Sunday 12 January 2014

HARAPAN 24 TAHUN

Assalamualaikum 

Berbicara tentang umur yang semakin laju menginjak, sedar tak sedar kurang sebulan lagi umur aku akan mencecah 24 tahun. Oh maii, sudah boleh dikategorikan sebagai dewasa, bukan remaja lagi. 

Apa yang aku lakukan sepanjang 23 tahun sebelum ini ? Pinta aku moga-moga segala amalan baik yang aku lakukan diterima oleh-Nya. Aaamin. Dan aku juga berharap selama 23 tahun ini, aku menjadi seorang anak yang baik dan menyenangkan di mata kedua-dua ibu bapa aku. 

Apa harapan aku sempena umur 24 tahun nanti ? Hmmm, apa ya ? 

Pertama, tidak lain dan tidak bukan, semoga aku cepat dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu menerima diri aku seadanya. Pinta aku pada Allah, pertemukan aku dengan lelaki yang baik, yang boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan aku. dan yang paling penting, boleh menerima keluarga aku seperti keluarganya. 

Kedua, semoga rezeki aku untuk tahun yang ke-24 semakin baik dan dimurahkan rezeki teruss oleh-Nya. Moga-moga aku cepat-cepat dapat posting. Aaamin. ;)


Yes I do. Everything is depand on Him. ALLAH ALLAH ALLAH . ;)

Harapan aku untuk tahun yang ke-24 juga, semoga aku lebih tabah, lebih kuat, lebih matang, lebih berdikari, lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, lebih bahagia, lebih membawa rahmat kepada orang-orang sekeliling dan lebih menyenangi hati ma dan abah.

Pinta aku juga supaya aku dapat menggembirakan hati kedua-dua orang tua aku yang amat aku sanjung, aku sayang dan aku hormati. I love you ma, I love you abah. ;)


No comments: