Saturday 6 September 2014

Random post

Assalamualaikum ;)

Rasa macam nak gigit2 je keyboard ni sebab banyak sangat nak menaip. takut lupa. so, typing pun kena laju sapp! sapp! sapp! lah, hahaha. over sangat kau mak jemah. hahahahaha.
idea yang ada sekarang ni umpama coklat yang turun mencurah-curah ke ladang gandum. miehehehehe. 

Pertama sekali, kepada follower "dia isteriku" so sorry sangat, sebab dah tak boleh nak publish untuk sementara waktu memandangkan ada sedikit masalah teknikal. harap menunggu dengan penuh to'at dan sabar ye. miehehehehe. (macamlah ada follower yang ikot cerita kau kan jemah?) ;) pada yang menjadi pengikut setia, terima kasih banyak2 kesayangan. tanpa anda semua, siapalah saya. hihihi.

So, nak cerita apa eh? hmmmm. takde apa2 yang istimewa kot untuk diceritakan. perkembangan hidup pun seakan-akan tak berapa nak berkembang sangat. kejap kembang, kejap kuncup! aduhhh. terbantut gituh ! miehehehe. but, alhamdulillah. ada progress yang boleh dibanggakan sikitlah sepanjang tempoh tiga bulan bergelar penganggur terhormat nih. hehehehe.  

3 bulan bergelut dengan perasaan sendiri. yelahh, menganggur kan? ongkos kena catu. nak shopping pun susah. adeihhh. hanya mampu window shopping saja. kahkakahkah. malu ngat aih. tapi, betullah orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. pejam celik pejam celik, berhujan berpanas, bertaufan segala bagai penghujungnya mentari yang disertai dengan pelangi muncul jua. alhamdulillah. walaupun hanya "kerja sementara", at least adalah jugak sumber pendapatannya. hihihihi.

dan alhamdulillah juga, akhirnya posto sudah sampeii. dari USM gitu lorh. katanya, gue boleh berijazah hujung taun nanti. waahh! asik asik asik. syukur alhamdulillah. hihihihi. usaha selama 4 tahun sebelum ini sudah menampakkan hasil. status : Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian). Alhamdulillah. Hadiah untuk family. ;))

Hmmm, nak cerita apa lagi tak tau? hmmmm hmmmm hmmm. haaa! sebelum terlupa. Tahniah untuk kengkawan yang sudah dan akan melangsungkan perkahwinan. semoga bahtera perkahwinan yang dibina di atas dasar cinta itu bahagia hingga ke akhir hayat. ;) Congratesss lalink. Turn aku? adeihhh. susahnya nak jawab. xpelah. slow2. jange blorak. bui kokre dulu. ngeeeee. 

Btw, niat aku bukan nak menulis panjang pun. hanya singgah sebentar saja di diari maya ini. itupun guna PC at CC. wahahahahaha. sedih giler hidup. 

Okaylah. sehingga bertemu nanti. Assalamualaikum. 

Wednesday 9 July 2014

Pray4Gaza

assalamualaikum beauty and handsome sekalian.

macam mana puasa anda? ok tak? hari ni dah masuk hari ke-11. Alhamdulillah. 


and pagi tadi fans Germany boleh tidur lena. yelah, sebab dah menang besar ke atas Brasil kan? 7-1. wow. aku lah salah seorang fans Germany tu. huhuhu. Tak sangka, Germany boleh jaringkan gol dalam kuantiti yang banyak macam tu. Walaupun kita semua tahu, tak ramai pun yang pilih Germany boleh layak, tapi buktinya.. Germany boleh! Salam 7-1 untuk fans Brasil. muehehehe. *panah line sikek.

and, Miroslav Klose is my kesayanganlah. walaupun sudah veteran, (muehehehehe) namun dapat pangkat baru hari ni.. iaitu Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepanjang Zaman. ;) I heart you lah Klose. 



okay, post kali ini bukan nak bercerita perihal WorldCup, tetapi tentang saudara Islam kita di bumi Palestin. Ma shaa Allah ! Allah menguji mereka sekali lagi. Awal pagi tadi, sewaktu umat Islam sedang menikmati sahur, saudara kita di sana diserang oleh Israel laknatullah. Allahu akbar, Allah maha Besar. boleh rujuk di sini untuk bacaan lanjut. maklumat dari bharian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seranganwaktusahur/Article/index_html


semoga saudara kita di sana terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk berhadapan dengan kekejaman kuasa zionis itu. Oleh itu, di bulan mulia dan baik ini, aku ingin menyeru kepada semua muslimin dan muslimat sekalian, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara kita di sana. pinjamkan sedikit ruang yang ada di dalam doa anda untuk mereka. doakan kesejahteraan mereka. please. please. please. 






kuatkan anak-anak Palestin ini ya Allah. kuatkan mereka. Syurga pasti menanti mereka. T____T 

BAB 21 : DIA ISTERIKU

Zarif membatalkan hasrat untuk bermalam di Pulau Pangkor. Dia sempat menaiki feri terakhir dari Pulau Pangkor ke Lumut. Dia risaukan Lea di rumah. Malam itu juga dia memandu pulang ke rumah.
Pukul 3 pagi Zarif tiba di depan rumah mentuanya. Dia segera mencapai telefon bimbitnya dalam kocek jeans dan terus mendail nombor Lea Fatehah.

“Hmmmm…” terdengar suara mamai Lea di hujung talian. Zarif tergelak kecil.

“Sayang, buka pintu. Abang ada depan rumah sayang ni.”

What?” Lea yang masih mamai segera bangun dan menyelak langsir biliknya. Betul. Zarif berada di depan rumahnya. Ya Allah, apa kenalah dengan laki aku ni? Bukan tadi dia kata nak bermalam kat Pulau Pangkor ke?

“Haa… kejap. Lea.. Lea turun sekarang.” Lea segera mencampakkan telefon atas katil dan terkocoh-kocoh lari keluar dari bilik. Rambutnya yang kusut masai itu diikat tinggi dengan getah rambut.

“Apa abang buat kat sini?” Lea menyalami Zarif. Dia menguap tahan ngantuk. Zarif cepat-cepat menutup mulut Lea. Menyedari tangan Zarif di mulutnya, Lea menolak lembut.

“Abang tak jadi bermalam kat sana. Sorry, kacau Lea tidur.”

“Hmmm, jomlah masuk. Kalau mama dengan abah tahu ni, mesti dia ingat ada orang nak pecah masuk rumah dorang. Pagi-pagi macam ni datang rumah.”

“Alah, kalau orang nak mencuri, tak ada maknanya dia telefon dulu. Redah macam tu ja.” Zarif menjawab balik.

Loyar buruk pula dia.” Lea sempat lagi membalas balik. Kaki mereka dihayun ke bilik Lea.

“Abang nak mandi dulu ke? Lea ambilkan tuala dan baju.” Zarif mengangguk mendengar pertanyaan Lea. Pantas Lea menghalakan kakinya ke arah almari dan mengeluarkan sehelai tuala beserta sehelai t-shirt pagoda dan sarung pelikat. Itu sahaja yang ada. Pakai jelah Encik Zarif oi. Siapa suruh buat lawatan mengejut?

Sementara menunggu Zarif mandi, Lea baring semula di atas katil. Jam kecil di meja sebelah katil ditenung, "ahhh pukul 4 pagi. Nekad betul dia ni nak balik ke sini. Memang tak boleh dijangka perangai si Zarif".

Selesai mandi, Zarif mendapati Lea sudah kembali nyenyak. Pantang jumpa bantal betul si Lea ni. Zarif memanjat perlahan ke atas katil dan membaringkan tubuhnya di sebelah Lea. Kedudukan mereka hanya dipisahkan oleh bantal peluk ditengah-tengah sahaja. Dia meneliti wajah isterinya di sebelah. Ubun-ubun Lea dicium lembut. Abang sayang Lea. Tolong abang untuk hapuskan perasaan sayang pada Alia Najihah. Tolong ya sayang. Zarif berkata-kata dalam hati. Wajah polos Lea dipandang lagi. Mata Zarif lama kelamaan layu dan akhirnya tertutup.

----
“Lea!” Terdengar suara Puan Mazni dari luar. Pintu bilik diketuk.

“Lea! Bangun sayang. Waktu subuh dah nak habis ni.” Puan Mazni mengetuk pintu bilik lagi. Dia tahu benar dengan perangai puteri bongsunya yang liat untuk bangun tidur.

“Ye maa..” Lea melaung dari dalam bilik. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia melihat Zarif masih nyenyak di sebelah. Letih benar suaminya. Lea bingkas bangun perlahan. Jam kecil di sebelah dikerling. 6.30 pagi.

Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai berpakaian lengkap, Lea keluar ke bilik. Dia melihat Zarif masih lagi nyenyak. Biar betul mamat ni? Lea bergerak ke sisi Zarif dan melabuhkan punggungnya di sisi. Dia melihat Zarif menghela nafas lambat-lambat.

Kenapa awak terlampau baik melayan saya? Apa alasan yang boleh saya berikan nanti untuk melepaskan awak? Zarif, you make me crazy.

“Bang..” Lea menggongcang lembut lengan suaminya. Panas. Demam ke? Tangannya cepat meraba dahi dan leher suaminya. Ya Allah. Panas sangat ni. Zarif demam.

“Bang….” Sekali lagi Lea menggoncang lembut lengan suaminya. Lambat-lambat Zarif membuka mata.

“Hmmmm…”

“Bangun bang. Solat dulu.”

“Kepala abang sakit sangat ni.” Zarif memicit-micit kepalanya kuat. Lea menolak tangan Zarif di kepala dan digantikan dengan tangannya memicit kepala Zarif. Zarif menutup matanya lagi.

“Awak tak sihat ni. Demam.” Lea memberitahu. “Awak bangun mandi, solat subuh dulu. Lepastu sambung tidur balik. Okay?” Lea berkata lagi. Tangannya masih memicit kepala Zarif. Zarif yang merasa enak diperlakukan sebegitu membiarkan sahaja.

“Abang…” Lea memanggil lagi apabila dilihat Zarif kembali menutup matanya. Mendengar panggilan Lea, Zarif membuka matanya kembali.

“Jom.. Lea pimpin ke bilik air.” Lea menarik lengan Zarif supaya mengikutnya berdiri. Selimut tebal yang menyelimuti tubuh Zarif dirungkai. Lambat-lambat kaki Zarif berdiri dan mengikut Lea ke bilik air.

“Abang mandi dulu. Nanti ada apa-apa bagitahu Lea. Okay?” Zarif mengangguk sahaja mendengar arahan Lea.

Sementara menunggu Zarif mandi. Lea keluar dari bilik dan menuju ke bilik abangnya, Najmi.

“Abang. Abang kat dalam ke? Boleh Lea masuk?” Lea mengetuk pintu bilik abangnya.

“Kenapa Lea?” Puan Mazni yang kebetulan sedang memanjat tangga untuk ke tingkat atas menegur Lea.

“Abang ada dalam bilik tak ma? Lea nak pinjam baju dia. Zarif ada kat sini. Awal pagi tadi dia sampai.”

“Zarif ada kat sini? Patutlah mama tengok ada kereta dia kat luar tu. Hmmm, abang keluar jogging. Lea masuk jelah.” Puan Mazni memberitahu lalu meninggalkan Lea. Lea melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Kaki dihalakan ke arah almari. Sehelai t-shirt tanpa kolar dan seluar Bermuda di capai. Kemudian, dia melangkah keluar semula ke biliknya.

“Abang dah siap mandi?” Lea bertanya setelah melihat Zarif duduk di birai katil. “Dah solat?” Lea bertanya lagi tanpa menunggu jawapan dari Zarif. Dilihat Zarif masih memakai baju semalam bersama kain pelikat.

“Dah. Lea dah solat?” Zarif tanya berbasi. Matanya yang seakan mahu tertutup itu ditahan.

“Lea cuti. Nah, ambil baju ni. Lea pinjam baju abang Naj.” Lea menghulurkan baju dan seluar kepada Zarif. Zarif menyambut malas. Dia segera menyarungkan seluar dan menanggalkan baju pagoda yang dipakai serta menyarungkan t-shirt tanpa kolar ke tubuhnya. Sepantas kilat.

“Abang okay tak ni?” Lea bertanya lagi.

Zarif menggelengkan kepala. Lea tahu, Zarif tak okay. Melihatkan keadaannya yang lesu dan matanya yang sedikit merah itu.

“Abang baringlah. Kejap lagi Lea bawa naik bubur.” Lea menepuk-nepuk bantal dan menyuruh Zarif berbaring di situ. Setelah menyelimutkan Zarif hingga ke paras dada, Lea berkira-kira menghalakan kakinya keluar dari bilik.

“Lea…” Zarif menarik tangan Lea perlahan dan membuatkan langkah Lea terhenti.

“Hmmm.. kenapa?” Tanya Lea setelah mengadap Zarif.

“Picit kepala abang, boleh tak?” Pinta Zarif. Lea tersenyum kecil. Gampang saja permintaan itu. Tanpa menunggu lama, dia melabuhkan duduknya di sisi Zarif. Dan jari jemarinya memicit kepala Zarif lembut.

Thanks, sayang.” Zarif berkata lagi dengan mata yang sudah tertutup. Lea hanya mengangguk.
Setelah Zarif terlena dan kedengaran dengkuran halus, Lea bangun dan turun ke bawah.

“Kereta Zarif kan kat luar tu?” Najmi bertanyakan kepada Lea.

“Ha’a bang. Dia datang sini awal pagi tadi.  Balik dari Pangkor, terus ke sini.” Lea menjawab sambil membantu mamanya menyusun pinggan di meja makan.

“Mana dia?” Najmi bertanya lagi.

“Ada kat atas. Demam. Panas sangat tubuh dia. Nak buat apa ya ma?” Lea menjawab soalan Najmi dan sempat juga bertanya kepada mamanya.

“Bawa jelah dia pergi klinik.” Puan Mazni memberikan cadangan. Dia yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam pinggang memandang Lea yang sedang menuang teh panas dalam cawan.
“Risau sangat suami dia tu ma..” Najmi menyampuk. Dia tersengih memandang Lea dan Puan Mazni.

“Apa abang ni. Zarif kan suami Lea. Masa Lea sakit hari tu dia jagakan, sekarang ni Lea lah pulak yang kena jaga dia.” Lea membalas. Dia tidak mahu kalah dengan Najmi Imran.

“Hmmm yelah tuan puteri.” Najmi menjawab dan mengusap lembut kepala adiknya.
“Yang abang tu, bila nak kahwin?” Tanya Lea pada abangnya. Dia tahu, Najmi masih mengharapkan kak Sofea.

“Lea tolonglah kenalkan kawan Lea dengan abang. Boleh?” Najmi tergelak dengan kata-katanya sendiri.

“Entahlah Lea. Puas dah mama kenalkan dengan anak kawan mama, tapi abang kamu ni buat derk je. Sakit hati mama. Biarlah dia cari sendiri. Taste meninggi.” Puan Mazni menyampuk.

“Sampai masanya nanti Naj kahwin jugak ma. Biarlah Naj stabil dulu.” Najwi menjawab slumber. Bukan Puan Mazni tidak kenal dengan anak terunanya itu.

“Nak stabil apa lagi. Duit tu tak tahu nak salurkan ke mana dah. Kahwinlah cepat-cepat Naj. Mama dengan abah teringin nak timang cucu.” Puan Mazni menjawab lagi.

“Ish, ma ni minta dengan orang yang salah. Mintalah dengan Lea. Naj kan tak kahwin lagi. Bukan tak nak, tapi In shaa Allah, lepas ni.” Najmi menyambung.

“Apa pulak Lea. Lea takde kena mengena dalam hal ni okay?” Lea mencebik. Dia menelan liur lambat. Anak? Anak kepada Zarif? Oh tidakk! Aku tak boleh nak bayangkan.

“Anak Lea pun mama nak timang, anak Naj pun mama nak timang. Okay. Fullstop. Asyik nak gaduh je dua orang ni. Pantang jumpa.” Puan Mazni cepat-cepat menyampuk. Dia arif dengan perangai putera dan puterinya. Pantang berjumpa. Ada sahaja hal yang tak kena.

“Abang nilah. Cakap orang. Dia yang tak nak kahwin. Lea muda lagilah bang.”

“Alah, muda pun dah jadi isteri orang. Lea tak teringin ke nak ada anak? Meriah sikit rumah ni nanti. Kan mama?” Najmi menambah lagi.

“Dah. Malaslah Lea nak cakap dengan abang. Lea nak naik atas.” Lea menghalakan kakinya ke tingkat atas. Tidak sanggup lagi untuk berbicara perihal anak. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Luarannya nampak bahagia, namun aku tahu Zarif terseksa. Sudah 5 bulan aku biarkannya tanpa menjalankan tanggungjawab isteri yang sebenar-benarnya.

“Ma… Lea dengan Zarif ada masalah ke?” Najmi bertanya kepada Puan Mazni setelah Lea hilang dari pandangan mereka.
“Ish, kenapa pulak tanya macam tu? Mama tengok okay ja.”
“Takdelah. Lea macam nak mengelak je bila kita cakap soal anak.”

“Entahlah. Mama tengok dorang okay ja. Tiap-tiap hujung bulan balik ke sini. Zarif layan Lea pun okay. Lea layan Zarif pun okay. Mama tengok okay ja.”

“Maa, itu luarannya. Dalaman? Ma faham kan apa yang Naj maksudkan?” Najmi menyambung lagi.
“Mereka merancanglah tu. Lagipun Lea masih belajar lagi kan?” Puan Mazni cepat-cepat membuang syak wasangkanya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Najmi. Dan mungkin juga tidak benar.
Maybe...” Najmi menjungkitkan bahunya. Lea, apapun yang berlaku antara Lea dengan Zarif, abang doakan Lea bahagia di samping Zarif. Abang tahu Zarif mampu jaga Lea.


Monday 7 July 2014

Tutorial Memakai Shawl *wink

Lately aku suka  sangat search tutorial memakai shawl. hihihi. nak ubah pesyen sikit. sebelum ni, aku asyik redah tudung bawal ja.. iron, pin bawah dagu, pin kiri dan kanan at bahu, siapp. so simple. 

so, rasa macam nak ubah gaya lah sikit. nak pakai tudung express, tapi rasa macam xsesuai gila dengan muka aku. so, aku cari alternatif lain. nak try shawl pulak. huhu. sekarang ni, at pasaran macam2 jenis shawl yang dijual. kat instashop, berlambak yang jual shawl. semua cantek2. hihihi. so, siapa yang tak teringin kan? 

so, di sini aku nak kongsikan tips/cara/tutorial nak pakai shawl. actually, bukan aku yang buat, tapi aku "kidnap" dari blog blogger lain jugak. huhuhu. mohon pinjam ye blogger2 sekalian. sharing is caring. ;)



yang ini tutorial dari Irine Nadia Marcello ;) Cantek kan? yang ni sesuai untuk wide shawl. simple, and cantek !





dan yang ini pulak aku "cilok" dari blog si adik manis ni, Mek Cah. Thanks Mek Cah. ;) 


And, selamat mencuba. kikiki. 



* dalam picture ni, first time aku pakai shawl. actually tu tudung bawal, tapi aku gayakan macam shawl. huhu. 

Sunday 6 July 2014

Resepi Biskut Raya

Assalamualaikum 

pejam celik pejam celik, kita sudah melewati seminggu bulan puasa. cepatnya masa berlalu, kan? so, macam mana dengan Ramadhan kali ini? lebih baik? atau macam mana?

untuk aku, Ramadhan kali ini seperti biasa. cuma bezanya Ramadhan kali ini, aku "jobless". adeih. -,- sedih laaa. susah jugak rupanya nak apply part time job kat Kelantan ni. ;( Sabar jelah. aku sudah usaha sehabis mungkin, namun rezeki belum lagi menyebelahi aku. SABAR. SABAR itu kan indah?

sementara mempunyai masa yang terluang ini, aku gunakan sebaik mungkinlah. try google, seacrh sesikit perihal biskut raya. niatnya nak buat sendiri. hahaha. xtahu lah larat ke x? raya yang lepas, aku berganding bahu bersama-sama kakak untuk menyiapkan biskut raya. okeyh lah kan, kerja yang rumit dan renyoh itu dikongsi 2 orang.. jadi mudah dan senang. haaa, amik kau. tahun ni aku sengsorang. gulp ! confirm satu hari boleh siapkan 1 jenis biskut je nih. hehehe. 

tadi, try google beberapa jenis resepi biskut raya.. macam best ja. hihihi. tahun ni nak buat kelainan lah sikit. nak buat yg simple tapi sedappp !. bhahahaha. 

ini, aku kongsikan satu link. nanti usha eh. banyak juga resepi2 biskut, kek dan sebagainya kat situ. http://resepibiskut.blogspot.com/ 

selamat mencuba! dan selamat maju jaya untuk diri sendiri. mihmihmih. :P


p/s sedikit selingan untuk bersama. ;)
Salam Ramadhan Kareem.

Saturday 5 July 2014

Tiada bahu untuk bersandar?

Assalamualaikum 

laptop dah selamat. alhamdulillah.. baru je bawak keluar dari workshop. muehehe. rindu tahap nambelasjuta kot.. rindu nak menaip kat sini, rindu nak update kat sini.. semua RINDU, GHINDU, WINDU.. ;)

Alhamdulillah, syukur pada Allah.. hits pun dah cecah 23k. Whow expect kan? Alhamdulillah. 

Actually, hari ini nak up random post saja. Apa yang terlintas di benak dan fikiran ini akan cepat-cepat aku coretkan. kikiki. Sebelum tu, selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah azza wajalla untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke-3. Alhamdulillah. 

Jom, kita jalankan sesi muhasabah diri. renung, tenung lama-lama.. jangan cerita kat sapa2 pun.. hanya kita dan Allah sahaja. Bagaimana dengan amalan kita di bulan Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari Ramadhan yang lepas? atau bagaimana? selain menunaikan perkara-perkara yang wajib, apa pula perkara-perkara sunat yang kita lakukan? bagaimana pula dengan hati, lidah, mata dan pendengaran kita? adakah turut sama berpuasa, atau yang puasa itu hanyalah perut semata-mata. Kita boleh menilai, kita boleh tilik semua itu.

Kalau ada yang terkurang, masih belum terlambat untuk kita top-up balik. Lagikan handphone boleh top-up every weeks. takkanlah amalan kita xnak top-up kan? ;) Confirm, ada suara-suara sumbang yang mengata at belakang, "alah, sembang ! mengalahkan ustazah!" takk ! takde niat langsung.. sebab aku tahu diri aku bagaimana dan gimana. aku tahu semua itu. siapa tak nak berubah menjadi lebih baik kan? aku nak. jadi, in shaa Allah sempena bulan baik lagi mulia ini, aku jadikan ia sebagai turning point untuk aku top-up segala kekuranganku selama ini. 

Lagi sekali aku mahu memertik kata-kata Dr. Anwar Fazal ;

"if you knew how powerful the Sujood is, you would never lift your head off of the ground- Unik, cantik dan istimewanya sujud bagiku ialah pada bila kita berbisik ke bawah bumi dan tanah tetapi ia sampai kepada Allah, tembus lepas langit tujuh ke Jannah. Sujudlah dengan penuh rasa kehambaan, dengan penuh pengharapan kerana sujud ialah waktu yang paling dekat dengan Tuhan. Tiada bahu untuk di sandar? tak mengapa sentiasa ada lantai untuk bersujud, Waktu sujud, menangislah. Paksa jika tidak mampu. Ratap sayu hamba pada waktu itu adalah yang paling didengari." ;)

Selamat berpuasa. 





Monday 30 June 2014

Makanan Rohani

assalamualaikum. 
subhana Allah, rindunya kat diari maya ni. berhabuk ! lama gila tak menulis kat sini. hmmm :(

sebelum tu, tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq.
semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. 

Hmm, xde niat nak tulis panjang-panjang, saja singgah kat sini..ini pun update dari CC.. Sedih nau.. laptop masuk bengkel.. :(

Hidup kita ni takkan pernah sunyi dengan ujian kan? Kalau saat ini kita merasakan hidup kita cukup sempurna, namun belum tentu sesaat akan datang "sempurna" itu masih kekal. Kuasa Allah itu hebat. Kita takkan mampu untuk menduganya. hmmmm. 

Lately, aku sangat adore dengan hasil tulisan Dr. Anwar Fazal. sangat-sangat adore him. Syukur, di saat aku merasakan sangat kehilangan, sedih ya amat... aku punya kesempatan untuk menyembuhkan jiwa dan emosi aku ini dengan hasil tangan beliau. 

Antara kata-kata beliau yang aku pungut dari instagramnya ialah ;

" and Allah said : I am with the one whose hearts are torn." Hadith Qudsi

"terluka dan sakitnya luar biasa? rasa seperti disia-siakan dan tak dihargai? aku tahu, tetapi tiada siapa yang lebih tahu dari yang Maha Tahu. Kongsi pada-Nya dan mengadu. 
Manusia akan terus menyakiti dan menjauhkan diri tetapi Allah akan terus menyembuhkan hati dan sentiasa di sisi. Lantas, tunggu apa lagi, malam ini di penghujung sepertiga malam, usahakan untuk bangun dan berkongsi. Percayalah, ia akan menjadi perkongsian yang paling berkesan di hati dan esoknya Inshaa Allah kamu akan jadi 'orang baru' yang bermotivasi."


Its a simple phrase, tapi serious melekat di jiwa. Alhamdulillah, I'm much better. ;)


Thursday 29 May 2014

Langkawi : Day-III

Assalamualaikum 

Menyambung entry mengenai trip ke Langkawi. 

Third days.

seawal pagi kami bangun and menunaikan solat Subhuh. then, pack all the stuff. Kami akan bergerak ke cable car. Nasihat saya untuk anyone yang nak travel, first kena planning baik punya. kalau plan A xjadi, please back-up dengan plan B or C. Senang ! nanti takdelah korang terkontang - kanting xtahu nak pergi mana. and the second one is, keluar awal. dah tau nak pergi travel, so kurang masa tidur tu benda biasa. kalau dah nak lebihkan tidur, baik duk rumah je. mihmihmihmih.


around 8.45 AM kami bertolak dari roomstay. semua barang dah clear. plan kami, kami angkut semua barang, masukkan dalam kereta and settlekan bil2 roomstay dengan resit semua.. habis je round island kami terus ke jeti. itu adalah plan kami. senang ! save masa. hohohoho >_< ❤ actually untuk last day kami at Langkawi hanyalah untuk half day saja. kami akan menaiki feri di jeti around 1PM and akan naiki bas di jeti Kuala Perlis around 3PM untuk ke Butterworth. So, kena rushing ar sikit. hihihihi. 


So, take about 1 hour untuk ke cable car dari roomstay kami. itu plus dengan sesat and pusing area sama. hohohoho. so, take our trip as one of your guide okay. dah tahu nak sesat, so masa tu kena adjust betol-betol. in our case, takdelah boleh dikategorikan sebagai lewat.. sebab untuk last day tu kami hanya mahu ke cable car sahaja. huhuhuhu.


so, around 10 AM, kami tiba di cable car melalui gate A. Actually kat sana ada dua gate iaitu Gate A and Gate B. Apa beza antara dua2 Gate ni pun aku tak tahu. main redah ja. muehehehe. so, tiba kat sana terus kami beli tiket.. around RM12-15 macam tu. tak ingat dah. hehehehe. 


Langkawi Sky Cab 

That picture di ambil sebelum kami menaiki cable car. Nasib sangat menyebelahi kami. Alhamdulillah. Setibanya kami di sana, tak ramai orang pun. So, tak payah nak kena beratur lama-lama waktu nak beli tiket.. or kena beratur lama-lama waktu tunggu turn nak naik cable car. bila dah dapat tiket, about 5-8 minutes macam tu, kami dah boleh naik cable car. See, the benefitnya bila kami keluar awal. hohohoho . Alhamdulillah. 


Actually, itu adalah first pengalaman aku naik cable car. Sebelum ni dengar cerita orang je mengenai pengalaman mereka. And abah aku pun pernah naik sekali waktu mengikuti lawatan kerja pejabat dia sewaktu masa dahulu. Menurut abah : memang naik cable car tuh test jantung tahap terok ah. Abah rela nak turun bawah dengan jalan kaki. muehehehe. Sewaktu aku dengar abah bercerita, aku gelakkan abah aku. wuhuuu. kejam molek. Actually, pengalaman yang abah aku lalui tu pun sama macam aku. test jantung woih. serius. bayangkanlah, naik cable car dengan hanya bergantung harap pada tali yang sebesar lengan tu ja. Ma shaa Allah. rasa macam mempertaruhkan nyawa tau dok?!


Senyum but see tangan aku dengan tangan cikhuda ! like a couple. wahaha. kerabak kemain.. 

Nice scene 

See. relex ja wife-to-be ni. hehehe 




Sewaktu naik dalam perjalanan untuk ke puncak tu, macam-macam ayat ah yang dibaca. takut. serious takut. rasa macam yang tu first and last kot saya naik cable car. muehehehe. 


At cable car ni, dia ada 2 hentian. Hentian pertama tu kami dah turun pun.. kami nak ke puncak. lagipun waktu tu, hentian pertama tu ngah wat renovation.. 




and ingat nak pergi jambatan yang famous tuh. kalau tak silap aku dalam salah satu movie Bollywood, lakonan SRK kot, shoot kat situ. ghupa-ghupanya tengah renovate jugak. so, masa untuk bergambar jelah. muehehehe. abadikan kenangan. senang nak cerita at anak cucu nanti. wahahahaha. 



lebih kurang 1 jam kami kat atas tu. snap sana.. snap sini. then kami pun decided nak turun. perot pun dah lapar. tak sempat nak breakfast tadi. kemain aku teringin nak makan nasik lemak.  huhuhuhu. 


so, turun dari cable car perasaan dia lain sikit. tak takut macam nak naik tu. huhuhu. about 15 minutes macam tu, kami ke warung. warung ja yang mampu. nak breakfast. lapiaqqq gila.. hehehehe. after breakfast segala bagai.. tengok jam masa ada waktu lagi. so, kami ke pantai kejap. kebetulan cuaca pun redup. so xdelah sakitkan mata sangat. huhuhuhu. 


Hidup ini umpama pantai. Kekadang dilanda ombak.. samalah macam kehidupan kita. onak dan duri senantiasa bertandang. so, keep smile and face it. 

After that, kami ke kilang gamat sekali lagi sebab Cikda ada pesanan baru dari kampung. actually kilang gamat tu tengah jalan untuk kami ke jeti saja. tak  payah u-turn or whatever. so, memang tak memakan banyak masa lah untuk berhenti at kilang tu sekali lagi. 

Hah nin dia. mercu tanda kilang gamat tuh. botol minyak gamat yang tersangat besar dan gedabak. muehehehe

After selesai semua dekat kilang gamat tuh, waktu pun ngam-ngam 12.30 tengah hari... so, tibalah masa untuk kami berangkat pulang. Selama 3 hari 2 malam at Langkawi, macam-macam pengalaman yang dapat kami kutip and saya percaya, pengalaman tu akan kekal dalam ingatan kami sampai bila-bila. Thanks sayang untuk memori terindah ini. walaupun dicemari dengan 'insiden' itu namun, saya yakin ia takkan melumpuhkan kasih sayang antara kita semua. Thank you, thank you, thank you so much ! 

Taraaa . After solat Zohor.. kami at bus station Kuala Perlis. get ready nak balik Butterworth. 
p/s Hopefully, lepas ni MUNCOI akan ada masa untuk gathering sama-sama lagi.. even, dua daripada MUNCOI akan tamatkan zaman bujang tak lama lagi.. but Cikra masih lagi berharap agar kita semua boleh macam dulu. And I know, jarak yang memisahkan kita sekarang ni.. tapi cikra percaya, if kita plan elok-elok, kita boleh gather sama-sama lagi kan?

p/s (i) Dear Cikwin : Tahniah Cikwin untuk pertunangan cikwin pertengahan Jun nanti. I'm happy for you. sangat-sangat happy. And I'm so sorry sebab tak boleh ke sana waktu hari bahagia cikwin.. cikra kat sini terikat dengan komitmen lain. And in shaa Allah, kenduri Cikwin bulan 12 nanti cikra p ya. Congratess Cikwin. 


p/s (ii) Dear Fiqah : Congrates untuk ko jugak. Bulan 9 nanti ko akan jadi isteri orang dah.  13 Sept 2014 rite ? Tahniah. Tahniah. Tahniah. Aku tumpang gumbira.. and actually aku berkenan gila dengan cincin tunang ko. huhuhu. Btw sahabat. Tahniah. In shaa Allah, bulan 9 nanti aku ke KL okay. 


p/ (iii) Dear Cikda, Cikbib and Cikhuda : turn kita bila pulak ye? hehehe. kalau tunggu cikra memang lambat ah.. sebab calon pun xdak lagi. lagipun cikra banyak impian lagi untuk dicapai. muehehe. jangan tunggu cikra okeyh. and untuk anda bertiga.. cepat2lah kawen okay.. doakan cikra cepat-cepat bertemu dengan lelaki yang baik, yang boleh terima cikra seadanya. 

Thanks sayang untuk memori terindah kita selama empat tahun. And nak tau kenapa Cikra tak nanges waktu kita nak berpisah malam 13 Mei tu? sebab cikra tak rasa pun kita nak berpisah dalam jangka waktu yang lama. anggapan cikra, kita akan bercuti semestar macam biasa. and, cikra tau cikra ni susah nak luahkan rasa sayang, rasa penghargaan cikra.. but walau apa pun, MUNCOI dah sebati dalam diri cikra. thanks untuk segala-galanya. thanks untuk semua yang korang buat untuk cikra selama ni. surprise belated b-day cikra.. call cikra waktu cikra praktikum dekat kepala batas and tanya if cikra okay ke tak. thanks sangat-sangat. cikra ingat semua tu. bukan tak ingat.. and thanks untuk hadiah b-day cikra yang korang belikan. thanks sangat-sangat. cikra ingat semua tu and cikra hargai. thanks thanks.. mungkin cara cikra je yang tak kena ngan jiwa korang. maaf cikra mohon dari hati kecil.. T_T