Friday 22 February 2013

Guru kerjaya pilihan?

Assalamualaikum..
selamat malam..
salam sayang buat semua.


Entry kali ini lebih serius..
Adakah guru kerjaya pilihan aku?
Tettt... 
soalan yg sukar untuk mencari jawapannya.

Kenapa aku sedang mengikuti pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?

Jawapannya : mohon melalui UPU dan aku diterima untuk mengikuti kursus ini.
Ahh.. begitu senang sekali jawapannya kan?

Jujur aku katakan.. pada zaman dulu kala jengking, 
"Guru" tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk dijadikan sebagai sebuah kerjaya.
#eh, betul ke penggunaan kata 'sebuah' tu? 

Zaman sekolah dulu.. dari darjah satu sehinggalah alam sekolah menengah, 
memang cikgu akan bertanya, apa cita2 kamu?
memang banyak senarai cita2 aku..
kejap nak jadi polis, kejap nak jadi bomba, kejap nak jadi pensyarah,
kejap nak jadi lawyer, kejap itu, kejap ini.. tapi dalam senarai cita2 aku itu, satu pun takde ruang untuk "guru".
Kenapa? Adakah aku memandang rendah pada kerjaya guru?
Oh.. tidak. malah aku hormat. aku respect. kerjaya yg sangat mulia.

pelikkan? tamat sahaja STPM, bila result dah kuar.. mulalah menggelabah..
aku nak mohon kursus apa ni? tanya kawan, apa pilihan pertama dan kedua kursus..
jawapan mereka course pendidikan..
tapi aku?? mingung kejap!
 pandang kanan, pandang kiri. nak mohon bidang akauntasi, jauh sekali..
matematik spm hancus.. takat B saja..
nak mohon kursus law, MUET form6 takat cukup makan saja, Band 3..
cakap omputeh pun tersekat2..banyak sangat gagapnya.

Akhir sekali, aku ikut trend kawan2. pakat mohon kursus pendidikan.
depa suma duk kalut buh pendidikan sebagai pilihan pertama dan kedua, tapi aku rileks ja.. buh satu ja.. sebagai pilihan pertama. 
nampak tak kat situ, aku tak berapa ikhlas kan? macam terpaksa..
ish-ish-ish..
tapi, alhamdulillah, rezeki aku berada di sini..
Aku akan bergelar seorang guru nanti, andai diizinkan Allah.



#Aku teringat pada pesanan abah aku..
"nanti bila dah mula mengajar, janganlah duk garang sangat dengan pelajar..
janganlah duk kata kat pelajar bengap ke..bodoh ke. kita semua kan sama..."
zuuuuppp! mendalam nasihat dan pesanan abah aku tu.
aku tersenyum sorang2 bila memikirkannya..
adakah abah aku meragui kredibiliti aku? 
hew3.. mungkin ya dan mungkin juga tidak..

walau apa pun.. "GURU" kini sudah berjaya menawan hati aku..

Terima kasih sudi membaca entry ini .. =) 
Kamsahamnida .. 

No comments: