Tuesday 26 February 2013

Multi-tasking Teachers..

Assalamualaikumm..

Baru saja sampai kat bilik..terus saja nak hupdate blog~ motip?
saje.. nak menaip tentang sesuatu topik yang agak interesting bagi aku.. 
Aku terfikirkan tentang entry kali ini semasa aku berada dalam kelas tutorial tadi..
nampak sangat kan, aku tak berikan perhatian yg sepenuhnya di dalam kelas..
boleh lagi berangan-angan nak type entry pasai apa.. "lu apa hal?"

Multi-tasking! what's that? wahh.. tetiba cakap omputeh puloks.. 
#LSP400 pun dapat cukup makan saja.. 
Maksud multi-tasking itu lebih kurang macam boleh buat segala kerjalah..
"multi-" perbagai / macam-macam /serba boleh
alahh.. hampa suma kan budak pandai.. confirm2 dah tau kan??

Multi-tasking teacher?
haaa.. macam betul saja.
kadang-kadang aku naik angin juga bila dengar cakap-cakap orang yg dengan enaknya saja
mengatakan bahawa kerja gurulah kerja yg paling senang. muhung!!
bila dengar orang cakap macam tu, tangan aku ni rasa macam nak lempang je seseorang yg berkata 
sedemikian. berani-beranian sungguh beliau..

"kerja cikgu senang.. kerja cikgu sikit.. cikgu banyak cuti.."


memang sangat menyakitkan hati mendengar kata2 sedemikian. ada bukti ke wahai saudara dan saudari??
hanya orang yg tidak tahu menilai profesion perguruan sahaja yg akan berkata sedemikian..

cubalah anda-anda-anda bayangkan..
di sekolah.. guru-guru hampa buat apa selain daripada mengajar?
cuba fikir sekarang? bukak sikit minda dan mata hampa..

semua jenis pekerjaan cikgu-cikgu anda lakukan.

Antaranya :
1- masa pertandingan bola .. cikgu jadi REFEREE
2-masa budak nak bertanding apa-apa .. cikgu jadi COACH
3-masa budak sakit .. cikgu jadi DOCTOR
4-masa budak bayar yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN
5-masa Kemahiran Hidup .. cikgu jadi TUKANG KEBUN
6-masa budak mencuri .. cikgu jadi DETEKTIF
7-masa Hari Guru .. cikgu jadi PENYANYI
8-masa parents datang ambil lambat .. cikgu jadi BABYSITTER
9-masa budak sakit kecemasan .. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
10-masa budak merentas desa .. cikgu jadi POLIS TRAFIK

dan banyak lagi kerja2 cikgu yg lain..

 

#mohon pada tuan-tuan dan puan-puan..mohon buka mata anda sebelum berkata perkara2
yang tidak diingini didengar oleh sesiapa sahaja yg bergelar guru.

#jasa dan pengorbanan seorang guru tersangatlah besar.. pekerjaan yg mulia wahai tuan-tuan dan puan-puan.
#tidak akan lahirnya seorang pemerintah jika tiada insan yg bergelar guru.. 
tidak akan lahir seorang peguam yang bijak berbicara jika tiada seorang insan
mulia yg bergelar guru..
hormati dan kenanglah jasa mereka. 

#Kepada yg memahami dan menghargai jasa seorang guru, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. sesungguhnya anda adalah seorang yang amat mengenang budi.


Peringatan! Para pelajar sekalian jangan duk ambik kesempatan pulak. cikgu multi tasking,dia pun nak multi tasking jugoks.

#Thanks for reading this entry.. ;)


 


No comments: