Tuesday 30 July 2013

Double's from SARA AISHA

assalamualaikum

Novel time ! Even busy sesangat dengan kerja di bulan Ramadhan, tetapi minat yg satu iaitu membaca novel tetap diutamakan. muehehehe. Sempat jugeks membelek novel beberapa kerat selepas solat terawih and terus menyulam mimpi di katil. Walaupun mendapat kekangan masa, tetapi harus juga membaca novel untuk memuaskan hati sendiri. 

For this time, I would like to share about double novel from Sara Aisha. First karya beliau iaitu JODOH ITU MILIK KITA telah menjadi milik aku dengan jayanya. Walaupun aku telat sesangat membelinya, tetapi alhamdulillah novel tersebut telah menjadi salah sebuah daripada koleksi aku. 


::::::::::

Jodoh Itu Milik Kita

"kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang ALLAH telah tetapkan sejak azali... "

Siapa sangka itulah yg tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yg tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yg membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. 

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yg saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yg bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul disebalik tutlusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yg akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yg paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?


::::::::::

Chan Rak Ter : Aku Cinta Kamu

"Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yg terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yg tidak terduga?

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yg istimewa melahirkan sebuah persahabatan yg bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yg menyenangkan hatinya.

Namun, siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yg salah, tempat yg salah dan bersama orang yg salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yg tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

"You're more than just Karn Klaharn. Siapa... Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?" - Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yg menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yg harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan !

"Izinkan saya jaga awak ... Izinkan saya lindungi awak, Dian.... " -Karan Klaharn.

Dalam usahanya 'menyelamatkan' Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yg dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya ? Mampukah Karn Klaharn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yg akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh ! Di antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yg menjadi korban?

"Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yg sama demi Dian Damia. I would do anything for her ....


::::::::::

Dua buah novel yg berlainan garapan cerita daripada penulis yg sama. Tahniah buat penulis ;)

No comments: