dahi Lea. Sejuk tidak panas seperti semalam.

Lea memegang tangan kiri Zarif dan ditarik turun ke bawah. “Lea okay. Tapi, lepas pergi balai polis and settle kan semuanya dengan pihak polis, Lea nak balik KL. Lea tak nak duduk kat sini lagi. Lea takut.”
“Okay, abang faham. Kita selesaikan report, lepastu kita balik KL. Lea tahu kan yang abah dan mama ada kat sini jugak? Dorang risaukan Lea. Abang berasa bersalah sangat, sebab terpaksa susahkan abah, mama dengan abang Najmi. Hmmm..”

“Takpelah bang. Lea yakin mama dan abah tak ambil hati pun. Abang Naj lagilah. Dia pasti risaukan adik dia yang manja ni.” Lea menjawab sambil ketawa. Dia cuba untuk membuang perasaan bersalah dalam diri Zarif. Sedari tadi, Zarif asyik memohon maaf dari Lea.

“Mengada betullah my little girl ni. Lea faham kan kenapa abang tak benarkan Lea melancong seorang diri. Abang takut perkara macam ni berlaku. Lea tanggungjawab abang. Kalau jadi apa-apa dengan Lea, abang akan merasa bersalah seumur hidup abang.”
“Lea minta maaf. Lain kali Lea tak buat macam tu lagi bang. Lea minta maaf sangat-sangat.” Lea mencapai kedua-dua belah tangan suaminya, lalu dikucup lembut.
------
Usai menyelesaikan segala perkara di balai polis, Lea Fatehah dan Zarif Haikal berkemas di bilik resort untuk pulang ke KL. Tiba-tiba pintu bilik resort mereka diketuk. Lea tersenyum mendengar ketukan itu. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah pintu dan membukanya.

“Mama!” Segera tubuh Puan Mazni dipeluk oleh Lea. Dua beranak itu berpelukan. Air mata Puan Mazni mengalir di pipi. Dia risaukan puteri bongsunya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih menjaga dan melindungi keluarganya.

“Lea dah okay?” Puan Mazni bertanya setelah pelukan mereka dirungkai oleh Lea. Puan Mazni membelek luka kecil dan lebam di muka Lea Fatehah. Sekali lagi air matanya jatuh di pipi. Dia cuba untuk menahan sebak di dada, namun gagal. Dia terlalu risau dan sebak melihat keadaan diri Lea Fatehah.

“Ma, janganlah nangis macam ni. Lea okay. I’m okay ma. Lea dah sihat, cuma luka-luka ni jelah yang belum baik. Tapi Lea okay. Alah, tak seronoklah tengok mama nangis macam ni.” Lea mengelap air mata di pipi mamanya. Zarif di dalam bilik hanya memasang telinga mendengar perbualan antara ibu dan anak itu.

“Lea suka buat mama risau kan? Dari dalam jagaan mama sehinggalah dah jadi isteri orang sekarang ni.” Puan Mazni menarik Lea ke dalam pelukannya sekali lagi. Lea memeluk erat Puan Mazni, dia mengusap lembut belakang Puan Mazni. Sudah lama dirasakan dia tidak bermanja dengan mamanya.

“Ma, jangalah cakap macam tu. Nampak sangat macam Lea ni selalu menyusahkan mama dan abah kan?” Lea berseloroh dengan mamanya. Pelukan mereka dirungkaikan sekali lagi. Lea menarik Puan Mazni ke dalam bilik resortnya.

“Ma, duduklah. Kami tengah berkemas ni.” Zarif mempelawa ibu mentuanya.

“Nak balik petang ni juga ke?” Tanya Puan Mazni kepada anak dan menantunya.

“Ha’a ma. Jom kita balik sama-sama. Lea dah tak nak tinggal kat sini.” Lea menjawab sambil mengambil tempat di sebelah mamanya.

“Lea dengan Zarif balik dulu. Mama ingat nak tinggal kat sini sehari lagi. Nak honeymoon dengan abah.” Lea melirik ke arah mamanya dengan senyuman. Begitu juga Zarif.


“Ingat orang-orang muda je tahu nak honeymoon. Mama pun boleh apa?” Jawab Puan Mazni sambil merangkul Lea kemas.

No comments: