Monday 20 January 2014

[BAB 11] DIA ISTERIKU



“Lea, cepatlah sikit. Kita dah lambat ni.” Zarif melaung nama Lea Fatehah. Lea terkocoh-kocoh keluar dengan menjinjit kasut sukan di tangannya.
“Awak ni tak boleh nak sabar sikit ke? Sekarang ni baru saja pukul lima suku. Tasik itu bukannya jauh dari rumah kita.”Lea mendengus kasar. Dia rimas dengan laungan Zarif. 

“Awak buat apa kat dalam tu lama-lama sangat. Kita bukannya nak keluar pergi membeli belah, tak payahlah nak pakai lawa-lawa, wangi-wangi sangat. Habis tidak, biawak saja yang ada kat tasik itu.”
“Amboi, melampau sangat tu wak.” Lea segera menampar lembut lengan Zarif. Dia segera menyarungkan kasut sukan ke kaki, tidak mahu mendengar bebelan Zarif lagi. 

“Awak ni muda lagi, kenalah aktif sikit. Jangan asyik terperap kat rumah saja. Kenalah juga jengah-jengah dunia luar.” Zarif memberikan tazkirah petang kepada Lea.
Setelah kasut sukan tersarung kemas di kaki, segera Lea Fatehah memanjangkan langkahnya. Dia meninggalkan Zarif di belakang, dia tidak rela mahu mendengar bebelan terhormat Zarif lagi. Lelaki itu sudah banyak berubah daripada Encik Skema kepada Encik Bebel.

“Mana ada saya terperap saja kat rumah. Hari-hari saya keluar, pergi kampus, buat aktiviti itulah, inilah. Cukuplah tu. Peluh saya ni dah banyak sangat yang keluar.”Lea membalas. Dia tidak rela diperkotak-katikkan oleh Zarif.
“Maksud saya keluar melakukan riadah. Hujung minggu macam nilah waktu yang terbaik untuk awak lakukan aktiviti riadah, terutamanya dengan Encik Suami awak ni.”
“Yelah Encik Zarif Haikal. Saya tahu. Ish, awak ni mengalahkan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu tahu? Pot-pet-pot-pet.”

Setelah berlari-lari anak sebanyak dua pusingan mengelilingi tasik, Lea memberhentikan langkahnya. Dia penat dan mengah. Zarif Haikal turut sama memberhentikan langkahnya apabila melihat Lea sudah terduduk di atas rumput di tepi tasik.
“Lea, jangan terus duduk. Awak kena stretching dulu. Bangun.” Zarif memegang lengan Lea dan Lea bangun berdiri betul-betul berhadapan dengan Zarif. Nafasnya tidak teratur kerana mengah.
Zarif mendepangkan tangannya lalu menghantar isyarat mata kepada Lea supaya mengikut gerak lakunya.
Setelah melakukan stretching dan meregangkan badan, mereka sama-sama melabuhkan duduk di atas rumput sambil menghirup udara segar.

How’s your life at campus? Everything is okay?” Zarif bertanya.
As usual, sibuk sikit sekarang ni. Banyak assignment yang nak kena hantar. Then dengan discussion lagi, agak tak teratur jugaklah jadual saya minggu ni.” Lea menjawab.
“Lea kenalah susun jadual elok-elok. Kerja yang patut didahulukan, dahulukanlah. Jangan amalkan sikap bertangguh. Sikit-sikit postpone. Itu bukan cara belajar yang betul.” Zarif menambah lagi.
And one more thing, kalau ada masalah jangan nak simpan sorang-sorang. Share with me, okay my little girl?”
Yes my big boy!” Masing-masing tergelak. Lea dapat merasakan tentang perubahan dalam hubungan mereka. Jauh berbeza dengan awal perkahwinan mereka. Lea mengaku yang dia sudah mula jatuh hati dengan keprihatinan Zarif terhadap dirinya. Tetapi, dia sedar bahawa dia bukan pilihan Zarif dan dia selalu mengingatkan dirinya tentang “wujudnya” hubungan antara mereka. Bukan kerana saling mencintai, tetapi kerana terpaksa dek keadaan yang memaksa.

“Lea, may I ask you something? I’m just curious about it.”
“Yup! Tanyalah.”
Don’t you want to know who am I before this? Means, about masa lalu saya? Awak tak nak tahu?” Zarif memandang Lea disebelahnya yang sedang membetulkan tudung bawalnya yang hiruk pikuk ditiup angin.
“Bohonglah kalau saya cakap saya tak nak tahu or tak nak ambil tahu. Tapi, saya segan. Saya tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan saya tu. And I know yang kita kahwin sebab keadaan yang memaksa kita. Bukan di atas kehendak masing-masing. Am I right, Zarif?” Lea berterus terang. Sikap matang Zarif membuatkan dia merasa selesa untuk berterus terang.
“Yeah, mungkin benar apa yang awak katakan tu. Okay, biar saya berterus terang dengan awak. Awalnya memang saya tak boleh nak terima tentang perkahwinan kita ni, but I have to. Because you are my destiny. Awak jodoh saya yang Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz-Nya. Lama-kelamaan, saya semakin boleh menerima perkahwinan kita ni. And saya mengaku yang saya bahagia dengan awak, eventhough dengan keadaan kita macam ni. You know what I mean, right?”
Yes I know! Tapi Zarif, saya juga tahu yang saya bukan pilihan awak. Kak Alia pilihan awak kan?” Zarif terkejut mendengar pertanyaan Lea. Ini bermakna, hubungan cinta antara Alia dengan Zarif sudah sampai ke pengetahuan Lea.
“Maksud awak?” Zarif cuba mengawal nada suaranya agar tidak nampak janggal di mata Lea. Dia perlu bertenang.
I know everything about you, about your relationship dengan kak Alia. Everything Zarif. Kak Alia ada bercerita dengan saya.”

“Tapi kenapa awak tak pernah nak bertanya dengan saya sebelum ni?” Zarif bertanya tenang.
“Saya nak tunggu awak beritahu saya, dan biar saya dengar cerita tu daripada mulut awak sendiri, bukan orang lain. Tetapi sayangnya, awak tak pernah nak bercerita dengan saya. Okay, saya faham, sebab itu adalah masa lalu awak. Saya rasa mungkin awak tak nak berkongsi cerita tentang masa lalu awak dengan saya. Dan disebabkan itulah saya berdiam diri saja. Saya merasa saya tak layak untuk tahu tentang masa lampau awak.”
“Tapi awak ada hak Lea. Awak isteri saya, dan saya suami awak. Kalau awak curious tentang apa-apa saja, awak boleh tanya.”
“Saya tak nak digelar busybody. Itu cerita masa lalu awak.” Lea membalas.
“Maknanya, dalam perkahwinan kita ni ada batas dan hadnya lah? Awak tak boleh nak berkongsi dengan saya, saya pula tak boleh nak berkongsi dengan awak? Macam tu?” Zarif pula membalas.
“Zarif, awak tak faham apa yang saya rasa. Saya boleh bayangkan macam mana perasaan awak bila awak kena kahwin dengan saya. Sedangkan masa tu hati awak, fikiran awak ada dengan kak Alia lagi. Saya tahu Zarif and pernah satu malam tu awak mimpikan kak Alia. Awak mengigau dan awak sebut nama dia. Masa tu jugalah saya sedar yang saya dah rampas kebahagiaan awak, kebahagiaan kak Alia. Saya rasa macam saya ni perampas kebahagiaan orang.”

“Shhhh, jangan cakap macam tu Lea. Okay, saya minta maaf dengan awak sebab saya tahu sepatutnya saya berterus terang dengan awak terlebih dahulu. Saya patut bercerita dengan awak tentang semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya tak punya kekuatan untuk bercerita. Saya nak jaga hati dan perasaan awak. Saya merasa sangat bersalah dengan awak, kerana disebabkan saya, awak kena lupakan cita-cita awak nak sambung belajar dekat oversea, nak ada firma sendiri, nak enjoy sepuas-puasnya dengan status single.”
Lea kaget dengan pengakuan Zarif. Sah! Zarif baca diari Lea.
“Awak baca diari saya?” Lea tanya dengan teragak-agak.
“Ya, dan saya minta maaf sebab menjelajah harta peribadi awak. Tapi, kalau saya tak baca diari tu, saya takkan tahu tentang impian dan cita-cita awak. Saya takkan tahu bahawa isteri saya ini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi.”
“Lea, mulai sekarang boleh tak awak janji dengan saya yang awak akan beri peluang kepada saya untuk sayang dan bahagiakan awak?” Zarif menarik bahu Lea supaya mengadap ke arahnya. Terkebil-kebil mata Lea mengadap renungan mata Zarif yang dirasakan amat menusuk jantung. Sayang ? bahagia ? Kenapa dengan Zarif ni?
“Boleh Lea?” Zarif menyambung lagi apabila tidak mendapat reaksi daripada Lea. Lea kaget. Ahh sudah ! Apa aku nak jawab ni?
“Beri saya peluang untuk sayang awak. Beri sayang peluang untuk bahagiakan awak.” Zarif menyambung lagi. Lea semakin kaget. Dirasakan seolah-olah mulutnya kejang untuk mengiakan. Hanya kepalanya yang mengangguk. Sukar untuk ditafsirkan sama ada anggukan itu ikhlas atau kerana terpaksa. Akhirnya, Zarif tersenyum lebar. Langkah pertamanya berjaya !

No comments: