Tuesday 26 February 2013

[ HEALTH] Joging Amalan Menyihatkan

Assalamualaikum..


Kebelakangan ini dalam kalangan kawan-kawan aku seantero USM ni duk sibuk pasai nak kuruskan badan. al-maklum sajalah, sebulan cuti duk rumah xde buat apa.. maka badan dengan bangganya dapat menyimpan begitu banyak lemak. Oleh itu, kami semua pakat duk belawan nak kuruskan badan.. Lemak yg ada ini memang tak tertanggung dah. Pakaian yang elok jadi tak elok, kena catu semuanya. pakai yg mana lega2 and loose sahaja. apa ke hal der?

#antara dialong yg dibualkan. muhung!
Mulalah kami merancang amalan pemakanan, tapi tak tahulah boleh bertahan sampai bile.. entah esok entah lusa. Seminggu ini boleh lagi makan nasi sekali sehari .. di sebabkan duit PTPTN xmasyukk lagi.. tunggulah 2/3 hari lagii.. haaa! kita tengokk sapa yg akan larang pantang..
aku mungkin. adeh! susah woo nak turunkan berat badan.
bila dah jadi macam ni.. adeh~ #mengeluh sorang diri. 

Lalu petang tadi, selepas solat asar, aku dan 3 orang kawan aku lagi pakat
duk rancang nak keluar joging kat stadium USM. 
gigih dan nekad! 
akhirnya, keluarlah kami berempat.. 

5 laps doe kami pusing stadium tu.. 
hap-hap penat! tapi itu semua kami tolak tepi, kerana sudah nekad mahu kurangkan
berat badan dan yg paling penting sihat walafiat. lemak kat lengan ni dah macam hape.. simpan 2/3 bulan lagi
dah boleh upgrade jadi muscle. kalah Jong Kook.. ~teheee~

#Korang bangga tak aku berjaya habiskan 5 laps untuk hari ini?
tolonglah berbangga untuk aku..
clap-clap sikit. haha!
publisiti murahan je aku ni.. *tampar muka sendiri.

meh la aku nak cerita macam mana aku habiskan 5 laps larian tadi..

#kalau ikutkan dari penelitian dan bukti2 yg kukuh.. 5 laps yg aku
berjaya habiskan pada petang tadi adalah dengan berjalan kaki, bukanlah berlari.
kwang3. tak larat weii.. 
200 meter berlari2 anak.. 200 meter lagi jalan kaki dengan santainya sambil bergelak ketawa
tengok orang lain berlari-lari. ngoks kan? hahaha. 
aku lettew! 
dan begitulah seterusnya sehingga tamat 5 laps..
tapii, Alhamdulillah, akhirnya jalan pertama sudah berjaya aku tempuhi.



Tapi, dia dah mula rasa.. dah mula rasa.
rasa apa? lemak2 berkurang?
takde maknanya cikra oi!!
ini haaa.. dah rasa dah lenguh2 kaki.. adeh!
1st memang macam ni.. kalau pergi joging lagi esok petang
in shaa Allah, hilanglah lenguh2 kaki ni..
winx3!

yang paling tak boleh blah sesangat, balik je dari joging terus serbu kafe tapau
kue tiaw tomyam! hah! nak kurus macam mana ni weii??
tapi, xpe.. bukannya makanan berlemak kan?
#nak jugak cari excuse.kuang asam!

Pixa 1st year : masih lagi maintain, terutamanya tang pipi

Terserlah tang pipi. selamat datang si pipi pau!
 #Moral of the story.. please, amalkan pemakanan yg sihat. selalu keluar exercise
jangan
asyik duk on9 dan mengadap benda2 yg mendatangkan lagha! 

Thanks for reading this entry. Bye3!

Multi-tasking Teachers..

Assalamualaikumm..

Baru saja sampai kat bilik..terus saja nak hupdate blog~ motip?
saje.. nak menaip tentang sesuatu topik yang agak interesting bagi aku.. 
Aku terfikirkan tentang entry kali ini semasa aku berada dalam kelas tutorial tadi..
nampak sangat kan, aku tak berikan perhatian yg sepenuhnya di dalam kelas..
boleh lagi berangan-angan nak type entry pasai apa.. "lu apa hal?"

Multi-tasking! what's that? wahh.. tetiba cakap omputeh puloks.. 
#LSP400 pun dapat cukup makan saja.. 
Maksud multi-tasking itu lebih kurang macam boleh buat segala kerjalah..
"multi-" perbagai / macam-macam /serba boleh
alahh.. hampa suma kan budak pandai.. confirm2 dah tau kan??

Multi-tasking teacher?
haaa.. macam betul saja.
kadang-kadang aku naik angin juga bila dengar cakap-cakap orang yg dengan enaknya saja
mengatakan bahawa kerja gurulah kerja yg paling senang. muhung!!
bila dengar orang cakap macam tu, tangan aku ni rasa macam nak lempang je seseorang yg berkata 
sedemikian. berani-beranian sungguh beliau..

"kerja cikgu senang.. kerja cikgu sikit.. cikgu banyak cuti.."


memang sangat menyakitkan hati mendengar kata2 sedemikian. ada bukti ke wahai saudara dan saudari??
hanya orang yg tidak tahu menilai profesion perguruan sahaja yg akan berkata sedemikian..

cubalah anda-anda-anda bayangkan..
di sekolah.. guru-guru hampa buat apa selain daripada mengajar?
cuba fikir sekarang? bukak sikit minda dan mata hampa..

semua jenis pekerjaan cikgu-cikgu anda lakukan.

Antaranya :
1- masa pertandingan bola .. cikgu jadi REFEREE
2-masa budak nak bertanding apa-apa .. cikgu jadi COACH
3-masa budak sakit .. cikgu jadi DOCTOR
4-masa budak bayar yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN
5-masa Kemahiran Hidup .. cikgu jadi TUKANG KEBUN
6-masa budak mencuri .. cikgu jadi DETEKTIF
7-masa Hari Guru .. cikgu jadi PENYANYI
8-masa parents datang ambil lambat .. cikgu jadi BABYSITTER
9-masa budak sakit kecemasan .. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
10-masa budak merentas desa .. cikgu jadi POLIS TRAFIK

dan banyak lagi kerja2 cikgu yg lain..

 

#mohon pada tuan-tuan dan puan-puan..mohon buka mata anda sebelum berkata perkara2
yang tidak diingini didengar oleh sesiapa sahaja yg bergelar guru.

#jasa dan pengorbanan seorang guru tersangatlah besar.. pekerjaan yg mulia wahai tuan-tuan dan puan-puan.
#tidak akan lahirnya seorang pemerintah jika tiada insan yg bergelar guru.. 
tidak akan lahir seorang peguam yang bijak berbicara jika tiada seorang insan
mulia yg bergelar guru..
hormati dan kenanglah jasa mereka. 

#Kepada yg memahami dan menghargai jasa seorang guru, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. sesungguhnya anda adalah seorang yang amat mengenang budi.


Peringatan! Para pelajar sekalian jangan duk ambik kesempatan pulak. cikgu multi tasking,dia pun nak multi tasking jugoks.

#Thanks for reading this entry.. ;)


 


Monday 25 February 2013

Everything will be alright..!

Assalamualaikum..


Menaip nya saya di sini adalah kerana mengalami tahap keboringan yang amat sangat.
Asaimen ada je.. tapi itulah, resmi setiap semestar seminggu sebelum tarikh submit barulah nak kalut ribut-taufan dan petir nak buat. awal2 ni rileks dulu.. hari masih muda.. #manyak cantek muka hang!
Manusia memang macam ni.. selagi ada waktu, selagi itulah mahu bersenang lenang semahunya. apa ingat masa tu tungga hang ka? xdak nya!! #letak tanda seru banyak-banyak, suh sedar diri sikit..
cuba tengok jarum saat jam dinding anda skang, duk berputar ja kerja dia.. ada dia kesah hang buat kerja ke tak? nampak kan disitu, anda lagha!.. termasuk dengan aku sekali!

Eleh, kata nak berubah bila mula semestar baru. hek! berubah lah sangat. 5 semestar lepas pun kau cakap macam tu jugak.. nak berubah, nak mula buat asaimen awal, nak study awal-awal, tak nak dah melakukan segala kerja last minute. hek! omong kosong! dasar pendusta. cakap tak serupa bikin. result nak elok, tapi usaha bernilai seposen je.. memang tak ah.. so, tolonglah berubah. 
#ayat-ayat di atas adalah sangat sesuai untuk diri saya sendiri. harap maklum!

#everything will be alright kalau kau mulakan study lebih awal cikra...please lah.. hek3.
semput aku nak pujuk diri sendiri ni. bukan main susahnya.
mengalahkan pujuk baby suh makan nestum..
alololo~

sambil-sambil tengah bersantai tahap dewa ni, macam dah memang tak ada kerja kan.. aku duk usha blog Fatin Liyana. sonok seyh..  duk baca entry dia yg lama2.. antara benda wajib yg aku bukak bila saja aku on9 adalah blog dak patin ngan yuyu.. 
#hambek kau..baca dak blogger yg pemes2 ja..
ngeh3.. 
 Thank you for reading this entry. ;)


Saturday 23 February 2013

[LIFE] E-Day vs W-Day

Assalamualaikum w.b.t
selamat malam, salam sabtu.. 

Ada topik hangat.. topik hangat.. panas-panas lagi ni.
ketepi-ketepi... 
Panas ke?? tak sangat pun.. topik lapuk dah..
nak dijadikan cerita yg sangat best...
Cuti sem ritu, kawan-kawan sekolah aku pakat duk lawan kawen
duk lawan betunang. heh! semput nafas den!!
lepas sorang .. .. sorang kawen..
Tahniah untuk mereka.
tapii, turn aku pulak bila??aiyakkk! #tepuk dahi, tanya hati..
dan ada juga dalam kawan baik aku yg akan menerima cahaya mata pertama nanti..
waahh.. dapat anak sedara lah aku nanti. Tahniah-tahniah untuk suma..
Semua itu adalah perkara yg amat menggembirakan dan membanggakan.
 #clap clap untuk mereka.


Seronok melihat kawan-kawan bahagia.. aku pun boleh tumpang bahagia
untuk mereka. Alhamdulillah..
2feb2013 kawan satu kelas time form6 kawen.. tahniah3!
aku pun pergi menempelkan muka yg xbrape nak comei ni di majlis kawen dia.
meriah woo!
jumpa balik kawan2 sekolah kat situ.. apa lagi, peluk cium lah dulu..
sonok-sonok, bukan kepalang.. dan yg paling aku suka, makanan kenduri.
mabeless! sehingga menjilat ibu jari..

7feb2013 pula merupakan hari yg bermakna bagi aku..
maksudnya? kau dah kawen ke?
hek! mak kauu.. mana ada.. itu bufday aku lar..
23 tahun sudah! adehh.. macam 15 tahun je aku ni,
yeke? chek i.c... ha'a.. betollah, dah 23 tahun rupanya..
tengs buat kengkawan yg wish bufday saya.. tengs sesangat.
terharu doe coze masih ada lagi yg ingat dan set alarm bufday saya..
hew3.. #budget org penting je kan?#
tak payah nak mengada sgt..

8feb2013.. attend majlis kawen lagii..
kali ini untuk kawan baik aku sejak dari sekolah rendah lagi.
kami satu kampung saja..
Tahniah Sue! seronok eh, aku nengok teman2 di pelamin..
amek gambar atas pelamin, posing sana, posing sini..
bagai baju pengantin yg maha cantek.
adeehh.. mohon sabarkan diri.

lepastu kan.. adalah aku dengar gurauan berbisa dari seorang makcik ni..
"Bila pulak turn Amra?"
siyes aku tak suka dengan pertanyaan sedemikian..
dengan selumber aku menjawab..
"ehh.. lambat lagii.." sambil senyum kambings.. malu seyh!

walau apa pun.. tahniah untuk mereka yg sudah bergelar isteri dan tunangan orang.
doakan untuk kawan mu ini jua..
nak jugak gitu... ;)

inilah hasil gambar retis kami pada majlis perkahwinan
salah seorang kawan baik kami..
#kami yg bajet retis# :P




Pixa pengantin .. SUE dan AMIR ;)

Friday 22 February 2013

Guru kerjaya pilihan?

Assalamualaikum..
selamat malam..
salam sayang buat semua.


Entry kali ini lebih serius..
Adakah guru kerjaya pilihan aku?
Tettt... 
soalan yg sukar untuk mencari jawapannya.

Kenapa aku sedang mengikuti pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?

Jawapannya : mohon melalui UPU dan aku diterima untuk mengikuti kursus ini.
Ahh.. begitu senang sekali jawapannya kan?

Jujur aku katakan.. pada zaman dulu kala jengking, 
"Guru" tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk dijadikan sebagai sebuah kerjaya.
#eh, betul ke penggunaan kata 'sebuah' tu? 

Zaman sekolah dulu.. dari darjah satu sehinggalah alam sekolah menengah, 
memang cikgu akan bertanya, apa cita2 kamu?
memang banyak senarai cita2 aku..
kejap nak jadi polis, kejap nak jadi bomba, kejap nak jadi pensyarah,
kejap nak jadi lawyer, kejap itu, kejap ini.. tapi dalam senarai cita2 aku itu, satu pun takde ruang untuk "guru".
Kenapa? Adakah aku memandang rendah pada kerjaya guru?
Oh.. tidak. malah aku hormat. aku respect. kerjaya yg sangat mulia.

pelikkan? tamat sahaja STPM, bila result dah kuar.. mulalah menggelabah..
aku nak mohon kursus apa ni? tanya kawan, apa pilihan pertama dan kedua kursus..
jawapan mereka course pendidikan..
tapi aku?? mingung kejap!
 pandang kanan, pandang kiri. nak mohon bidang akauntasi, jauh sekali..
matematik spm hancus.. takat B saja..
nak mohon kursus law, MUET form6 takat cukup makan saja, Band 3..
cakap omputeh pun tersekat2..banyak sangat gagapnya.

Akhir sekali, aku ikut trend kawan2. pakat mohon kursus pendidikan.
depa suma duk kalut buh pendidikan sebagai pilihan pertama dan kedua, tapi aku rileks ja.. buh satu ja.. sebagai pilihan pertama. 
nampak tak kat situ, aku tak berapa ikhlas kan? macam terpaksa..
ish-ish-ish..
tapi, alhamdulillah, rezeki aku berada di sini..
Aku akan bergelar seorang guru nanti, andai diizinkan Allah.



#Aku teringat pada pesanan abah aku..
"nanti bila dah mula mengajar, janganlah duk garang sangat dengan pelajar..
janganlah duk kata kat pelajar bengap ke..bodoh ke. kita semua kan sama..."
zuuuuppp! mendalam nasihat dan pesanan abah aku tu.
aku tersenyum sorang2 bila memikirkannya..
adakah abah aku meragui kredibiliti aku? 
hew3.. mungkin ya dan mungkin juga tidak..

walau apa pun.. "GURU" kini sudah berjaya menawan hati aku..

Terima kasih sudi membaca entry ini .. =) 
Kamsahamnida ..