Tuesday 15 January 2013

Adaptasi Novel ke Drama

Assalamualaikum..

salam sayang buat semua..
selamat pagi..
gila ko, pukul 5 pagi aku update blog..
gara2 celebrate end of the 'war'..
aku bugdet nak tido lepas subuh.. 

bukan apa.. mata ni nak sangat layan muvie. so, aku turutkan jelah.
haaa.. dah lama mata ni tak mengadap muvie.. 
al-maklumlah, pokus study.. kununnya lah kan? muehehehe
#peace#

berbalik pada pangkal jalan..entry aku kali ini berkisar mengenai
isu semasa. heh! yeke??
takdelah.. isu perfileman melayu.
wow! semakin rancak dan hot dengan drama2 terbaru.
barangkali aku saja yang ketinggalan.
kalau kat rumah, aku hantu tv... then bile ada kat kampus ni
lain pulak habit aku. malas nak turun ke bilik tv untuk layan
muvie2 yg best..
so, terperap kat bilik sajalah.. belek2 fb..twitter, update blog untuk korang
belek-belek buku sikit je..

by the way, kali ni aku nak bercerita tentang kisah novel diadaptasi ke bentuk filem atau drama.
kalau korang perasan lah kan? banyak gila drama2 @filem yang diadaptasi.
tumbuh melata. tak payah taruk baja pun takpe..
bercambah je.. bukan tak best.. best woo.
cuma, bezanya berkualiti atau tak je.
masuk bab itu aku tak nak komen.. 
aku bukannya seorang komentar yg profesional..
kang kejap lagi masuk paper pulak sebab komen2 pedas aku.
tak pasal-pasal jadi topik utama. retiss gitu..
 muehehehehe..

#so, pada pandangan aku, nilai hasil karya penulis melayu ini sebenarnya mempunyai
nilai dan kualiti jugak. yelah, kalau tak, masakan ramai gila penerbit2 yang
berebut nak terbitkan drama adaptasi dari novel.
kalau dulu, korang cuma boleh bayangkan watak2 yg terdapat dalam novel je..
nak watak hero dia ni lah.. nak watak heroin dia ni lah..
haaa.. sekarang ni, tak payah. korang duk je depan tv. mengadap je.
dah boleh nampak karektar hero dan heroin.

dalam banyak2 drama atau filem yang diadaptasi dari novel, apa yang menjadi
feveret korang??
kalau aku.. banyak! tak muat nak tulis, nak taip kat sini..
takpelah.. aku nak berkongsi antara yg menjadi minat dan kegilaan aku.
dia ikut musim sebenarnya.. kan3??
dulu aku layan drama ADAM&HAWA.. suwiit lorh.
ada Aaron Aziz, ada Nadiya Nisa. best sangat cerita tu.
yelah, kalau korang baca novelnya sendiri pun dah best.
that one of my feveret novel, k. 
 bila part lawak.. aku gelak puas-puas.. bila part suwiit, aku senyum sorang2.. sampai merah
padam muka aku ni.. muehehe..
bila part sedih.. aku nangis kaw2.. yelah, nilai empati dalam diri aku ni kuat sangat.
mengalahkan pelakon air mata tau.
kalau lah ada kategori award untuk penonton yg paling banyak
menderma air mata, barangkali akulah pemenangnya. hahaha!

then, the latest one, drama terbaru... SETIA HUJUNG NYAWA. pergh terbaek!
best kot citer tu.. akak aku yang kat kampung tu beria-ia suruh aku beli
novel SETIA HUJUNG NYAWA. nak baca katanya. aiseh!
tak boleh jadi..
haaaa... hambek kau, malam ni 12 episod terus aku layan. 
ada kelainan dari ADAM&HAWA.

ada pengisian tersendiri.. gandingan Amar Asyraf dan Nelydia Sanrose.
memang sangatlah terbaek. dua2 pelakon muda.. 
ganteng lagi. muehehehe. patutlah ramai yang lain muvie ini..
tak kira laki atau perempuan sama je..
dengan aku sekali terpengaruh..

Amar Asyraf a.k.a Zain Hakimi :)

sekarang ni SETIA HUJUNG NYAWA tengah rancak ditayangkan.. di TV3.
mana2 yang berkesempatan dan mempunyai kelapangan, sila2 lah
menjengah ya.. ;)

No comments: