Wednesday 26 December 2012

[ LIFE] Banjir ~~ Oh ~~ Banjir (Part II)

Assalamualaikum.. ;)

Saya nak sambung kisah semalam, perihal banjir. xpelah kalau korang xnak baca pun. ngee~ saya nak cerita/nak tulis jugak. tak peduli dah. t.i.t.i.k. =)

Bila sebut pasal banjir, di kampung saya, tak kiralah berapa lama banjir itu, letrik confirm xde. sedih!! Malam2 confirm bergelap. xdelah bergelap sangat.. pakai pelita raya, pasang lilin.
Pukul 9 lepas solat isya' dah masuk blik, kroooh!krooh! yelah, dah letrik xde, nak buat apa lagi kan? hehehe. tidur sajalah.
Siang hari pun letrik xde jugak. memang tersangat seksa. xboleh nak buat apa. kerja melangut kat tangga rumah, tengok budak2 main air. aissyy.. kadang-kadang itu saya join sekali jugak. hahaha. Sesetengah kampung ada je letrik, tapi kampung saya ni istimewa sikit, hehe.. sebab apa agak2nya?
Kerana --> kabel letrik di tanam dalam tanah. sebab itulah letrik itu dimatikan. bahaya! danger! awas! nantikan tak pasal2 ada mangsa current letrik pulak. ;)

Part yang paling seronok bila ma suruh pergi kedai, belikan barang dapur. berebut-rebut nak pergi. sanggup redah air takat pinggang untuk ke kedai runcit. tak kisahlah basah lencun ke hapa, janji ada kerja yang boleh dibuat. sambil2 tu bolehlah hilangkan boring... kan? =) bila pergi kedai, segala jenis makanan nak rembat.. sejuk-terketar ketar dalam air, makananlah ubatnya. ;))
#Rindunya zaman tersebut. Rindu sungguh2. >_<

Lagi satu bila musim banjir ini.. penjaja ikan xde dah yang menjaja macam hari-hari biasa. tapi itu tak bermakna mereka cuti/holiday. tak! itu pintu rezeki mereka. tak boleh menjaja dengan motosikal, mereka menjaja dengan motobot. hah! hebat tak? memang seronoklah. macam tinggal kat pulau pulak. hehehe ^___________^. Pukul 11/12 tengah hari dengar hon penjaja... pin!pin!.. apa lagi, macam kambing  baru keluar dari kandang lah kami berebut-rebut.. hehe. (perumpamaan yang melampau). tapi harganya agak mahallah. hehe. faham2 jelah, bila dah musim banjir, maknanya musim tengkujuh, bila musim tengkujuh susah untuk nelayan2 ni dapatkan ikan yang besar-besar, yang segar-segar.
#seronok tak? seronok kan? hampir tiga tahun dah saya tak merasa semua tu. sunyi je hidup ni rasanya.. ngeee~

Tadi, sekitar jam 8 pagi, kakak dari kampung call, dia bertindak selaku pelapor keadaan banjir pada saya. ;) katanya semalam ada orang jahat mana entah curi lembu jiran saya. apa ke jadah semua itu? ish la.. musim-musim macam ni pun ada juga perilaku-perilaku buruk macam tu.. tak faham sungguh! cuba korang bayangkan.. macam mana si pencuri itu angkut lembu tersebut. naik sampan?motobot? ishh la.. memang tak boleh nak bayangkan. Macamlah xde kerja lain lagi kan kat dunia ni. Please lah berubah orang2 macam tu. ;))

##Selingan : exam HSM313 tadi ke laut. Tawakall pada Allah saja. saya sudah usahakan yang
terbaik. moga2 result yang baik akan diperoleh. Aminnn. ;)

No comments: