Monday 22 July 2013

Cerita Bulan Puasa II

Assalamualaikum 


Cerita bulan puasa edisi kedua mengenai cerita bulan puasa zaman kanak-kanak. 

Setiap orang yang bergelar dewasa/remaja/berumur sudah pasti telah merasai dan melalui zaman kanak-kanak, termasuklah aku . Aku pun ada kesah berpuasa pada zaman kana-kanak juga. Banyak sekali, tetapi aku bercerita apa yg aku ingat sajalah.

Kesah I : Puasa yang yok. Muehehehe. Korang ingat aku baik, jujur, telus, tulus, mulus and halus sangat kah? Tak jugak. Waktu kecik2 dulu, aku pernah puasa yang yok, tengah hari bukak periuk. Actually, xdelah bukak periuk, tetapi curi2 makan makanan yg ada bawah saji. Itu zaman kanak-kanak, zaman belajar berpuasa. Kengkadang aku curi2 makan kuih onde2 yg nenek aku buat. Hahahaha.

Bukan makan kueh onde2 yg dah masak ke hape, tapi aku curi2 makan gula melaka yg nenek aku potong kecik2. Kikikiki. Kejam gila, tipu diri sendiri tapi ALLAH tahu. Itu zaman kanak-kanak, bebudak lagiii.. Sekarang ni, dah tak ada dah. IN SHAA ALLAH, puasa dengann seikhlas hati

Kesah II : Aku dan chipsmore.  Seingat aku ketika aku darjah dua or tiga macam tula. Cerita ini berlaku di taman sumber sekolah rendah. Muehehe. Nak tergelak saja bila aku teringatkan cerita ini. Bukan niat nak membuka pekung di dada sendiri, nop ! Tetapi, sekadar perkongsian cerita zaman kanak-kanak.

Nak dijadikan cerita, ketika itu aku berpuasa. Mak dah pesan, kalau dapat puasa separuh hari pun dah okay, tetapi kalau dapat puasa penuh satu hari lagi okayy.. Memang ah, niat awal2 nak puasa penuh sebab mak akan bagi upah kalau puasa penuh. Haaa, nampak tak kat situ, puasa pun nak kena upah2.. hehehehehe. memag tak ikhlas langsung. 

Ketika waktu rehat, aku dan kengkawan ke taman sumber. Sesaja je nak lepaks2 kat situ. Kan taman sumber ini cantek, banyak pokok2 hijau, ada wakaf untuk lepaks2.. Maka, cerita aku dan chipsmore bermula apabila salah seorang daripada kawan aku ini tak puasa dan dia tengah makan chipsmore tika itu. Dia pulak jenis pemurah, dia offerkan chipsmore dia untuk aku.

Ya ALLAH, memang tak tertahan lah aku tengok kelazatan dan keenakan chipsmore ketika itu. tangan ini laju saja pergi ambik chipsmore itu. Lalu, aku makannya dengan begitu rakusss.. 
Balek rumah mak tanya, puasa tak hari ini ?? Hmm, tak ! Memang itulah jawapannya yang aku bagi. dah memang aku tak puasa kan? Ini semua gara2 chipsmore itulah. Menyesal nak mampus aku tika ituu.. ;(

Nafsu ! Memang aku tak dapat nak menahan nafsu aku tika itu. Kesannya, aku rembat saja chipsmore pemberian kawan aku.

Kesah III : Puasa dan dapat upah. Terer kan taktik dan metodologi yang mak aku guna supaya aku berpuasa. Bila puasa akan dapat upah. Upah berapa banyak untuk satu hari itu aku dah lupa, mungkin RM1 untuk satu hari. Cara mak aku nak melatih aku berpuasa itu memang menakjubkanlah, dan memang ternyata anaknya ini ketika itu materialistik. Sanggup berpuasa sebab nakkan duet. ish ish ish ish. Apa daaa . . . 

Itu zaman kecik2, zaman besar mengalahkan gajah ni memang melampau ah kalau minta upah lagii.. Itu zaman budak2. Tak berapa nak cerdik sangat. Semuanya kena paksa, tetapi lama2 dah terbiasa. Dah tak ada minta upah2 ni.. semuanya dilakukan dengan hati yg ikhlas. 

Oke lah, setakat itu sajalah untuk edisi ke-II ini. 

Terima kasih sayang2 semua kerana membaca ;)






 


No comments: