Thursday 3 January 2013

Situasi selepas keluar dari dewan EXAM.

  Assalamualaikum.. hye semua!  ☻


Fuh! Perasaan lega memandangkan aku sudah berjaya melepasi dua paper untuk peperiksaan akhir semestar 5. Alhamdulillah. #Syukur#
Masih berbaki 4 paper.

Tapi, ada satu perkara yang aku musykil.. kenapa sebaik sahaja kaki menapak keluar dari dewan exam...even belum keluar dari dewan exam lagi akan muncul bertanyaan seperti :

"kau boleh jawab tak?"
"kau jawab penuh tak?"
"soalan mana yang kau jawab?"
"kau yakin tak dengan soalan yang kau jawab tu?"
dan sebagainya... 
#mengikut keadaan dan situasi#      

Bukan aku nak menafikan hak korang-korang untuk bertanya.. 
tanyalah..xpe. aku boleh terima... 
tapi.. tak payahlah nak berbincang perihal benda yang dah lepas.
takde gunanya kan?

Lagi satu yang aku paling tak puas hati.. setakat nak tanya itu boleh consider lagi..
bila kita dah bagi jawapan...

"haaa.. aku buat soalan sekian-sekian-sekian.. 
aku jawab sekian-sekian-sekian..."

Eh-eh kawan tu boleh pula menjawab.. 

"Woih! Salah ah jawapan yang kau bagi tu.. salah!
Jawapannya macam ni.. bla.bla.bla.."

#Kalau korang... korang rasa macam mana? Bengang tak? muehehehe.      

Ye.. tak salah, nak bertanya.. tanyalah. tapi baik tak payah kot.
Apa kata kita keluar dari dewan exam tu dengan senyuman. 
Aku percaya semua yang ada dalam dewan exam, duduk di kerusi berjam-jam, terketar-tekar tangan menulis jawapan
sesetengahnya sampai cramp tangan...
confirmlah mereka inginkan yang terbaik. 
Tak ada siapa pun yang doakan kegagalan sendiri. Betul tak?    
 Janji semua sudah berusaha.
Maka, pada Allah lah tempat kita berserah dan berharap.  ☺

Buanglah tabiat nak bincang soalan exam sesudah exam. Kalau nak bincang, 
bincang sebelum exam. Ada eloknya.. ada manfaatnya. #peace#

Banyak kesannya.. 
bayangkan..korang duk berbincang pong-pang-pong-pang depan kawan-kawan
dan nak dijadikan cerita adalah salah sorang daripada kawan korang itu tak boleh jawab
sedihlah kawan tu...
dalam hati dia, Tuhan sajalah yang tahu.. mesti dia tersangat risau.runsing.gelisah.resah
dan macam-macam lagi.

Kesan yang lagi teruk, untuk next paper dia dah tak boleh nak pokus.
Hah! Macam mana? Tak bersalah ke korang?

#Jujur : Aku tak suka macam tu. I don like.  

p/s mohon jangan terasa taw.
nasihat untuk semua. dan yang paling penting
untuk diri saya sendiri..

#Peace .. 
◕‿-

thanks luvie for reading this entry.. ;)

 

2 comments:

Norfazwin bt Majid said...

Yup!! betul3, stress gila keadaan cam tu tpi kadang2 wat jugak :P hik

MeyyaLee said...

kekadang 'terbuat' jugak..
yelah dah semua duk bertanya..
kita pun nak ambik port skali. hahaha