Friday 21 December 2012

[LIFE] Pengalaman Baru

Assalamualaikum .. ;) salam jumaat yg penuh Barakah.

Hari ini saya nak bercerita tentang satu pengalaman yang amat menarik-tertarik, kaw memang da bomb! Huhu. Memang pengalaman yang amat menarik. first time saya buat seumur hidup.

semalam, sorang kawan telefon and cakap nak datang ke bilik, katanya ada hal penting. nebes jugak. hal apa pulak kali ini? cuba jugak berfikir, aku ada buat salah ke? rasa macam tak ada. takpelah.. tunggu jelah si kawan tu datang.. sampai-sampai je dia kat bilik terus dia minta tolong dengan saya.

Katanya : Amra boleh dok tolong ore.. (Amra boleh tak tolong saya?)
Aku : Tolong gapo? (Tolong apa)
Dia : Gini.. ada sorang kakak hak buat Phd mitok tolong nge ore, dio nk buat rakaman pasal dialek klate. ore tau bahaso klate Amra pekat agi pade ore, sebab tu lah ore maghi cari Amra. (Macam ni, ada seorang kakak yang buat Phd, minta tolong dengan saya, dia nak buat rakaman tentang dialek Kelantan. Saya tahu dialek Amra lebih pekat lagi berbanding saya, sebab itulah saya datang cari Amra.)
Aku : Hah? Bia betul?
Dia : Betul la..

#Lebih kurang macam itulah perbualan saya dengan sorang kawan. Akhirnya saya bersetuju. Yelah orang dah minta tolong, lagipun waktu yang dia janjikan tu saya tak ada apa2 aktiviti. so, saya terima sajalah.

#Pada pukul 1.15 waktu tempatan, saya ke bangunan school Sc Computer dan terus ke bilik rakaman dengan kawan aku. yelah, berkobar2 ni lah menolong kakak yang buat Phd tu. Jasmina (kalau tak silap) namanya. Chinese girl. Muda lagi.. dah buat Phd.

#Lalu bermulalah rakamannya.. kami kena berborak dalam dialek Kelantan tentang 6 topik yang berbeza. First kami cakap pasal Jerebu, kedua kami cakap pasal ponteng sekolah, ketiga pasal social networking(facebook/twitter), keempat pasal buat esemen last minute, kelima pasal makanan di kelantan dan yang keenam pasal seni budaya di kelantan. Ketika rakaman dijalankan, fully kami cakap dialek kelantan. siyess.. memang keluar habis ah perkataan2 klasik kelantan. hehehe. seronok pulak asenya. Asenya kakak itu yang mendengar pun boleh berkerut2 dahinya.

#Sesi kedua rakaman kami kena rakam sebutan word by word. lebih kurang 100 perkataan kot. saya pun dah lupa. semua perkataan mengikut dialek kelantan. ada juga yang saya sendiri tak tahu, malah tak pernah jumpa pun perkataan2 seperti tu. main hentam keromo jelah. hehehehe.. tapi, rasa sangat puas hatilah dapat membantu kakak tu. sekurang2nya rasa bangga itu wujud dalam diri saya sebagai seorang anak JATI KELANTAN. :)

#Part yang paling menyeronokkan ialah, dengan pertolongan sekitar satu jam lebih itu, kami dapat upah RM100, by hand! Haaa. Macam tak percaya. buat macam tu je dapat RM100. Memang rezeki betul. RM100 cash bagi kat tangan. waahhh! memang kenalah dengan timingnya.

#ALHAMDULILLAH.

#Sememangnya pengalaman yang sangat teristimewa dan merasa sangat bangga. yelah, orang yang bukan berasal dari negeri kelantan, malah chinese, tapi sanggup untuk mengkaji petah perkataan kelantan. memang saya salute gila dengan kakak tu . (y)

Inilah kawan saya Norul Huda yang memberikan
saya peluang untuk merasa peluang
keemasan tersebut. Tengs Huda


4 comments:

rahsia hatiku said...

wah..jadi professor qlate dah la ni...

Norfazwin bt Majid said...

waaahhhhhh!!!!! bestnya hu3 :)

MeyyaLee said...

Hehehe. pngalaman lako tu nisa.. ase bangga meta.. sbb ad jgk org nk kaji dialek kte. :)

MeyyaLee said...

Sangat best cikwin. part yg paling best. dpt habuan tu. ngeh3. :)