Tuesday 14 January 2014

TEARS, LOVE AND EVERYTHING

Assalamualaikum

Tiba- tiba rasa sebak nak menaip entry kali ini, puncanya satu iaitu saat berpisah dengan kawan-kawan.Selepas ini, kaki akan diangkat dan dihayun mengikut destinasi masing-masing. Ya Allah, aku akur bahawa dengan setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan.

Hari ini, officially jam 5.15 petang bertempat di Dewan Peperiksaan B USM, paper terakhir aku telah tamat and officially I'm free from any assignment, any classes, any tutorial and the most important is I'm free from any exams and tests ! Jyeahh!

But, dalam suka pasti akan ada duka. Berakhirnya peperiksaan pada hari ini maka, makin dekatlah hitungan hari aku bersama teman-teman tersayang. Ya Allah, sayunya hati apabila berpelukan dengan mereka tadi. Bermaaf-maafan, peluk, aku sebak, serious aku sebak. And then, esok aku dengan geng muncoi akan berpicnic bersama-sama sebagai satu tanda perpisahan antara aku dengan mereka. 

Nanti, bila dah menjalani Latihan Mengajar aku jauh dengan mereka. Jauh sangat, berlainan negeri. Mereka boleh lepak together without me, hmmmm.. but I'm understand, ini adalah kehendak aku. Ah, sesal pulak tak mintak sekolah sama-sama hari tu. hmmmm

Hmm, guys, I'm so sorry kalau selama ini aku ada menyakitkan hati korang secara lahiriah dan batiniah. Aku tahu aku bukan a perfectionist. Sorry guys. Satu pinta aku, bila dah berjauhan nanti, jangan lupakan aku yee .. ;)

You and me. I LOVE YOU guys ! LOVE damn much .
Now, aku kena lupakan pasal assignment, pasal any exam, pasal nak sambung master atau tak, letak tepi dulu. Main focus aku sekarang adalah mempersiapkan diri untuk berpraktikal/ Latihan Mengajar. Yeah, of course aku kena bersedia secara fizikal, emosi, rohani dan intelektual. 

Khamis lepas, 9 Jan aku ke sekolah untuk bertemu dengan pentadbir sekolah. And and and, aku dah dapat jadual kelas. wow ! Berdebaq giloss giloss. Aku mengajaq Form4 woi, mengajaq Sejarah. Aduii. 
Okay okay okay, aku terima cabaran PK HEM yang aturkan jadual aku tu and aku terima jugak cabaran PK HEM yang aturkan jadual aku untuk mengajar PJK Form 2. Hmmm, cikgu nak mengajaq apa nanti dengan kalian. 

Cikgu nak lebihkan teori ka praktikal ni ? Okay takpe, dalam masa seminggu ni cikgu akan fikir dan cikgu akan kaji kaedah apa yang bersesuaian untuk korang. 

And tak lupa jugak, untuk bakal anak murid cikgu, anak-anak form1, cikgu akan mengajar geografi tingkatan 1. Wow ! cikgu suka. nanti boleh guna glob and peta. hihihihi. I like. Nanti kita banyakkan simulasi dalam kelas ye, anak anak !

And this is my time table for 15 weeks ;) Chaiyok for myself ! 

Cikgu memang tak banyak kelas, hanya 8 period sahaja untuk seminggu. Tapi cikgu yakin yang cikgu akan banyak dapat jadula release. Okay, cikgu kena persiapkan mental jugak. Cikgu mampu okay. Jangan pandang cikgu sebelah mata, hanya kerana cikgu seorang wanita. kikikiki ~ nyanyi sikit. 

Baru sat tadi dapat nametag and menambahkan lagi debaran di dada ini. Debaran yang satu, eh, nametag aku ni menepati terma dan syarat tak ?Yelah dengan nama aku yang panjang tu. Dah memang nama aku eja cenggitu . E cano ?? Takkan nak letak AMRA je, macam peliks je, and kalau letak SYAHIDA pulak, grrrr , nantikan orang panggil aku, aku tak kalih. tak biasa dengan panggilan SYAHIDA tu. hmmmm . . . .

And debaran aku juga lebih kepada situasi di dalam kelas nanti. 15 minggu ! wowowowowowowo, lama sungguh. Macam mana ye ? I think I need more practical than teory, please please please lah. Ahhhh. Cikgu dan mula nervous. Sabaq cikgu, sabaq. 

Okay, stop for today. Tomorrow aku sambung lagi. Bubye ;)

No comments: