Wednesday 19 December 2012

[LIFE] Hari2 yg Sangat Kelam Kabut

Assalamualaikum.. salam permai untuk semua. :) #peace#

Melihat kepada tajuk entry itu sudah membuatkan anda-anda-anda dapat membayangkan apa yang berlaku dalam life saya beberapa hari lalu. Sangat serabut dan mengharu birukan dunia. -Percayalah- Memang tak bohong. ;P

Terpaksa menyiapkan projek salah satu kursus (hgt222) untuk semester ini dalam kadar yang segera tetapi smart. 2 hari tak cukup tidur.. Memang tersangat tak cukup tidur.. Semalam( 18/12/2012) langsung saya tak melelapkan mata. Gara2 nak siapkan projek itulah. Buat model 3D kompleks sukan.
#Argh! Cuba anda-anda-anda dan anda bayangkan, saya-kami bakal cikgu KENA buat semua benda alah tu. Wargh! Tersangat 'daebak' lah kan. Multi-tasking. Yeah! Memang kami dilatih untuk menjadi seorang guru yang serba boleh.. Itulah buktinya..

%Walaupun tidak dapat merasai nikmat katil dan bantal, tetapi hasilnya amat memuaskan. Tapi, ada kesanlah sikit..
1)Mata berpinar-pinar
2)Pening yg amat
3)Bila berjalan macam tak berpijak di dunia nyata.
4)Asyik 'pending' dan 'loading' saja. ;)

#pelbagai ujian dan cabaran yang kami terpaksa hadapi. Bayangkan, 3x kot kena buat model tu. Ulang SUARA, 3X! hah! Patah pinggang (bohong je). Tetapi berbekalkan semangat yang kental, akhirnya siap jua model tersebut. Hasil kerjasama semua. Yang ini buat sikit, yang itu buat sikit.. hasilnya SIAP lah sudah..Dan ALHAMDULILLAH, model tersebut telah selamat di 'submit' kepada Dr di bilik peta (geografi). :)

#sepanjang berlangsungnya hari-hari yg berliku itu, bermacam-macam masalah yang kami hadapi. yelah, dalam satu group pasti akan ada perselisihan faham. perkara itu normal sebenarnya. Lumrah dan detik-detik bahagia sebenarnya apabila dikenangkan semula . :)
Walaupun bertegang urat-bertikam lidah, namun itulah yg memeriahkan suasana kerja berpasukan. Derita ketika itu, namun bahagia di kemudian hari. Rite? :)

+Nak tanya la kan?
= Kalau tak cukup tidur, apa effectnya?
1. Kurus .. eh, yeke? tak ada perubahan sangat pun. sebab selera makan macam biasa je. makan pasti ada. malah makin banyak dan berselera.
2. kepala pening.. ha.. yg itu WAJIB. Kepala terasa pening, bebola mata dah tak boleh nak fokus pada satu2 benda, kadang2 terasa loya. yelah langsung tak tidur. Itulah kesannya.
#Walau apa pun, segala kerja kusus dan projek sudah SELESAI, dan tiba masa untuk study pulak. Exam is coming. C'mon Cikra. U can do it..

SATU lagi.. lutut cramp. Ahhh.. seksa. nak melangkah naik anak tangga, YA TUHAN  derita yg amat. Macam mana tak cramp, dah bersila selama 24 jam. buat light exercise jarang2 ja. Haa.. itulah padahnya.. MORAL: Cuba ingat mak-ayah kita yg kat kg berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk kita sekeluarga. Pasti sakit2 itu sudah sebati dengan diri mereka kan? Sayang ma&abah! 

*Selingan~ Rindu ma&abah di kg*

KATA2 HARI INI :

"Together we stand hand in hand  to success" .. Sepakat membawa berkat. :)



#Peace yaw#

No comments: