Tuesday 25 December 2012

[LIFE] Banjir ~ ~ Oh ~~ Banjir (Part I)

=) salam sayang untuk semua.. dah lama saya tak menaip kat sini. sory guys.
i'm too busy with studying! Kononnya lah kan? hehe.

Skang ni bulan 12, maknanya kat kg halaman tuan hamba alami musim banjir/bah. waaah! nak balekk! sudah 2 tahun patik tidak 'bergelumang' dengan air bah.
hanya mengetahui perihal keadaan kampung melalui kakak sahaja. info terbaru yang diperoleh, paras air semakin naik, dan kebanyakkan kawasan sudah ditenggelami air.. =)

Bagi kami, banjir umpama satu perayaan. sangat seronok. tua muda kecik besar semua ada. port yang paling kami suka berkumpul ialah di hadapan SMK(A) Nurul Huda. borak-borak, cakap-cakap tak kiralah dengan sesiapa pun. Bayangkan paras air kat situ sekitar pinggang. mahunya tak seronok kan? heheehehe.. teringin gila nak balik kampung.

Rindu nak memancing ikan dengan air yang penuh, macam tinggal kat pulau. rindu nak meredah air banjir yang paras pinggang. rindu nak keluar berenang dengan adik-adik dan kakak, walaupun saya tak pandai berenang. rindu nak makan ubi kayu rebus. rindu nak tangkap belalang dan kumpul banyak2, lepastu suruh mak goreng. sedappnya.

Kenangan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. pernah satu ketika saya dan adik-adik bermain air, menyelam, berenang sampai kulit mengecut dan menggigil-gigil. tapi itu tidak mematahkan semangat kami. kami berendam jugak, mengalahkan badak air. tika itu seingat saya air bah sampai ke rumah saya, depan rumah air paras paha. memang ngam2 lah untuk kami adik-beradik bermain. satu hari suntuk berendam, kulit kecut pun tak kisah. sehinggakan mak rebus ubi kayu, goreng nasi and hulur saja pada kami. makan dalam air, usai makan menyelam/berendam/berenang balik. seronok kan? hehehe

Tapi bila dah besar macam ni, rasa macam malu pulak nak buat macam tu. tengok budak2 sajalah yang bermain. kami hanya bertindak sebagai guard jelah. hehehe. guard yang takutkan lintah!

#Sek Ren saya dulu.

 Satu lagi.. saya teringin sesangat nak makan ikan puyu, ikan haruan, ikan keli, ikan sepat.. ahhh! sedapnya.. nak!nak!nak!




#Di depan jalan masuk ke rumah aku ;)

No comments: