Thursday 10 January 2013

❤❤ NOVEL ❤❤

Salam ceria. salam tension! memandangkan
sekarang ni musim exam so, salam tension itu kena ada.
 muehehe!

#selingan : tension dengan soklan exam hari ini. macam apa entah! susa!!
tapi tetap kena jawab.. kena. 4 unit. adeh~ beban sungguh.
oke. t.i.t.i.k. 
habis takat tu je bab exam..

.....................


Jom. Kita sambung bercerita..

"Pernah baca novel tak?" 
"Pernah la.. novel Anak Din Biola~Komsas form 1."
Adeh! Bukan yang tu la.. 
novel lain.. 

"Pergilah Sepi... Ombak Rindu.. Sepi Tanpa Cinta.. bla.bla.bla."

"Oh, penah-penah." Novel cinta upanya.. 

Haa...sebut pasal novel, minah-minah dan mamat-mamat yg minat novel
konfirm ngah melompat-lompat kan?
nak berkongsi cerita masing-masing..

aku pun ada cerita tersendiri..
kenapa aku minat sangat baca novel.

dulu kala, aku ni selalu ejek kakak aku..
alah, apalah baca novel. dah la tebal, tulisan kecik-kecik, tak sakit mata ke?
apa best sangat 'buku cerita' tu?


Masa tu zaman budak-budak, form 3. mana tau nak enjoy hidup baca novel ni.. 

sekali dah terjerat dengan dunia novel ni, memang susah nak tinggal.
Ingat lagi, 1st time aku pegang novel tika usia aku 16 tahun, bersamaan form4. 
aku baca pun disebabkan menerima cabaran daripada kakak aku.
cis.cis.cis. akhirnya terjerat sehingga kini.
susah nak lepaskan tali jerat ni..

novel pertama yg aku baca adalah "BICARA HATI".    
Hambek kaw! 
terus baca novel yg paling best.. hahaha! 
disebabkan terpaut dengan cerita romantik antara Zahlia dan Tengku Syahran
 akhirnya aku jatuh ke lembah ini
peminat novel, tegar! koleksi novel tak banyak
tapi itu tak bermakna aku bukan peminat tegar. 
      
dari BICARA HATI terus kepada OMBAK RINDU, kemudian
menyusul pula PERGILAH SEPI dan selanjutnya CINTA PERTAMA 
dan banyak lagilah.. ADAM dan HAWA tidak ketinggalan.
semua nama watak dalam novel2 tersebut bermain laju di bibir..
pergh! memang terbaek la kan? ingat satu-satu..

tapii, sekarang ini dah lain pulak yang jadi
aku dah semakin jauh ketinggalan dari dunia novel.
Novel baru bercambah, tetapi aku yg lambat.
tak sempat nak baca..
itulah siapa suh minat dengan KOREA sangat. 
kan dah ketinggalan.
so, aku kena bangkit balik. kena ambik tahu pasal novel2 yg latest.

sekarang ini, satu sahaja yg sedang bermain2 dalam fikiran aku
THE WEDDING BREAKER.          
tunggulah habis exam nanti..
aku akan dapatkan ia. 
dengan kadar yg segera.    



Thanks for reading this entry ;)

No comments: