Tuesday 15 January 2013

Selesai suda.. .. ..

Assalamualaikum..
hye u olls.
peehhhh! penat.
penat yg teramat.

inilah adalah salah satu benda yg aku paling xsuka
bila tibanya hujung semestar. nak kena packing barang!
adeh! penat sungguh2..
x boleh nak cakap dengan orang.
tambah2 aku ni ada alergic dengan habuk, debu dan sewaktu 
dengannya.
maka, perjalanan sepanjang proses mengemas barang itu akn terganggu.
terdengarlah dentuman bersin aku yg bertalu-talu.
serikk doe. berair idung, berair mata.
bukannya aku nangis, tapi kesan dari bersin tu la..
adehh.. jenuh aku nak kena hadapi situasi macam ni
untuk setiap hujung semestar.

walau bagaimanapun, proses mengemas, packing dan sewaktu dengannya sudah selesai.
Alhamdulillah, dengan kesabaran dan ketekunan aku juga.
muehehehehe.
tunggu nak pindahkan barang2 yg di packing ke stor saja.

then, esok pagi aku akan balik kampung.
yuhuuu! seronok nya. lama gila aku tak balik kampung.
rindu rasanya.

sebelum tu, aku kenalah rakamkan pengalaman indah dulu kan
sebelum melangkah balik ke kampung.

so, i decide to... having a date!
wachaaa! muhung je.
gila ko, aku nak date.. muehehe..

takdelah, aku dengan rumate berpakat nak habiskan masa bersama.
nak nonton tv puas2. muehehe.
nak tengok 'setia hujung nyawa' then sambung pulak dengan
match bola sepak antara team Kelantan dgn Johor.
so, apa lagi... peminat2 TRW sekelian.. jom kita serang!!



kalah menang adat perlawanan. yg penting
sokongan padu korang untuk team pilihan korang sendiri.
jum3.. kita sama2 memeriahkan suasana..


haaaa.. 1 lagi sebelum aku terlupa.. 
hari ni, satu benda yg aku perasan time aku duk belek-belek fb..
"listen..listen..listen." apa tu?? 
aku tau lah benda tu sikit2.. tapi xpelah, aku tak nak komen lebih2.
al maklumlah.. benda sensitip tu. xmau aku masuk campur.. 
muehehehe ;)

sebelum aku terlupa! untuk peminat k-pop sekalian.
artis2 feveret korang dengar2 cerita akan ke Sepang, KL.
soooo?? apa lagi... serang lah.
adeh! aku teringin juga, tapi benda tu semacam impossible saja.
so, lupakan!

dekat link bawah ni korang boleh baca sendiri..
ramai gila kot artis korea ke KL.. 
yg penting.. FT ISLAND, CN BLUE, SHINEE ada.
mak aiii....o_O

SHINEE
CN BLUE



Adaptasi Novel ke Drama

Assalamualaikum..

salam sayang buat semua..
selamat pagi..
gila ko, pukul 5 pagi aku update blog..
gara2 celebrate end of the 'war'..
aku bugdet nak tido lepas subuh.. 

bukan apa.. mata ni nak sangat layan muvie. so, aku turutkan jelah.
haaa.. dah lama mata ni tak mengadap muvie.. 
al-maklumlah, pokus study.. kununnya lah kan? muehehehe
#peace#

berbalik pada pangkal jalan..entry aku kali ini berkisar mengenai
isu semasa. heh! yeke??
takdelah.. isu perfileman melayu.
wow! semakin rancak dan hot dengan drama2 terbaru.
barangkali aku saja yang ketinggalan.
kalau kat rumah, aku hantu tv... then bile ada kat kampus ni
lain pulak habit aku. malas nak turun ke bilik tv untuk layan
muvie2 yg best..
so, terperap kat bilik sajalah.. belek2 fb..twitter, update blog untuk korang
belek-belek buku sikit je..

by the way, kali ni aku nak bercerita tentang kisah novel diadaptasi ke bentuk filem atau drama.
kalau korang perasan lah kan? banyak gila drama2 @filem yang diadaptasi.
tumbuh melata. tak payah taruk baja pun takpe..
bercambah je.. bukan tak best.. best woo.
cuma, bezanya berkualiti atau tak je.
masuk bab itu aku tak nak komen.. 
aku bukannya seorang komentar yg profesional..
kang kejap lagi masuk paper pulak sebab komen2 pedas aku.
tak pasal-pasal jadi topik utama. retiss gitu..
 muehehehehe..

#so, pada pandangan aku, nilai hasil karya penulis melayu ini sebenarnya mempunyai
nilai dan kualiti jugak. yelah, kalau tak, masakan ramai gila penerbit2 yang
berebut nak terbitkan drama adaptasi dari novel.
kalau dulu, korang cuma boleh bayangkan watak2 yg terdapat dalam novel je..
nak watak hero dia ni lah.. nak watak heroin dia ni lah..
haaa.. sekarang ni, tak payah. korang duk je depan tv. mengadap je.
dah boleh nampak karektar hero dan heroin.

dalam banyak2 drama atau filem yang diadaptasi dari novel, apa yang menjadi
feveret korang??
kalau aku.. banyak! tak muat nak tulis, nak taip kat sini..
takpelah.. aku nak berkongsi antara yg menjadi minat dan kegilaan aku.
dia ikut musim sebenarnya.. kan3??
dulu aku layan drama ADAM&HAWA.. suwiit lorh.
ada Aaron Aziz, ada Nadiya Nisa. best sangat cerita tu.
yelah, kalau korang baca novelnya sendiri pun dah best.
that one of my feveret novel, k. 
 bila part lawak.. aku gelak puas-puas.. bila part suwiit, aku senyum sorang2.. sampai merah
padam muka aku ni.. muehehe..
bila part sedih.. aku nangis kaw2.. yelah, nilai empati dalam diri aku ni kuat sangat.
mengalahkan pelakon air mata tau.
kalau lah ada kategori award untuk penonton yg paling banyak
menderma air mata, barangkali akulah pemenangnya. hahaha!

then, the latest one, drama terbaru... SETIA HUJUNG NYAWA. pergh terbaek!
best kot citer tu.. akak aku yang kat kampung tu beria-ia suruh aku beli
novel SETIA HUJUNG NYAWA. nak baca katanya. aiseh!
tak boleh jadi..
haaaa... hambek kau, malam ni 12 episod terus aku layan. 
ada kelainan dari ADAM&HAWA.

ada pengisian tersendiri.. gandingan Amar Asyraf dan Nelydia Sanrose.
memang sangatlah terbaek. dua2 pelakon muda.. 
ganteng lagi. muehehehe. patutlah ramai yang lain muvie ini..
tak kira laki atau perempuan sama je..
dengan aku sekali terpengaruh..

Amar Asyraf a.k.a Zain Hakimi :)

sekarang ni SETIA HUJUNG NYAWA tengah rancak ditayangkan.. di TV3.
mana2 yang berkesempatan dan mempunyai kelapangan, sila2 lah
menjengah ya.. ;)

Monday 14 January 2013

Merdeka!

Assalamualaikum..

*Tanggal 14 .. bulan 1 tahun 2013
Hari yang mulia hari yang bahagia..
sambut dengan jiwa yang merdeka
#Nyanyi macam nyanyi lagu 31 Ogos ye# 

Alhamdulillah... alhamdulillah..
syukur tak terhingga..
akhirnya tamat juga menyiksaan selama dua minggu ni..

Tepat jam 5.15 petang, akhirnya diri aku ini mencapai kemerdekaan
untuk semestar 1 tahun 3. Alhamdulillah.

Gumbira tak terhingga.. Tuhan saja yang tau..
tengah jawab exam tadi, senyum je kerja aku..
muehehehe~
Alhamdulillah.. selesai..

hanya menunggu saat dan ketikanya result keluar sajalah.
Tawakal. itu sajalah yang boleh aku katakan
aku dah usaha.. sudah lakukan yg terbaek..
mudah2an memperoleh kejayaan..
Aminn..

Usai exam tadi.. terus halakan kaki ke Nazri Tomyam..
menapak ke situ untuk isi perut yg tengah membuak2 lapar..
jamu habis-habisan.. sampaikan tak larat nak berjalan balik ke bilik.. 
aku order semahu mungkin.
haaaa! jamu jugak. tandanya aku sudah 
MERDEKA.!

Thursday 10 January 2013

❤❤ NOVEL ❤❤

ใƒ„
Salam ceria. salam tension! memandangkan
sekarang ni musim exam so, salam tension itu kena ada.
 muehehe!

#selingan : tension dengan soklan exam hari ini. macam apa entah! susa!!
tapi tetap kena jawab.. kena. 4 unit. adeh~ beban sungguh.
oke. t.i.t.i.k. 
habis takat tu je bab exam..

.....................


Jom. Kita sambung bercerita..

"Pernah baca novel tak?" 
"Pernah la.. novel Anak Din Biola~Komsas form 1."
Adeh! Bukan yang tu la.. 
novel lain.. 

"Pergilah Sepi... Ombak Rindu.. Sepi Tanpa Cinta.. bla.bla.bla."

"Oh, penah-penah." Novel cinta upanya.. 

Haa...sebut pasal novel, minah-minah dan mamat-mamat yg minat novel
konfirm ngah melompat-lompat kan?
nak berkongsi cerita masing-masing..

aku pun ada cerita tersendiri..
kenapa aku minat sangat baca novel.

dulu kala, aku ni selalu ejek kakak aku..
alah, apalah baca novel. dah la tebal, tulisan kecik-kecik, tak sakit mata ke?
apa best sangat 'buku cerita' tu?


Masa tu zaman budak-budak, form 3. mana tau nak enjoy hidup baca novel ni..  ใƒ„

sekali dah terjerat dengan dunia novel ni, memang susah nak tinggal.
Ingat lagi, 1st time aku pegang novel tika usia aku 16 tahun, bersamaan form4. 
aku baca pun disebabkan menerima cabaran daripada kakak aku.
cis.cis.cis. akhirnya terjerat sehingga kini.
susah nak lepaskan tali jerat ni..

novel pertama yg aku baca adalah "BICARA HATI".    
Hambek kaw! 
terus baca novel yg paling best.. hahaha! 
disebabkan terpaut dengan cerita romantik antara Zahlia dan Tengku Syahran
 akhirnya aku jatuh ke lembah ini
peminat novel, tegar! koleksi novel tak banyak
tapi itu tak bermakna aku bukan peminat tegar. 
      
dari BICARA HATI terus kepada OMBAK RINDU, kemudian
menyusul pula PERGILAH SEPI dan selanjutnya CINTA PERTAMA 
dan banyak lagilah.. ADAM dan HAWA tidak ketinggalan.
semua nama watak dalam novel2 tersebut bermain laju di bibir..
pergh! memang terbaek la kan? ingat satu-satu..

tapii, sekarang ini dah lain pulak yang jadi
aku dah semakin jauh ketinggalan dari dunia novel.
Novel baru bercambah, tetapi aku yg lambat.
tak sempat nak baca..
itulah siapa suh minat dengan KOREA sangat. 
kan dah ketinggalan.
so, aku kena bangkit balik. kena ambik tahu pasal novel2 yg latest.

sekarang ini, satu sahaja yg sedang bermain2 dalam fikiran aku
THE WEDDING BREAKER.          
tunggulah habis exam nanti..
aku akan dapatkan ia. 
dengan kadar yg segera.    



Thanks for reading this entry ;)

Monday 7 January 2013

Fear Factor

Assalamualaikum..
Hye untuk semua..
Pepagi macam ni.. means, pukul 4 pagi, tergerak pulak
hati kecil aku ini untuk menaip. 
Mata tak boleh nak lelap, kununnya nak stady la kan?
stady lah sangat.. muehehehe! 
ke laut semua tu.. 
duk layan u-tube yang lebih.. 
tengok Fear Factor Selebriti Malaysia.
Hemoh2, cantek punya budak, 
mak ayah hantar masuk U suh stady, bukan suh layan u-tube sampai ke pagi.
lalalalala~ 
Pencerahan : layan u-tube sambil stady. muehehehe!

Best jugak duk layan Fear Factor Selebriti Malaysia ni.
yang paling penting, Aaron Aziz jadi pengacara.
woo-hoo! seronok!
Hahahaha!

tak adalah, saje je emosi lebih sikit, nak bagi nampak HOT!

Tapi aksi2 dalam Fear Factor Malaysia ini xdelah sehebat yang omputeh punya tu.
Walau apa pun, terbaek! Satu realiti show Malaysia yang mungkin akan mendapat
tempat di hati penonton, yakni warga Malaysia.

Apa yang aku boleh kata, thumbs up! Terbaek. 
Tengokkan aksi2 itu memang satu pun aku tak berani nak buat.

Aku paling lemah bab2 ketinggian. Gayat u!!! 
Maen dengan ular pun ada.. fulamak! Memang tak ah..
bagi lah RM sejuta ☀ gedebuk depan aku suh buat
aksi2 tu semua, memang aku TAKKAN buat. 

Maknanya, memang aku tak boleh nak mengatasi ketakutan aku lah tu..
dan yang paling penting, aku memang tak layak lah nak join Fear Factor tu..
hehehehe... berangan je lebih.

Ok.. daa...
wasalam..
selamat membaca.       。◕‿◕。    

Friday 4 January 2013

Kerana Terpaksa... Aku Relakan ☹

Assalamualaikum..
Mood sedih sikit nak taip entry kali ini.
Cu tengok tittle entry tu..
Kerana terpaksa... aku relakan.. 
ahhhh.. sedihnya...


dush-dush-dush!
tak payah nak jadi drama king sangat lah cikra.
tajuk novel sebenarnya tu..

"Kerana Terpaksa... Aku Lepaskan" by Umie Nadzimah
terbitan karya seni.

ni yang buat hidup aku tak keruan ni.
novel baru bercambah, mengalahkan kulat yg tumbuh selepas hujan. 
#kebetulan tengah hujan#.. hehehe..
tapi... satu pun xde dalam genggaman aku. 
cis.cis.cis.
macam mana tu..
sebab xde fuluslah. hehe..
aisyy.. semua kena catu! damn it. grrr!
*sabar-sabar-sabar*
A
Saje je aku duk layan page Kelab Peminat Novel
tiba-tiba toing! muncul pasal novel "Kerana Terpaksa... Aku Lepaskan."
Aku baca sinopsis dia, macam best..
ahhh! tak keruan dah..
nak kena dapatkan jugak ni..
nak! nak! nak! #sasau#

sudah banyak novel menarik yg menjadi aim aku kali ini.
mak aii.. bila nak ada rezeki lebih ni? sem depan lah kot? muehehe!

Salah satu novel yg menjadi aim dan yang tersangat aim sekarang ni
"THE WEDDING BREAKER"
tersangat-sangat nakkan novel tu..
please sumone yg baek ati..
belikan untuk saya.. huhu.. 
nak sesangat novel tu! nak!! 

Novel yang tengah aim sekarang ni :
1.The Wedding Breaker- Evelyn Rose
2. Projek Memikat Suami-Hanina Abdullah 

Photo: (NOVEL TERBARU) THE WEDDING BREAKER - Evelyn Rose

Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA - Rujukan Akhbar BERITA HARIAN 14/12/2012

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-36-9
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)

Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA - Rujukan Akhbar BERITA HARIAN 14/12/2012
1st
 

Photo: (NOVEL DI PASARAN) PROJEK MEMIKAT SUAMI - Hanina Abdullah

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s

angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

Judul : Projek Memikat Suami
Penulis ; Hanina Abdullah
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
2nd

Yuyu Zulaikha Bertunang ❤

Assalamualaikum..
selamat malam
salam sayang ♡
salam rindu
salam kasih sayang..
ecewah! Ambik mood sikit nak type entry kali ini.. ใƒ„

Yuyu Zulaikha bertunang. Wohoo! #tumpang hepy#

Minggu lepas aku duk belek2 page yuyu kat Fb.. 
Tiba-tiba aku tengok  ada pixa ni yang bertarikh 29 Disember 2012
Photo: Bertunang: jalan pertama membina "Masjid", supaya nanti dapat dipenuhi dengan jemaah yang soleh dan solehah. Aminn <3
Pixa Yuyu.. means jari yuyu yang bersarung cincin.
Terkejut den! Eh, betul ke? ke main2 ni.
atau photoshoot??

Bukan la wei! Yuyu betul2 dah bertunang..
Haaa.. abang2 ensem kat luar sana tu dah melepas. sory. booked! ngeh2.   ใƒ„
Tahniah yuyu! 

Yuyu bertunang pada 17 Disember 2012. Alhamdulillah.
  
 "Bertunang: jalan pertama membina "Masjid", supaya nanti dapat dipenuhi dengan jemaah yang soleh dan solehah. Aminn ♥"- kata-kata yang dipetik dari page Yuyu Zulaikha.

She's one of my feveret blogger. selalu je saya duk intai blog dia.muehehehe. 


#Itu link blog beliau. sila-silalah menjengah.

Thursday 3 January 2013

Situasi selepas keluar dari dewan EXAM.

  Assalamualaikum.. hye semua!  ☻


Fuh! Perasaan lega memandangkan aku sudah berjaya melepasi dua paper untuk peperiksaan akhir semestar 5. Alhamdulillah. #Syukur#
Masih berbaki 4 paper.

Tapi, ada satu perkara yang aku musykil.. kenapa sebaik sahaja kaki menapak keluar dari dewan exam...even belum keluar dari dewan exam lagi akan muncul bertanyaan seperti :

"kau boleh jawab tak?"
"kau jawab penuh tak?"
"soalan mana yang kau jawab?"
"kau yakin tak dengan soalan yang kau jawab tu?"
dan sebagainya... 
#mengikut keadaan dan situasi#      

Bukan aku nak menafikan hak korang-korang untuk bertanya.. 
tanyalah..xpe. aku boleh terima... 
tapi.. tak payahlah nak berbincang perihal benda yang dah lepas.
takde gunanya kan?

Lagi satu yang aku paling tak puas hati.. setakat nak tanya itu boleh consider lagi..
bila kita dah bagi jawapan...

"haaa.. aku buat soalan sekian-sekian-sekian.. 
aku jawab sekian-sekian-sekian..."

Eh-eh kawan tu boleh pula menjawab.. 

"Woih! Salah ah jawapan yang kau bagi tu.. salah!
Jawapannya macam ni.. bla.bla.bla.."

#Kalau korang... korang rasa macam mana? Bengang tak? muehehehe.      

Ye.. tak salah, nak bertanya.. tanyalah. tapi baik tak payah kot.
Apa kata kita keluar dari dewan exam tu dengan senyuman. 
Aku percaya semua yang ada dalam dewan exam, duduk di kerusi berjam-jam, terketar-tekar tangan menulis jawapan
sesetengahnya sampai cramp tangan...
confirmlah mereka inginkan yang terbaik. 
Tak ada siapa pun yang doakan kegagalan sendiri. Betul tak?    
 Janji semua sudah berusaha.
Maka, pada Allah lah tempat kita berserah dan berharap.  ☺

Buanglah tabiat nak bincang soalan exam sesudah exam. Kalau nak bincang, 
bincang sebelum exam. Ada eloknya.. ada manfaatnya. #peace#

Banyak kesannya.. 
bayangkan..korang duk berbincang pong-pang-pong-pang depan kawan-kawan
dan nak dijadikan cerita adalah salah sorang daripada kawan korang itu tak boleh jawab
sedihlah kawan tu...
dalam hati dia, Tuhan sajalah yang tahu.. mesti dia tersangat risau.runsing.gelisah.resah
dan macam-macam lagi.

Kesan yang lagi teruk, untuk next paper dia dah tak boleh nak pokus.
Hah! Macam mana? Tak bersalah ke korang?

#Jujur : Aku tak suka macam tu. I don like.  

p/s mohon jangan terasa taw.
nasihat untuk semua. dan yang paling penting
untuk diri saya sendiri..

#Peace .. 
◕‿-

thanks luvie for reading this entry.. ;)

 

Tuesday 1 January 2013

Heppy New Year 2013! ☄☄

=) Malam ni terasa rajin nak meng 'update' blog pulaks..
Assalamualaikum.. salam sayang untuk semua.
Salam Tahun Baru. Selamat tahun baru Masihi.
Kepada yang menyambut kelahiran pada hari ini, selamat hari lahir. ;)
Tahun ini umur aku sudah masuk ke tahun yang 23.
Alhamdulillah. Allah masih lagi benarkan aku untuk bernafas di bumi-Nya.

Apa azam tahun baru korang? kalau dulu azam tahun baru hijrah kan?
aku tak sempat nak mencoret azam tahun baru hijrah aku kat sini..
takpelah.. aku gantikan dengan azam tahun baru masihi..
bolehlakn?

Aku termenung seketika apabila rumate aku dengan
tiba-tiba bertanyakan kepada aku.. "Apa azam tahun baru ni?".
Aku gelak besar..tapi kejap je.. 
then aku bagi jawapan...
"Nak ada suami macam Beto!" 
Hah! sah kan? sah aku mereng kuasa empat. haha. 
Okelah, jujur.. yang itu pun termasuk dalam list azam tahun baru aku jugak.
hahaha. tetttt!

Ini list azam tahun baru bersamaan tahun 2013 :
In shaa Allah. 
#Berubah mengikut terma&syarat.

1- Pendidikan : nak jugak merasa berada dalam dean list. In shaa Allah dengan usaha yg istiqomah + doa + tawakal
2-Kesihatan : dikurnikan tubuh badan yg sihat, sesekali sakit adalah penghapus dosa2 kecil/dikurnikan akal fikiran yang cergas&cerdas
3-Keluarga : semoga ahli2 keluarga yang lain berada dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat dari-Nya/ikatan kekeluargaan terus kukuh
4-Kawan2/sohabat : Semoga uhkwah antara kami takkan terputus
5-Pasangan hidup : In shaa Allah, dalam proses. Tak lama lagi bakal imam saya akan muncul.
Teng-teng-teng. Nak macam Beto eh. muehehehehehe. =)

#Hehehe.. so, apa pulak azam tahun baru korang?

Selamat Tahun Baru! Hepy New Years to all my followers and readers!