Friday 4 January 2013

Kerana Terpaksa... Aku Relakan ☹

Assalamualaikum..
Mood sedih sikit nak taip entry kali ini.
Cu tengok tittle entry tu..
Kerana terpaksa... aku relakan.. 
ahhhh.. sedihnya...


dush-dush-dush!
tak payah nak jadi drama king sangat lah cikra.
tajuk novel sebenarnya tu..

"Kerana Terpaksa... Aku Lepaskan" by Umie Nadzimah
terbitan karya seni.

ni yang buat hidup aku tak keruan ni.
novel baru bercambah, mengalahkan kulat yg tumbuh selepas hujan. 
#kebetulan tengah hujan#.. hehehe..
tapi... satu pun xde dalam genggaman aku. 
cis.cis.cis.
macam mana tu..
sebab xde fuluslah. hehe..
aisyy.. semua kena catu! damn it. grrr!
*sabar-sabar-sabar*
A
Saje je aku duk layan page Kelab Peminat Novel
tiba-tiba toing! muncul pasal novel "Kerana Terpaksa... Aku Lepaskan."
Aku baca sinopsis dia, macam best..
ahhh! tak keruan dah..
nak kena dapatkan jugak ni..
nak! nak! nak! #sasau#

sudah banyak novel menarik yg menjadi aim aku kali ini.
mak aii.. bila nak ada rezeki lebih ni? sem depan lah kot? muehehe!

Salah satu novel yg menjadi aim dan yang tersangat aim sekarang ni
"THE WEDDING BREAKER"
tersangat-sangat nakkan novel tu..
please sumone yg baek ati..
belikan untuk saya.. huhu.. 
nak sesangat novel tu! nak!! 

Novel yang tengah aim sekarang ni :
1.The Wedding Breaker- Evelyn Rose
2. Projek Memikat Suami-Hanina Abdullah 

Photo: (NOVEL TERBARU) THE WEDDING BREAKER - Evelyn Rose

Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA - Rujukan Akhbar BERITA HARIAN 14/12/2012

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-36-9
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)

Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA - Rujukan Akhbar BERITA HARIAN 14/12/2012
1st
 

Photo: (NOVEL DI PASARAN) PROJEK MEMIKAT SUAMI - Hanina Abdullah

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s

angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

Judul : Projek Memikat Suami
Penulis ; Hanina Abdullah
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
2nd

2 comments:

MuMmyLiL said...

ketiga tiga novel nie sy da bace..best sgt!!!!

MeyyaLee said...

saya pun.. the wedding breaker is the best. hehehe