Saturday 5 July 2014

Tiada bahu untuk bersandar?

Assalamualaikum 

laptop dah selamat. alhamdulillah.. baru je bawak keluar dari workshop. muehehe. rindu tahap nambelasjuta kot.. rindu nak menaip kat sini, rindu nak update kat sini.. semua RINDU, GHINDU, WINDU.. ;)

Alhamdulillah, syukur pada Allah.. hits pun dah cecah 23k. Whow expect kan? Alhamdulillah. 

Actually, hari ini nak up random post saja. Apa yang terlintas di benak dan fikiran ini akan cepat-cepat aku coretkan. kikiki. Sebelum tu, selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah azza wajalla untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke-3. Alhamdulillah. 

Jom, kita jalankan sesi muhasabah diri. renung, tenung lama-lama.. jangan cerita kat sapa2 pun.. hanya kita dan Allah sahaja. Bagaimana dengan amalan kita di bulan Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari Ramadhan yang lepas? atau bagaimana? selain menunaikan perkara-perkara yang wajib, apa pula perkara-perkara sunat yang kita lakukan? bagaimana pula dengan hati, lidah, mata dan pendengaran kita? adakah turut sama berpuasa, atau yang puasa itu hanyalah perut semata-mata. Kita boleh menilai, kita boleh tilik semua itu.

Kalau ada yang terkurang, masih belum terlambat untuk kita top-up balik. Lagikan handphone boleh top-up every weeks. takkanlah amalan kita xnak top-up kan? ;) Confirm, ada suara-suara sumbang yang mengata at belakang, "alah, sembang ! mengalahkan ustazah!" takk ! takde niat langsung.. sebab aku tahu diri aku bagaimana dan gimana. aku tahu semua itu. siapa tak nak berubah menjadi lebih baik kan? aku nak. jadi, in shaa Allah sempena bulan baik lagi mulia ini, aku jadikan ia sebagai turning point untuk aku top-up segala kekuranganku selama ini. 

Lagi sekali aku mahu memertik kata-kata Dr. Anwar Fazal ;

"if you knew how powerful the Sujood is, you would never lift your head off of the ground- Unik, cantik dan istimewanya sujud bagiku ialah pada bila kita berbisik ke bawah bumi dan tanah tetapi ia sampai kepada Allah, tembus lepas langit tujuh ke Jannah. Sujudlah dengan penuh rasa kehambaan, dengan penuh pengharapan kerana sujud ialah waktu yang paling dekat dengan Tuhan. Tiada bahu untuk di sandar? tak mengapa sentiasa ada lantai untuk bersujud, Waktu sujud, menangislah. Paksa jika tidak mampu. Ratap sayu hamba pada waktu itu adalah yang paling didengari." ;)

Selamat berpuasa. 





No comments: