Wednesday 22 January 2014

LOST AND FOUND

Hampir menemui jalan keluar


Before this aku ada bercerita tentang masalah untuk pulang ke kampung pada 31Jan hingga 2Feb nanti sempena majlis kahwin kakak aku. Yes, time tu aku masih berbaki 2 paper iaitu paper PGT dan HSB. Serabut memang tak boleh nak cerita kat orang lain. Kalau aku bercerita, confirm aku akan nangis and kadang2 aku tak boleh nak fokus untuk 2 paper tu. Baca notaa, tapi kosong! Hati aku sebak, lepas solat confirm aku akan nangis. Aku mohon ketenangan dan permudahkan jalan penyelesaian untuk aku.

Bila call mak, aku ceritakan segala masalah aku. Sebenarnya masa tu aku terfikirkan tentang masalah kewangan jugak. Serious aku serabut bila fikir masalah duet ni. PTPTN untuk sem8 memang dijangka akan dibank-in kan pada 1mac Korang bayangkanlah, aku masuk sekolah 27Jan and PTPTN aku masuk 1Mac. sebulan lebih tu aku kena merana and catu duet aku. Guna untuk hal yang betul2 penting sahaja. Ya Allah! Nak minta lebih2 memang tak ah kan? mak abah aku pun nak pakai duit jugak untuk majlis kahwin kakak aku ni. aiguu ! then, fikir punya fikir, aku cerita masalah duet ni dengan kakak aku. Lastly, alhamdulillah jumpa jalan penyelesaian. Alhamdulillah.

Kemudian, habis paper HSB, aku kemas-kemas barang untuk dihantar ke rumah sewa. Selesai semua tentang rumah sewa, aku balik ke kampong. Tenang sikit rasanya bila tengok muka ma abah ni. Alhamdulillah. Lalu bermulalah babak kedua iaitu masalah cuti di sekolah. Kalau sekolah tak ambil cuti untuk raya cina, macam mana? Aku nak balik ke tak? setelah dipertimbangkan and tanya ramai orang, dorang cakap " takkan tak nak balik kan? kakak sendiri kot yang kahwin, kalau sepupu sepapat dua papat okay jugak kan? ini kakak sendiri." Sekali lagi aku nanges. Ya Allah, banyak sungguh dugaan awal 2014 ni.

Bincang punya bincang and sama2 fikirkan masalah ni dengan family, akhirnya capailah satu keputusan dengan kesanggupan pak sedara aku sanggup nak mai hantaq aku ke Penang. Tapi, itu pun belum pasti. Kalau ada kereta, bolehlah aku balik ke kampung. Keputusannya bergantung pada pak sedara aku. And kalau tak boleh semua tu, memang keputusan ini terpaksa aku lakukan, iaitu tak balik ke kampung. Ya Allah. sedih gila. semua orang, sanak saudara yang jauh yang dekat berkumpul kat rumah aku, tapi aku saja yg xdak kat rumah. Korang bayangkanlah. hmmm T_T

And aku berharap agar akan ada keajaiban bila aku ke sekolah 27Jan nanti. kot2 lah pengetua kata "sekolah kita akan bercuti sehingga 4hb." Ya Allah, kalaulah jadi macam tu, akulah orang yg paling gembira pada hari tu. Mudah2an. In shaa Allah. ;) 

Tuesday 21 January 2014

RUNNINGMAN

Teringin nak bercerita mengenai RunningMan malam ni, kenapa tak tau.. hmm maybe sebab aku ni memang peminat no.1 RunningMan lah kot na? hehehe

Sebelum tu, nak buat confession lah sikit, aku rajin sangat2 update blog sekarang ni sebab masa terluang, and memang kerja aku makan, tido, tengok tv, pusing kampung, then update blog. itu saja. hehehe. ha, next week barulah aku kenai erti sibuk yang melampau. get ready cikra. that days akan tiba dalam masa beberapa hari saja lagi.

but, before that day tiba, aku mahu berjimba sepuas2nya di blog ini.. muahahaha. aku akan tulis, aku akan update everything yang terlintas di fikiran aku. at the end, aku fikir ini dah jadi diari untuk aku. hihihi. bukan apa, sebelum ni aku memang suka tulis diari. then bila aku baca balik, oh mai malunya baca diari sendiri. hehehe. dengan sesenang tangan, aku koyakkan diari tu. mihmihmih. oleh itu, aku ubahlah diari itu kepada blog. senang ! canggih pun canggih. hehehe. ada lagu. weee

okay, back to the topic. bila aku blogwalking dari one blog to the another, kebanyakkan blogger memang tak lari daripada menulis tentang Running Man. Bagi aku, wow! Running Man memang punya peminat dari segenap pelosok negara, bukan Malaysia sahaja, but seantero dunia. daebak!


Nak diperkenalkan pun macam tak membawa apa2 erti kan, coz everyone in this world kenal dengan dorang and yang aku salute sangat dengan variety show ini, setiap episod mempunyai game and mission yang berlainan. memang barisan crew dorang terbaik, boleh fikirkan idea2 yang fresh and different untuk setiap episod. korang bayangkanlah, sekarang ni episod sudah mencecah ke episod 181 hampir kepada 200 episod.wah ! Setiap minggu dorang tampil dengan idea dan game yang fresh. 

Lepastu aku terdengar komen2 yang menjelikkan telinga, cthnya; "alah, macam takde pekdah je kamu layan rancangan ni". ewah ewah. aku hangin betol. bukan apa, tau lah ramai yang tak suka dengan penularan wabak k-pop ke Malaysia ni, but janganlah judge sesuka hati. Tengok dulu, kemudian judge lah nak judge macam mana pun.

Bila aku follow dari satu episod ke satu episod, ada juga manfaat yang aku perolehi and aku yakin aku akan dapat aplikasikannya di dalam kelas, as one of ABM (alat bantu mengajar). Nak jadi cikgu ni, especially cikgu Sejarah, kena kreatif sikit dengan adakan banyak aktiviti agar pengajaran dalam kelas tak bosan, and zupp I got a lot of idea based on this variety show! Banyak game yang aku boleh ambil, ubah sikit2 and aplikasi dalam kelas. wah ! bagus jugak kan aku minat dengan benda alah Running Man ni. hehehehe. 

Kemudian, aku terfikir, apalah faktor yang menyebabkan rancangan ni bertahan hingga sekarang ! Setelah dikaji dan dianalisis, aku dapat kumpul beberapa faktor kenapa RunningMan dapat bertahan sehingga sekarang.
One of the reason is, seperti yang aku nyatakan di atas iaitu kerana kelainan game untuk setiap episod. Jika korang follow show ni, korang boleh lihat and nilai sendiri yang setipa episod yang ditayangkan akan ada game yang berlainan. daripada episod 1 sehinggalah kepada episod 181 sekarang ni.

Then, reason yang kedua ialah kerana pemilihan members untuk variety show ini. Salah satu yang membawa impak terhadap variety show ini ialah dengan kehadiran Yoo Jae Suk sebagai ketua dorang. Jae Suk merupakan MC no.1 Korea and memang mustahillah kalau dia tak ada ramai peminat. Kalau korang perhatikan, jika RunningMan dirakamkan dari lokasi luar, means dorang ke kampung or market or mana2lah yang melibatkan aktiviti outdoor, ramai gila peminat Jae Suk. Kemudian, members yang lain juga turut meninggalkan impak, contohnya Kim Jong Kook yang memang terkenal dengan panggilan The Sparta. Kang Gary dan Song Ji Hyo pula terkenal dengan gelaran Monday Couple. Lagilah tinggalkan impak yang positif kan? walaupun perlu menyelesaikan setiap mission yang diberikan, tetap diselitkan dengan telatah Monday Couple ni, lagilah suwittt. hihihihihi

Sebab yang lain pula ialah kerana dengan kehadiran guest members yang kebanyakkannya terdiri daripada K-pop idols. hahaha. Lagilah ramai yang follow rancangan ni. Guest yang dorang jemput kadang2 diluar jangkaan. And korang kena percaya, Jackie Chan pernah menjadi guest dalam RunningMan. Begitu juga dengan Patrick Evra, pemain bola sepak ManU. haaa, memang daebak sungguh la.

Guests yang lain tak payah cerita lah. Ada satu episod tu, iaitu "King Idol" seramai 14 idols dijemput jadi guest. Beast, A-pink, Girls Day, 2PM, Infinate, Mblaq dan Sistar jadi guest dorang. wahahaha! Memang rating tinggi lah.


EPISOD 135. Guest : Jackie Chan, Choi Siwon (Super Junior)

EPISOD 94- WEDDING RACE


EPISOD 104- IDOL TEAM vs RUNNINGMAN

ONE saluran 393 dan ONE HD saluran 395 ada menyiarkan rancangan ni. Kalau aku, aku lebih suka layan online. Korang boleh terjah at kshownow atau kshowonline.

Monday 20 January 2014

THE POPLOOK [again]

Forget about anything yang merunsingkan, yang merisaukan jiwa dan otak. Now, time for happykan my soul, my heart. wahahahaha. Sekarang ni aku lebih prefer window shopping online. hehehe. Moden kan? Kalau nak terjah one by one shopping mall rasanya tak larat, yang mampu aku lakukan hanyalah shopping melalui alam maya. Berkesan jugak okay. ;)

Syiok giloss stalk website the poplook . Memang melapangkan dada, melapangkan mata. syiokk ! Banyak gilos yang aku ketinggalan update terbaru website ni. banyak baju baru and now yang paling latest "wedding and celebrations". Memang kena dan tepat dengan masanya lah. hihihi. Sesiapa yang nak tunang or untuk wedding sekalipun, aku suggestkan website ni. Tidak mengecewakan. 

Nak tau kenapa aku selalu usha website ni, this is because blogger kesayangan aku, FatinLiyana selalu menggayakan blouse, skirt and bag dari thePopLook. So, di atas dasar kepercayaan aku terhadap dak Patin, aku selalu usha website ini and aku dah mark one of the blouse, cantekk ! sabaq na, bagi PTPTN aku masyukk dulu, then kita kira lain. hehehe. Okay, aku nak mark one of blouse and handbag. cantekk ! Penyanyi Ainan Tasneem pun selalu menggayakan blouse dari ThePopLook and memang cantekk ! kena dengan citarasa aku.




Lepastu mulalah terbayang di ruang minda dan mata ni sambil disulami dengan bait-bait lagu, "kalau aku kaya by Altimet and Awi Rafael".. kalau aku kaya, aku akan beli segala-galanya (lirik aku sendiri). wahaha ! gila takbur aku ni. patotlah rezeki yang ada cukup2 untuk diri saja, ghupanya aku ni pemBOROS. eh, yeke? hihihi. Mohonlah dipermurahkan rezeki. kengkadang nak jugaklah manjakan diri dengan pakaian yang cantek2. Umur iolls ni dah 24 taon tau? nak lah jugak melawa. hmm... 


p/s motp sebenar nak letak picture my crush ! tapi takpelah terlalu umum. wahaha ! bai. good night dear, good night my dongsaeng D.O. ;)

[BAB 11] DIA ISTERIKU



“Lea, cepatlah sikit. Kita dah lambat ni.” Zarif melaung nama Lea Fatehah. Lea terkocoh-kocoh keluar dengan menjinjit kasut sukan di tangannya.
“Awak ni tak boleh nak sabar sikit ke? Sekarang ni baru saja pukul lima suku. Tasik itu bukannya jauh dari rumah kita.”Lea mendengus kasar. Dia rimas dengan laungan Zarif. 

“Awak buat apa kat dalam tu lama-lama sangat. Kita bukannya nak keluar pergi membeli belah, tak payahlah nak pakai lawa-lawa, wangi-wangi sangat. Habis tidak, biawak saja yang ada kat tasik itu.”
“Amboi, melampau sangat tu wak.” Lea segera menampar lembut lengan Zarif. Dia segera menyarungkan kasut sukan ke kaki, tidak mahu mendengar bebelan Zarif lagi. 

“Awak ni muda lagi, kenalah aktif sikit. Jangan asyik terperap kat rumah saja. Kenalah juga jengah-jengah dunia luar.” Zarif memberikan tazkirah petang kepada Lea.
Setelah kasut sukan tersarung kemas di kaki, segera Lea Fatehah memanjangkan langkahnya. Dia meninggalkan Zarif di belakang, dia tidak rela mahu mendengar bebelan terhormat Zarif lagi. Lelaki itu sudah banyak berubah daripada Encik Skema kepada Encik Bebel.

“Mana ada saya terperap saja kat rumah. Hari-hari saya keluar, pergi kampus, buat aktiviti itulah, inilah. Cukuplah tu. Peluh saya ni dah banyak sangat yang keluar.”Lea membalas. Dia tidak rela diperkotak-katikkan oleh Zarif.
“Maksud saya keluar melakukan riadah. Hujung minggu macam nilah waktu yang terbaik untuk awak lakukan aktiviti riadah, terutamanya dengan Encik Suami awak ni.”
“Yelah Encik Zarif Haikal. Saya tahu. Ish, awak ni mengalahkan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu tahu? Pot-pet-pot-pet.”

Setelah berlari-lari anak sebanyak dua pusingan mengelilingi tasik, Lea memberhentikan langkahnya. Dia penat dan mengah. Zarif Haikal turut sama memberhentikan langkahnya apabila melihat Lea sudah terduduk di atas rumput di tepi tasik.
“Lea, jangan terus duduk. Awak kena stretching dulu. Bangun.” Zarif memegang lengan Lea dan Lea bangun berdiri betul-betul berhadapan dengan Zarif. Nafasnya tidak teratur kerana mengah.
Zarif mendepangkan tangannya lalu menghantar isyarat mata kepada Lea supaya mengikut gerak lakunya.
Setelah melakukan stretching dan meregangkan badan, mereka sama-sama melabuhkan duduk di atas rumput sambil menghirup udara segar.

How’s your life at campus? Everything is okay?” Zarif bertanya.
As usual, sibuk sikit sekarang ni. Banyak assignment yang nak kena hantar. Then dengan discussion lagi, agak tak teratur jugaklah jadual saya minggu ni.” Lea menjawab.
“Lea kenalah susun jadual elok-elok. Kerja yang patut didahulukan, dahulukanlah. Jangan amalkan sikap bertangguh. Sikit-sikit postpone. Itu bukan cara belajar yang betul.” Zarif menambah lagi.
And one more thing, kalau ada masalah jangan nak simpan sorang-sorang. Share with me, okay my little girl?”
Yes my big boy!” Masing-masing tergelak. Lea dapat merasakan tentang perubahan dalam hubungan mereka. Jauh berbeza dengan awal perkahwinan mereka. Lea mengaku yang dia sudah mula jatuh hati dengan keprihatinan Zarif terhadap dirinya. Tetapi, dia sedar bahawa dia bukan pilihan Zarif dan dia selalu mengingatkan dirinya tentang “wujudnya” hubungan antara mereka. Bukan kerana saling mencintai, tetapi kerana terpaksa dek keadaan yang memaksa.

“Lea, may I ask you something? I’m just curious about it.”
“Yup! Tanyalah.”
Don’t you want to know who am I before this? Means, about masa lalu saya? Awak tak nak tahu?” Zarif memandang Lea disebelahnya yang sedang membetulkan tudung bawalnya yang hiruk pikuk ditiup angin.
“Bohonglah kalau saya cakap saya tak nak tahu or tak nak ambil tahu. Tapi, saya segan. Saya tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan saya tu. And I know yang kita kahwin sebab keadaan yang memaksa kita. Bukan di atas kehendak masing-masing. Am I right, Zarif?” Lea berterus terang. Sikap matang Zarif membuatkan dia merasa selesa untuk berterus terang.
“Yeah, mungkin benar apa yang awak katakan tu. Okay, biar saya berterus terang dengan awak. Awalnya memang saya tak boleh nak terima tentang perkahwinan kita ni, but I have to. Because you are my destiny. Awak jodoh saya yang Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz-Nya. Lama-kelamaan, saya semakin boleh menerima perkahwinan kita ni. And saya mengaku yang saya bahagia dengan awak, eventhough dengan keadaan kita macam ni. You know what I mean, right?”
Yes I know! Tapi Zarif, saya juga tahu yang saya bukan pilihan awak. Kak Alia pilihan awak kan?” Zarif terkejut mendengar pertanyaan Lea. Ini bermakna, hubungan cinta antara Alia dengan Zarif sudah sampai ke pengetahuan Lea.
“Maksud awak?” Zarif cuba mengawal nada suaranya agar tidak nampak janggal di mata Lea. Dia perlu bertenang.
I know everything about you, about your relationship dengan kak Alia. Everything Zarif. Kak Alia ada bercerita dengan saya.”

“Tapi kenapa awak tak pernah nak bertanya dengan saya sebelum ni?” Zarif bertanya tenang.
“Saya nak tunggu awak beritahu saya, dan biar saya dengar cerita tu daripada mulut awak sendiri, bukan orang lain. Tetapi sayangnya, awak tak pernah nak bercerita dengan saya. Okay, saya faham, sebab itu adalah masa lalu awak. Saya rasa mungkin awak tak nak berkongsi cerita tentang masa lalu awak dengan saya. Dan disebabkan itulah saya berdiam diri saja. Saya merasa saya tak layak untuk tahu tentang masa lampau awak.”
“Tapi awak ada hak Lea. Awak isteri saya, dan saya suami awak. Kalau awak curious tentang apa-apa saja, awak boleh tanya.”
“Saya tak nak digelar busybody. Itu cerita masa lalu awak.” Lea membalas.
“Maknanya, dalam perkahwinan kita ni ada batas dan hadnya lah? Awak tak boleh nak berkongsi dengan saya, saya pula tak boleh nak berkongsi dengan awak? Macam tu?” Zarif pula membalas.
“Zarif, awak tak faham apa yang saya rasa. Saya boleh bayangkan macam mana perasaan awak bila awak kena kahwin dengan saya. Sedangkan masa tu hati awak, fikiran awak ada dengan kak Alia lagi. Saya tahu Zarif and pernah satu malam tu awak mimpikan kak Alia. Awak mengigau dan awak sebut nama dia. Masa tu jugalah saya sedar yang saya dah rampas kebahagiaan awak, kebahagiaan kak Alia. Saya rasa macam saya ni perampas kebahagiaan orang.”

“Shhhh, jangan cakap macam tu Lea. Okay, saya minta maaf dengan awak sebab saya tahu sepatutnya saya berterus terang dengan awak terlebih dahulu. Saya patut bercerita dengan awak tentang semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya tak punya kekuatan untuk bercerita. Saya nak jaga hati dan perasaan awak. Saya merasa sangat bersalah dengan awak, kerana disebabkan saya, awak kena lupakan cita-cita awak nak sambung belajar dekat oversea, nak ada firma sendiri, nak enjoy sepuas-puasnya dengan status single.”
Lea kaget dengan pengakuan Zarif. Sah! Zarif baca diari Lea.
“Awak baca diari saya?” Lea tanya dengan teragak-agak.
“Ya, dan saya minta maaf sebab menjelajah harta peribadi awak. Tapi, kalau saya tak baca diari tu, saya takkan tahu tentang impian dan cita-cita awak. Saya takkan tahu bahawa isteri saya ini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi.”
“Lea, mulai sekarang boleh tak awak janji dengan saya yang awak akan beri peluang kepada saya untuk sayang dan bahagiakan awak?” Zarif menarik bahu Lea supaya mengadap ke arahnya. Terkebil-kebil mata Lea mengadap renungan mata Zarif yang dirasakan amat menusuk jantung. Sayang ? bahagia ? Kenapa dengan Zarif ni?
“Boleh Lea?” Zarif menyambung lagi apabila tidak mendapat reaksi daripada Lea. Lea kaget. Ahh sudah ! Apa aku nak jawab ni?
“Beri saya peluang untuk sayang awak. Beri sayang peluang untuk bahagiakan awak.” Zarif menyambung lagi. Lea semakin kaget. Dirasakan seolah-olah mulutnya kejang untuk mengiakan. Hanya kepalanya yang mengangguk. Sukar untuk ditafsirkan sama ada anggukan itu ikhlas atau kerana terpaksa. Akhirnya, Zarif tersenyum lebar. Langkah pertamanya berjaya !

ROBEK


"jangan terlalu mencari kesempurnaan, tetapi belajarlah menerima kekurangan"


tapi, aku terkezutt tahap kuasa enambelasjuta kali. yeke dia macam tu? pakai rantai leher? what ?? oh no. my crush. eh, sempat lagi nak crush bagai. actually not my crush, but someone yang tersangat relate dengan kehidupan aku selepas ini. maybe. hmmm. entah!

aku speechless ! for what dia pakai rantai macam tu? macam yang dikatakan seperti ayat di atas, "jangan terlalu mencari kesempurnaan, tetapi belajar menerima kekurangan". yes, aku cuba mengurangkan kesempurnaan and belajar menerima kekurangan, tapi, its too obvious. rantai dileher and ditangan itu untuk apa?okay, kalau he's smoker, maybe, maybe aku boleh pertimbangkan lagi. but, that rantai. oh no, assesori ke bang? aiguu.

tetapi, aku terfikir balik, oh maybe he's tak suka aku yang gila2 minat k-pop. yeke, aku gila2 minat akan k-pop? tak kut! selami dalam-dalam dulu bang. oih, entahlah. payah kalau aku yang tanya and aku sendiri yang jawab. susah lah brader! apa pun tak dapat. 

ok fine ! belajar menerima kekurangan. I'll pray everytime after my solah, please Allah, give me a strength! berikan aku kekuatan.

T_T 

bila aku flashback balik, aku terfikir, "eh, kengkadang aku ni banyak silap menilai orang". for example, before this, aku tersangat hormat and respect this guy, he's so caring, baik hati, penuh manner, and lebih beragama, the reason why, aku sorang jelah yang tahu. ;) itu pada pandangan mata kasar aku, and then satu hari, aku ternampak dengan mata and kepala aku sendiri, dia naik motosikal dengan one girl. oh no. okay, maybe aku tersalah anggap dengan sikap dia sebelum ini, and adakah ia boleh dikategorikan sebagai "don't judge a book by its cover?" hmm, entahlah. 
okay, jangan salah faham, bukan niat aku nak buka pekung di dada sesiapa. sedangkan aku sendiri banyak salah laku di pandangan orang. tetapi itu adalah antara salah satu example yang boleh aku bagi.

bila jadi perkara-perkara macam ni, aku mulai meragui instinct aku. you know what? sebelum ni aku kagum sangat dengan instinct aku, but now, aku mula curious, "eh, betol ke apa yang aku fikir ni?"

eh, peninglah macam gini. macam tak kena, yess. macam ada banyak perkara yang tak kena. at least, dia boleh jadi pembimbing aku ke arah yang lebih baik. harapan aku sebelum ni la but now, hmmm. surprisingly, aku tertengok gambar itu, then tangan aku menggeletar. maksudnya? aku tak boleh terima kenyataan or what? susah kan, bila tak ada orang yang boleh dijadikan tempat berkongsi ni. susah !! berkali-kali aku bisikkan perkataan sabar pada diri aku, "salah tengok kot. dia bukan macam tu!" kata hati aku. tapi, realiti tetap realiti.

oh then aku terfikir, letak tepi semua itu ! maybe, he's not your right choice. eh, boleh ke aku kata macam tu? tak baik kan? then aku terfikir lagi, aku boleh ubah semua itu, step by step. aku dulu pun ambik masa yang lama juga kan untuk merubah sedikit demi sedikit. ok, beri peluang untuk dia dan untuk diri aku sendiri. "tetapkan hati aku Ya Allah!"

beri peluang. yes, aku perlu beri peluang untuk dia dan yang amat penting untuk diri aku sendiri. yang paling penting untuk diri aku sendiri. janganlah tersilap menilai orang lagi. mungkin apa yang terlihat dek mata kasar ini mempunyai maksud yang berlainan. mungkin? tapi itulah, untuk mendapatkan jawapan yang pasti sangat susah and rumit. T_T

Sunday 19 January 2014

LOST

Dari hari ke hari, aku terasa semakin kehilangan. Hilang apa? Hilang siapa?

H.I.L.A.NG. Kehilangan merupakan satu ujian yang berat bagi aku. Nak tak nak , aku kena terima dengan ikhlas dan redha. Yang paling dirasai sekarang ialah, aku akan hilang tempat bergantung. Jam berdetik dari hari ke hari. Hari ini hari Ahad, esok Isnin, lusa Selasa dan seterusnya. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja aku menjengahkan kaki ke kampung. Esok lusa aku dah kena berpisah dengan mereka yang tersayang.

Selepas ini, dah tak ada orang yang aku boleh minta tolong, bergantung harap, nak ajak pergi shopping, nak ajak pergi beli barang. dah tak ada. ! Selepas ini, dia akan ada hidup dia sendiri, akan ada keluarga dia sendiri. sayunyaa..selepas ini, dah ada tempat untuk aku bergaduh, untuk aku bermasam muka, untuk aku bercerita masalah. hmmm T_T

Kepada "dia" : selamat menjalani alam rumah tangga. Jadi isteri yang solehah okay? jangan lawan cakap suami.

p/s : aku sayang mu.

Friday 17 January 2014

D.O. EXO

Tiba-tiba aku ada bias baru. huhuhu ! Aku suka D.O EXO. suara sedap, rupa paras ada, comel. eee, geram je tengok.

Lepastu ada yang terbaca pasal post ni akan muntah-muntah. Dalam hati mereka pasti akan ada yang kata, "apa dia lah minah ni, tak habis-habis dengan k-pop. tak jemu ke?"
Lalu aku jawab, setakat hari ni tak jemu lagi lah. hehehehe.

Ini kesukaan aku lah ! Siapa yang tak minat EXO? Aku percaya, ramai giloss peminat dia. Lagu semua best-best. Kalau nak dengar lagu sedih, cu layan Miracle in December. Power baq hang ! :P





Daaa ;)

Thursday 16 January 2014

[BAB 10] DIA ISTERIKU



Pertemuan demi pertemuan berlaku antara Lea Fatehah dan Alia Najihah. Semakin hari mereka menjadi semakin rapat, umpama kawan baik. Alia Najihah sudah mengetahui siapa sebenarnya Lea Fatehah, namun sebaliknya bagi Lea Fatehah. Dia menerima kehadiran Alia Najihah sebagai seorang kakak dan kawan dengan hati yang terbuka.

Apakah niat di sebalik pertemuan demi pertemuan antara mereka? Baikkah niat Alia Najihah? Adakah kedatangannya untuk merebut kasih dari Zarif Haikal kembali?

“Awak ni asyik keluar saja sekarang ni. Awak keluar dengan siapa? Izzaq?” Zarif bertanya setelah Lea Fatehah melabuhkan duduknya berhadapan Zarif di kerusi pada ruang tamu. Zarif yang pulang awal setelah habis meeting dengan Datuk Mustapa kehairanan apabila mendapati Lea Fatehah tiada di rumah. Nasib baik dia mendapat mesej daripada Lea yang menyatakan dia keluar ke shopping mall bersama kawannya.
“Ish, apa awak mengarut ni? Izzaq? Saya takkan keluar dengan dia. Saya ingat status saya ni.” Lea Fatehah menjawab setelah membetulkan duduknya. Hatinya sedikit terkesan dengan telahan yang dibuat oleh Zarif.
“Habistu, awak keluar dengan siapa? Awak ni bukannya ada ramai kawan kat sini. Imani sekarang ke Kuantan, dan saya percaya awak bukan keluar dengan dia kan?”
“Awak dapat tak mesej saya pagi tadi. Saya cakap saya keluar dengan kawan kan? Kalau saya keluar dengan Imani, memang saya akan bagitahu yang saya keluar dengan Imani. Kenapa dengan awak kebelakangan ni? Asyik bertanya yang pelik-pelik sahaja.” Lea Fatehah memandang ke arah Zarif lalu tangannya menanggalkan selendang yang dililit di kepalanya.

“Takkan saya nak bertanya sikit pun tak boleh? Awak kan isteri saya.”Zarif Haikal membalas. Dia tidak dapat menafikan bahawa hatinya dipagut risau dan bimbang andai isterinya itu sudah mula keluar dengan rakan-rakan kampus lelaki.
“Boleh. Saya tak cakap salah pun. Hmmm, saya keluar dengan kak Alia. Salah ke?”
“Alia mana pulak ni? Awak tak pernah bercerita dengan saya pun.” Zarif bertanya pelik. Kenapa hatinya gelisah tika Lea menyebut nama Alia.
“Kak Alia yang satu uni dengan awak dulu. Saya pernah jumpa dengan dia masa majlis kahwin kak Hani. Kak Alia tu baik sangat. Takkanlah awak tak kenal dia. Dia cakap dia kenal awak.” Lea bercerita dan hati Zarif dipukul gelombang kuat. Tepat sekali tekaannya. Alia yang dimaksudkan oleh Lea itu ialah Alia Najihah. Untuk apa Alia berkawan dengan isterinya? Segera dia teringatkan cerita yang disampaikan oleh Badri beberapa hari lepas. Jangan-jangan …

“Awal pula awak balik hari ni? Biasanya sampai malam kan? Walaupun hujung minggu.”
“Datuk tu ada hal lain. Dia pendekkan meeting.” Zarif menjawab dan kepalanya masih lagi ligat memikirkan perihal Alia Najihah. Kenapa dia perlu hadir dalam kehidupan mereka?
“Awak nak air tak? Kalau nak, boleh saya tolong buatkan untuk awak.” Lea bertanya sambil mengangkat punggungnya dari kerusi dan segera menghayunkan langkahnya ke dapur. Zarif hanya memandang dengan ekor matanya. Soalan Lea dibiarkan begitu sahaja.
“Lea, kawan baru awak tu ada bercerita apa-apa tak tentang saya?” Zarif masih lagi tidak berpuas hati. Lea Fatehah yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas terkejut disergah sebegitu oleh Zarif. Hampir tertumpah jus di tangannya.
“Kawan baru saya? Maksud awak kak Alia?” Lea bertanya inginkan kepastian. Dia menarik kerusi di depannya lalu melabuhkan duduk. Zarif juga melakukan perkara yang sama. Mereka duduk bersebelahan. Lea meneguk sedikit jus dari dalam gelas untuk menghilangkan haus.
“Yelah, kak Alia awak tu lah. Siapa lagi?”
“Hmm, dia tak ada bercerita apa-apa pun, kecuali …”
“Kecuali, apa?” Cepat sahaja Zarif mencantas. Dia benar-benar ingin tahu. Dia penasaran.
“Kecuali tentang pengalaman belajar awak dengan dia, dan beberapa orang kawan awak yang lain, termasuk kak Hani. Lagi satu, kak Alia ada juga beritahu saya yang awak ni dulu ramai peminat. Asyik kena kejar dengan perempuan saja walau ke mana awak pergi. Betul ke? Saya rasa macam kak Alia tu sengaja mereka-reka cerita.”

Zarif Haikal tergelak kecil mendengar pertanyaan Lea Fatehah. Lea kini sudah banyak berubah. Sudah pandai memerli, menegur dan mengenakan dia. Kehidupan rumah tangga mereka sudah mula meriah, walaupun hubungan itu tidak seperti hubungan suami isteri yang lain.
Jus di tangan Lea dicapai dan diteguk oleh Zarif. Lea mencerlung ke arahnya namun dia tidak mempedulikan pandangan Lea Fatehah itu.
“Awak ambillah gelas lain. Ini gelas saya.” Lea cuba merebut gelas dari mulut Zarif, namun sempat Zarif melarikan mukanya dan meneguk jus yang berbaki hingga ke titisan terakhir.

Opps, sorry.” Zarif mengangkat kening sebelah kanannya dan memberikan gelas kosong pada Lea. Hidung kecil Lea ditarik lembut sebelum dia melangkah ke ruang tamu. Hatinya lega mendengar cerita Lea Fatehah tentang Alia Najihah. Nasib masih menyebelahi mereka kerana Alia tidak bercerita tentang cerita cinta mereka dahulu pada Lea Fatehah.

“Lea, petang nanti awak ikut saya keluar jogging. Jangan duduk terperap di rumah saja. Kesihatan kena jaga juga, dan bagus untuk minda awak tu.” Zarif melaung dari depan. Lea yang sedang mencuci gelas hanya membiarkan sahaja laungan Zarif itu. Dia mendengar tetapi malas untuk memberikan reaksi. Dia amat malas untuk keluar jogging, cukuplah dengan mengeluarkan peluh dengan melakukan kerja-kerja rumah dan berkebun di taman kecil itu. Namun, Zarif tetap juga memaksa Lea keluar jogging sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

[BAB 9] DIA ISTERIKU



“Lea dah bersedia nak ke kampus esok?” Zarif menghampiri Lea yang sedang mencuci pinggan mangkuk di singki.
“Macam biasa saja. Tak rasa teruja sangat pun. Kampus dekat saja dengan rumah ini. Hari-hari Lea nampak kampus tu. Hehehehe.” Lea Fatehah tergelak dengan jawapannya sendiri.
“Saya tahu apa maksud awak. Cita-cita awak nak belajar di oversea kan? University of Harvard?” Zarif bertanya serius. Mendengar pertanyaan daripada Zarif, tangannya yang ligat mencuci pinggan terhenti. Ahh, sudah! Mana dia tahu rahsia aku ni?
“Mana ada. Saya tak kisahlah dapat belajar kat mana-mana pun. Saya okay saja. Keizinan daripada awak ini pun satu rahmat untuk saya.” Lea mengatur jawapan seelok mungkin. Dia tidak mahu Zarif berkecil hati dengan jawapannya.
“Hmm, takpelah kalau macam tu. Ingat pesanan saya. Belajar itu memang penting, tetapi yang paling penting jaga tingkah laku, ingat status awak tu.” Zarif berlalu pergi ke bilik kerjanya. Dia meninggalkan Lea terkial-kial di dapur dengan kata-kata keramat itu. ‘Status’ ! Sudah berpuluh-puluh kali pesanan seperti itu keluar daripada mulut Zarif.
“Awak, saya nak tanya satu perkara boleh tak?” Lea memberanikan diri mendekati Zarif di bilik kerjanya. Dia meletakkan secawan milo panas di hadapan Zarif. Itulah kegemaran Zarif dan Lea sudah mula terbiasa menyediakan kesukaan Zarif itu.
“Tanya apa?” Giliran Zarif pula untuk bertanya. Matanya yang tertancap pada skrin laptop dialih ke arah Lea di sisinya.
“Awak… awak tak izinkan saya sambung belajar ke? Kalau awak tak izinkan, takpe. Saya faham. Boleh sahaja saya tak daftarkan diri esok. Saya okay!” Bersungguh-sungguh Lea meyakinkan Zarif. Dia ingat pada pesanan mama dan mama Salima supaya jangan sesekali menyakitkan hati suami. Dia risau, andai dengan tawaran melanjutkan pelajaran itu tidak mendapat restu daripada Zarif, maka pada malam itu dia bertanya sekali lagi untuk kepastian.
Zarif tergelak kecil mendengar pertanyaan Lea Fatehah. Apalah dungu sangat bini aku ni?
“Lea… Lea… Lea! Apa yang awak merepek ni? Bila pula saya cakap awak tak boleh nak sambung belajar. Saya izinkan awak sambung belajar, malah saya galakkan awak belajar lagi.” Zarif menjawab jujur. Dia memusingkan badannya ke arah pintu bilik kerjanya dan melangkahkan kaki keluar. Lea pantas sahaja membuntuti langkah Zarif. Dia mahu bertanya lagi.
“Habistu awak asyik cakap tentang ‘status’ saja? Macam tak nak bagi saya belajar lagi.” Lea berkata perlahan. Zarif di depannya memberhentikan langkah serta-merta. Lea yang membuntuti langkah Zarif juga terpaksa memberhentikan langkahnya dengan mengejut. Sikit sahaja lagi mahu terpeluk badan sasa Zarif di depannya. Lea membetulkan kedudukan dirinya dan berundur sedikit agar wujud jarak dan ruang antara mereka.
“Tak salahkan kalau saya nak ingatkan awak tentang status itu. Awak kan di bawah tanggungjawab saya sekarang ini. Keluarnya awak dari rumah ini akan membawa status awak sebagai seorang isteri iaitu isteri saya.” Zarif menjawab tenang. Matanya dihalakan tepat ke arah Lea Fatehah. Lea kaget. Apasal pula dengan mamat ni?
“Ye, memang tak salah. Tapi keizinan yang awak beri itu macam tak ikhlas saja.” Lea menjawab perlahan.
“Okay, sekarang ni saya pula nak tanya awak. Awak nak sambung belajar ke tidak?” Zarif sengaja bertanya soalan memerangkap itu. Dia hanya mahu menguji Lea Fatehah.
“Nak kalau awak izinkan. Dan kalau awak tak izinkan…”
“Dah-dah. Jawapannya sudah ada kan? Saya izinkan awak belajar. Saya ikhlas. Jangan sesekali persoalkan keizinan yang saya berikan itu.” Zarif mencantas jawapan Lea. Dia tahu Lea akan cuba mengalah dan akan memendam rasa seorang diri. Zarif tidak mahu menyekat cita-cita Lea Fatehah. Biarlah Lea memenuhi impiannya walaupun tidak kesemua impian Lea dapat dia turuti.
“Baik awak. Terima kasih banyak-banyak.” Lea berlalu dengan senyuman.
----
“Lea! Tunggu lah kejap!” Izzaq berlari-lari anak mendekati Lea. Lea sengaja mempercepatkan langkahnya. Dia rimas dengan Izzaq. Sebulan dia di kampus, sepanjang tempoh itu jugalah Izzaq sering kali mengganggunya. Sudah berkali-kali Lea menolak apabila diajak keluar oleh Izzaq.
“Lea! Tunggulah kejap.” Izzaq terpaksa menarik lengan Lea untuk memberhentikan langkah Lea yang semakin laju itu.
“Saya kena balik cepat Izzaq!” Lea menarik lengannya daripada pegangan Izzaq. Dia tidak selesa.
“Maaf, saya tak sengaja.” Izzaq juga melepaskan pegangan tangannya.
“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.” Lea memulakan langkahnya kembali. Dia kena cepat. Zarif menunggunya di luar pagar. Keretanya rosak pagi tadi dan Zarif menghantarnya ke kampus.
“Lea, kenapa kebelakangan ini awak semacam mengelak daripada saya? Saya ada buat salah dengan awak ke?” Izzaq bertanya apabila kakinya berjaya menyaingi langkah Lea.
“Eh, tak ada lah. Awak tak ada salah apa-apa pun dengan saya.” Lea menjawab laju. Dia serba salah. Statusnya sebagai isteri orang dirahsiakan daripada teman kampus. Tiada siapa pun yang mengetahui.
“Habistu, kenapa awak asyik mengelak sahaja daripada saya?”
“Lea!” Terdengar suara Zarif memanggil nama Lea Fatehah. Dia keluar dari kereta dan tersenyum ke arah Lea. Sedari tadi Zarif memerhati Lea dan Izzaq. Dia hanya mampu menahan hati dan dia sudah menjangka perkara seperti itu akan berlaku.
“Siapa lelaki hensem ni Lea?” Izzaq bertanya laju dan menghampiri Zarif Haikal.
“Haa, dia su…”
“Saya Zarif, abang Lea!” Zarif mencantas kata-kata Lea Fatetah. Lea terkejut mendengar cara Zarif memperkenalkan dirinya pada Izzaq. Abang?
“Oh, abang pada Lea, patutlah seiras! Hensem!” Izzaq menghulurkan tangannya pada Zarif dan Zarif menyambut huluran tangan Izzaq.
Seiras? Lea bertanya sendirian? Aku dengan Zarif seiras ke? Kenapa aku tak pernah perasan pun sebelum ni?
“Hmm, okaylah Izzaq, I’ve to go. Abang saya kena masuk pejabat pulak lepas ni.” Lea sengaja menekankan suaranya pada perkataan ‘abang’ itu dan dia cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam kereta. Dia sengaja mahu memendekkan perkenalan antara Izzaq dan Zarif.
“Siapa nama budak tadi tu? Saya dah lupa…” Zarif bertanya setelah keretanya laju membelah jalan raya.
“Siapa?” Lea bertanya pendek. Dia tidak faham dengan maksud Zarif. Sejak masuk ke dalam kereta tadi, dia dan Zarif masing-masing berdiam diri.
“Lelaki yang follow awak sedari pintu depan kampus tu.”
“Oh, Izzaq! Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saja tanya.”
Lea menjongketkan bahunya apabila mendengar jawapan Zarif. Pelik! Ingatkan akan ada soalan demi soalan daripada Zarif, dan tidak sangka soalan itu hanya terhenti setakat itu sahaja.
Lea memandang ke kiri dan kanan jalan. Aik, ini bukan jalan ke rumah.
“Awak nak pergi mana ni? Ini bukan jalan balik ke rumah kita.” Lea bertanya laju kepada Zarif. Zarif hanya mengukir senyuman mendengar soalan daripada Lea. Dia biarkan sahaja pertanyaan Lea dan bersiul-siul kecil.
Lea tidak berpuas hati dengan Zarif. Dia hanya berdiam diri di sebelah tanpa menjawab pertanyaan daripadanya. Dia semakin geram apabila siulan Zarif semakin galak.
Lea memandang papan tanda di kiri jalan. Port Dickson? Buat apa datang sini?
“Kita nak pergi mana ni?” Lea Fatehah tidak berpuas hati dan dia bertanya sekali lagi kepada Zarif.
“Port Dickson!” Zarif menjawab girang. Lea mengecilkan matanya dan memandang tepat ke arah Zarif, namun dia tidak dapat memandang tepat ke arah mata Zarif kerana ditutupi dengan cermin mata gelap.
“Kita datang sini untuk apa? Awak tak masuk pejabat ke?” Lea bertanya lagi. Sememangnya banyak soalan yang mahu ditanya tetapi hanya itu sahaja yang mampu ditanya. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke jalan raya.
“Pantai kan tempat kesukaan awak. Kita datang sini sebab nak tengok laut, nak main-main di gigi air. Kan?” Zarif menjawab dengan senyuman manis di bibirnya. Dia memandang sekilas pada Lea di sebelahnya.
Lea Fatehah berfikir sejenak. Kenapa dia boleh tahu semua kegemaran aku? Kalau dulu dia tahu impian aku untuk belajar di Harvard, dan sekarang ini pantai pula. Peliklah dengan mamat ni. Macam mana dia dapat tahu? Benda ini semua hanya aku luahkan di dalam diari aku sahaja. Hah, diari? Mana diari aku? Dah lama aku tak menulis dalam diari. Mana aku letak diari aku ya? Si Zarif ini baca diari aku ke? Ya Allah, malunya!
“Okay, sekarang kita dah sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Dipersilakan dengan segala hormatnya Puan Lea Fatehah Mahfuz turun dari takhta!” Zarif membukakan pintu kereta untuk Lea Fatehah.
“Kenapa dengan awak ni?” Lea Fatehah bertanya pelik. Dia pelik dengan perangai Zarif Haikal yang tiba-tiba menjadi romantik dan gentleman. Romantik ke? Tanya hati Lea sendiri. Namun, kakinya tetap jua melangkah keluar dari kereta. Hidungnya sudah mula terhidu bau air laut. Hatinya bersorak girang. Lea mengorak langkahnya menuju ke arah pantai. Dia tidak mempedulikan cuaca yang panas terik dan sememangnya tidak sesuai untuk berjalan-jalan di tepi pantai.
Zarif menurut sahaja kaki Lea yang melangkah walaupun percik-percik peluh sudah mula membasahi dahi. Dia yang tidak lekang dengan cermin mata gelap hanya mampu memandang Lea yang sedang leka berjalan-jalan di gigi air.
Deringan telefon dari kocek seluar kerjanya mengejutkan keasyikan Zarif yang sedang memerhati Lea.
“Hello Bard!” Zarif menyahut.
“Rif, kau ada kat mana sekarang ni?” Badri bertanya di hujung talian.
Zarif memantau Lea seketika yang masih lagi berjalan kaki di gigi air. Skirt yang dipakai oleh Lea mulai basah terkena pukulan ombak yang menghempas pantai.
“Kat PD. Kenapa beb?” Giliran Zarif pula untuk bertanya.
“PD? Jauhnya. Buat apa? Hmm, aku ingatkan kau ada kat pejabat sekarang ni. Aku nak bagitahu satu benda dengan kau.” Badri pula menjawab di hujung talian.
Zarif menanggalkan cermin mata hitamnya. “Apa dia Bard? Penting sangat ke sampaikan kau call aku ni?” Zarif bertanya hairan.
“Tentang Alia.”
“Alia? Alia Najihah? Kenapa dengan dia?”
“Dia datang jumpa aku semalam dan dia tanya pasal perkahwinan kau dengan Lea.” Badri berterus terang di hujung talian.
Zarif mengeluh berat. Kenapa dengan perempuan itu?
“Lepastu kau cerita apa dengan dia?” Zarif pula bertanya.
“Aku cerita apa yang aku patut cerita sajalah. Seperti apa yang kau pesan pada aku dulu. Jangan risau, aku tak cerita pun bagaimana kau boleh kahwin dengan Lea.”
“Bagus beb! Aku malas dah nak ada kaitan dengan dia. Dia ada tanya apa-apa lagi tak?”
“Itu sahaja. Riak wajahnya macam frust pun ada beb. Aku dapat rasakan bahawa dia masih lagi sayangkan kau. Aku serius ni beb. Memang itu yang terpancar pada raut wajahnya.”
“Bard, kau jangan tertipu dengan dialah. Aku dah serik. Sakit hati aku terhadap dia masih belum pulih lagi Bard.”
Take it easy man. Tapi aku hairan, macam mana dia boleh tahu yang kau dah kahwin?”
“Entahlah. Aku sendiri tak pasti. Mungkin Hani yang bercerita dengan dia. Hmm, entahlah. Aku malas nak ambil tahu pasal dia lagi. Thanks Bard sebab kau masih ambil berat pasal aku.”
“Hal kecil sajalah. Hmm, anyway kau pergi PD buat apa? Honeymoon ke?” Badri tergelak kecil di hujung talian.
Zarif turut sama tergelak. Honeymoon? Aku tak pernah terlintas pun untuk honeymoon. Dengan siapa? Lea Fatehah? Ah, tidak mungkin. Dia masih tidak boleh menerima aku sebagai suaminya.