Thursday 9 January 2014

JIWA AKU YANG KACAU BILAU

First, nak bercerita tentang third paper yang akan aku hadapi esok petang. Pengurusan Disiplin Sekolah. Aku study sikit saja, aku hafal dan betul betul berikan penekanan kepada aspek-aspek penting sahaja, dan yang lain-lain aku ingat nak goreng ikut akal logik sahaja. Aku lost. Lost sangat-sangat. Banyak faktor yang menyebabkan aku lost dan lemah untuk hari ini.

Pertama, aku ke sekolah untuk berjumpa dengan pentadbir sekolah. Bincang perihal kemasukan aku dan 3 orang lagi sahabat seperjuangan untuk berpraktikal di sana. Banyak jugaklah tugasan yang patut aku pikul selepas ini, walaupun dengan hanya 8slot pengajaran aku untuk seminggu. Namun, aku tahu aku akan menempuh saat2 yang paling gentir untuk menghabiskan 15 minggu tersebut. Aku cuba kuatkan diri, gagahkan diri. Bagi aku, itu semua akan berjalan dan berlangsung jua. Takpe, in shaa Allah aku akan boleh hadapi dan harunginya.

Permasalahannya di sini, bila berjumpa dengan pentadbir, beliau bercerita itu dan ini, perihal baju unit ko-k, baju batik, blazer, aku mula berfikir. Macam manalah aku nak dapatkan duit untuk beli semua tu ? Aku bukan berduit. Ya, masalah aku sekarang ialah kewangan. Ia sangat menjerut. Aku nak meminta-minta dengan mak aku tak boleh. Aku tahu mak dan abah perlukan duit yang banyak untuk kegunaan kenduri kakak. Aku tersepit. Walaupun aku tahu, pentadbir sekolah bukannya memaksa. Dia berikan pilihan dan cadangan. Namun, aku fikir ia merupakan satu keperluan. Tapi, takpe, aku nekad aku perlu fikirkan perihal baju unit ko-k sahaja. Full U BSM aku dah ketat, macam mana nak pakai ? Seksi .. hmm ;( Perihal blazer dan baju batik aku tolak ke tepi ! Aku tahu aku tak mampu. Ya, aku tak mampu nak beli semua itu. ;(

Kedua, cuti raya cina untuk sekolah aku tak lama. Mungkin akan bermula dari 31 Jan - 2Feb. Ma shaa Allah. Macam mana ni ? Majlis kahwin kakak aku 2 Feb. Takkanlah aku tak balik. Tak boleh, aku merasa bertanggungjawab sebagai seorang adik untuk berada di sisi kakak aku. Permasalahannya di sini, Majlis kahwin kakak aku 2hb, sekolah bukak 3hb, macam mana ? Kalau aku balik ke Penang sebelah malam, boleh. Tapi, kena bertolak jam 10 malam and tiba di Butterworth sekitar jam 4 pagi. Aku sorang-sorang. Siapa yang nak pick-up aku ? Takkan aku nak naik teksi , risaunyaa.. sorang-sorang di waktu awal pagi. Rumah sewa dengan bus station agak jauh, ada tol bagai. Dan nak suruh teman serumah pick-up ? Risau pulak pasal keselamatan dorang nak naik motosikal mai amek aku. Dah lah kena lalu deretan ladang kelapa sawit. Tak boleh. bahaya anak orang. Macam mana ni ? Takkan tak nak balik ? Pada siapa aku nak minta tolong pick-up aku dekat Butterworth ? Allahu akbar...

Aku telefon mak, aku sebak bila cerita pasal ni dengan mak. Mak pun tak tahu nak suggestkan cara macam mana. Masing-masing terdiam. Aku over sensitif. Air mata aku tiba-tiba mengalir.. Aku sebak. Tak tahu nak kata apa. Mak jawab, seboleh-bolehnya nak semua orang berkumpul, tapi kalau dah menyusahkan sampai macam tu, tak balik pun takpe. Hmm , air mata aku keluar lagi ketika sedang menaip entry ini.. .. Mengalir lagi dan lagi. Aku tak punya kekuatan untuk bercerita pada sesiapa. Akhirnya aku nangis sorang-sorang.. hmmm T_T

Apa yang boleh aku buat ? ada tak insan-insan baik di luar sana yang boleh tolong aku ? Aku bingung ! Fokus pada stadi sedikit lari apabila aku terfikirkan perkara ini.

Aku hanya mampu luahkan di sini sahaja. Sekurang-kurangnya ia buatkan aku lega. Terasa seperti bebanan yang aku tanggung hilang sekejap, walaupun aku tahu esok aku akan terus fikirkannya lagi, lagi, lagi dan lagiii ...

Tolong aku ya Allah. T_T

No comments: