Monday 31 December 2012

Aku bangga dengan Kau, DiQ!

Assalamualaikum..


 hye u ollss! I ollss nak menaip kat sini petang ni. 
Memandangkan otak dah tepu kerana i olls stady hari ini.. hehehe. maka i olls nak menaip lah kejap.
Ish! Xhabes2 dengan sindrom 'i olls' 'u olls' ni.. hehe. #winx#

Nak dijadikan cerita, tengah hari tadi, lebih kurang pukul 1 petang, waktu tempatan
kakak di kampung mesej kepada tuan hamba dan bagitahu yang adik bongsu tuan hamba di kampung
terima result SMU (Sijil Menengah Ugama) -barangkali. Maaf. Bakal guru ini masih lagi cetek ilmu..
Adik bongsu aku tu sekarang tingkatan 4. In shaa Allah tahun depan.. bersamaan dengan esok
dia akan masuk ke tingkatan 5. Amek SPM lah pulak dia tahun depann.. 

Lalu berkatalah kakak : Adik dapat Jayyid! Wah! Apa tu?? Aku pun tak tahu.
Al-maklumlah..aku dulu sekolah menengah.. adik aku sekolah agama.
Yang aku tahu tahap paling tinggi dalam SMU ni MUMTAZ. hehehe. 

Aku tanyalah dengan kakak. Jayyid tu pangkat berapa? Lalu akak aku pun bagi brain wash
sikit dekat adik dia yang tak berapa nak cerdik sangat ni. tehehehe.

"Macam ni... yang paling tinggi Mumtaz.. then Jayyid Jdan( aku pun tak tahu Jdan tu apa.. hehe.. bahasa SMS. hope korang paham.) then Jayyid, then Makbol then Rosib.. Rosib tu kira macam tak lulus lah.." Penerangan kakak aku. 
*Oh.. aku angguk2 kepala, tanda paham.*
Wah, kira hebat jugak ah adik aku.. dapat Jayyid. wooooo.. tak sangka sungguh. bijak jugak kau dik. hehehehe.. Alah, kalau budak2 yang amek STPM, dapat Jayyid tu lebih kurang macam dapat band 3 ah dalam MUET. Got it? =)

Ada je budak2 sekolah dia yang dapat Mumtaz.. tapi bukan adik aku lah. walau apa pun.. aku tetap bangga dengan adik aku. Wah! #clap-clap#

Inilah adik bongsu aku. Bongsu tapi paling tinggi. Hehe.
#Aku terus mesej kat dia. mesej je. kakak kau ngah jimat kredit ni. al-Maklumlah hujung semestar ni.
semua benda yang ada kaitan dengan duit kena catu. huhuhu.

"Tahniah dik. Dapat Jayyid tu!" Bunyi mesej aku. Pendek je dia balas .."Terima kasih." 
Malu lettew. Hahaha. then adalah aku tanya dia itu dan ini.. bla.bla.bla.
Last skali aku tanya.. nak hadiah tak?
Dengan selumber badaknya adik aku ni menjawab.."Nak jugak." haha.
Memang sah! Muka tak malu. macam kakak dia jugak. 
#Niat di hati memang nak bagi hadiah pun.. tapi aku nak rahsiakan apa hadiah yang aku patut bagi kat dia.
Hadiah pun macam kena beli yang cukup2 budget je. al-Maklumlah.. kenalah paham Diq oi.. kakak mu ini sudah kering kontang fulusnya. hahaha. :))


Sunday 30 December 2012

Marathon Beto Khusairy ;) ❤❤

Assalamualaikum.. =) Hye my dear. ◕‿◕
Dah lama saya tak jalankan sesi conteng menconteng kat sini.. 
Sibuk sikit. Katanya haaa! #peace# Kan musim exam sekarang ni, korang kenalah paham.
Lagipun beberapa hari ni, otak saya ni xberapa nak berfungsi sangat. sebab tulah 
tak hupdate pape pun. Xdak idea. 

Malam ni macam ada idea sikit. Itu pun baru lepas berperang dengan line wifi
yang agak macam siput nih. Pung pang pung pang berperang kejap! fuhhh! Penat.
Akhirnya kembali ok. sebab itulah boleh type entry ni. =)

#U olls tengok tak tajuk entry kali ni?? I olls memang bersemangat dah ni nak menaip.
Kalau boleh nak taip laju2..takut lupa apa yang nak tulis. Huhu. U olls kenalah paham, I olls ni memang agak pelupa sikit. Eh-eh-eh kejap! Ni kenapa tetiba ber 'u olls' 'i olls' malam ni? Gediks. Dah! Sila kembali normal. Silaaa.. =)

Malam ini saya nak bercerita pasal Beto Khusairy. Hope betullah eja nama ni. Al-maklumlah, saya ni susah sikit nak eja nama orang dengan betul, kecuali nama sendiri.

MARATHON Beto!
  Memang..This weekend, semua drama-telemovie-movie Beto saya tengok. Hah! Kau mampu? Sebelum tulah, i olls nak bertanyalah kat u olls semua, kenai tak dengan Beto nih? <tengok! sindrom tu datang balik. Abaikan saja... >

#Ini hah! Beto.. Sila kenal.. teheheheehe =)
First aku betul-betul kenal and ingat muka Beto kat kaca TV bila dia berlakon dalam Juvana! Itu first yang saya tengok. Masa tu dia pegang watak Cikgu kat sekolah Juvana tu. Kalau tak silaplah. Masa tu tak tangkap cintun lagi dengan karektar dia, even dengan lakonan dia. Macam biasalah. tengok jeee..

Tapi, lepastu saya tengok "Kashaf Imani". Hah! Baru perasan dengan karektar dan lakonan dia. Sebab dia watak utama dalam citer tu.. so, dah mark ar sikit.. Then saya tengok lagi lakonan dia dalam movie "Istanbul Aku Datang." Masha Allah, mak aii..sweet. Bukan sweet apa, lakonan dia bersahaja. Siyess. Tak tipu. Kalau dulu, dalam dunia perfileman kat Malaysia ni kita ada Rosyam Noor, lepastu bila Rosyam Noor dah lama tak belakon, kita seolah-olah hilang "Hero Malaya." Lalu muncullah, Adi Putra, Aaron Aziz, tapi itu semua dari Singapura. Tak lama lepastu nama Beto Khusyairi ini muncul. Toing!!

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.
“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan. "(Petikan daripada Berita Harian)"

#Itu serba sedikit mengenai Beto. Ooo.. saya pun baru tahu sebenarnya. teeehehehehe.

Sebenarnya, banyak lagi drama, telemovie, movie yang Beto lakonkan. Mungkin saya saja yang terlepas pandang. hehehe. walau apa pun, saya tetap juga nak nyatakan kekaguman saya dengan lakonan beliau. (thumbs up!)

Nama Beto terus melekat di bibir dan mata saya ni bila saya tengok "Istanbul Aku Datang", lepastu saya tengok pulak dia berlakon "Aku, Dia dan Tong Sampah", "Jujur Aku Dayus." Then saya tengok pula telemovie Janji Jujur Sepi. Kalau boleh saya nak tengok lagi..lagi dan lagi.. Tapi masa yang tak mengizinkan. Study tetap kena study. Inikan minggu exam!
Memang tersangat best lakonan beliau. takpelah orang lain taknak bersetuju dengan pandangan saya ni. Tapi lakonan dia memang terbaik. Kalau dulu, saya labelkan Rosyam Noor sebagai "Hero Malaya", sekarang ni tittle itu sudah beralih kepada Beto Khusairy. :)





Susahlah saya nak terjatuh minat pada lakonan seseorang. Walaupun saya minat Korea, kata fanatik kan? Tapi saya tengok semata-mata tengok je. Habis 21 episod yang saya tengok, terus hilang.. lupa pasal hero itu. Tapi, bila saya tengok lakonan Beto ini, lain jadinya. Duk ingat je 'keselembaan rock' beliau. hehehehe. Memang selemba ah! tak macam dia berlakon pun. Real. tak kaku! Kebanyakkan pelakon baru sekarang ni berlakon, tapi macam kayu. =) *amboi ngutuk ye.

Hehehe. daaa!
Thanks for your time. Enjoy it. (v)

Wednesday 26 December 2012

[ LIFE] Banjir ~~ Oh ~~ Banjir (Part II)

Assalamualaikum.. ;)

Saya nak sambung kisah semalam, perihal banjir. xpelah kalau korang xnak baca pun. ngee~ saya nak cerita/nak tulis jugak. tak peduli dah. t.i.t.i.k. =)

Bila sebut pasal banjir, di kampung saya, tak kiralah berapa lama banjir itu, letrik confirm xde. sedih!! Malam2 confirm bergelap. xdelah bergelap sangat.. pakai pelita raya, pasang lilin.
Pukul 9 lepas solat isya' dah masuk blik, kroooh!krooh! yelah, dah letrik xde, nak buat apa lagi kan? hehehe. tidur sajalah.
Siang hari pun letrik xde jugak. memang tersangat seksa. xboleh nak buat apa. kerja melangut kat tangga rumah, tengok budak2 main air. aissyy.. kadang-kadang itu saya join sekali jugak. hahaha. Sesetengah kampung ada je letrik, tapi kampung saya ni istimewa sikit, hehe.. sebab apa agak2nya?
Kerana --> kabel letrik di tanam dalam tanah. sebab itulah letrik itu dimatikan. bahaya! danger! awas! nantikan tak pasal2 ada mangsa current letrik pulak. ;)

Part yang paling seronok bila ma suruh pergi kedai, belikan barang dapur. berebut-rebut nak pergi. sanggup redah air takat pinggang untuk ke kedai runcit. tak kisahlah basah lencun ke hapa, janji ada kerja yang boleh dibuat. sambil2 tu bolehlah hilangkan boring... kan? =) bila pergi kedai, segala jenis makanan nak rembat.. sejuk-terketar ketar dalam air, makananlah ubatnya. ;))
#Rindunya zaman tersebut. Rindu sungguh2. >_<

Lagi satu bila musim banjir ini.. penjaja ikan xde dah yang menjaja macam hari-hari biasa. tapi itu tak bermakna mereka cuti/holiday. tak! itu pintu rezeki mereka. tak boleh menjaja dengan motosikal, mereka menjaja dengan motobot. hah! hebat tak? memang seronoklah. macam tinggal kat pulau pulak. hehehe ^___________^. Pukul 11/12 tengah hari dengar hon penjaja... pin!pin!.. apa lagi, macam kambing  baru keluar dari kandang lah kami berebut-rebut.. hehe. (perumpamaan yang melampau). tapi harganya agak mahallah. hehe. faham2 jelah, bila dah musim banjir, maknanya musim tengkujuh, bila musim tengkujuh susah untuk nelayan2 ni dapatkan ikan yang besar-besar, yang segar-segar.
#seronok tak? seronok kan? hampir tiga tahun dah saya tak merasa semua tu. sunyi je hidup ni rasanya.. ngeee~

Tadi, sekitar jam 8 pagi, kakak dari kampung call, dia bertindak selaku pelapor keadaan banjir pada saya. ;) katanya semalam ada orang jahat mana entah curi lembu jiran saya. apa ke jadah semua itu? ish la.. musim-musim macam ni pun ada juga perilaku-perilaku buruk macam tu.. tak faham sungguh! cuba korang bayangkan.. macam mana si pencuri itu angkut lembu tersebut. naik sampan?motobot? ishh la.. memang tak boleh nak bayangkan. Macamlah xde kerja lain lagi kan kat dunia ni. Please lah berubah orang2 macam tu. ;))

##Selingan : exam HSM313 tadi ke laut. Tawakall pada Allah saja. saya sudah usahakan yang
terbaik. moga2 result yang baik akan diperoleh. Aminnn. ;)

Tuesday 25 December 2012

[LIFE] Banjir ~ ~ Oh ~~ Banjir (Part I)

=) salam sayang untuk semua.. dah lama saya tak menaip kat sini. sory guys.
i'm too busy with studying! Kononnya lah kan? hehe.

Skang ni bulan 12, maknanya kat kg halaman tuan hamba alami musim banjir/bah. waaah! nak balekk! sudah 2 tahun patik tidak 'bergelumang' dengan air bah.
hanya mengetahui perihal keadaan kampung melalui kakak sahaja. info terbaru yang diperoleh, paras air semakin naik, dan kebanyakkan kawasan sudah ditenggelami air.. =)

Bagi kami, banjir umpama satu perayaan. sangat seronok. tua muda kecik besar semua ada. port yang paling kami suka berkumpul ialah di hadapan SMK(A) Nurul Huda. borak-borak, cakap-cakap tak kiralah dengan sesiapa pun. Bayangkan paras air kat situ sekitar pinggang. mahunya tak seronok kan? heheehehe.. teringin gila nak balik kampung.

Rindu nak memancing ikan dengan air yang penuh, macam tinggal kat pulau. rindu nak meredah air banjir yang paras pinggang. rindu nak keluar berenang dengan adik-adik dan kakak, walaupun saya tak pandai berenang. rindu nak makan ubi kayu rebus. rindu nak tangkap belalang dan kumpul banyak2, lepastu suruh mak goreng. sedappnya.

Kenangan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. pernah satu ketika saya dan adik-adik bermain air, menyelam, berenang sampai kulit mengecut dan menggigil-gigil. tapi itu tidak mematahkan semangat kami. kami berendam jugak, mengalahkan badak air. tika itu seingat saya air bah sampai ke rumah saya, depan rumah air paras paha. memang ngam2 lah untuk kami adik-beradik bermain. satu hari suntuk berendam, kulit kecut pun tak kisah. sehinggakan mak rebus ubi kayu, goreng nasi and hulur saja pada kami. makan dalam air, usai makan menyelam/berendam/berenang balik. seronok kan? hehehe

Tapi bila dah besar macam ni, rasa macam malu pulak nak buat macam tu. tengok budak2 sajalah yang bermain. kami hanya bertindak sebagai guard jelah. hehehe. guard yang takutkan lintah!

#Sek Ren saya dulu.

 Satu lagi.. saya teringin sesangat nak makan ikan puyu, ikan haruan, ikan keli, ikan sepat.. ahhh! sedapnya.. nak!nak!nak!




#Di depan jalan masuk ke rumah aku ;)

Saturday 22 December 2012

[TRIP] Pengalaman di KEDAH ™

Hye my girls&boys. wassup-wassup. ;) #senyum lebar#

Hari ini hari Sabtu kan? 22 Disember 2012. Beberapa hari lagi dah masuk tahun baru.. cepat sungguh masa berlalu. exam pun dah semakin dekat. study masih lagi pada tahap 1%. macam manalah nak dapat dean list kalau dah progress study masih lagi pada takat itu.. tak tahulah. #mengeluh#

~Hm.. dah lah duk menghapu nya, entry kali ini bukan nak cerita pasal tu.. nak cerita pasal lain, hal lain. hehe. meh2 kte pakat baca, apa yang Cikra nak tulis and nak cerita kali ini. Hari ini kami-kami-kami-kami ke KEDAH, area Pokok Sena (cikra pun tak pasti betul ke tak?) hehe. pening, sebab sesat. habis tertukar nama kampung dan daerah. tapi, tak pelah hal itu, kita tolak ke tepi dahulu... ----

#Hari ini kami ke rumah cikbib. kami yang cikra maksudkan ialah cikhuda, cikda, cikwin, saya, ana, mawar, isae, dauh, fiqa dan faiza. Tujuan kami ke rumah cikbib adalah untukkkk ke majlis kenduri perkahwinan abang Bib. Sambil2 tu bolehlah kami berkenalan dengan mak dan abah cikbib serta adik-bradik dia yang lain adik dia.. abang2 dia kami tak sempat  tengok dan tak sempat nak berkenalan pun..

#Bila dah pergi kenduri, apa perkara first yang korang akan fikir? kalau cikra, makananlah! apa lagi! hehehehe . :)

#Lauk-pauk memang pergh, terbaek! Sedapp! sedapp sangat2. kami makan dengan berselera. gulai/kari daging (itu dah biasa), tapi yang luar biasanya ada gulai ikan kering + nanas. memang terbaekk! di tambah pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman kampung dan satu lagi telur masin ..feveret saya. very marvellous! sehingga menjilat jari.. Laksa pun ada oiii.. memang kenduri sungguh lah. PUAS HATI.

#Antara mereka yang menyertai



#Dum-dam-dum-dam kami makan.. selesai semua, cakap itu ini sikit-sikit, kami pun baliklah. tapi bukan balik ke USM terus, kami singgah solat zohor di masjid BUkhary Alor Star dulu. Ya Allah, sungguh menakjubkan. besar sangat masjid tu. besarlah kalau nak dibandingkan dengan masjid di kampung cikra. hehe. kawasan masjid itu pun luas. reka bentuk dan warna kubah masjid sangat menarik..

#Cantik kan?


#Usai solat zohor, kami bertolak ke Pekan Rabu. Alahai.. ceq nih dah lama duk dengaq oghang2 duk crite pasai pekan rabu.. trighin lah jugak nak p tengok, nak p kenai.. hah! petang tadi, akhirnya tercapai jua impian itu. Alhamdulillah.

#Pekan rabu ini sebenarnya tak banyak beza dengan pasar besar siti khadijah yang ada di kota bharu. lebih kurang sahaja. menjual makanan, pakaian, cenderamata, dan macam2 lagilah. harga pun boleh kuranglah....> ada yang mahai dan ada yang murah> kami saja ja p sana, nak pusing2.. nak kenai. :)

#Dalam pukui 5 kami bertolak balik ke USM. perjalanan yang boleh dikatakan agak menarik. yelah sebab dapat bersama2 dengan kawan2 baik kan? :))

Friday 21 December 2012

[LIFE] Pengalaman Baru

Assalamualaikum .. ;) salam jumaat yg penuh Barakah.

Hari ini saya nak bercerita tentang satu pengalaman yang amat menarik-tertarik, kaw memang da bomb! Huhu. Memang pengalaman yang amat menarik. first time saya buat seumur hidup.

semalam, sorang kawan telefon and cakap nak datang ke bilik, katanya ada hal penting. nebes jugak. hal apa pulak kali ini? cuba jugak berfikir, aku ada buat salah ke? rasa macam tak ada. takpelah.. tunggu jelah si kawan tu datang.. sampai-sampai je dia kat bilik terus dia minta tolong dengan saya.

Katanya : Amra boleh dok tolong ore.. (Amra boleh tak tolong saya?)
Aku : Tolong gapo? (Tolong apa)
Dia : Gini.. ada sorang kakak hak buat Phd mitok tolong nge ore, dio nk buat rakaman pasal dialek klate. ore tau bahaso klate Amra pekat agi pade ore, sebab tu lah ore maghi cari Amra. (Macam ni, ada seorang kakak yang buat Phd, minta tolong dengan saya, dia nak buat rakaman tentang dialek Kelantan. Saya tahu dialek Amra lebih pekat lagi berbanding saya, sebab itulah saya datang cari Amra.)
Aku : Hah? Bia betul?
Dia : Betul la..

#Lebih kurang macam itulah perbualan saya dengan sorang kawan. Akhirnya saya bersetuju. Yelah orang dah minta tolong, lagipun waktu yang dia janjikan tu saya tak ada apa2 aktiviti. so, saya terima sajalah.

#Pada pukul 1.15 waktu tempatan, saya ke bangunan school Sc Computer dan terus ke bilik rakaman dengan kawan aku. yelah, berkobar2 ni lah menolong kakak yang buat Phd tu. Jasmina (kalau tak silap) namanya. Chinese girl. Muda lagi.. dah buat Phd.

#Lalu bermulalah rakamannya.. kami kena berborak dalam dialek Kelantan tentang 6 topik yang berbeza. First kami cakap pasal Jerebu, kedua kami cakap pasal ponteng sekolah, ketiga pasal social networking(facebook/twitter), keempat pasal buat esemen last minute, kelima pasal makanan di kelantan dan yang keenam pasal seni budaya di kelantan. Ketika rakaman dijalankan, fully kami cakap dialek kelantan. siyess.. memang keluar habis ah perkataan2 klasik kelantan. hehehe. seronok pulak asenya. Asenya kakak itu yang mendengar pun boleh berkerut2 dahinya.

#Sesi kedua rakaman kami kena rakam sebutan word by word. lebih kurang 100 perkataan kot. saya pun dah lupa. semua perkataan mengikut dialek kelantan. ada juga yang saya sendiri tak tahu, malah tak pernah jumpa pun perkataan2 seperti tu. main hentam keromo jelah. hehehehe.. tapi, rasa sangat puas hatilah dapat membantu kakak tu. sekurang2nya rasa bangga itu wujud dalam diri saya sebagai seorang anak JATI KELANTAN. :)

#Part yang paling menyeronokkan ialah, dengan pertolongan sekitar satu jam lebih itu, kami dapat upah RM100, by hand! Haaa. Macam tak percaya. buat macam tu je dapat RM100. Memang rezeki betul. RM100 cash bagi kat tangan. waahhh! memang kenalah dengan timingnya.

#ALHAMDULILLAH.

#Sememangnya pengalaman yang sangat teristimewa dan merasa sangat bangga. yelah, orang yang bukan berasal dari negeri kelantan, malah chinese, tapi sanggup untuk mengkaji petah perkataan kelantan. memang saya salute gila dengan kakak tu . (y)

Inilah kawan saya Norul Huda yang memberikan
saya peluang untuk merasa peluang
keemasan tersebut. Tengs Huda


Sedang membelek2 blog Fatin Liyana



=) Assalamualaikum .. salam sayang untuk abang2-kakak2-adik2-makcik2-pakcik2.. (Eh, ayat macam budget femes kan. :D)

#Usai menonton Running Man yang memang tak jemu langsung untuk ditonton. ini kalau dengar dek Cikwin confirm2 dia gelakkan aku sepuas2 hati beliau ni.. ~tehehe~ peace cikwin! V

#Bila dah boring menengok RunningMan, maka saya bukak new tab kat Mozilla and laju je tangan ni masukkan emel and p/w, apa lagi haa, nak menaip kat sinilah. :P

Sambil2 itu mata ini duk belek2 blog Fatin Liyana. 
Semua orang kenal Fatin Liyana kan? Blogger terkenal tu beb! Dia pelajar medic. *Bangga* Hamboih, bertuah betul dia kan? boleh pergi obersea. Korea.Indonesia.Singapura. 
Wahh! Beruntung sungguh dia. 
saya bila lagi? 
hmm.. in shaa Allah satu hari nanti.

Curi gambar Fatin Liyana kat Google Images ;)

Seronok je baca entry's dalam blog dia. ayat sempoi gila, xdelah nak menjaga sangat 'tatabahasa'nya. haha. SEMPOI. (thumbs up.)  yang aku paling seronok bila baca entry dia pasal 
segala ceruk yang ada kat Korea. 
Wah! Daebak. bilalah aku nak merasa pengalaman 
sama macam beliau. having an exciting life in obersea. 
teringin lah nak travel macam dia. pergi jauh2 kan.. 
waahh.. alangkah seronoknya. memang. 
memang ini angan-angan saya dari dulu.
 tapi sampai sekarang masih lagi tak tercapai.. bukan apa, banyak sangat 
kekangan yang terpaksa dihadapi. 
so, wahai hati hope boleh bersabar untuk seketika. ;)

In shaa Allah, ada rezeki nanti, saya akan travel ke segala 
ceruk pulau yang ada kat Malaysia ni dulu. 
itu yang first nya. habis semua pulau kat Malaysia
 saya jajah, kemudian bolehlah nak lebarkan sayap ke obersea pulak. 
ceeewaaah! 
Macam seronok je kan? 
Please ye, doakan untuk saya biar saya punya kemurahan rezeki. 
Aminn..Aminnn.. 
Tak boleh bayangkanlah perasaan bila 
naik flight nanti.. waaa... confirm2 sonok kan?? Yeaaayyy2..

Yelah, saya ni anak kampung je. mana pernah naik flight segala bagai ni.. nanti bila dah berkeupayaan dari segi kewangan dan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang mantop, in shaa Allah, travellah nanti ya.. ;) Hopefully.


Peta Korea. Wait for me Korea ;)

#Sempat lagi google tempat2 menarik di Korea. bila dah semangat ni lain kan? hehehe. untuk masa sekarang ini, pakcik google memang sangat membantu. apa2 yang saya nak tau pasal Korea, maka google lah tempat utama yang saya tuju. >_<

#Antara tempat menarik yang ada di sekitar Seoul :
 1)Namsan Tower : dapat menikmati pemandangan indah seluruh bandar Seoul, dan juga boleh merasai pengalaman hebat menaiki kereta kabel untuk sampai ke Namsan Tower
Night view of Namsan Tower. Wow!
Cable car to Namsan Tower.
 #Gambar ihsan dari Google. ;)


2)Namdaemun Market : Pusat perniagaan tradisional Korea yang terbesar, tempat yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang pergi ke Korea, boleh dapati barang2 dengan harga yang murah
3)Nami Island : hah! tau tak pulau ini terkenal dengan apa? Lokasi drama Winter Sonata kan?
4)Itaewon : Masjid untuk umat Islam terletak di sini
dan banyak lagilah.. nanti kita pergi dan merasainya sendiri, k. :)

~Wasalam~ 




Thursday 20 December 2012

ALHAMDULILLAH ;)

=)

Alhamdulillah, syukur di atas nikmat dah rahmat kurniaan Illahi

#entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry 'hari2 yg sangat kelam kabut' dalam menyiapkan model 3D untuk kursus HGT222.

#Lebih kurang 11.30 pagi waktu malaysia, bertarikh 20.12.12 pada hari khamis, iaitu last kuliah hgt222, kumpulan kami dinobatkan sebagai JUARA dengan markah sebanyak 98%.

     Reaksi : Terkejut gila2. seram sejuk seluruh badan. tangan menggigil-gigil. rasa nak tampar muka  berdaih-daih bagi sedar. akhirnya terpaksa akui bahawasanya itu bukan mimpi tetapi REALITI. alhamdulillah, syukur.

#Saya berterus terang, semasa hantar model tersebut ke bilik peta, memang saya tak yakin langsung kumpulan kami akan berada dalam top5. langsung x. mananya perasaan macam tu tak hadir bila melihat model2 3D group lain hebat-hebat semuanya. terus down. tapi kaver lagi, xmau tunjuk sangat..

#Salah seorang ahli kumpulan bagitahu, macam xde harapan je cikra yg group kita akan menang. group lain semua hebat. dengan yakinnya mulut cikra ni berkata :
"cikpija jangan fikir macam tu. lain orang lain pandangannya. kita serahkan pada Dr. untuk menilainya"
*padahal dalam hati Tuhan sahaja yg tau.. langsung xada keyakinan.

#Rupa-rupanya betul apa yang mulut saya ni bagitau.. lain orang lain pandangannya, lain pendapatnnya, lain penilaiannya..

#Akhirnya DANDELIONS diumumkan sebagai Juara. Alhamdulillah. memang sangat berbaloi-baloi dengan pengorbanan selama dua/2 hari yg xcukup tidur. :) semua senyum melebar.

Abadikan gambar ini sebagai kenangan. inilah barisan serikandi DANDELIONS ;)

#1 lagi berita baik : Dr. berjanji nak belanja 3 group terbaik. yahoo.. dapat makan free.
#Taraaaa! Ini MODEL nya. KOMPLEKS SUKAN DANDELIONS. 



#Selain itu, ada juga berita sedih. yg ini selingan sahaja. tiada kena mengena dengan entry ini. ---> pagi tadi salah seorang kawan baik cikra call and bagitau yg kakak dia meninggal. Inna lilllah hi wa inna ilai hi rajiun.. :( Takziah.. 


Wednesday 19 December 2012

[LIFE] Hari2 yg Sangat Kelam Kabut

Assalamualaikum.. salam permai untuk semua. :) #peace#

Melihat kepada tajuk entry itu sudah membuatkan anda-anda-anda dapat membayangkan apa yang berlaku dalam life saya beberapa hari lalu. Sangat serabut dan mengharu birukan dunia. -Percayalah- Memang tak bohong. ;P

Terpaksa menyiapkan projek salah satu kursus (hgt222) untuk semester ini dalam kadar yang segera tetapi smart. 2 hari tak cukup tidur.. Memang tersangat tak cukup tidur.. Semalam( 18/12/2012) langsung saya tak melelapkan mata. Gara2 nak siapkan projek itulah. Buat model 3D kompleks sukan.
#Argh! Cuba anda-anda-anda dan anda bayangkan, saya-kami bakal cikgu KENA buat semua benda alah tu. Wargh! Tersangat 'daebak' lah kan. Multi-tasking. Yeah! Memang kami dilatih untuk menjadi seorang guru yang serba boleh.. Itulah buktinya..

%Walaupun tidak dapat merasai nikmat katil dan bantal, tetapi hasilnya amat memuaskan. Tapi, ada kesanlah sikit..
1)Mata berpinar-pinar
2)Pening yg amat
3)Bila berjalan macam tak berpijak di dunia nyata.
4)Asyik 'pending' dan 'loading' saja. ;)

#pelbagai ujian dan cabaran yang kami terpaksa hadapi. Bayangkan, 3x kot kena buat model tu. Ulang SUARA, 3X! hah! Patah pinggang (bohong je). Tetapi berbekalkan semangat yang kental, akhirnya siap jua model tersebut. Hasil kerjasama semua. Yang ini buat sikit, yang itu buat sikit.. hasilnya SIAP lah sudah..Dan ALHAMDULILLAH, model tersebut telah selamat di 'submit' kepada Dr di bilik peta (geografi). :)

#sepanjang berlangsungnya hari-hari yg berliku itu, bermacam-macam masalah yang kami hadapi. yelah, dalam satu group pasti akan ada perselisihan faham. perkara itu normal sebenarnya. Lumrah dan detik-detik bahagia sebenarnya apabila dikenangkan semula . :)
Walaupun bertegang urat-bertikam lidah, namun itulah yg memeriahkan suasana kerja berpasukan. Derita ketika itu, namun bahagia di kemudian hari. Rite? :)

+Nak tanya la kan?
= Kalau tak cukup tidur, apa effectnya?
1. Kurus .. eh, yeke? tak ada perubahan sangat pun. sebab selera makan macam biasa je. makan pasti ada. malah makin banyak dan berselera.
2. kepala pening.. ha.. yg itu WAJIB. Kepala terasa pening, bebola mata dah tak boleh nak fokus pada satu2 benda, kadang2 terasa loya. yelah langsung tak tidur. Itulah kesannya.
#Walau apa pun, segala kerja kusus dan projek sudah SELESAI, dan tiba masa untuk study pulak. Exam is coming. C'mon Cikra. U can do it..

SATU lagi.. lutut cramp. Ahhh.. seksa. nak melangkah naik anak tangga, YA TUHAN  derita yg amat. Macam mana tak cramp, dah bersila selama 24 jam. buat light exercise jarang2 ja. Haa.. itulah padahnya.. MORAL: Cuba ingat mak-ayah kita yg kat kg berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk kita sekeluarga. Pasti sakit2 itu sudah sebati dengan diri mereka kan? Sayang ma&abah! 

*Selingan~ Rindu ma&abah di kg*

KATA2 HARI INI :

"Together we stand hand in hand  to success" .. Sepakat membawa berkat. :)



#Peace yaw#

Sunday 16 December 2012

[LIFE] "TARIKH KERAMAT"

=)

Tarikh Keramat .. Maksudnya?
Saya nak kahwin?? Ehh!!! Bukan-bukan.. Lambat lagi...

Ini tarikh keramat lain..

Untuk semestar 1 Tahun 3, inilah tarikh-tarikh keramatnya :

26/DIS HSM313

2/JAN HSL330

8/JAN PGT223

10/JAN HGF222

12/JAN HGT222

14/JAN PGT222

Haaa.. itulah tarikh2 keramat dalam hidup saya untuk semestar ini.

#Wish me best of luck, k. :)

Satu Bahtera- 2 Nakhoda


 

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. =)


"Satu Bahtera-Dua Nakhoda"

Faham tak maksudnya?

Macam ni la kan.. dalam satu kapal yang kamu naiki.. dan kamu sebagai anak kapal. Tetapi dalam sebuah kapal itu ada dua orang nakhoda yakni pemimpin kamu. Apa penerimaanmu?

Penerimaanku : Sukar untuk akal warasku ini menerima.

#Even kita sebagai anak kapal, boleh ke kita ini menerima arahan daripada dua orang ketua, yang mana saya dengan yakin dan teguh mengatakan bahawasanya mereka berdua itu mempunyai buah fikiran dan idea yang berlainan/bertentangan.

#Bayangkan ketua (1) memberi arahan itu
Manakala ketua (2) pula memberi arahan ini.

Kamu akan peningkan?

So, the conclusion is...
#terjun dari kapal itu, please.. Hehehe >_<

Xdelah..saya gurau je.. Pendapat korang lah kan? Apa yang korang patut buat?

A) Diamkan diri
B) Buat lantikan ketua yang baru
C) Tak ambil peduli.. ikut sahaja, janji kita selamat
D) Lain-lain

#peace yaww# V

KATA-KATA UNTUK HARI INI

"The truth of the matter is that we don't get to choose our life's path and our life's work. The only choice we get is to either listen and accept, or refuse and spend our lives confused and lost. Life is not complicated. We're just not taught to listen."