Thursday 4 July 2013

Rahsia di sebalik nama :Noor Amrasyahida

Assalamualaikum 

Nama penuh aku : Noor Amrasyahida bt Ramli



Korang pasti akan peliks kan, bila 1st time dengar nama aku. Aku pun peliks. Dari mana datangnya perkataan Amra tu ? Noor dan Syahida tu tak peliks kan coz korang selalu saja dengar, and even nama korang pun akan ada salah satu daripadanya. yang peliks nya, macam mana Amra itu boleh wujud ? Ada makna tak sebenarnya nama kau ni? kata hati. hehehehe.

Aku dengan sendirinya ingin mengiktiraf nama aku ni sebagai salah satu nama yg pelik dan jarang dijumpa. hmm.. memang pun. selama 23 taon aku hidup ni, aku belum pernah dengar dan lihat nama orang sama macam nama aku. 

Zaman sekolah dulu, kawan-kawan yg 1st time dengar nama aku pasti akan gelak terkekeh-kekeh. aku hanya mampu melihat sajalah. sebab aku pun pelik dengan nama aku. Kekadang, aku segan juga nak memperkenalkan nama penuh aku. Kalau kat rumah senang saja, semua famili aku panggil aku dengan panggilan Ida. Di sekolah semua pakat duk panggil Amra.

Segan ! Itu yg aku boleh katakan. Apabila aku memperkenalkan nama aku pada orang, pasti akan ada pertanyaan kali kedua, contohnya : "Haah?" , "Apa dia?" dsbnya. Maunya tak segan kan? Orang lain perkenalkan nama sekali sahaja, tapi aku ni sampai kena ulang. 

Satu lagi masalah, cikgu2 pada zaman sekolah dulu tak pernah sebut nama aku dengan betul, even pensyarah2 di universiti pun. hmmm.. sedih baq hang !

Dah bermacam-macam versi yg aku dengar. Antaranya ialah "Amran", "Amira" , "Ambra" dan kekadang pensyarah/ cikgu tak boleh nak sebut pun. Kalau boleh pun, pasti dorang akan eja satu2, dan lepastu dorang akan cakap, apa susah beno nak nyebutnya. Aku hanya mampu tersenyum sajalah. 

Kalau di universiti, bila tiba masa ambil kedatangan tutorial, tutor akan memanggil nama sorang demi sorang kan, bila tiba nama aku, dorang akan tergagap-gagap maka aku dgn selumber badaknya akan cepat2 mengangkat tangan. Biarlah tutor tak sebut sampai habis pun, aku tahu itu nama aku. hehehe. Malas nak ambil pusing dah. Kawan2 yg lain akan gelakkan aku saja. 

Yang paling aku tak boleh lupa, salah seorang daripada guru aku semasa Form4/5 memanggil nama aku dengan panggilan "Amrasy". muehehe ! Hah, lagi sempoi kan? Amrasy teruss... Ada kelainan di situ. 

Pernah juga aku bertanya dengan mak dan abah aku, macam mana nama aku boleh jadi macam ni. Mak aku cakap, nama ini diberi oleh mak saudara aku. 

Oklah, aku boleh terima. Lepastu, mak dan abah cakap pulak, sebenarnya nama aku dan kakak aku tertukar. Hah! Macam mana pulak boleh tertukar ? Nama kakak aku Akmaliana. Patutnya Amra itu nak letak pada nama kakak aku, maka jadinya Amraliana lah. Tapi, tak pulak jadinya. Kalau tak, confirm kakak aku akan mengalami kesulitan yg aku alami sekarang ni kan? hahahaaha! (gelak jahat).

Lepastu bila aku fikir2 balik, nama aku ni sebenarnya simple saja kalau ejaannya di eja jarak, dari Amrasyahida kepada Amra Syahida. Kan senang . Aku tanya dekat abah aku, kenapa nama aku dieja secara dekat. Menurut Abah , sebenarnya kalau diikutkan di atas kertas perancangan mak dan abah, memang nama aku dieja secara jarak. Entah kenapa apabila tiba di pejabat pendaftaran, encik yg menulis nama aku semasa pendaftaran surat beranak/ sijil kelahiran mengeja nama aku secara dekat. Aisehh !

Settle satu hal. Hal lain pulak yg datang. Amra ini ada maksud tak ? Noor dan Syahida itu ada maksud. Tapi, Amra ini ada maksud tak ? Tiga tahun lepas, aku dapat menyambung pelajaran di USM, Penang. Maka bermulalah pengembaraan nama aku. Dorang samakan nama aku dengan nama buah kedondong. Buah amra. Weii, aku manusia lah, bukannya buah. Sedey T_T. Dorang memperkotak katikkan nama aku.

Aku pun dengan tulus dan ikhlasnya membelek kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Memang betul, "amra" itu adalah nama sejenis buah iaitu buah kedondong. 

Buah amra
Sebenarnya, aku pun tak tahu maksud nama aku. tanya mak dan abah aku, dorang pun tak pasti. Tapi, suatu ketika dahulu, sorang kawan aku ni dia terlalu mengambil berat pasal aku. Dialah yg gigih mencari maksud disebalik nama aku. Katanya, maksud nama aku "cahaya saksi kemakmuran"
Cantek juga maksudnya. hehehe.
Aku cubalah juga membelek2 buku himpunan nama2 dalam Islam. Tak ada pulak maksud bagi Amra. yang ada hanyalah Amran-yang memakmurkan dan Amrun-kemakmuran, itupun pada nama orang lelaki.  Betullah tu kot apa yg kawan aku cakap, Amrasyahida itu adalah cahaya saksi kemakmuran. Walaupun, aku tak percaya sangat sebab aku tak dengar pengesahan daripada mak atau abah aku, tapi itulah yg aku percaya untuk ketika ini. muehehe. Tengs Wan. 

Maka, aku nak ambil pengajaran daripada nama aku inilah untuk nama anak2 aku nanti. tak mau letak nama pelik yg susah nak sebut or even susah nak cari maksud. tapi, aku dah berkenan sangat dengan nama Uwais al-Qarni ni, acano? hehehe.  

Uwais = pemberian

Cari maksud Qarni tak ada lah pulak. Tukarlah Qarni kepada Qa'id . hehehe

Qa'id = pemimpin.

Uwais al-Qa'id. hehe. ok2. jadii. ;)

Di sini ada beberapa nama yg cantek dan maksud yg cantek dalam Islam :
1) Qaulalhaq = perkataan yg benar
2) Ukail = pandai, pintar
3) Rafiqi = pendampingku
4) Rayyan = kepuasan, pintu syurga utk orang yg berpuasa
5) Rif'at = tinggi martabatnya
6) Riyadh = taman
7) Zaim Ukhrowi = pemimpin akhirat
8) Zill Qayyim = Perlindungan yg berharga
9) Ihtisyam = Kehebatan
10) Imtiyaz = pilihan
11) Isyq = sayang
12) Izzul Islam = kemuliaan Islam

p/s : Jom berkongsi maksud nama korang di sini ;)

 A = amanah
M = mesra
R = ramah
A = alim
S = suci
Y = yakin
A = abadi 
H = harum
I = ikhlas
D = dinamik
A = asli  

LOVE . Utk wan yg tolong carikan maksud utk nama aku ;)

 










1 comment:

echa said...

nama baby sy amra. best la . unik . meaning amra is princess