Saturday 22 December 2012

[TRIP] Pengalaman di KEDAH ™

Hye my girls&boys. wassup-wassup. ;) #senyum lebar#

Hari ini hari Sabtu kan? 22 Disember 2012. Beberapa hari lagi dah masuk tahun baru.. cepat sungguh masa berlalu. exam pun dah semakin dekat. study masih lagi pada tahap 1%. macam manalah nak dapat dean list kalau dah progress study masih lagi pada takat itu.. tak tahulah. #mengeluh#

~Hm.. dah lah duk menghapu nya, entry kali ini bukan nak cerita pasal tu.. nak cerita pasal lain, hal lain. hehe. meh2 kte pakat baca, apa yang Cikra nak tulis and nak cerita kali ini. Hari ini kami-kami-kami-kami ke KEDAH, area Pokok Sena (cikra pun tak pasti betul ke tak?) hehe. pening, sebab sesat. habis tertukar nama kampung dan daerah. tapi, tak pelah hal itu, kita tolak ke tepi dahulu... ----

#Hari ini kami ke rumah cikbib. kami yang cikra maksudkan ialah cikhuda, cikda, cikwin, saya, ana, mawar, isae, dauh, fiqa dan faiza. Tujuan kami ke rumah cikbib adalah untukkkk ke majlis kenduri perkahwinan abang Bib. Sambil2 tu bolehlah kami berkenalan dengan mak dan abah cikbib serta adik-bradik dia yang lain adik dia.. abang2 dia kami tak sempat  tengok dan tak sempat nak berkenalan pun..

#Bila dah pergi kenduri, apa perkara first yang korang akan fikir? kalau cikra, makananlah! apa lagi! hehehehe . :)

#Lauk-pauk memang pergh, terbaek! Sedapp! sedapp sangat2. kami makan dengan berselera. gulai/kari daging (itu dah biasa), tapi yang luar biasanya ada gulai ikan kering + nanas. memang terbaekk! di tambah pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman kampung dan satu lagi telur masin ..feveret saya. very marvellous! sehingga menjilat jari.. Laksa pun ada oiii.. memang kenduri sungguh lah. PUAS HATI.

#Antara mereka yang menyertai



#Dum-dam-dum-dam kami makan.. selesai semua, cakap itu ini sikit-sikit, kami pun baliklah. tapi bukan balik ke USM terus, kami singgah solat zohor di masjid BUkhary Alor Star dulu. Ya Allah, sungguh menakjubkan. besar sangat masjid tu. besarlah kalau nak dibandingkan dengan masjid di kampung cikra. hehe. kawasan masjid itu pun luas. reka bentuk dan warna kubah masjid sangat menarik..

#Cantik kan?


#Usai solat zohor, kami bertolak ke Pekan Rabu. Alahai.. ceq nih dah lama duk dengaq oghang2 duk crite pasai pekan rabu.. trighin lah jugak nak p tengok, nak p kenai.. hah! petang tadi, akhirnya tercapai jua impian itu. Alhamdulillah.

#Pekan rabu ini sebenarnya tak banyak beza dengan pasar besar siti khadijah yang ada di kota bharu. lebih kurang sahaja. menjual makanan, pakaian, cenderamata, dan macam2 lagilah. harga pun boleh kuranglah....> ada yang mahai dan ada yang murah> kami saja ja p sana, nak pusing2.. nak kenai. :)

#Dalam pukui 5 kami bertolak balik ke USM. perjalanan yang boleh dikatakan agak menarik. yelah sebab dapat bersama2 dengan kawan2 baik kan? :))

2 comments:

rahsia hatiku said...

alahai..g kedah xoyak law x bleh g uum...

MeyyaLee said...

Hehehe. Jauh la nisa nak g uum. nanti smula2 deh. :)