Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TINGGAL 2013


Tahun 2013 banyak mengajar aku mengenal erti persahabatan. Diduga dan diuji kesetiaan itu perkara biasa. Aku boleh menerima dan alhamdulillah Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik. Terima kasih Allah. Andai ada yang tidak baik, aku menerima kekurangannya kerana diri aku ini juga serba kekurangan.

2013 juga banyak mengajar aku menjadi lebih matang dalam membuat keputusan mengenai soal hati. Kebergantungan aku hanyalah pada Allah. Aku memohon dan meminta kepada Allah semata-mata. Aku dipertemukan dengan ramai orang, dan yang paling aku ingat "dia" yang menuntut aku untuk menjadi lebih matang. Tapi sayang, jodoh aku bukan dengan dia. Aku akan tetap ucap Alhamdulillah. ;)

Tahun 2013 juga mengingatkan aku mengenai 23tahun aku di dunia Allah. Berapa banyakkah amalan aku? Layakkah aku untuk mencium bau syurganya. Aku cuba berubah langkah demi langkah. Doakan aku dearies.

Pengakhiran 2013 aku sambut dengan perkara-perkara yang mengembirakan. Alhamdulillah. Namun, masalah kewangan itu perkara biasa. Selagi bergelar pelajar, aku masih belum mempunyai sumber kewangan sendiri. Terima kasih Allah di atas rezeki yang kau titipkan melalui kedua-dua orang tua aku. Alhamdulillah.


Last but not least. Selamat tahun baru Masihi. Jom kita perbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik.


Semoga tahun 2014 membawa seribu makna untuk anda sekalian. ;)

p/s cikya dah masuk 24tahun unofficially !

2 comments:

ct cheery said...

salam tahun 2014 dear :D

MeyyaLee said...

Thanks dear . Same goes to you. semoga tahun 2014 lebih membawa makna. ;)