Saturday 3 May 2014

Hi, second of May

assalamaualaikum

maaflah, dalam masa seminggu nih aku nak update sepuas2nya mengenai perasaan aku terhadap mereka. menggamit jiwa baq ang !

anak-anak ini sudah mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang seakan-akan sedang menghitung hari untuk berpisah. ahhh. sebaknya. *taip entry sambil bergenang ayaq mata. T_T

"nanti kami nak pergi melawat cikgulah"

"nanti cikgu datang sini balik tau?"

"nanti cikgu jangan lupakan kami tau?"

"cikgu janganlah pindah"

"cikgu kenapa cepat sangat cikgu nak pergi?"

cikgu itulah, cikgu inilah.

ya Allah. indah sungguh perasaan cinta dan sayang yang kau berikan pada aku ni ya Allah. tak boleh nak bayangkan macam manalah aku nak hadapi tarikh 9mei itu. ya Allah T_T. mohon aku kuat.. kuat.kuat..


hari ini, sepetang bersama-sama mereka di perkarangan rumah sewa ku. nak siapkan projek model pinggir laut. saja aku nak tinggalkan kenangan untuk mereka. at least, bila mereka tengok model tuh, mereka ingatkan aku. huihuihui. besaq sungguh harapan aku kan?

and now, nasihat yang cikgu coretkan ini khas untuk angpa anak-anak 1 bestari 

"anak-anak... leteran cikgu pada kamu bukan kerana cikgu bencikan kamu.. takk.. cikgu sayang kamu semua.
anak-anak, marah cikgu pada kamu bukan kerana cikgu jelek denganmu..
takk.. cikgu sayang kamu semua.
walau apa pun yang berlaku, kamu adalah anak murid pertama cikgu. in shaa Allah, cikgu akan pegang, akan simpan kemas2 dalam hati dan jiwa cikgu.
cikgu tahu, cikgu selalu gunakan nada suara yang tinggi dengan angpa semua. cikgu tahu angpa xsuka..angpa stress kan? cikgu pun sebenaqnya stress jugak. kalau boleh cikgu tak nak langsung meninggikan suara dengan angpa. xmauu. namun,  cikgu harus lakukan sedemikian. sebab cikgu nak kamu hormatkan cikgu. cikgu nak kamu sedar yang kehadiran saya dalam kelas kamu adalah untuk memberikan ilmu pada kamu semua.


anak-anak,
cikgu suka gelaran "suara tarzan" yang kamu berikan pada cikgu. sekurang-kurangnya cikgu tahu apa perasaan angpa semua. hihihi. takpe. cikgu tak marah pun. langsung tak marah.


anak-anak,
ingat tak selasa lepas, tetiba cikgu suruh angpa buat sesi luahan rasa. and cikgu tahu.. jawapan angpa tak ikhlas.. angpa takut2. hmmm. xpe. cikgu paham. mungkin kaedah bercerita secara lisan tidak tepat and cikgu akan lakukan kaedah lain. bertulis mungkin? and kamu sebagai anonymous. huhuhu. jangan risau. cikgu langsung tak marahkan kamu. tak ! malah,cikgu sayang kamu. sayang sangat-sangat.

anak-anak,
dikesempatan ini, cikgu ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai sepanjang saya menjadi cikgu kamu untuk 15 minggu ini, cikgu ada mengguris perasaan kamu. cikgu tahu, tak semua dalam kalangan kamu sukakan cikgu kan? ;)
maafkan cikgu.. 


harapan saya untuk kamu semua... jadi anak yang baik, jadi anak yang soleh. jangan nakal-nakal. dengarlah nasihat guru-guru. belajar rajin-rajin. and doa cikgu untuk semua, semoga berjaya di dunia dan akhirat. ;)

last but not least, i love you !

sincerely by Cikgu Amra ;)

No comments: