Wednesday 7 May 2014

C.I.K.G.U

Assalamualaikum

lets talk about C.I.K.G.U a.k.a. GURU. macam seronok je kan nak berbicara perihal topik nih. mata aku nih serious memerlukan tidur yang secukupnya. namun, memandangkan esok aku akan diobserve buat kali terakhir oleh guru pembimbing, maka dengan semangat juang yang tinggi aku cekalkan juga hati dan mata aku nih. nak siapkan ABM andddd RP tak sentuh langsong lagi nih. t.i.t.i.k. hamikk kau, intro paling panjang dalam dunia blog abad ini. wakakakakaka. peduli apa aku kan? :P eh, macam mana pulak kau boleh hupdate blog kalau dah tahu buzizzzz ! actually, aku take five. penat kott ! :P



okeyh, tak payah nak melalut panjang-panjang, tak payah nak intro merapu raban, jom kita sambung topik sesantai nih.


pagi tadi, pensyarah aku datang ke sekolah untuk bertemu muka dengan pengetua dan guru pembimbing. tapi, sebelum tuh, beliau jumpa dengan kami berempat dulu. and kata-kata dia yang aku ingat and mark dalam pala sampai sekarang ialah, "susah kita nak jadi cikgu nih." itu kata2nya. bila direnung and ditenung, macam betol jaa. 



kenapa pulak aku mengiakan? sebab, dalam masa 4 bulan ni aku sudah dapat merasai. "eleh, baru 4 bulan, orang lain dah berbelas-belas tahun. hoh! kalut ngat aihh dengan 4 bulan dia tuh." okey, lets me explain. aku bercerita ini berdasarkan pengalaman yang aku kutip sepanjang 15minggu di sini.. and ternyata kerja cikgu ni memenatkan. bukannya telinga ini pekak dan mata ini buta untuk mendengar dan melihat rungutan guru2 senior yang lain dengan bebanan kerja yang terpaksa mereka hadapi. memang banyak kerja sampingan yang lain. tugas guru bukan sahaja masuk ke kelas, bla bla bla bla mengajar. tak! bebanan guru semakin bertambah. macam2 kerja pertadbiran lain yang perlu mereka buat.


and timbul penyesalan dalam diri aku nih. patotlah anak2 murid aku nih nakal and tak dengar cakap. adakah disebabkan oleh perlakuan masa lalu aku pada guru2 di sekolah? yes, memang aku terfikir macam tu. balasan untuk aku. tapi, aku rasa aku takdelah seteruk mereka. adeh! senget bahu and pala nih nak menanggong bebanan. memang aku ditempatkan di sekolah untuk berpraktikal and aku gunakan sepenuhnya waktu 15 minggu itu untuk bertatih dari alif hingga ya'. and mungkin belum boleh khatam. sebab banyak lagi ilmu untuk nampak hebat di dalam kelas belum aku kuasai. sedihh ! nok wak guano, banyak dok hala ko bendo laen. hmmm ! gred aku oiii, effectlah.


jadi cikgu memang penat and susah. nak mendidik "orang" untuk menjadi "manusia" bukannya sesenang kita mengajar A.B.C.. tidakkk ! all-out. itulah yang mampu aku katakan. all-out. semua senjata and sikap yang unexpected akan keluar. for the example, aku tak tahu pun yang aku akan dicop sebagai cikgu garang. bila berada di sini aku baru tahu, "ohhh, aku garang rupanya." garang tak bermakna aku pukul budak2 tuh, aku rotan budak2 tuh..maybe bagi mereka garang aku disebabkan volume suara aku yang tetiba macam tertelan speaker, dan dalam erti kata yang lain, suara kuat. hohohohohoohohoho. 


kalau korang berada dalam situasi aku, apa yang perlu aku buat untuk masa depan? usahlah berbicara mengenai masa aku di sini yang sudah menghampiri penghujungnya itu. aku ingin lebarkan sayap, berfikir tentang masa-masa akan datang. bila first posting and nak mengajar dengan jawatan "guru" yang sebetol2nya itu. actually, aku tak suka teori.. aku lebih sukakan praktikal.. hmmmm. satu lagi perkara yang membimbangkan aku. suka sangat tertumpa pada teori semata-mata. teori ini semuanya indah. percayalah cakap aku. bila dah berhadapan dengan dunia praktikal, segalanya diluar jangkaan. berubah 360 degree. teori just digunakan about 30-40percent sahaja. yang lain semuanya praktikal yang harus diadapt secara mengejut. kahkahakahkah.kelakar betoiii. macam nak kerja dengan machine je. :P 


kesimpulannya, adik-adik kat luar sana, hargailah setiap usaha guru2 anda. please.please.please.. ;)

k baii ! selesai sudah sesi meraban. nak sambung buat RP. peace yow!



No comments: