Sunday 30 December 2012

Marathon Beto Khusairy ;) ❤❤

Assalamualaikum.. =) Hye my dear. ◕‿◕
Dah lama saya tak jalankan sesi conteng menconteng kat sini.. 
Sibuk sikit. Katanya haaa! #peace# Kan musim exam sekarang ni, korang kenalah paham.
Lagipun beberapa hari ni, otak saya ni xberapa nak berfungsi sangat. sebab tulah 
tak hupdate pape pun. Xdak idea. 

Malam ni macam ada idea sikit. Itu pun baru lepas berperang dengan line wifi
yang agak macam siput nih. Pung pang pung pang berperang kejap! fuhhh! Penat.
Akhirnya kembali ok. sebab itulah boleh type entry ni. =)

#U olls tengok tak tajuk entry kali ni?? I olls memang bersemangat dah ni nak menaip.
Kalau boleh nak taip laju2..takut lupa apa yang nak tulis. Huhu. U olls kenalah paham, I olls ni memang agak pelupa sikit. Eh-eh-eh kejap! Ni kenapa tetiba ber 'u olls' 'i olls' malam ni? Gediks. Dah! Sila kembali normal. Silaaa.. =)

Malam ini saya nak bercerita pasal Beto Khusairy. Hope betullah eja nama ni. Al-maklumlah, saya ni susah sikit nak eja nama orang dengan betul, kecuali nama sendiri.

MARATHON Beto!
  Memang..This weekend, semua drama-telemovie-movie Beto saya tengok. Hah! Kau mampu? Sebelum tulah, i olls nak bertanyalah kat u olls semua, kenai tak dengan Beto nih? <tengok! sindrom tu datang balik. Abaikan saja... >

#Ini hah! Beto.. Sila kenal.. teheheheehe =)
First aku betul-betul kenal and ingat muka Beto kat kaca TV bila dia berlakon dalam Juvana! Itu first yang saya tengok. Masa tu dia pegang watak Cikgu kat sekolah Juvana tu. Kalau tak silaplah. Masa tu tak tangkap cintun lagi dengan karektar dia, even dengan lakonan dia. Macam biasalah. tengok jeee..

Tapi, lepastu saya tengok "Kashaf Imani". Hah! Baru perasan dengan karektar dan lakonan dia. Sebab dia watak utama dalam citer tu.. so, dah mark ar sikit.. Then saya tengok lagi lakonan dia dalam movie "Istanbul Aku Datang." Masha Allah, mak aii..sweet. Bukan sweet apa, lakonan dia bersahaja. Siyess. Tak tipu. Kalau dulu, dalam dunia perfileman kat Malaysia ni kita ada Rosyam Noor, lepastu bila Rosyam Noor dah lama tak belakon, kita seolah-olah hilang "Hero Malaya." Lalu muncullah, Adi Putra, Aaron Aziz, tapi itu semua dari Singapura. Tak lama lepastu nama Beto Khusyairi ini muncul. Toing!!

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.
“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan. "(Petikan daripada Berita Harian)"

#Itu serba sedikit mengenai Beto. Ooo.. saya pun baru tahu sebenarnya. teeehehehehe.

Sebenarnya, banyak lagi drama, telemovie, movie yang Beto lakonkan. Mungkin saya saja yang terlepas pandang. hehehe. walau apa pun, saya tetap juga nak nyatakan kekaguman saya dengan lakonan beliau. (thumbs up!)

Nama Beto terus melekat di bibir dan mata saya ni bila saya tengok "Istanbul Aku Datang", lepastu saya tengok pulak dia berlakon "Aku, Dia dan Tong Sampah", "Jujur Aku Dayus." Then saya tengok pula telemovie Janji Jujur Sepi. Kalau boleh saya nak tengok lagi..lagi dan lagi.. Tapi masa yang tak mengizinkan. Study tetap kena study. Inikan minggu exam!
Memang tersangat best lakonan beliau. takpelah orang lain taknak bersetuju dengan pandangan saya ni. Tapi lakonan dia memang terbaik. Kalau dulu, saya labelkan Rosyam Noor sebagai "Hero Malaya", sekarang ni tittle itu sudah beralih kepada Beto Khusairy. :)





Susahlah saya nak terjatuh minat pada lakonan seseorang. Walaupun saya minat Korea, kata fanatik kan? Tapi saya tengok semata-mata tengok je. Habis 21 episod yang saya tengok, terus hilang.. lupa pasal hero itu. Tapi, bila saya tengok lakonan Beto ini, lain jadinya. Duk ingat je 'keselembaan rock' beliau. hehehehe. Memang selemba ah! tak macam dia berlakon pun. Real. tak kaku! Kebanyakkan pelakon baru sekarang ni berlakon, tapi macam kayu. =) *amboi ngutuk ye.

Hehehe. daaa!
Thanks for your time. Enjoy it. (v)

2 comments:

hanya A.K.U said...

love beto 2! hehe.. nama dia Beto Kusyairy.. =)

MeyyaLee said...

Tengs dear :)